18 July 2012

KENAPA SAYA BERBLOGGING..?

  Assalammualaikum..


Betul ke tajuk entry saya kali ini..? Dah lama tak update, tajuk pun ikut meraban jea yea.
Okay..straight to the point. Punca saya terjebak dalam dunia blogger. Ramai yang tanya kenapa saya suka berblog, baca blog atau apa saja berkaitan dengan blog.

Pertama, Bermulanya saya terjebak dengan dunia blog ini adalah saya baru jea dapat tahu dengan adanya  blog kita dapat link ke mana mana laman web, blogger yang kita sukai. (teruk kan...baru jea tahu). Dan saya ada satu tabiat iatu pelupa, dan malas nak catit. Walaupun saya suka kunjungi laman laman sesawang dan jua blog orang lain, saya selalu terlupa untuk mencatit, kalau pun dah dicatit, kertas yang dicatit itu hilang entah ke mana. Kesudahannya saya terpaksa mencari semula laman yang saya lawati melalui history. Leceh kan.

Dan apabila saya dapati dengan adanya blog sendiri, saya boleh membuat link dan sukati nak melawat blog atau laman web orang lain dengan mudah dengan hanya perlu mengingati nama blog saya jea tanpa perlu mengooggle tempat lain (teruk benar pelupanya yea). Maka dengan bersemangatnya saya mula mendaftar, membuat blog sendiri. (tue pun melalui googgle jea)

Laman yang saya suka pada mulanya adalah lebih berbentuk kepada ilmiah dan jua masakan 
(saya tak reti memasak). Kemudian barulah saya berjinak jinak dengan mengunjungi laman blog orang lain. Seronok baca luahan rasa dan tips yang mereka berikan. Thanks arr kepada blogger yang aktif mengupdate blognya setiap hari, tidaklah seperti saya yang lebih suka mengunjungi dari mengupdate setiap hari. Sekurang kurangnya dengan kerajinan blogger blogger ini dapat mengurangkan kebosanan dan jua kestressan saya dari mengadap kerja setiap hari. (yea dok)

Jadi andai ada sapa yang bertanya (ada ke?) kenapa blog ini jarang update..itulah jawapannya yea.. Blog ini umpama diari buat saya. Tempat saya kongsi perasaan, kumpul perasaan, kumpul laman web resepi, kumpul nasihat dan kumpul segala galanya di sini. Bila dah namanya pun diari, gambar sendiri pun takde yea.. nantilah bila dah bersedia terlebih rajin, saya akan letakkan gambar insan yang tesayang di laman ini. Buat masa ini biarlah blog kesayangan saya ini menjadi arkib buat saya jua library buat saya untuk saya kunjungi sebagai rujukan.

Kepada mereka yang mengunjungi blog ini boleh lihat link di sebelah kanan dan jua kiri, terdapat banyak laman web menarik yang boleh anda semua kunjungi. Semua ada. Berkaitan keluarga, masakan, islamik. Yang baik boleh dibuat panduan yang tak baik jangan lah diikut yea.

Insya'allah, saya akan tetap update blog ini cuma tidaklah selaju berbanding dengan blogger yang lain yea. Kepada mereka yang mengunjungi biarpun sedia maklum blog ini jarang update mekacih yea. 
oklah..(aik baru jea yang pertama, yang kedua dan yang seterusnya takde ker?) hahahha..nantilah saya cerita di lain kali plak yea. Nak buat kerja ni.

Sebelum terlewat, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yea.
Puasa jangan tak puasa.