03 April 2013

7 PERANGKAP SEMASA MENUNTUT ILMU

Assalammualaikum...

Lama tak update blog kan..bzy sangat..sangat..

Okay untuk kali ini saya tertarik dengan kata kata daripada Prof. Dr. Muhaya.
Jom kita bersama berkongsi ilmu. Boleh ikuti perkembangan Prof Dr. Muhaya di Facebook beliau yea..



7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu


1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu

Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.

2. Kejutan Budaya

Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.

3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’

Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

4. Hilang Semangat

Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.


5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu

Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.

6. Belajar Bersendirian

Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil
Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka
Tidak mahu berusaha lebih
Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama

Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

Berebut mendapat perhatian pensyarah
Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior
Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen
Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.



by PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA

16 January 2013

LNPT..jujurkah?

Assalammualaikum

Entry kali ini saya sekadar nak berkongsi dan memberi pandangan mengenainya. Moga apa yang baik boleh kita ambil sebagai panduan jua iktibar.


Penjawat awam pasti amat familiar dengan LNPT. Secara ringkasnya, saya ingin menerangkan bagi yang tidak biasa dengan perkataan ini, LNPT adalah penilaian penjawat awam berdasarkan kerjanya sepanjang tahun  dan ia dinilai oleh pegawai/ ketua nya. Dan Penilaian yang diberikan sedikit sebanyak boleh menganggu secara keseluruhan rekod penjawat awam tersebut. 

Apa yang saya lihat, dengar, kebanyakkan ketua menilai bukanlah berdasarkan prestasi seseorang anak buah tue sebaliknya lebih kepada hubungan peribadi. Buatlah kerja banyak mana sekalipun andai tiada hubungan yang baik atau dalam erti kata lain "tak reti membodek" markah anda setakat cukup makan jealah yea. Andai pandai membodek, markah nya kalau dilihat boleh senyum ke telinga bagi yang dinilai. Pelik tapi itulah realitinya. Buatlah kerja dengan bagus dan sempurna sepanjang tahun tapi andai di hujung tahun ada pendapat yang tidak seiring dengan bos, siaplah ko. Memang terkejutlah tengok markah nanti. 

Adilkah begini? Saya tidak bercakap berdasarkan sistem yang sedia ada. Saya bercakap dari sudut peribadi manusia. Mungkin hari ini kita berkuasa, tapi ingat siapa kita esok adalah apa yang kita lakukan hari ini. Doa mereka yang kita aniaya sentiasa dimakbulkan. Jangan mengeluh, andai rezeki tersepit, andai ada anak yang tidak menjadi, andai ada kesusahan yang sering berganti. Lihat ke belakang andai semua terjadi. Lihatlah semula apa yang pernah kita lakui. 

Kepada semua tak kiralah sesiapa..jujurlah dalam menilai, berilah apa yang sewajarnya diberi tanpa diganggui secalit emosi. Tak rugi berlaku baik sesama manusia, habuan nya bukan sedikit malah membukit.

Bila Penat...

Assalammualaikum..


Sejak tahun baru menjelmakan diri, penatnya badan hanya tuhan yang tahu, dah macam lagu unic plak yea.

Tahun baru ini bermulalah jadual baru. Pagi pagi kul 6.30 pagi dah keluar rumah untuk hantar kakak dan pergi kerja. Jarak tidaklah jauh mana tapi bila lambat keluar, jem memang teruk, boleh sampai kejang kaki dibuatnya.
Tengahari plak amik kakak dan terus hantar ke sekolah agama. Makan pun tak sempat. Mana nak sempat, Kakak abis sekolah kul 1.15 ptg, masuk kereta terus hantar ke sek. agama. Sampai Sek. agama dah 1.30 pastu mandikan kakak dan solat, sedar sedar dah kul 1.50. Apalagi, bergegas lah plak masuk opis. Serasa nafas pun dah tak cukup. Petang kul 5.00 terus bergegas amik kakak yang abis sekolah kul 5.15. Redah jem..mujur mujur sampai lah rumah dalam kul 6.30 petang.
Saya penat, namun kakak lagi penat. Mujurlah Kak Adik dan Puteh dah tukar tadika. Sekarang Kak Adik dan Putih dah bersekolah di kawasan rumah jadi secara automatiknya tanggungjawab menghantar dan mengambil Kak adik dan putih telah jatuh di tangan abang. Dengar jugalah rungutan abang bila kak adik dan putih buat hal di awal pagi. Nak buat macam mana, keputusan bersama telah dibuat. heheheh

Bila badan penat, macam macam benda bersarang di kepala ni. Rasa macam tak cukup jea masa sekarang nie. Masa tu satu hal, penat lagi satu hal. Terutamanya Bab Masak. Mood nak masak kadang tue hilang dek kepenatan. Tapi bila anak merungut lapar, nak tak nak kena gaklah masak. Cuma menu tue tidaklah segah mana. Balik balik goreng sayur, goreng ikan, goreng ayam. Gulai, masak lemak, sup setakat ini memang takdelah. Kalau ada pun stok kedai. Alahai...camna yea nak bagi anak makanan yang berkhasiat. Dah ummi nya pun dah tak larat.

Kebetulan pula, sepanjang minggu persekolahan bermula ini sehinggalah hari ini, kesihatan saya tak mengizinkan. Mula mula demam, pastue batuk. Dan sekarang batuk masih tak hilang + sakit tekak. Ada sekali tue badan serasa cam nak melayang. Mujur lah abang sudi meringankan beban, menguruskan rumah dan 3Dara tak buat perangai. 

Entry nie sekadar nak mengadu jea...heheh macam nie rupanya yea jadi seorang ummi.  Penatnya hanya Allah yang tahu. Tahniah kepada semua para ibu yang berjaya mendidik dan mengurusi anak-anak sehinggalah menjadi seorang manusia yang sempurna. 

Andalah Superwoman...