30 May 2011

HUKUM UNSUR EMAS DALAM KOSMETIK

   Baru baru ini terdetik nak beli satu produk kosmetik iaitu safi rania memandangkan di rumah telah kehabisan stok. Sebelum ini saya menggunakan safi mentimun tapi sejak jerawat kecil mula timbul di muka terasa nak cuba safi rania plak. Lagipun produk ini sesuai untuk mereka yang berumur 30 tahun ke atas dan saya pula berada dalam kategori itu.
   Dalam search di google untuk melihat pendapat pengguna timbul plak macam macam isu. Ini kerana Safi rania dikatakan ader unsur emas. Dikatakan juga merupai susuk. Iskkk.....gerun plak bunyinya kan.. Dalam niat nak mengelokkan kulit terus dapat dosa. Isk..taknak lah camtue kan..

   Inilah dia...produk yang ingin saya beli tue...

    Dan disini saya kepilkan kenyataan dari Penceramah Bebas berhubung isu ini iaitu Ustazah Siti Nor Bahyah..Alhamdulillah...blehlah saya beli Safi Rania tanpa sebarang keraguan...hehheh

KENYATAAN USTAZAH SITI NOR BAHYAH
LINK : Rujuk Facebook Ustazah

Siti Nor Bahyah selaku jurucakap Halal Safi menjelaskan, Islam tidak melarang manusia itu atau umatnya untuk kelihatan cantik, namun perlu mengikut garis panduan yang dibenarkan di dalam Islam.

Ini kata beliau dibuktikan dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud: �Sesungguhnya Allah ini Maha Indah dan Maha Cantik dan Allah suka yang indah-indah dan yang cantik-cantik.�

Malah tegas beliau, tidak salah di dalam Islam kita berikhtiar untuk menjaga wajah, kesihatan, penampilan diri tetapi biarlah dengan kaedah dibenarkan di dalam Islam.

�Susuk dengan penggunaan emas yang terkandung di dalam produk kecantikan Safi Rania Gold 24 karat ini sangat berbeza.

�Mengapa saya katakan begitu? Pertama, pemakaian susuk, ia ada menggunakan jampi serapah atau mentera, ada orang perantara (bomoh susuk) untuk memasukkan susuk ke mana-mana bahagian yang dikehendaki dan sebelum si pemakai menghembuskan nafas terakhir, dia perlu mengeluarkan susuk tersebut terlebih dahulu.

�Berbeza dengan rangkaian produk kecantikan Safi Rania Gold di mana ia tidak menggunakan bahan jampi serapah.

�Malah produk ini apabila dipakai di wajah ia akan meresap ke dalam wajah dan lama kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya. Berbeza dengan mereka yang memakai susuk di mana apabila melalui sinar x, bahan susuk (emas atau berlian) tersebut masih kelihatan di bawah lapisan kulit,� katanya.

Merawat masalah

Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: �Sesungguhnya jampi serapah, tangkal azimat, ilmu guna-guna adalah syirik. Sudah jelas adanya unsur syirik di situ iaitu percaya kuasa lain selain daripada Allah SWT�.

Demikian juga firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 72 yang bermaksud: Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: �Sesungguhnya Allah ialah al-Masih putera Maryam.� Padahal al-Masih (sendiri) berkata: �Hai Bani Israel. sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu.� Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.

Kata Siti Nor Bahyah, ini jelas haram di sisi Islam, waima dengan alasan untuk tatapan pasangan iaitu suami.

Mengikut apa yang difahamkan kepada beliau oleh Pengurus Produk Safi, Mahsuri Sulaiman:

�Laporan ujian menunjukkan bahawa nano-gold (Au) hanya dikesan pada lapisan epidermis dan dermis.

Ini menunjukkan bahawa nano-gold tidak berupaya untuk menyerap sehingga ke pembuluh darah dan kerana itu ia tidak menganggu sistemik kulit.

Malah juga tidak berlaku pertambahan pada jumlah habuk emas pada lapisan dermis, sama ada bagi sapuan sekali atau berturutan. Apatah lagi, menganggu sistem kawalan kulit tersebut.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa habuk-habuk nano-gold yang digunakan dalam produk kecantikan Safi Rania Gold tidak tersimpan atau tertinggal di kulit malah ia hilang atau dibawa keluar daripada kulit semasa proses semula jadi pembaharuan kulit.

Malah akui Siti Nor Bahyah, wanita diharuskan memakai emas. Seperkara lagi produk Safi ini bebas daripada bahan alkohol.

Mengulas tanggapan yang mendakwa pemakaian segelintir produk kecantikan, akan membuatkan wajah lebih menonjol, seterusnya menarik perhatian ramai dan bukankah ini dikira telah mengubah kejadian Allah?

Menurut Siti Nor Bahyah yang sempat berkunjung ke pejabat Mega, sesuatu yang mengubah kejadian Allah, jelas diharamkan di dalam Islam. Contohnya, Botox yang jelas mengubah bentuk wajah seseorang itu.

Bagaimanapun penggunaan produk kecantikan Safi Rania Gold, ia tidak mengubah bentuk muka seseorang itu tetapi ia lebih kepada merawat wajah iaitu dari kusam kepada lebih sekata rona muka si pemakai tersebut.

Perlu ditekankan di sini, ini tidak merubah ciptaan Allah tetapi bermatlamat kepada membantu merawat masalah yang dihadapi.

Oleh itu, menurut Siti Nor Bahyah, untuk menjadi cantik tidak salah di sisi Islam cuma apa pun yang dilakukan adalah berdasarkan kepada niat seseorang.

Contohnya seorang isteri sudah pastinya apabila dia memakai produk kecantikan, niatnya adalah untuk menambat hati suami, supaya suami tambah sayang dan juga mungkin niat untuk keyakinan diri, itu sudah jelas dibenarkan di dalam Islam.

�Namun jika ia diniatkan yang sebaliknya seperti untuk menarik perhatian orang lain, berbangga diri itu telah bercanggah dengan Islam. Apatah lagi, timbul riak dalam diri apabila terlalu dilambung-lambung dengan pujian,� katanya walau apa pun ia berbalik kepada niat seseorang itu.

Malah tambah beliau, ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW, bahawa orang yang riak dan sombong, mereka tidak akan masuk syurga.

Pesanan Siti Nor Bahyah hadis riwayat Abu Hurairah r.a. seharusnya diambil perhatian oleh semua umat Islam tidak kira wanita mahupun lelaki dalam menilai soal kecantikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: �Sesungguhnya Allah tidak melihat seseorang itu kepada wajah, paras rupanya dan juga harta benda tetapi yang Allah lihat ialah hati dan amalannya. Apa gunanya wajah yang cantik tetapi hatinya penuh dengan sifat hasad dengki dan sebagainya.� Jadi sama-samalah kita fikir-fikirkan...

Berkongsi cerita bagaimana diri beliau dilamar sebagai jurucakap halal Safi, jelas Siti Nor Bahyah, perkara pertama yang beliau lakukan sebelum mengambil keputusan menjadi jurucakap Halal Safi adalah dengan memastikan Sijil Halal yang diperoleh dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

�Saya kemudian ditunjukkan dan diberi penerangan tentang bahan mentah yang digunakan dalam keseluruhan produk kecantikan Safi. Seterusnya, melawat ke kilang mereka.

�Apabila timbul keyakinan dan merasakan ini adalah satu cabang dakwah untuk menyampaikan masyarakat bahawa ini adalah satu produk yang 100 peratus halal dan boleh digunakan tanpa rasa was-was, lantas saya menerima tanggungjawab tersebut,� kata beliau.

Cantik itu tidak salah

Sejauh yang ramai kenali, Siti Nor Bahyah adalah seorang penceramah yang diakui popular menerusi dakwah beliau secara langsung, buku dan cakera padat.

Namun semenjak melibatkan diri dalam bidang kecantikan dan produk kesihatan, persoalan pertama yang muncul ialah bagaimana dapat dijelaskan kesinambungan dakwah beliau menerusi bidang baru tersebut.

�Dakwah ini luas, kalau biasanya saya kerap muncul di kaca televisyen, radio dan akhbar atau majalah dan lebih popular dengan topik-topik berkaitan kekeluargaan dalam Islam tetapi dengan tawaran daripada Safi ini, memberi peluang untuk berdakwah tentang kecantikan di dalam Islam,� jelasnya.

Bercakap soal cantik ini, kata Siti Nor Bahyah, semua wanita mahu kepada kecantikan termasuklah beliau sendiri. Malah trend serupa juga berlaku kepada kaum lelaki.

� Oleh itu, saya ingin mengajar kepada umat Islam seluruhnya bahawa cantik itu tidak salah tetapi biarlah kita menggunakan produk yang 100 peratus halal.

�Ini kerana banyak produk kecantikan yang terdapat di pasaran tetapi menimbulkan keraguan ramai pengguna Islam,� jelasnnya.


Lebih-lebih lagi kata Siti Nor Bahyah, aspek pemakaian dan pemakanan itu ada hubung kait yang sangat rapat dengan ibadat seseorang Muslim itu.

Contohnya dalam bab berdoa kepada Allah. Apa gunanya jika kita tidak menjaga sumber makanan yang diambil dan pakaian yang digunakan, jika ia adalah daripada jalan yang haram atau subahat.

�Sebenarnya, apa yang saya lakukan sekarang ini, semua di luar jangkaan. Pada saya ini adalah anugerah dan kurniaan Allah SWT dan milik-Nya.

�Jadi apabila kita gunakan ia ke jalan kebaikan, sudah pasti rezeki pemberian Allah SWT kepada kita datang mencurah-curah. Matlamat pokok ialah berdakwah menyebarkan syiar Islam,� katanya begitu juga gelaran sebagai pendakwah itu juga tidak dirancang.

Moga pencerahan ini tidak lagi medatangkan keraguan kepada kita...

24 May 2011

KENYATAAN RASMI SECRET RECIPE

Saya kemukakan kenyataan rasmi dari secret recipe berhubung isu DNA disebabkan rasa tanggungjawab saya di atas penyiaran artikel "Kek Secret Recipe Haram..." di blog saya ini. Terserah pada kita untuk menilainya.


Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut :



Wallahualam...

MAK SAKIT


Mak Cayang

Saya agak takde mood nak menulis sekarang ini. Isi banyak tapi mood plak takde. Sebenarnya banyak yang ingin saya luahkan. Namun tak terluah juga.
            Hari ini saya ingin meluahkan serba sedikit. Pertama..berkenaan ngan mak. Baru baru ini 12 Mei 2011 (Khamis) mak kesayangan saya diserang minor strok atau boleh juga dikatakan serangan angin ahmar. Sedih rasanya. Separuh badan mak tak boleh bergerak. Belah kanan plak tue. Mak masuk ICU 2 hari..kemudian bila keadaan mak agak stabil mak dimasukkan ke wad biasa.
            Sedih mengenangkan kerana baru jea kami adik beradik berseronok 4 hari sebelum mak jatuh sakit dengan meraikan hari ibu.

Kek Sempena Hari Ibu


            Darah mak tinggi begitu juga dengan kolesterol. Sepanjang mak di wad, saya bercuti untuk menjaga mak. Biarpun  sibuk dengan 3 dara saya tetap tidak melepaskan peluang untuk menjaga mak, begitu juga dengan adik beradik yang lain. Masing masing tak kisah untuk menjaga mak. Alhamdulillah... Biarpun saya masih boleh memilih untuk bekerja memandangkan adik beradik yang lain tak lokek menjaga mak, saya tetap ambil cuti gak kerana bila tengok mak di depan mata saya, saya lebih berpuas hati. Tak perlu asyik menelefon adik beradik yang lain untuk bertanyakan khabar mak. Terima kasih jua kepada abang yang begitu memahami keadaan saya.
            Siang saya menjaga mak, manakala malam pula adik adik mengambil alih. Penat menjaga mak di siang hari terubat bila abang tak lokek menangani karenah 3 dara sebelah malam. Sepanjang saya menjaga mak, abang lebih banyak mengambil tugas saya menjaga 3 dara. Abang juga tidak kisah berulang alik dari hospital untuk menghantar saya biarpun saya tahu abang juga tak cukup rehat.
            Hari selasa mak sudah dapat keluar hospital. Itupun sesudah dipaksa. Doktor sebenarnya tak benarkan tapi kami sekeluarga berkeras nak bawa mak keluar. Bukan apa, kami ingin mencuba perubatan islam pula.
            Dan sepanjang mak tinggal di rumah mak, saya sekeluarga berulang alik dari rumah kami ke rumah mak. Pengertiaan abang di sini amatlah saya hargai dan kagumi.
            Sepanjang menjaga mak, saya cuba mengawal perasaan saya sendiri. Tak dapat digambarkan kesedihan yang saya tanggung bila melihat tangan kanan mak tak boleh diangkat. Mulut mak yang senget sebelah. Tangan itu tak kuat lagi. Hati saya sebak. Dada saya melodak. Tangan inilah yang membesarkan saya dengan penuh kasih dan sayang. Yang memujuk saya tika sedih, tika sepi, tika duka. Ingat lagi saya tahun 2009 waktu itu saya mengandungkan puteh, saya berjangkit kutu dengan kakak yang dapatnya dari taska. Tangan mak inilah yang mencari kutu di kepala saya bila saya khabarkan saya tak boleh guna syampu kerana akan membahayakan kandungan saya. Dalam rabun  mak, tetap juga mencari kutu saya setelah melihat saya yang asyik mengaru kepala tika datang ke rumah mak.
            20 Mei yang lalu, kami telah membawa mak berubat secara perubatan islam. Alhamdulillah..keadaan mak beransur pulih. Biarpun begitu tangan mak tak boleh diangkat lagi namun jari jari mak sudah boleh bergerak. Paling membahagiakan mak sudah boleh berjalan sendiri dan mulut mak dah tak senget lagi. Terima Kasih kepada 4 orang ustaz yang telah membantu mak tempoh hari. Pertolongan ustaz amatlah saya hargai dan tak akan dapat dibayar dengan intan mahupun permata. Terima kasih ustaz.

Mak ....cepat sembuh yea...PadaMu Allah berikanlah kesembuhan kepada mak...berikanlah mak kesihatan yang sempurna...panjangkan lah jua umur mak, abah..amin ya rabbal alamin...


Kek Secret Recipe HARAM...?!!!!!

Terkejut gak bila baca berita ini. Almaklumlah kat rumah tue, setiap kali function mesti beli kek dari jenama ini. Biarpun agak mahal tapi rasa berbaloi ngan rasanya. Lagipun makan hanya bila ada function jea... Sedihnya...iyealah yang makan bukan setakat saya tapi anak anak, mak, abah, adik beradik. Rasa bersalah pun ada..Baru baru ini saya ada baca dalam Mingguan Malaysia berhubung profile empunya secret recipi. Menurutnya tauke ini adalah anak jati cina kelantan. Pekerjanya 90% melayu. Menurutnya lagi, beliau cukup mementingkan halal kerana begitu memahami akan tuntutan penguna yang majoritinya islam selain beliau juga biasa bergaul sejak kecil dengan orang  melayu. Beliau juga akan memastikan produk ini halal dan ingin mengekalkannya sebagai  produk halal di antarabangsa.Tulisan itu cukup menyakinkan saya. Tapi bila keluar berita ini...sedih rasanya. Menurut sumber, syarikat tepung yang digunakan oleh secret recipi disahkan mengandungi DNA babi. Sama samalah kita menafsirkannya....sumber ini saya dapati dari http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/


DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe
Posted on Tuesday, May 17, 2011 by Nazo
Kek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapat tahu...

Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah!

kata jer Malaysia ini negara islam?
tapi persekitaran?
kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!

Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah!

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011
telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’


Syarikat tersebut adalah:

Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )

 
8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011
9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011


Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.

06 May 2011

TRAGEDI DI HUTAN LIPUR ULU BENDUL

   Takziah buat ibu kepada 3 orang anak iaitu Puan Wan Azleela di atas tragedi yang menimpa anaknya baru baru ini. Kehilangan 3 orang anak ini begitu mengusik jiwa saya kerana anak beliau kesemuanya sebaya dengan anak saya ditambah kesemuanya perempuan seperti anak saya yang saya gelarkan 3 dara. Kehilangan anak beliau iaitu Nursyaza Alisa, 5, Nursyaza Azera, 4, Nursyaza Sakinah, 2, pasti meruntun jiwanya tambahan lagi di saat dunia bakal menyambut HARI IBU 8 Mei ini. Menurut sumber 3 kanak-kanak itu dibawa oleh bapa kandungnya yang dijaga oleh ibu kandungnya. Ibubapa kanak terbabit telahpun berpisah.  Turut bersama seorang wanita dipercayai teman wanita bapa kanak- kanak terbabit.

   Tiada perkataan yang sesuai atau paling tepat selain sabar untuk diperkatakan kepada Puan Wan Azleela. Namun begitu biarpun memang mudah untuk menuturkan sabar tetapi hanya mereka yang menghadapinya mengerti ianya tidaklah semudah pengucapan sabar.

   Moga Allah mengurniakan ketabahan, kesabaran yang bukan sedikit buat Puan Wan Azleela. Moga Allah memudahkan perjalanan Puan Wan Azleela di masa hadapan..Amin.. 

Al Fatihah buat anak Puan Wan Azleela...