11 October 2010

Oktober Datang Lagi

Tragedi Oktober

Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tidak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

( korus )
Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Tidak Sengaja Aku
Mengasari Dirimu
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

Hanya satu ku pinta
Kujujuran darimu
Berilah peluang hidupmu

Aku rela bersama
Meranjau onak duka
Agar berkekalan hendaknya

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober


Lagu ini memang takde kena mengena dengan apa yang saya ingin tulis. Sekadar mengenang sebenarnya.

Dulu masa remaja, saya minat benar dengan lagu ini. Biar takde kena mengena pun. Janji ada perkataan oktober tu. Sebab apa. Sebab Oktober adalah bulan kelahiran saya. Jadi apa saja mengenai oktober, saya suka.heheh.. Bila mengenang kembali terasa lucu plak rasanya.

Dan hari ini, bila oktober itu datang lagi terasa satu pembaharuan dirasakan. Seolah macam dilahirkan semula. Ermmm…dan oktober ini, berdirinya saya sebagai seorang isteri dan ummi kepada 3 orang puteri. Hmm…terasa kelainan pada kali ini.

Abang membelikan kek di mana tertulis “Selamat Hari Lahir Ummi dr Ayah & 3A”. Hmmm..terharu rasanya. Biarpun tiada sambutan semeriah namun ingatan dari abang dan jua puteriku cukup menyenangkan hati ini. Tambahan pula minggu ini sakit kepalaku semakin menjadi jadi. Nak kata tak cukup tidur, dah terlebih tidur. Entahlah.

Kini sudah tiga peringkat ku lalui dalam kehidupan ini. Zaman kanak-kanak. Zaman Remaja, dan kini kumelewati Zaman Dewasa. Memang terlalu banyak cabaran. Tidak terlangkau dek fikiran sewaktu di alam kecilku dulu. Dulu terasa zaman dewasa ini best sekali tapi bila melaluinya sendiri, kesabaran yang dituntut bukan sedikit malah berbukit bukit.

Menjadi seorang anak, isteri dan ummi yang berkerjaya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Banyak hati yang perlu kujaga dan jua awasi. Dalam menjadi 3 peranan saya perlu menguasai nya dengan cekap tanpa sedikit kesilapan.

Sebagai seorang anak saya perlu bijak menjaga, mengambil berat hati emak dan jua mertua. Sebagai seorang isteri saya perlu tangkas menunaikan tanggungjawab serta memahami jua membantu si suami. Sebagai seorang ummi saya perlu bijak mencorak dan jua mengatur perkembangan 3 puteriku agar menjadi srikandi yang diimpi. Dalam tempoh yang singkat ini saya perlu bijak membahagi masa yang amatlah sedikit. Berjayakah saya? Bolehkah saya?

Kebiasaan bila melewati hari kelahiran, saya akan berazam dan untuk kali ini apa yang ini saya azamkan. Saya berazam untuk memperkemaskan amal ibadat saya, dimohonkan agar Allah SWT supaya memanjangkan umur saya agar dapat saya mendidik 3 puteriku dan jua menjalani hidup bersama suami tersayang di samping menceriakan hati mak, abah sekeluarga jua mertua sekeluarga. Saya berazam jua ingin merancang perbelanjaan yang berhemah agar tidak kering di hujung bulan. Di samping itu jua saya ingin mengajar puteriku mengaji dan pandai membaca sebelum memasuki persekolahan yang sebenar. Moga azamku ini diberkati. Aminnnn…

07 October 2010

Mengapa Rasulullah SAW Menangis

Saya tertarik ingin berkongsi satu cerita di bawah kerana saya dapati kita sekarang jarang menangis kerana Allah tetapi menangis atas sebab ntah apa apa ntah. Kenapa saya katakan begini, kerana menurut perhatian saya kita mudah menangis kerana sebab yang remeh. Antara contohnya, menangis kerana drama, peserta kegemaran terkeluar. Benda yang terlalu remeh temeh. Apa yang tidak sepatutnya, kita terlalu jarang menangis di tikar sembahyang.

Di akhir zaman ini, marilah bersama kita hayati perjuangan Rasullulah dan para sahabatnya. Marilah kita lihat serba sedikit sebab tangis insan yang mulia ini.

Dalam sebuah hadis rwyt al-Barra` dlm al-Tarikh olh al-Bukhari ketika Nabi saw melalui sebuah kawasan dgn para sahabat kelihatanlah di situ sekumpulan manusia sedang berkumpul, lalu Nabi saw merapati mereka lantas bertanya, apakah yg sedang dilakukan, jwapannya ialah mereka sedang menggali kubur utk si mati.Nabi saw telah mendekatkan diri ke sambil melutut di tempat kubur itu digali, dan ternyata baginda mula menangis.Pesan yg terbit drp mulut baginda saw adalah : Wahai saudara2ku, untuk perkara ini, buatlah persiapan ! ( Rwyt al-Bukhari dlm al-Tarikh )

Abu Bakar r.a seperti yg diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim amat kuat menangis, hinggakan dlm solat apabil beliau menjadi imam, amat payah baginya meneruskan bacaan kerana orang sepertinya amat memahami tuntutan ayat, dan maksud di sebaliknya.Oleh itu beliau menjadi amat takut apabila membaca ayat-ayat tentang amaran daripada Allah dan peringatanNya.Demikian pula Umar al-Faruq r.a, seperti yg dilaporkan dlm sebuah hadis riwayat al-Bukhari secara mu'allaq dlm bab al-Azan drp Abdullah bin Syaddad, maksudnya apabila beliau menjadi imam lalu sampai pd ayat ke 86 surah Yusuf yg bermaksud :  (Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya) , beliau menangis hinggakan suaranya didengari oleh makmum pd saf yg terakhir .Jangan pula kita sangka saf mereka ni pendek macam saf solat kita pd hari ni !

Usman bin Affan juga terkemuka dgn tabiat kuat menangis, sebagai contohnya apabila berada di perkuburan beliau akan menangis hinggakan basah janggutnya seraya berkata yg bermaksud : "RasululLah saw bersabda yg bermaksud, kubur adalah tempat persinggahan yg pertama drp kehidupan akhirat, jika seseorang selamat di situ maka apa yang sesudahnya mudah baginya , sebaliknya jika di situ dia sudah tidak selamat, selepasnya akan menjadi lebih payah baginya ( rwyt al-Tirmizi, sahih )

Abdurrahman b Auf, sahabat yg terkemuka sebagai hartawan yg unggul pernah dihidangkan utknya makanan.Tidak semena-mena beliau menangis.Apabila ditanyakan kpdnya sebab tangisannya, jawapan beliau adalah aku teringat akan sahabat kita Mus'ab bin Umair yg telah mati sbelum kita sebagai syahid.Dia ternyata lebih baik drp ku.Walaupun demikian apabila dia terkorban dlm perang uhud itu tiada kain kapan yg cukup untuk menutupinya, apabila ditutup kepalanya kedua kakinya akan terdedah dan apabila ditutupi kakinya wajahnya akan terdedah...Aku bimbang segala nikmat dunia yg dianugerahkan ini merupakan suatu yg telah disegerakan oleh Allah utk dunia kita...dan diakhirat kelak, kita tidak akan memperolehi lagi nikmat2 ...Lalu semua yg hadir menangis bersama2 dgnnya. ( Rwyt Muslim )

Apabila belajar ttg hadis2 seperti ini drp guru2 kami, antara al-Muhaddis al-Marhum al-Syikh Walied al-'Ani al-Hasani , barulah kami memahami bahawa tangisan adalah disebabkan rasa kebersalahan dlm diri kerana dosa .Ia berpunca daripada ilmu yg mantap dan pengetahuan terhadap tanggungjawab kita terhadap Allah yg belum dipenuhi.Juga disebbkan pergaulan kita dgn orang2 salih srta pengajaran yg diambil krn interaksi dgn merela.Harus ingat hati yg tak menangis terhadap kelemahan diri merupakan satu tanda penyakit hati sudah menimpa kita...atau dlm perkataan lain krn ia sudah keras...bimbanglah jika ia mati...

Dipetik dari ustaz zahazan.

Untuk itu marilah kita melembutkan hati kita dengan tangisan kerana Allah Taala. Amin.

06 October 2010

Bila memilih untuk berdiam


Pepatah melayu menyatakan “Kerana Mulut Badan binasa”

Ini menunjukkan berdiam diri adalah lebih baik dari teruskan berkata.
Dan Rasullulah ada bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau DIAM”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

“Barangsiapa DIAM maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)

Kedua duanya telah membuktikan mulut adalah senjata yang paling bahaya.
Kerana di sinilah terkumpul segala dosa dan pahala. Dan yang paling menarik, salah satu cara untuk melawan syaitan adalah dengan cara berdiam diri. Menarik bukan.

Kita tak tahu bila marah, akan keluarlah kata kata yang tidak sepatutnya di mulut kita dan tika kita itu kita juga tak tahu atau mungkin jua buat buat tak tahu yang ada hati terluka akan kata kata kita itu.

Di sini saya nak berkongsi satu cerita.

Cerita Ayah, Anak dan Paku

(Inspirasi dari buku Hidup Bukan Rahsia, Zabrina A. Bakar) 
Amin resah kerana terlalu kerap naik angin. Sikapnya itu menyebabkan dia selalu bergaduh dengan kawan-kawan. Pantang tersilap gurau, lebam biji mata. Akibatnya, Amin dipulau oleh kawan-kawan. Semua mengelak bila terserempak dengannya. Siapa mahu berkawan dengan kaki belasah orang?!
Amin tahu dia yang bersalah, dia cuba menahan marahnya tetapi sukar sekali. Di rumah Amin mengadu kepada ayahnya tentang sifat marahnya yang sukar dikawal.
“Amin lekas naik angin la ayah, macam mana nak kawal marah? Amin tengok ayah jarang marah-marah”, Amin meminta pandangan ayahnya.
Si ayah tersenyum dan terus bergegas ke stor. Kemudian si ayah kembali dengan membawa sebekas paku dan tukul.
“Amin buat apa yang ayah suruh, kena janji dulu”, si ayah meminta anaknya berjanji.
“Ok, Amin janji”, Amin menurut. Dia mahu masalahnya selesai segera.
“Setiap kali Amin marah jangan bergaduh dengan sesiapa, tapi Amin ambil tukul ni dan paku sebanyak mungkin kat pokok tu sampai hilang marah”, ujar si ayah.
Mulai hari itu, setiap kali marah Amin akan melakukan apa yang disuruh ayahnya. Setiap kali marah, semakin berkurang paku pada pokok tersebut. Lama-kelamaan Amin sudah mampu mengawal perasaan marahnya, tanpa menukul paku lagi. Dia tersenyum.
“Ayah, Amin dah boleh kawal marah, cara ayah tu memang menjadi lah”, beritahu Amin.
“Baguslah, tapi Amin kena buat satu benda lagi”, jawab si ayah. Apa lagi ni?
“Amin kena cabut semula semua paku yang ada pada pokok tu”, sambung si ayah. Tanpa membuang masa Amin bergegas ke arah pokok dan mencabut kesemua paku di situ. Setelah selesai, Amin mendapatkan ayahnya.
“Amin nampak tak, apa jadi pada pokok tu?”, si ayah bertanya.
“Pokok tu berlekuk, bekas lubang paku-paku ni”, jawab Amin sambil mengangguk kepala.
“Itulah pengajarannya nak, sikap marah ini akan membekas di hati orang yang kita marahi. Mereka mungkin memaafkan kita, tetapi parutnya tak akan hilang. Jadi berhati-hati sebelum kita marah, kerana kesan buruknya akan tinggal selama-lamanya!”, jelas si ayah.
Berlubang di pokok tidak mengapa, andai hati manusia ‘berlubang’ payah hendak diubati. Apatah lagi jika manusia itu adalah ibubapa, isteri, anak, rakan baik atau pensyarah kita!! Maaf boleh diterima, parutnya kekal sampai akhir nyawa.

Renungi kembali, sudah berapa banyak hati yang kita lukai sepanjang hidup ini?


Berdasarkan cerita di atas adalah lebih baik jika kita memilih untuk berdiam dari melepaskan kata/amarah dari hati.

Saya jua tidak terlepas ingin memohon keampunan ke atas semua sahabat andai, jiran taulan atas apa jua keilapan yang lahir dari tutur kata.

Teristimewa jua buat abang, suamiku yang telah terlalu banyak menerima segala kata dan jua marah lahir dari mulut ini. Sesungguhnya tiada terniat dek hati atas apa jua yang dituturkan. Semuanya lahir dari rasa amarah yang tidak dapat di tahan. Kata yang lahir dari kepuasan diri. Sehingga tega menyakiti hati orang yang disayangi asalkan hati rasa puas bila menuturkannya. Mungkin jua hati saya tidak lagi bersih.

Tak lupa jua buat mak, abah, along dan jua adik adik. Bila marah, pasti kata yang lahir berbisa dari hujung mata pedang.

Benarlah kata pepatah “lidah itu lebih tajam dari hujung mata pedang”

Saya juga memohon kepada semua agar kita perbaiki diri supaya tahu di mana kegunaan lidah kita yang sepatutnya . Supaya tiada lagi hati yang terluka, hati yang berparut dan hati yang terhiris.

Untuk itu, biarlah saya memilih untuk berdiam

01 October 2010

Bila Hati Mula Keras

Sejak akhir akhir ini saya mula merasakan hati mula keras. Mudah marah. Moga tulisan ini sedikit sebanyak akan menyedarkan saya dan jua muslimin muslimat di luar sana. Amin…

Punca Hati Keras

Banyak punca kenapa dan mengapa hati menjadi keras. Antara punca hati menjadi keras:-

1.         Banyak melakukan dosa (x kiralah dosa kecil atau dosa besar)

2.         Makanan
Tanpa kita sedar, makanan antara penyumbang besar hati menjadi keras. Makanan merangkumi semua aspek. Penting bagi kita untuk mengetahui perkara berikut :-

3.         Sumber yang halal (makanan yang halal)
Proses yang halal (makanan memang dah halal tapi proses seperti cara sembelihan, cara pembersihan)

4.         Penyediaan (Ini sering kita terlepas pandang. Penting untuk kita mengetahui siapa yang menyediakan makanan kita. Dah sembahyangkah dia, muslim kah dia, pembersihkah dia?,)sebab itu kita digalakkan masak sendiri.

5.         Pendapatan (pastikan pendapatan kita dari sumber yang halal, penting kerana dari pendapatan itulah kita membeli makanan)


Tanda-tanda Awal Hati Mula Keras

1.         Mudah Marah

2.         Ego

3.         Tidak Sabar

4.         Merasa diri saja yang betul/benar

5.         Sukar menerima pendapat

6.         Takbur/ Bangga Diri/ Sukakan pujian

7.         Tak khusyuk dalam solat


Andai kita ada tanda di atas sama samalah kita mula berubah dari sekarang. Masih belum terlambat untuk berubah.

Dan tanda di bawah pula adalah tanda yang sememangnya hati kita memang sudah keras. Jadi nak tak nak kiter perlu berubah dari saat ini.



Tanda-tanda Hati Keras

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud,

“Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya,

“Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.

“Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?” (Surah At-Taubah, ayat 126)

Cara Untuk Ubati Hati Yang Keras

1.         Belajarlah Mengenali Allah, sifat allah
Dengan mengingati allah, hati akan mula lembut dan jiwa menjadi semakin tenang

2.         Ingat Mati/kematian/Ziarah kubur

3.         Lemahkan Nafsu
Antara caranya, berpuasa, sembahyang sunat, sujud yang panjang

4.         Baca Al-Quran, Perhati hurufnya, fahami maksudnya

5.         Banyakkan Zikir

6.         Bergaul dengan orang yang solih/alim

7.         Ingat Hari Akhirat/Kiamat