17 June 2011

BILA HAL SENDIRI, ORANG LAIN YANG SIBUK...

Termenung dibuatnyer yea...

     Pagi ini pagi jumaat...pagi yang penuh keberkatan. Semalam dan kelmarin sudahpun berlalu dan tak mungkin kembali lagi.
     Minggu ini atau mungkin bulan ini, banyak mengajar saya erti persahabatan. Siapa kawan..siapa lawan. Kebelakangan ini banyak benda yang tak kena pada mata saya.
     Saya peliklah kenapa yea, orang perlu sibuk hal kita sedangkan kita tak pernah nak sibuk hal orang lain. Seperti yang telah saya lalui minggu ini, begitu sibuk betul orang tue tentang saya. Kalau lebih kepada kebaikan, boleh lah saya terima... nie tidak..lebih kepada keburukan sehinggakan saya tak tahu apa motif dia yang sebenarnya.
    Untuk apa dia terlalu sibuk dengan urusan saya, Adakah  kerana dia memang terlalu perihatin..biarpun saya tak nampak unsur itu? Apa yang saya nampak, apa yang saya diberitahu..itu semua lebih kepada unsur kedengkian.. Ya Allah dalam hidup yang serba moden ini masih banyak unsur kedengkian dalam hati manusia. Kalau dari insan yang jarang bertegur sapa tue, takperlah jugak kan, nie tidak..datang dari insan yang sering minta bantuan dari saya. Aduhai...terasa macam melepaskan anjing yang tersepit plak yea..Lepas saya lepaskan dia, dia gigit plak saya. Bukan nak berterima kasih malah dibahamnya kaki saya. Boleh ker saya pakai perumpamaan itu..?
    Dengki...untuk apa yea...kalau saya nie kaya raya, cantik macam bidadari, bergaya tahap artis.. bolehlah si polan A ker si polan B ker bersikap dengki. Ini tidak. Kesemua kategori itu tiada dalam diri saya. Saya bukanlah orang yang kaya, tidak jua secantik mana, gayapun terlalu simple, pendek kata kalau pergi kerja itu boleh pakai selipar jepun dah lama saya sarungkannya. Kesimplelan saya, itu kah yang membuatkan dia dengki. Memang tak logik.
    Hari ini saya kembali bermuhasabah setelah semalaman memikirkannya. Penat memikirkan hal rakan rakan ni. Dari saya penat, sakit kepala memikirkannya, baik saya tenangkan diri.
   
 Saya kembali mengingati kata kata mak saya:-

  "Kita nie, kalau dok fikir pasal hal orang lain, kenapa orang tue macam nie, kenapa orang tue tak macam nie, sampai kesudahlah, kita tak akan dapat buat apa apa.. Biarkan jealah orang itu terjun ngan labu labunya. Tak payah fikir, bila dia susah nanti, tahulah dia cari kita"

     Bila fikir balik...betul gak...biarlah dia..baik saya fikirkan dan tumpukan diri pada keluarga dan jua kerjaya.
     Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah hambamu ini dari mereka yang hasad dengki...Amin...

No comments:

Post a Comment