09 June 2011

KASIH IBU, KASIH AYAH...!!!!

Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!

Petikan kata di atas saya ambil daripada blog http://saifulislam.com/. Saya tertarik kerana ada kebenaran di situ.

   Seorang ibu, seorang bapa meyayangi anaknya di waktu si anak belum lagi wujud di dunia. Dari alam rahim mereka mengasihi. Akhirnya bila lahirnya ke dunia, anak itu dikasihi, diberi segalanya..kasih sayang, wang ringgit. Banyak yang dikorbankan. Bukan hanya masa, tenaga, wang ringgit malah airmata turut mengisi pengorbanan itu.
   Namun seorang anak kebiasaannya hanya mengasihi kedua ibubapanya itu seandainya dia menjadi insan yang berguna, pendek kata berjaya melanjutkan pelajaran. Rata rata ramai anak yang menyalahkan orang tua nya kerana tidak mampu melanjutkan pelajaran. Memang bukan semua ibubapa itu baik namun mereka telah cuba menjadi yang terbaik.
    Saya menulis di sini kerana saya amat sedih dengan sikap segelintir anak tak kira lelaki atau perempuan yang bila sudah menemui pasangannya akan melupakan kedua orang tuanya. Memang seorang anak perempuan perlu taat pada suami namun itu tidak bermakna perlu bersikap kurang ajar terhadap kedua ibubapanya.
     Ingatlah di sini, seandainya suami kita menyayangi kita melebihi 200% sekalipun janganlah kita melupakan 1%  jasa kedua ibubapa kita. Sedih saya bila mendengar orang bercerita yang di zaman kecilnya kurang mendapat kasih sayang kedua ibubapanya dan kini berdendam dengan ibu bapanya. Janganlah begitu...sentiasalah bersangka baik dengan kedua ibubapa kita.
      Tak rugi memberi kasih sayang pada mereka yang pernah melahirkan kita. Tanpa mereka kita takkan merasa nikmat dunia ini. Kerana itulah Allah taala sendiri meletakkan antara keutamaan di syurga adalah apabila kita tidak menderhaka kepada orang tua. Betapa besarnya jasa insan ini.
    
Untuk itu tak rugi, tak salah seandainya kita memberi kasih sayang pada kedua ibubapa kita. Dan betapa hinanya kita bila membenci orang yang telah membawa kita selama 9 bulan di alam janin.

No comments:

Post a Comment