27 December 2011

EdCoustic - Muhasabah Cinta

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua pada-Mu
Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Sajer nak letak lirik lagu nie. Pada yang belum mendengar, cubalah..Macam macam yang saya rasa bila dengar lagu nie...sedih ada, sebak ada, semangat pun ada..pendek kata macam macam lah rasa..


Sajer Sajer...

  Assalammualaikum...

  Lama benar tak update apa jua cerita, apa jua kisah di blog nie. Hampir sebulan ini saya terlalu sibuk. Sibuk dengan kerja yang tak abis abis dan sibuk juga ngan family. Hujung minggu pun rasa cam tak cukup. Kain baju dah makin menimbun minta dilipat.
  Sepanjang sebulan ini, tetamu tak putus datang rumah pada hujung minggu. Jadi segala kain baju yang minta dilipat terpaksa ditukar jadual kepada memasak n memasak.. letih memang letih namun seronok bila rumah ada tetamu yang sudi menjengah, cuma bila penat dah di tahap memuncak, marah tiba tiba menguasai diri...
   Dekat opis pun kerja makin menimbun. Datang kerja bukan tak ada kerja nak buat tapi tak tahu nak buat yang mana dulu. Sepanjang bertugas, jarang saya biarkan kerja tak abis sebelum waktu pulang tapi untuk 2 minggu ini, kerja memang tidak dapat dilangsaikan. Hanya sesudah 2 minggu barulah saya mampu menyiapkannya. Aduiii...letih..balik rumah teringat ingat akan kerja yang tidak sudah sudah tue..sampaikan leh masuk dalam mimpi. Aduiiii..tak pernah sepanjang hayat kerja leh masuk dalam mimpi..terukknyeerr..
   Hari ini kerja masih ada cuma masih berada dalam kawalan. Insya'allah sebelum abis waktu pejabat segalanya akan langsai. Sepanjang sebulan ini juga saya tak mengambil sebarang cuti, bimbang bila cuti kerja makin bertambah. Insya'allah bila kerja dah selesai...barulah ingat nak bercuti...
   Okaylah nak sambung kerja jap..nanti ada masa saya update lagi yea...

22 November 2011

AKHIRNYA...MALAYSIA JUARA

Meraikan kemenangan
   
    ERmmm....akhirnya...tak tahu nak kata apa dah ...dah terjawab segalanya. Kepuasan juga jelas tergambar. Akhirnya Malaysia menjuarai pingat emas dalam sukan sea 2011 dan dalam masa yang sama mempertahankan kejuaraan sukan sea musim lalu. Buat kali kedua, Malaysia berjaya mempertahankan gelaran juara. Bukan senang untuk mengekalkan kejuaraan tambahan lagi bermain bukan di gelanggang sendiri. Dengan tekanan penyokong tuan rumah yang begitu ramai membanjiri stadium seolah stadium bertukar menjadi lautan merah, ditambah lagi dengan layanan yang faham faham sendirilah yea. Pasukan Malaysia membuktikan yang mereka bukan Jaguh Kampung. Syabas pasukan Malaysia begitu juga Jurulatih Pasukan Malaysia, Ong Kim Swee. Nampak gayanya seminggu dua nie pasti cerita bola tak basi di pendengaran. Cara permainan pasukan Malaysia yang cukup profesional dan mantap masih berlegar di ruang fikiran..aksi terbang, lompat, tanduk menanduk..hemm...tersenyum sendiri dibuatnya...Corak permainan inilah yang kami rakyat Malaysia nantikan, bukan setakat kejar bola, tunggu bola....Prestasi yang ditunjukkan amat membanggakan, serasa tengok liga inggeris pun ada...andai ditakdirkan kalah pun tetap menang di hati rakyat Malaysia!!!
    Kemenangan ini bukan terletak hanya kepada orang perseorangan, bukan khairul fahmi dan bukan juga Baddrol tetapi kemenangan ini terhasil dengan penyatuan semangat setiakawan berkat bimbingan jurulatih. Kemenangan ini kemenangan berpasukan...syabas Malaysia. Sekaligus mengangkat martabat negara dari terus dihentam, di persenda oleh negara luar. Syabas ...

p/s : terasa cam pengulas sukan pulak dah..heheheh

21 November 2011

MALAYSIA LAWAN INDONESIA

   Tiba tiba jea rasa patriotik bila tengok bola..hehehh..ada ker macam tue...iyealah zaman sekarang nie mana ada perang berperang jadi bila tengok bola nie, semangat yang datang tue menimbulkan rasa patriotik tambah tambah bila pasukan kebangsaan mula menunjukkan taringnya. Kiranya barulah bersesuaian ngan nama Harimau Malaya...iyea dak..? Tapi rasa kelakar plak bila saya post pasal bola nie..hehehh..bila masa plak leh terlibat ngan bola nie nie..kalau abang tue lain lah...hahahh
   Malam nie Malaysia akan menentang Indonesia. Ntah kenapa bila bertemu dengan negara jiran ini seakan beremosi sikit. Kenapa yea sambutan rakyat indonesia terhadap rakyat malaysia tidak seperti layanan kita terhadap mereka. Jauhnya amat, bukan setakat api dengan panggang. Terasa ralat di hati bila melihat pemain Malaysia terpaksa memasuki padang dengan kereta kebal. Sedangkan rakyatnya di sini bebas tanpa ada rasa prejudis oleh Rakyat Malaysia. Di sini saya puji sikap, attitude rakyat Malaysia. Sikap profesional, tolak ansur ketara kelihatan.

Skuad Malaysia

   Saya tidak mengharapkan apa apa untuk perlawanan malam ini. Bola itu bulat. Apa apa boleh berlaku. kan..kan..

 
   Pada saya, Emosi pemain Malaysia yang perlu berhadapan dengan puluhan juta rakyat Indonesia tidak perlu dikeruhkan dengan desakan untuk bergelar juara. Bermainlah dengan jujur, dengan semangat kesukanan. Insya'allah..kemenangan pasti berpihak pada kita.

p/s: elleh..nak menang gak yea..hehhhe 

TERHIRIS KERANA PENA

     Pernahkah anda di luar sana merasa sedih atas kata kata orang? Mungkin ada yang pernah dan mungkin juga ada yang tidak pernah langsung. Bagi yang pernah, pasti rasa terhiris kan. Tapi bukan itu yang ingin saya sentuh di sini.

      Kali ini saya ingin menyentuh soal pena. Iyea pena. Pernahkah kita merasa terhiris akibat dari pena? Hhmmm…apa yea…
      Dunia ini dah semakin efektif..semakin maju..sehingga kadang kala kita tak pernah terfikirkannya. Pernahkah kita terfikir suatu ketika, facebook menjadi rutin harian kita? Tak pernah kan. Saya ingin menyentuh mengenai face book @ muka buku.
      Saya ada mempunyai akaun face book namun saya tidak mempunyai teman yang ramai (saya memilih untuk tidak mempunyai teman yang ramai). Banyak sebab mengapa saya tidak mahu rakan facebook yang ramai. Bagi yang tahu saya ada akaun facebook, dia akan tahu, bagi yang tak tahu maka tak tahulah jadinya.
       Contoh di tempat kerja, saya memang tidak akan add rakan rakan satu pejabat namun saya akan add atas dasar menjaga hati, itu pun selepas melalui tapisan demi tapisan (hanya saya yang memahami). Kenapa saya begitu yea.
        Saya tak suka stress…(ada kaitan ker?)..yea..sememangnya ada. Bahasa di f.b terlalu terbuka. Maki, hamun, puji, kutuk seolah biasa dalam f.b. Saya misalnya pernah terhiris dengan kata kata di f.b. Pada saya, kata pena lebih tajam dari kata lidah. Namun itulah, dalam berhati hati, dalam tapis menapis, kita sebenarnya masih belum mampu membaca hati orang.
         Saya tak nak mencari musuh, saya tak nak stress dengan kata kata orang terhadap saya. Saya tak mahu terlibat dengan mereka yang suka suka hati kata orang tanpa memikirkan perasaan orang lain.  
        Saya berharap sangat dengan mereka yang di luar sana agar berhati hati bila menitip mata pena. Pena nan satu ini amat merbahaya. Bila anda mula menulis/taip bukan hanya anda seorang yang membaca sebaliknya sebegitu ramai yang akan membaca. Andai anda menulis sesuatu yang empunya dirinya tidak meredhai, maka tanggunglah dosa. Risikonya tinggi kan
       Kenapa yea saya menulis sebegini..kerana untuk seketika, hari ini hati saya terhiris lagi hanya kerana mata pena (f.b).

        Serasa terdetik di hati...mengapalah saya approve dia dulu...hmmmm

02 November 2011

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG

      Lama tak update blog nie. Kerja yang menimbun..adoii...tak menang tangan dibuatnya. Baru baru ini Kak Adik menyambut ulang tahun kelahiran nya yang ke 4 tahun. Kali ini agak meriah skit sambutan untuk kak adik. Hadiah pun boleh tahan.
     Saya dan suami sekadar menyambut ala kadar dan kali ini rumah mak menjadi pilihan. Saya dan suami membeli kek idaman kak adik, iaitu Kek Upin dan Ipin. Jenuh gak mencarinya, ini kerana kami tak sempat menempah. Jadi cari jealah yang sedia ada. Mujur Ada.
     Suami menghadiahkan skuter Ben 10 kepada Kak adik, manakala saya sekadar menghadiahinya peralatan mewarna juga buku mewarna. Kak Adik sekarang cenderung ke arah mewarna. Jadi pelbagai buku warna saya belikan. Punyalah seronok kak adik.
     Atuk pula menghadiahkan kak adik sehelai baju. Seronok betul kak adik. Tapi yang kelakar tue, Kakak plak merajuk. Iyalah semua orang sibuk dok wish kak adik, maka kakak rasa dipinggirkan. Puas juga dipujuk kakak, muncung jua yang jadi pilihannya. Lama gaklah Kakak muncung. Setengah jam tue confirm arrr...isk isk..sabar yea sayang. ...Nanti bila tiba ulangtahun kelahiran kakak, ummi belikan yea..
     Dan hari ini jatuh ulangtahun kelahiran kakak yang ke 5. Saya pulak tak berapa sihat. SElsema + Demam, jadi tak tahulah nak buat ker idak..
     Cadangnya nak buat hari sabtu ini di rumah mak. Kakak awal awal lagi nak kek barbie pastue nak skuter barbie..Alahai sayang..kopaklah ummi camnie.
     Apapun ummi nak ucapkan Selamat Ulangtahun KElahiran Buat Kakak jua Kak Adik. Ummi berharap sangat anak ummi menjadi insan yang berguna, bukan untuk ummi saja malah untuk masyarakat umumnya. Ummi berdoa kakak dan kak Adik akan beroleh kejayaan di dunia dan jua di Akhirat Sana. Ummi sentiasa mendoakan anak ummi ini sentiasa dipanjangkan  umur dan dijauhkan dari bala bencana. Aminnnnnn..
Kek Kak Adik

ha...mengenai Skuter Ben 10, kalau ada yang berminat, boleh lihat di http://mainancollection3d.blogspot.com/ harga nya dalam RM68 jea sekali ngan penghantaran.

14 October 2011

LELAKI YANG DITARIK WANITA MASUK KE DALAM NERAKA

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(Teringat kat abah...huhuhu)



2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(Teringat kat abang...isk..isk..)

3. Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Teringat kat Along...ermmm...)

4. Anak-anak lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(Takde agi...hehheheh)


Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Jadi marilah kita iaitu kaum wanita bersama menjaga diri agar 4 insan yang kita sayangi ini tidak dihisab ke neraka dan tidak terhumban ke neraka gara gara kerana kita yang tidak pandai memelihara diri.
Macam nie kan bagus...

DOA PENDINDING

    Assalammualaikum..

     Pagi Jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi satu doa di mana Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kita umatnya mengamalkannya. Doa ini andai dibaca 3 kali waktu pagi dan 3 kali waktu petang akan terhindarlah kita dari kemudharatan sepanjang hari tersebut. Insya allah...

Bersamalah kita mengamalkannya. Aminn...

11 October 2011

SUPRISESSSSSSSSSSS...........!!!

  
   Hujung Minggu baru baru ini saya mengunjungi rumah mak. Lagipun dah lama tak pergi umah mak. dah lama gak tak jumpa ngan abah.  Kami sekeluarga sampai di rumah mak dalam pukul 9.30 pagi. Sarapan di rumah mak. makan makan, borak borak, sedar sedar dah tengahari. Saya pun siapkan makanan tengahari. Buat simple jea. Ayam goreng berempah dengan Sotong tepung dan mak menambah buat ikan merah masak asam pedas....Nyummy..
    erm..lupa plak nak cakap..abah takde kat umah. Pergi mana ntah. Dah siap makan tengahari itu, abah pun sampai. Abah pun ucapkan selamat hari lahir untuk saya. Memang hari itu adalah hari kelahiran saya. Sedih campur seronok sebab abah ingat gak akan hari lahir saya. Saya pun bersalam ngan abah. Abah keluar semula, tiba tiba si kakak bawak masuk sekotak kek dan abah menghulurkan satu beg plastik untuk saya. Katanya hadiah. Terkejut + terkelu..tak sangka kan dalam tua tua begini ada gak kejutan yea..
    Alahai...so sweeet + terharu.....Dalam usia 32 tahun ini, abah masih membelikan hadiah untuk saya...terharunya..saya buka beg plastik. Rupanya sepasang baju kurung pesak...cantiknya..pandai abah pilih. Saya terus masuk bilik dan mencuba. Memang muat. rasa nak nanes nie...abah masih tahu saiz saya...uwawawawawaw...nak nanes..sedihnya..
    Mekacih abah..kek yang abah belikan pun sebab..3 dara tak putus putus makan..asyik menambah jea..Apa yang buat saya sedih + terharu ini, abah kan dah tua..SAya masih berharap masih dapat bertemu abah di tahun hadapan. Bukan hadiah yang saya mahukan cukuplah sekadar ucapan. Saya tak mahu ini menjadi hadiah terakhir dari abah.. Ya Allah panjangkanlah umur abahku, mak ku..keluargaku jua muslimin dan muslimat.

p/s : hadiah dari abang tak dapat lagi...postpone katanyer..isk..isk..isk..

23 September 2011

DIANA AMIR BERTUDUNG

Diana Amir bersama Wardina

    Siapa di sini yang mengenali pelakon yang bernama Diana Amir ini. Saya sejujurnya tidaklah jua mengenali Diana Amir ini. Namun saya mendapat tahu yang baru baru ini Diana Amir berkeputusan untuk mula dan terus bertudung. Alhamdulillah.
    Namun begitu, antara sebab saya menulis perkara ini adalah kerana saya tertarik dengan ceritanya yang mengatakan antara faktor dia ingin bertudung adalah kerana sering bermimpi mengenai Hari Kiamat. 
     Sejujurnya melihatkan keadaan duniawi jua penghuninya, saya yakin yang anda di luar sana mungkin sependapat dengan saya iaitu kita kini sudah berada di dunia akhir zaman.
      Namun apakah persiapan kita..? Apakah bekalan kita? sedangkan kita pasti yang mati itu pasti, di mana kita tidak tahu bila dan bagaimana keadaan kita ketika ajal datang menjemput. Subhanallah...mengenangkan itu semua saya jadi tidak tentu arah dibuatnya.
     Bagaimana keadaan saya di sana dan bagaimana keadaan 3 dara di sini. Sungguh...saya juga belum bersedia untuk menghadapinya. Untuk itu, saya dan jua mereka di luar sana perlu berubah. Berubah ke arah yang lebih baik.
     Untuk itu kepada anda di luar sana, yang sedang melakukan perubahan ke arah kebaikan. Tahniah saya ucapkan. Moga kita sentiasa beristiqamah dengan setiap perubahan yang kita lakukan.

16 September 2011

CUTI OH CUTI

     Hari ini cuti am bagi semua rakyat Malaysia di mana kita meraikan Hari Malaysia. Hari yang jatuh pada bln syawal. Jadi bila jatuh cuti pada hari ini ibarat bulan jatuh ke riba lah yea.
      Pagi pagi lagi dah bangun tuk kemas memandangkan ada tetamu nak datang ngan menginap di teratak kami sekeluarga. Jadi di samping mengurusi 3 dara, sambil sambil buat kerja yang lain.
      Pening juga memikirkan menu untuk tetamu, ini kerana lauk yang dirancang tiada di pasaran...hehehh
Akhirnya buat menu simple jealah iaitu Gulai kari ayam, Udang goreng tepung, Telur dadar dan sayur kangkung. Jadilah dari takde kan. Sesungguhnya meraikan tetamu itu akan mendapat keberkatan.
     Apa yang saya merepek ini. SEbenarnya ngah penat sangat nie. Oklah..ada masa saya nulis lagi.

13 September 2011

BICARA HATI


Hati Resah Jiwa Gundah
Punca Apa Sukar Dikata
Mencari Nur Kasih Di Depan Mata
Atau Jauh Nun Di sana

Hati Resah Jiwa Gundah
Di Mana Gerangan Di Mana Bayangan
Atau  Sekadar Bisikan Syaitan
Yang Suka Akan Perbalahan

Marah Tiada Bersebab
Rajuk TIada Pujukan
Hati Terperuk Kesepian
Tiada Siapa Endahkan

Langit Yang Cerah Tidak Kuendahkan
Pelangi Yang Datang Lalu Dibiarkan
Mentari Cuba berikan Sinar
Hujan Jua Yang ku Mahukan

Untuk Apa dIratap Hati Yang Nista
Amarah Yang ada dibiar Berpanjangan
Sukakah Melihat Dia derita
Menanggung Rindu Dalam Seksa

Usah Ditambah Bara yang Tiada
Sekam Pasti datang Membakar
Sejuk yang datang jangan dipanaskan
Carilah Embun penawar Bara

Marah Biarlah Berpada
Kelak Hati mErana
Elok Putih Menjadi Hitam
Elok Permata Menjadi Kaca

Ajaklah Hati Muhasabah Diri
Pujuklah Hati Ketepikan Egois
Tiada Insan Sempurna Di Fana Ini
Selagi Bergelar Manusia
Kesilapan itu Pasti terjadi

Putihkan Hati Senyum Di bibir
Jangan Dibiarkan Si Tanduk Menguasai Diri
Kelak Diri sendiri Yang Rugi
Silap Sekuman Padahnya Selautan


Untuk Itu Bersamalah Toleransi
Salah Jangan Dicari Tapi Tak salah Jika Dikaji
Agar Silap Tidak Lagi Terulang
Luka TIada Parut pasti hilang



26 August 2011

Donut oh Donut

     
     Ramadhan kali ini, kakak sibuk nak puasa, sebelum bulan ramadhan lagi dia sibuk nak puasa. Akhirnya bila tiba 1 Ramadhan, waktu sahur, saya bertanya pada suami, nak kejut ke kakak sahur? Suami kakak, cubalah kejut tanya dia, nak puasa ker tak?
      Saya pun kejut kakak dan tanya nak puasa ker idak. Kakak angguk tanda nak puasa. Akhirnya suami dukung bawak turun tuk makan tapi dia tak nak makan. Tidur jea.
      Saya pun buatkan susu untuknya. (Kakak minum susu botol lagi). Sampai kat sekolah, saya pesan kat cikgu yang kakak puasa dan kalau kakak tak tahan, bagi kakak makan. Cikgu pun mengerti.
      Petang bila ambil kakak, saya terkejut bila cikgu maklumkan yang kakak masih berpuasa. Iyealah..keadaan kakak yang sedang melompat lompat memustahilkan untuk saya mempercayai yang dia sedang berpuasa.
     Gembira plak saya tengok bila kakak mampu berpuasa sehingga petang itu. Dalam kereta saya tanya nak makan apa..kakak kata nak makan donut. (kakak memang fanatik donut).
    Waktu itu jam sudah pukul 6.00 petang, bila kakak nampak donut terus kakak meronta ronta, katanya lapar lah, tak tahan lah. Aduhai...kakak mula menangis, suami plak tak setuju dengan saya yang masih tega ingin kakak meneruskan puasanya.
    Akhirnya bila lihat kakak menangis, tak sampai hati plak saya, Dan kakak pun berbuka dalam pukul 6 lebih..Sayangnyerrrr...
    Kakak makan donut dengan lahapnya. Nampak benar laparnya...tapi itulah hanya gara gara donut..kakak sanggup buka puasa. Donut ...donut...
     

25 August 2011

KISAH RAMADHAN

   Assalammualaikum

    Rasanya dah lama benar saya tak update diary saya nie..(diary konon). Rindu rasa nak menulis, tapi tuelah masa plak yang tak ada. (masa yang takde atau saya yang tak pandai mengurusi masa..hehehh). Kali ini saya nak cerita skit perkara saya buat sepanjang bulan ramadhan ini.
    Ramadhan kali ini, saya agak penat + kelam kabut sikit...3 dara dah semakin membesar, jadi waktu berbuka puasa agak riuh rendah gaklah. Almaklumlah 3 dara belom puasa lagi jadi bila kita ngah sibuk berbuka, masa itulah dorang buat perangai. Memang menguji kesabaran sungguh...
    ha...lagi satu, saya bertambah penat bila terpaksa mengharungi jem. Perjalanan ke rumah yang hanya memakan masa 20 minit kini dah jadi 2 jam gara gara jem di jalanan. Agaknya semua orang berebut nak pulang awal. Saya bila mengharungi jem yang 2 jam ini, ditambah dengan meragamnya 3 dara, mengundang stress untuk saya. Kesabaran yang dituntut bukan sedikit. Jadi bila sampai rumah pun dah agak lewat, masak pun yang simple simple jealah. Alhamdulillah, dari takde yea.
    Yang seronok nya bulan ramadhan ini, setiap hujung minggu, saya sekeluarga berkumpul di rumah mak untuk berbuka puasa bersama. Masa ini juadah jangan nak katalah..penuh meja sampai ruang nak letak kuih muih pun takde...Akhirnya mak saya bagi syarat, jangan beli kuih kalau taknak makan. Bila dah keluar syarat dari mak, barulah kami masing masing mengurangkan pembelian kuih muih jua lauk pauk ini. Alhamdulillah..rupanya nafsu ini boleh dikawal.
      Nantilah saya citer lagi serba sedikit. Idea tak datang lagi nie. Mood untuk menulis pun kurang. Nanti dah ada mood, saya update lagi yea...

   

04 August 2011

BUTTER HARAM?

    Ramadhan ini dapat lagi satu kejutan. Kejutan yang telahpun disahkan sendiri oleh pihak Jakim. Sejenis ramuan butter didapati/ disahkan mengandungi DNA Babi.
    Pasti ramai yang ingin mengetahui butter berkenaan. Butter itu adalah Golden Butter Churn. Untuk memudahkan lagi, saya kepilkan bersama gambar yang saya dapati di google.

   Butter ini sering kali digunakan bagi membuat kek sarawak. Aduhai..sedihnya, sebab saya memang suka makan kek sarawak. Biarpun jarang membeli tapi bila dah ada di depan mata, memang tak pandang kiri kanan lah. Paling yang saya kesalkan, Kak adik pun dah makan...aduiii..berdosanya saya, beri anak saya makan menda yang haram....Y Allah ampunkan dosa hambamu ini.
    Jadi kepada semua pembaca, elakkanlah dari memakan butter ini dan jua pastikan kek sarawak yang kita beli/makan itu tiada menggunakan butter ini.

01 August 2011

TENSION + SEDIH + GERAM + Ntah apa ntah.......

    Pagi nie 1 Ramadhan, tak pasal pasal saya bergaduh dengan abang (gaduh ker). Kisahnya begini. Malam tadi saya teruk kena cirit birit. Sampai pukul 1 pagi saya menahan kesakitan. Akhirnya lega bila abang kejut saya pukul 4.30 pagi. Tapi oleh kerana badan yang terasa lemah mungkin kesan semalaman sakit perut, saya minta abang cuti. Saya pun nak cuti gaklah. Kalau saya cuti, rasa cam tak larat nak jaga 3 dara. Tapi kalau abang pun cuti sama, legalah skit rasanya. Tapi kalau abang tak cuti, nak tak nak saya kena kerja gakla.
    Menurut abang, abang dah kerap cuti dan abang masih nak fikir dulu. Akhirnya subuh tadi selepas sahur, abang pergi ke surau. Saya pun terus menyiapkan 3 dara begitu juga saya. Abang takde plak bagi jawapan. tunguu punya tunggu abang tak sampai sampai pun.
     Akhirnya kul 6.40 baru abang sampai. Waktu ini saya memang nak ngamuk + nangis. Saya tensen sebenarnya. Abang plak buat muka terpinga pinga. Pelik tengok saya.
     Saya marahkan abang yang lambat, tak bantu saya siapkan 3 dara. Sampainya hati abang. Tapi abang plak kata, tadi kata taknak kerja, tue yang abang balik lambat, tunggu tazkirah. 
     Bila masa plak abang kata tak nak gie kerja. Isk..tensen saya dibuatnya. Pastue abang kata, tadi kata taknak gie kerja, tue yang abang saja lengahkan masa, takperlah abang hantar. Kalau abang gie kerja pun dah tak sempat dah nie.
    Adui.....geramnya saya....Saya yang tak faham kah?
Akhirnya sepanjang perjalanan, kami hanya membisu. 3 dara pun diam. Pelik tengok ummi ngan ayahnya diam.
     Tapi apa pun, rasa bersalah gak. Cian abang tak pergi kerja. Tapi geram gaklah kat abang, saya kata tak payah hantar tapi dia nak hantar gak. Kononnya taknak dirinya disalahkan kalau saya lambat masuk opis.
     Aduii...nampaknya permulaan 1 Ramadhan ini kurang baik untuk saya..sedihnyerrrr


29 July 2011

MERAH, BIRU, KUNING?

      Hari ini pasti ada yang terbayang bayang lagi akan aksi pasukan Harimau Malaya. Akhirnya Malaysia tewas 6-4 dengan Singapura. Apa pun biarpun tidak meminati sukan ini, pada saya kemampuan pasukan harimau malaya jangan dipandang sebelah mata. Bakat yang ada pada Safee Sali juga Khairul Fahmi perlu diberi perhatian. Jangan dipersiakan...
    Semalam kami menemani abang menonton bola. Baru perasan, abang sorang jea jejaka di rumah yea. Cian abang. Takde geng. Semalam Harimau Malaya memakai jersi bewarna biru manakala pasukan singapura berbaju merah. Saya bertanya kepada 3 dara akan pasukan mana yang mereka sokong. hahaha...macamlah dorang tahu pasal sukan bola sepak ini yea.

Saya        : Kak adik sokong warna apa?
Kak adik : Warna Merah (Kak adik memang fanatik warna merah) hehehh
Saya        : Kakak sokong warna apa?
kakak terus tanya abang akan warna apa yang abang sokong. abang menjawab "Ayah sokong biru"
kakak pun menjawab.
Kakak     : Kakak biru (tiru ayahlah tue)
Saya        :  ha...puteh sokong apa yea?
Puteh       : uning (kuning)
Kami berempat serentak menoleh ke arah televisyen. Mencari warna kuning yang dimaksudkan oleh puteh. Rupanyer...
Saya        : isk...itu pengadil lah puteh, pengadil mana ada main...isk ..isk...
kami semua ketawa besar malam tu. Puteh hanya terpinga, tak tahu kenapa dia digelakkan. hahahahha
lepas itu kakak dan kak adik bertanya kepada saya pula.
Kakak dan kak adik : Ummi warna apa plak..?
ermm...nak sokong biru, dah 2 orang sokong biru, nak sokong merah...memang jangan haraplah saya nak sokong singapura tue..nak sokong saper yea... kalau sokong biru jugak mesti kak adik nangis sebab kakak dan ayah dah sokong biru. Mesti kak adik fikir yang abang dan saya sokong kakak. Alah bukan dorang tahu apa pun pasal bola. Akhirnya...
saya       : haaa..ummi sokong hijau.
Kedua mata kakak dan kak adik menoleh ke televisyen.
kakak    : ummi, hijau tangkap bola, mana ada main. (merujuk kepada keeper malaysia)
saya      :  isk...dia pandai main tau...
Akhirnya bila kakak dan kak adik lihat keeper malaysia cekap menangkap bola, kakak terus nak tukar sokong, dari biru ke hijau. Manakala kak adik tetap tegar dengan merah. Fanatik colour merah tul lah kak adik nie.
Habislah rumah kami malam tadi dengan keriuhan jeritan " Merah...Hijau...Biru" hahahahha..lawak.
Kak adik plak tak banyak  menjerit tapi banyak mengomel. Dia kata
"ummi, merah nie malas lah, asyik tidur, asyik baring, asyik duduk jea"
hahahhah...masa ini saya gelak. Si kecil pun tahu yang pemain singapura banyak mengelat. Kot yea pun nak menang, janganlah guna taktik begitu. Anak saya yang tak tahu apa apa pasal bola pun tahu cakap. Apatah lagi mereka yang pengkritik bola. Apa nak kata, sudah suratan bukan rezeki Malaysia.

Apa pun tahniah pada Pasukan Malaysia terutamanya kepada Safee Sali dan Khairul Fahmi! (si Hijau) heheh



28 July 2011

Bahasa Anak..Fahamkah kita?

Saya tertarik dengan artikel ini yang saya dapati di http://saifulislam.com/?p=5386 , jadi saya ambil isi yang penting yang saya rasa dapat dijadikan renungan dan pengkongsian bersama. Semoga kita dapat manfaatnya.

FAHAMI JIWA ANAK

Semasa anak-anak masih kecil dan bercakap dengan bahasa-bahasa yang pelik itu, kita sentiasa tahu dan faham apakah maksud yang cuba disampaikan. Terasa begitu istimewa hubungan kita dengan anak-anak apabila kita sebagai ibu dan bapa menjadi satu-satunya manusia yang faham bahasa anak kita. Istimewa.
Namun mengapa semakin anak kita bercakap betul dengan perkataan-perkataan yang semakin bertambah, pelbagai dan serupa dengan dialek ibu bapa, kita menjadi semakin susah untuk memahami apa sebenarnya isi hati anak-anak kita. Kita sentiasa memberikan reaksi yang menunjukkan kepada anak-anak bahawa kita tidak faham, malah semakin tidak faham dengan anak-anak kita sendiri.
“Alaa, Abang Amin sudah balik. Lie tak naklah makan. Tak selera!” Hazli merungut, menolak hidangan makan tengah hari yang sudah sedia untuk dijamah.
“Kamu ni kenapa? Orang dah masak susah-susah, mengada-ngada pula buat perangai. Kalau tak kerana kamu, mak tak masak ayam ini, tahu. Makan!” bentak emak yang kepenatan selepas berjam-jam memasak di dapur.
“Tak nak!” Hazli berpeluk tubuh. Marah bunyinya.
“Abang Amin sudah tinggal seminggu di rumah kita dengan kamu, tak cukupkah lagi? Kalau kamu nak sangat, hah pergi kemas beg. Pergi rumah Pak Long kamu tu. Duduk sana. Tak payah balik sini!” tambah si bapa pula.
Hazli bangun dan berjalan menghentak-hentak kaki masuk ke biliknya. Pintu dihempas. Panas!
Si anak itu semasa kecilnya, dengan hanya menyebut huwaa huwaa pun emak dan bapanya tahu anak itu mahu dipeluk. Tetapi semakin petah anak bercakap sesuai dengan pertambahan usia, beliau semakin tidak difahami. Hazli merungut bukanlah kerana enggan makan. Malah perutnya memang kelaparan. Hazli hanya menyatakan kesedihannya kerana cuti sekolah sudah berakhir dan abang sepupunya yang pulang ke rumah selepas seminggu berkampung berkhemah di rumahnya.
Apa yang diperlukan, hanyalah beberapa bilah perkataan daripada mulut ibu dan bapanya yang menunjukkan mereka simpati dan memahami perasaan hatinya. Bukannya syarahan panjang lebar tentang kesusahan si ibu dan bapa bekerja mencari duit untuk membeli makan dan minum si anak. Segala fakta dan statistik yang diheret oleh ibu bapa ke medan telagah bersama anak-anak-anak, hanya membuktikan satu perkara sahaja.

Mereka tidak faham anak-anak mereka sendiri.

b00201

ANDAI KATA

“Kasihan ayah dengan Lie. Tak apa, cuti sekolah nanti, Lie pula tidur rumah Pak Long dengan Abang Amin, boleh?” tanya si bapa dengan nada memujuk.
Hazli memeluk bapanya.
Pasti sahaja mereka akan makan tengah hari dengan aman dan damai biar pun hati Hazli masih ada rasa sedih melihat satu bangku kosong yang sebelum ini diisi oleh Abang Amin, sepupu kegemarannya.
Bayangkan, betapa banyak perkataan yang berjaya dijimatkan. Fikirkan betapa banyak perasaan yang berjaya diselamatkan. Renungkan betapa indahnya kasih sayang yang berjaya diterbitkan. Semuanya dengan kesudian ibu dan bapa untuk memahami anak-anak mereka, sebagaimana yang pernah dibuat ketika mereka masih kecil.

TIDAK SENGAJA, TETAPI SENGAJA

“Hari ini, rasanya aku nak berleter, menjerit, memaki, mengherdik dan menyindir anak aku,” kata si bapa.
“Mudah-mudahan sampai di rumah nanti aku berpeluang untuk mengamuk, membalas soalan anak-anakku dengan tengking dan tinggi suara,” azam ibunya pula.
Tidak mungkin…
Mustahil ada ibu bapa yang azamnya begitu. Bercita-cita untuk memporak perandakan hidup anak-anaknya sendiri atau dengan sengaja mencederakan emosi mereka yang masih bertatih mengenal kehidupan. Semua orang mengimpikan satu hari yang aman damai, tenang, penuh kasih sayang.
Tetapi saban hari, sebaliknya jugalah yang terjadi.
Apa yang kita tidak mahu, itulah yang berlaku.
Kalau boleh kita mahu percaya bahawa hanya ibu bapa yang rendah pendidikan, jahil, atau datang dari latar belakang kehidupan yang huru hara sahaja yang berbahasa dengan bahasa yang menghancurkan kebahagiaan hidup anak-anak dan keluarga. Tetapi kita terpaksa akur. Ia bukan kesilapan-kesilapan yang boleh dikaitkan dengan kemiskinan atau rendah pendidikan.
Ibu bapa yang baik-baik juga menyalahkan, menghina, mengaibkan, menuduh, memperlekeh, mengugut, merasuah, melabel, menghukum, meleter dan menjatuhkan moral anak-anak.
Mereka tidak perlu kepada setereka panas, tali pinggang, putung rokok malah tidak juga rotan.

KUASA KATA

Apa yang digunakan hanyalah PERKATAAN.
Kita sering alpa betapa kuatnya kuasa PERKATAAN dalam membinasakan diri anak-anak. Memang benar action speaks louder than words. Tetapi perkataan juga mempunyai bisa yang sama dengan perbuatan dalam mencederakan jati diri anak-anak.
Semua ibu dan bapa mahu anak-anaknya membesar menjadi orang yang ceria, gembira, bahagian, berkeyakinan diri, bermotivasi dan bercita-cita tinggi. Tetapi impian itu kita juga yang musnahkan. Kita musnahkan ia dengan lisan kita yang sepatutnya bertaraf penutur doa untuk kejayaan mereka.
Alangkah kecewanya anak-anak jika mereka mendapat tahu bahawa semakin fasih mereka berkata, semakin mereka tidak difahami oleh ibu bapa. Semakin mereka cuba bersuara, apa yang dibalas hanyalah kata-kata yang mengundang binasa. Akhirnya makin anak-anak meningkat remaja, mereka makin berahsia dengan ibu bapa. Ceria di luar, diam membatu di rumah sendiri.
Kasih sayang bukanlah pinggan Corelle yang hanya dikeluar dan ditunjukkan pada majlis-majlis tertentu.
Biarlah kasih sayang itu jadi kegunaan harian. Walaupun ia sekadar pinggan ayan, cawan plastik dan sudu bengkok yang digunakan untuk melapik rezeki anak-anak. Rezeki mendapat doa dan kata-kata yang penuh rangsangan, dari ibu bapa sendiri.

21 July 2011

SYAABAN INI

  
   20 syaaban. Tarikh hari ini. 10 hari lagi insya'allah seluruh umat islam akan berpuasa. Namun apa pengisian yang telah kita lakukan menjelang ramadhan.
   Setiap kali menjelang syawal, pelbagai persiapan kita lakukan. Kuih raya, baju raya, duit raya, langsir raya dan pelbagai lagi kita aturkan. Semuanya akan disiapkan sebelum menjelangnya 1 Syawal. Namun menjelang 1 Ramadhan. Apakah pengisian? Apakah persiapan?
    Untuk itu, saya menyeru diri saya sendiri juga mereka di luar sana agar tidak lupa akan persiapan menjelang ramadhan nanti. Marilah kita bersama bertaubat, bertasbih, berzikir, bersolat, memperbanyakkan doa, memperbanyakkan puasa sunat agar bila tiba ramadhan nanti jiwa kita makin kental. Tak lokek dengan bersedekah, tak rakus dengan makanan, tak ralat dengan terawih, tak ngelat dengan tazkirah dan jua tak culas dengan sahurnya.

p/s : ADAKAH INI RAMADHAN TERAKHIRKU.........................
   


TERPERANGKAP DALAM KERETA

      Sejak akhir akhir ini, banyak cerita mengenai anak anak kecil yang terperangkap dalam kereta. Ada yang sempat diselamatkan, ada juga yang tidak dapat diselamatkan. Sedih mendengarnya. Saya tidak kecuali dari mengalami situasi ini. Jadi saya nak berkongsi cerita ini sebagai renungan juga peringatan untuk saya dan juga mereka di luar sana.
      Ahad lepas ketika sedang bersiap untuk pulang ke rumah (saya sekeluarga tidur di rumah mak), saya letak puteh di bahagian depan tempat penumpang di dalam kereta. Waktu ini enjin kereta sedang dipanaskan. Manakala abang sibuk meletak barang barang di bahagian bonet. Pada tika ini juga kakak, kak adik dan anak saudara lelaki saya iaitu umar turut berada dalam kereta. Biasa lah budak budak, kita sibuk, dorang lagi sibuk. Kakak, kak adik, umar berada di tempat duduk belakang. Waktu ini juga, mak, abang saya juga kak ipar masing masing mengeliling kereta kami. Sedang kami leka berbual, kakak dan kak adik keluar dari kereta. Yang tinggal dalam kereta hanya puteh dan anak sedara saya umar yang berumur 3 tahun. Dan tanpa di duga, puteh tekan lock kereta di bahagian pemandu (puteh memang suka lock kereta dari dalam). Habis terkunci. Kami semua terpana. Kunci kereta ada di dalam.
      Lantas kami semua panik, saya dan kak ipar terus mengetuk tingkap meminta anak sedara membuka pintu. Puteh masih kecil untuk meminta bantuannya. Manakala abang cuba membuka pintu kereta dengan pelbagai alat. Saya pada mulanya tidaklah panik sangat tapi bila melihat puteh dan anak sedara berpeluh, membuatkan saya cemas. Agak mengejutkan saya apabila mendapati yang kereta belum dibuka air-cond. Waktu ini semua perasaan bercampur baur. Sedih+sebak+cemas. Saya hilang punca. Ketukan di tingkap makin kuat. Anak sedara saya masih tak mampu untuk membuka pintu kereta (umar tak biasa ngan kereta saya). Waktu ini juga jiran jiran mula menghampiri bila melihat kekecohan yang berlaku kepada keluarga kami. Ada yang menolong, ada yang melihat saja, bila suami masih tidak boleh membuka pintu kereta, Lantas abang saya menuju ke keretanya untuk meminta bantuan bengkel. Mak saya pula asyik keluar masuk rumah mencari cari alat yang sepatutnya. Kami semua panik. Apatah lagi, melihat puteh yang mula menangis dan kelihatan tak berdaya. Ya Allah...selamatkan anakku dan anak sedaraku.
     Waktu ini pelbagai gambaran muncul. Satu persatu cerita anak anak kecil yang lemas muncul di kotak fikiranku. Hati makin sebak, jiwa makin meronta. Dalam kekalutan itu, saya dan suami hampir bertekak. Suami yang dari malam tadi pening kepala nampak semakin tertekan dengan keadaan ini. Suami dalam panik tiba tiba berhenti dari cuba membuka pintu kereta. Tika ini perasaan marah membuak buak dalam hati saya tanpa sedar saya memarahi abang.

"kenapa abang berhenti?"
"abang dah cuba, tapi tak boleh..kita tunggu along aja (abang saya)"
"abis..takkan nak biar jea...usaha lah jugak..." Waktu ini saya meluru ke arah abang dan merampas alat dari tangannya lantas cuba membuka pintu. Saya sebak..tak sanggup lihat keadaan puteh dan anak sedara yang mula menangis kepanasan+kelemasan. Saya tak nak kehilangan mereka...!!!!

    Dalam keadaan yang cemas itu, tiba tiba..

........TAP.....

Punat pintu kereta terangkat. Kami saling terpana. Saling berpandangan.

Serentak kami bersuara

"Siapa buka?"
Lantas adik saya menjawab
"abang" merujuk kepada suami saya.

Lantas saya membuka pintu mengambil puteh yang bajunya basah lencun manakala kak ipar saya mengambil anaknya.

"Basuh kepala, muka..pastue bagi puteh dan umar minum air, dorang terkejut tue" Sayup sayup suara mak kedengaran.

Saya peluk puteh, saya cium umar. Ya Allah terima kasih, kau memberi kesempatan untukku mencurah kasih pada 2 anak kecil ini. Amin..amin..

      Peristiwa ini memberi pengajaran yang besar buat saya. Lihatlah keaadaan kami. Tak sangka peristiwa ini terjadi. Ini kerana, kami semua berada dekat pada kereta. Bukannya kami meninggalkan mereka. Ya Allah...terima kasih Ya Allah atas peringatan yang telah kau berikan.
      Akan kujaga amanah mu ini Ya Allah. Takkan sesekali kumempersiakannya. Amin..amin ya rabalalamin..


p/s : abang minta maaf yea, termarah abang..tak sengaja
        Mak, mekacih yea mak, dalam tak sihat, mak sanggup terkejar kejar mencari alat dan meminta bantuan. Sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang mak...

16 July 2011

SAJER SAJER....

    Pagi ini abang takde, pagi pagi lagi abang dah kuar, ada urusan kerja. Sebelum pergi abang ada belikan nasi lemak untuk kami anak beranak.
   Bila dah bangun 3 dara,  macam macam aktiviti kami buat bersama, sarapanlah, sidai baju lah tapi tang nak berkemas tue agak mencabar skit. saya cuba berkemas biar sedikit kesabaran agak tergugat. Mana tak nyer, kemas depan, belakang bersepah, kemas belakang, depan plak bersepah. Macam macam kan. bila dah agak selesa skit (nampak kemas skit) saya paksa 3 dara tidur. Siap ugut lagi, saper tak tido, ummi taknak bawak dia pergi taman (taman permainan). Kebiasaan sabtu petang kalau takgie ke rumah nenek, saya akan bawa 3 dara pergi ke taman permainan.
    Tapi bukan satu perkara yang mudah untuk 3 dara tidur, macam macam dialog akan keluar bila diminta tidur ,
ummi, dahagalah
ummi, laparlah
ummi, tengok kakak tue taknak tidur
    Padahal masing masing baru jea mkn n minum sebelum saya paksa tidur. Akhirnya ketika masing masing sedang hampir nak tidur, saya dengar ketukan pintu. Rupa rupanya, mak abah bersama adik saya yang bongsu datang. Akibatnya meluru lah 3 dara turun meyambut atuk ngan neneknya datang. Gagal gaklah misi saya.huhuu
     Bukan main gembira lagi 3 dara. Almaklumlah...kalau ada atuk ngan nenek, saya jarang memarahi 3 dara. Kakak siap tunjuk kertas peperiksaan nya kepada atuk, nenek ngan usu (pak usu nie, kesayangan 3 dara). Kakak juga bukan main teruja cerita yang dia dapat no. 4. Hai..lah kakak, jangan berbangga sangat yea sayang. Akhirnya seprti biasa, kakak dan kak adik ikut atuk n neneknya balik ke rumah nenek. Abah siap pesan lagi.
"nanti adik(panggilan tuk saya), datanglah rumah, ambik"
hahahhah...confirm lah saya kena datang, takkanlah nak biarkan 2 dara tue ngacau nenek. Nenek belum sihat sepenuhnya lagi.
   Sebenarnya coretan ini saja saja jea, saya gembira sebenarnya, tengok mak sihat. Dah laju bergerak. Mesti ramai yang terkejut ngan perubahan singkat akan kesihatan mak saya kan. Di blog ini, ada saya tulis mngenai mak saya yang diserang strok (minor strok) atau lebih dikatakan angin ahmar. Alhamdulillah..selepas sebulan lebih mak diserang strok sebelah badan, mak sudah mampu berjalan sendiri, cuma tangan kanan mak tak berapa kuat lagi. Nak bersalam dah boleh, masak skit skit dah boleh, cuma tak kuat skit. Apa apa pun, mak masih berubat lagi. Insya allah dengan izin Allah mak akan sembuh. Apa jua yang berlaku sekarang nie, semuanya berlaku hanya dengan izin Allah.
    Nanti di ruangan lain, saya akan cerita dengan siapa, dengan apa mak saya berubat sehingga mak sihat seperti hari ini. Insya Allah yea.

p/s : puteh tak ikut atuk ngan neneknya kerana tak cukup umur (hehehe)

14 July 2011

Botol oh botol...

   Petang itu sewaktu saya mengambil kakak dari tadika, mulut kakak bukan main muncung lagi, saya buat buat tak nampak jea.
   Bila masuk dalam kereta, kakak bising bising.

"tak sukalah ummi.."
saya sengaja buat tak tahu. Tapi dalam hati tertanya gak kenapa kakak marah marah nie. Biasa tak macam nie.
"ummi nie kenapa.., tak suka tahu tak?" kakak bersuara bila lihat saya buat tak tahu.
saya tetap diam sambil buat tak tahu. Masa nie ngah panaskan enjin kereta.
"ummi..kenapa ummi letak botol kakak dalam beg kakak..?" akhirnya kakak mengaku kalah memberitahu puncanya. ooo..ini puncanya kakak muncung, ini puncanya kakak nak marah...heheheh. Masa ni saya memang nak gelak tapi saya tahan. Rupanya kakak malu bila saya letak botol susunya dalam beg tadikanya. Kebiasaan saya akan simpan dalam beg saya tapi pagi itu saya memang sengaja letak kat dalam beg kakak. Nak tahu reaksinya. Kakak memang exstrem ngan botol susunya sedangkan kak adik sudah lama  berenti minum susu botol.

"kenapa kakak nak marah plak?"
"malulah kakak, kawan kakak nampak"
"aik..nak malu buat apa, kan kakak memang minum botol susu" sajer nak usik kakak
"ummi nie, taknak lah buat macam tu, kakak malu, nanti kawan nampak, cikgu kakak nampak..ummi nie"
masa nie cian plak saya tengok muka kakak. Muka sedih + malu. Tahu pun malu yea anak ummi.
"kawan kakak kata apa?"
"dia cakap, eii..tak malu minum susu" kakak jawab dengan penuh emosi. Siap ngan gaya gayanya sekali.
Saya tahan gelak.
"yealah ummi minta maaf yea, ummi lupa tadi, nanti besok kakak ingatkan ummi yea.." Saya buat buat terlupa. Iyealah nama pun strategi. Tak bolehlah nampak sangat kan akan perancangannya.
"hmm..yealah ummi jangan lupa tau" Mood kakak dah kembali ok.

Bukan apa, saya geram sebenarnya..kakak dah 5 tahun tapi masih dengan botol susunya, puas minta minum dalam cawan, dia tetap taknak. Agaknya takde feel kot..hahahaha
Apa apa pun saya tetap akan memikirkan strategi agar kakak tak minum botol susu sebelum usianya menjangkau 6 tahun.

p/s  : apa plak strategi saya lepas nie yea...

KECIK HATI DENGAN IBU DAN AYAH?

     
    Tajuk di atas takde kena mengena dengan saya tapi terpanggil untuk saya mencoret sesuatu di sini.
Sebelum itu mari kita baca beberapa contoh dialog di bawah;

"aku kecik hati ngan mak dan ayah aku, suka benar lebihkan abang @ kakak aku berbanding ngan aku, kadang kadang rasa cam dorang tak pedulikan aku, macam aku nie anak angkat jea"

"ko bayangkan, adik beradik aku semua sekolah tinggi, aku jealah terpaksa berkorban, sekang boleh plak mak bapak aku kata aku nie tak pandai, tak ingat ke dorang akan pengorbanan aku, sedih tau tak"

"mak ngan ayah aku dulu suka pukul aku sedangkan adik adik lain tak pernah pun camtu, aku tak pernah dapat rasakan kasih sayang seorang mak ngan ayah"

"kadang aku jeolous tengok orang lain boleh bertepuk tampar, gurau gurau ngan mak bapak dorang. Mak bapak aku jangan haraplah nak buat camtu"

"Aku tak pernah rasa pelukan seorang ibu, pelukan seorang bapa...sob..sob..sob"

     Pernahkah anda mendengar keluhan seperti di atas atau membaca dialog di atas (selain dialog saya yea). Dulu memang saya ada dengar keluhan sebegini rupa. Tapi takdelah banyak sangat tapi sejak dua menjak ini semakin banyak dan semakin banyak dan banyak dan banyak. Daripada mana saya dapat sumber ini semua? tak lain dan tak bukan... FACEBOOK...
     Hari demi hari ada saja anak sebesar saya yang telah pun mempunyai anak, mengeluh sebegini rupa. Saya tak kisah keluhan ini datangnya dari remaja seusia 15 tahun atau sekalipun 20 tahun. Yang saya kesalkan ianya datang dari kebanyakan mereka yang berusia 30 an. Yang rata rata sudahpun mempunyai anak sendiri serta keluarga sendiri. Paling saya sukar nak terima bila yang berkata/menulis itu seorang anak yang telah bergelar ibu dan pastinya sudah memiliki anak sendiri.
     Di ruangan ini, saya mohon dan mohon dan mohon sangat sangat...hentikanlah keluhan anda semua. Sebenarnya saya sedih dan sedih yang teramat sedih. Saya berkata begini bukan kerana saya datang dari keluarga yang bahagia. Saya tidak mahu menafikannya dan tidak mahu juga mengiyakannya. Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis artikel ini adalah kerana saya adalah seorang ummi/ibu/mama/mak.
      Saya tahu dan saya mengerti kita semua ada sejarah silam sewaktu kecil. Kita juga ada rasa, kita juga ada hati namun janganlah sampai kita semua mengata, mengeluh akan insan yang bergelar ayah apatah lagi ibu.
      Biar sekejam mana pun mereka, biar sezalim mana pun mereka, mereka adalah insan yang cukup istimewa, insan yang sepatutnya kita sanjung, hormati. Kerana apa..tanpa mereka kita takkan dapat melihat dunia ini, takkan dapat berjumpa dengan manusia lain lain di dunia ini, takkan mengenal itu facebook, takkan dapat berjumpa dengan pasangan kita sendiri yang kita sayangi yang kita cintai. Tanpa mereka juga kita takkan dapat menikmati rasa menjadi seorang ibu, seorang ayah.
      Tolonglah berhenti dari berkata kata perihal kecil kita yang negatif. Tolonglah...mungkin saya emosi, mungkin saya keterlaluan. Namun tolonglah...
      Siapa pun ibu bapa kita, ingatlah mereka juga manusia yang takkan terlepas dari melakukan kekhilafan. Maafkan lah mereka akan setiap kekhilafan diri mereka. Tak usah tanya mengapa kedua ibu bapa kita bersikap sedemikian, cukuplah sekadar bertanya kepada diri kita sendiri andai kita telah bernikah dan mempunyai anak sendiri, adakah pernah terniat di hati kita untuk kita benci pada anak sendiri, untuk kita bersikap tidak adil terhadap anak sendiri, untuk kita memukul anak kita tanpa sebab yang tertentu. Adakah? Pernahkah? Terlintaskah?
      Kita selaku ibu selaku anak, pasti ingin anak kita menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Kita akan cuba melakukan apa saja untuk cahaya mata kita. Namun kita hanya manusia, hanya mampu merancang, berusaha selebihnya ketentuan Allah. Untuk itu andai kita tidak menjadi seperti apa yang kita inginkan, tolonglah dan tolonglah ....jangan ibu dan ayah yang menjadi pesalahan dalam hal ini.
      Tolonglah sayangi dan hormati jua menghargai mereka yang telah mengendong, melahirkan, membesarkan kita. Jangan dilupa jasa ayah yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk seorang anaknya. Jangan dibandingkan sikap ayah kita sekarang dengan sikap kita sekarang selaku ayah.  
       Pandanglah diri kita sekarang, biarpun kita berdiri di atas usaha kita sendiri namun perlu ingat berdirinya kita di sini adalah di atas jasa ibu dan ayah kita biarpun zaman kecil kita tak seindah yang disangka. Janganlah bila kita sudah temui pasangan kita masing masing, kita pinggirkan mereka iaitu ibu dan ayah. Janganlah berdendam dengan mereka.
       Andai kita tak rasa pelukan ibu dan ayah, curahkanlah rasa itu dengan memeluk anak kita sendiri. Dan curahkanlah juga kepada ibu dan ayah kita. Bersangka baiklah dengan ibu dan ayah kita. Mungkin mereka tak pandai tunjukkan kasih dan sayang. Jangan difikirkan kenapa dan mengapa dengan orang lain boleh dan kenapa dan kenapa dengan kita tidak...bersangka baik lah duhai anak.
      Sejujurnya saya tidak akan bercerita perihal kedua ibu bapa saya, sekalipun kalau saya ingin sangat nak cerita, hanya hal yang baik dan terbaik akan saya ceritakan. Soal saya ada atau tidak sejarah hitam,silam hanya saya saja yang tahu. Kerana apa...saya tidak mahu dan sebetulnya saya tidak sanggup menjaja cerita insan yang paling bermakna dalam hidup saya. Untuk apa yea kita membuka aib seorang insan yang bertarung nyawa melahirkan kita, untuk apa yea tujuan itu, untuk menagih simpati kah atau sekadar meluah rasa. Terluah kah kepuasan hati kita bila aib seorang insan yang pernah menitiskan airmata tika kesakitan melahirkan kita diceritakan. Seronokah mendapat komen dari kawan facebook yang back up kita akan cerita kita yang dipukul oleh ayah insan yang melagukan azan tika kita mengenal dunia. Tergamak, sanggupkah, tegakah??....
      Untuk itu, di ruangan ini saya rayu dan merayu...tak salah, tak rugi andai kita menghargai kedua insan ini. Andai pekerti mereka tak elok...tak rugi andai kita menghulurkan bingkasan doa buat mereka berdua untuk berubah. Semoga dengan keikhlasan doa kita, mereka akan berubah dan insya'allah di akhirat sana kita sekeluarga akan bersatu di syurga. Satu pertanyaan yang ingin saya utarakan "tak inginkah kita bersatu dengan kedua ibu bapa kita di syurga sana?"
     
p/s   : jangan tulis lagi yea perihal negatif ibu dan ayah kita di facebook..

13 July 2011

BAHASA CERMIN DIRI

        Saya nak tulis kisah petang semalam. Agak tragis gaklah kisahnya. (pada saya, tidak tahulah pada orang lain yea).
        Kisahnya bermula begini, petang semalam sewaktu mengambil 3 dara, cikgu kakak ada memberi sebungkus plastik. Dalamnya terdapat makanan ringan antaranya kopok meow meow.(Anak saya yang meletakkan nama tersebut kerana di plastiknya ada gambar kucing).
       Nak dijadikan cerita, keropok meow meow itu ada satu jea dan menjadi rebutan kak adik jua puteh. Kakak tak berebut, kebiasaan bila kak adik berebut dengan puteh, kakak akan mengalah. Habislah dalam kereta dorang bergaduh dan jua berebut. Puas jualah saya memujuk kak adik.
      Setelah puas puji pujian diberikan kepada kak adik (kalau nak pujuk kak adik bunga bunga pujian kena terlalu banyak) akhirnya kak adik mengalah dan sudi memberikan keropok meow meow kepada puteh dengan janji yang saya perlu membelikannya keropok meow meow yang lain.
      Perjalanan ke rumah yang memakan selama 20 minit akan menjadi seumpama 60 minit andai saya tak menuruti kehendak kak adik. Akhirnya saya pun membuat keputusan untuk singgah ke pasaraya yang berdekatan dengan tempat kerja, saya tinggalkan 3 dara dalam kereta. Saya parkingkan kereta di tempat yang teduh tanpa mematikan enjin. Saya pesan kepada kakak agar mengunci kereta dan jangan buka selagi saya belum sampai. Kakak sekadar menurut.
      Tak sampai 10 minit, saya kembali semula ke kereta. Sebelum sempat saya sampai ke kereta, terdengar satu jeritan suara.
           "kak, jangan tinggal anak kat dalam kereta bahaya"
Jeritan suara seorang lelaki melayu dalam pertengahan 40-an yang datangnya dari arah kereta yang parking di sebelah kereta saya amat mengejutkan saya.
Saya hanya tersenyum dan lantas meminta kakak membuka pintu. Semasa sedang membuka pintu, suara itu berbunyi lagi
           "lain kali, kalau nak pergi mana, bawak semua, jangan tinggalllllllllllllllllllll"
Dan suara itu pun hilang bila pemiliknya mengundurkan kereta dan berlalu. Kelihatan juga seorang perempuan (isterinya barangkali) memasamkan muka biarpun saya senyum kepadanya. Saya tanyakan kepada kakak, berapa lama agaknya lelaki itu berada di sebelah kereta kami. Menurut kakak, ada seorang perempuan berada di dalam kereta sebelah kereta saya semasa saya pergi ke pasaraya. Dan lelaki itu baru sampai ke keretanya. Kiranya perempuan itu menunggu suaminya (agaknya) dalam kereta.  Namun menurut kakak, mereka tidak berganjak pun dan hanya berganjak bila saya datang.
      Mungkin mereka tidak berganjak kerana mahu menunggu anak anak saya sehingga saya kembali namun tutur katanya yang kasar (umpama polis memarahi tawanan) mengeramkan saya. Saya tahu kesalahan saya meninggalkan anak dalam kereta itu adalah tidak wajar, namun itu tidak bererti dia boleh menengking saya sesuka hati. Yang saya pelik itu, isterinya (agak saya) hanya memasamkan muka, tak pulak tegur sikap lelakinya yang bercakap kasar. Kalau sayalah berada di tempatnya, pasti saya tak benarkan suami saya bercakap sekasar itu.
     Niat mereka yang baik itu hancur dek bahasa yang kasar, tutur kata yang saya sendiri tak tahu nak cakap apa. Saya tidak membalas apa apa hanya senyuman saya hadiahkan kepada mereka berdua. Biarlah...kakak bertanya kepada saya "ummi, kenapa orang tu marah ummi?" saya jawab "dia marah ummi sebab tinggalkan kakak, kak adik ngan puteh dalam kereta". Kakak mengomel ngomel dengan jawapan saya dan Kakak seakan tak puas hati dengan tindakan lelaki tersebut. Sedangkan si kecil itu pun tak puas hati apatah lagi saya.  Sepanjang perjalanan, terngiang ngiang saya akan bahasa lelaki itu, cubalah cakap elok elok. Sekalipun marah, jagalah bahasa jua adab pertuturan. Ingin saya nyatakan di sini, bahasa itu mencerminkan diri, peribadi. Aduhai...sedih saya melihat sikap orang kita sekarang ini.

p/s: apa pun saya ucapkan terima kasih kepada orang yang menengking saya itu kerana sudi menunggu (biarpun dia takde niat begitu, saya tetap anggap begitu) anak anak saya sehingga saya kembali.

BILA BERSYUKUR

       
      Saya nak berkongsi akan satu kisah kehidupan. Kisah kehidupan saya. Barangkali boleh dijadikan pedoman mahupun  panduan buat mereka di luar sana. Tak salah kan, kita saling ingat mengingati antara satu sama lain, kan. Hmmm...ceritanya begini, Saya dan suami bukanlah dari kalangan mereka yang hidup mewah. Adakalanya ter'sesak' jua tambah tambah lagi bila hujung bulan.
       Hidup di bandar, dengan anak anak yang semakin membesar, wang ringgit menjadi keutamaan. Silap perhitungan,silap perkiraan, duit akan putus di tengah jalan. Pernah suatu ketika kami keputusan wang. Sedih memang sedih.
       Suatu hari saya lihat abang termenung. Ntah apa yang dimenungkannya. Saya lantas mendekatinya dan duduk bersebelahan dengannya.

"Abang kenapa, apa yang abang fikirkan"
"Takde apa apa sayang" Abang hanya senyum sambil memandang saya sekilas. kemudian kembali menonton TV. Saya tahu bukan cerita di tv yang menarik, abang seolah memikirkan sesuatu.
"Mesti ada sesuatu, kalau tidak abang tak macam nie, apa yang abang fikir? Apa yang ada di fikiran abang sekarang nie" saya tetap tak putus asa. tetap nak mengorek cerita biarpun abang tampak malas nak bercerita.
Abang sekadar mengeluh. Saya pantas mencuit lengan abang sambil membuat muka keterujaan untuk mendengar cerita darinya. Abang hanya tersenyum dan tersenyum.
"Tak nak citer sudah" saya pura pura merajuk dan buat buat nak bangun. Abang lantas menarik tangan saya.
"duduklah sini.." ajaknya.
"nak cerita ker tak..?" saya seolah mengugut...hmm apalah saya nie kan, kata nak jadi isteri mithali.
"abang memikirkan keluarga kita..?" akhirnya abang mula bercerita.
"Keluarga kita..?" saya menyampuk tapi tak faham dengan maksud abang..hai cik ummi, cuba kalau cik abang nak bercerita tue, jangan menyampuk. Duduk dan dengar. isk isk isk..
"kewangan kita sebenarnya.." abang kembali menyambung
"kenapa dengan kewangan kita.." hmm..menyampuk lagi ko ummmi yea..
"sayang perasan tak, kewangan kita macam cukup cukup jea, abang terfikir lah macam mana nak cari duit lebih, macam macam yang abang fikirkan"
ooooohhhh..rupanya mengenai kewangan yang menjadikan mata abang menembusi kaca televisyen tadi. Abang oh abang..saya hanya diam dan hanya tv yang mengambil alih kebisuan antara kami berdua. Tika ini 3 dara sudah tidur.
Saya memikirkan sesuatu ayat untuk saya meredakan kembali ketegangan hati abang. Tidak saya nafikan, sejak kelahiran puteh kewangan kami agak terbatas. Namun itu bukan alasannya dan bukan jua puncanya tapi hanyalah andaian saya dan mungkin jua abang semata mata. Dalam mencari cari jawapan akhirnya saya temui jawapannnya, sebelum bersuara, saya menarik nafas panjang panjang.
"Abang nak tak kalau saya nak cakap sesuatu"
Abang lantas merenung saya, suara televisyen abang perlahankan. Satu perangai abang yang saya suka, setiap kali bila saya ingin bercakap abang akan cuba memberikan perhatian.
"Abang, kalau nak ikutkan akan pendapatan memanglah kita tidak semewah mereka di luar.  Namun saya cuma nak bawa abang renungkan diri kita, diri abang dan jua diri saya. Siapa kita 10 tahun nan lalu? Di manakah kita 10 tahun yang lalu?" Alamak..saya macam nak mula berceramah pulak...heheh
"tak payah ambil jauh bang, kita ambil yang paling dekat, 5 tahun yang lalu. Abang di mana dan saya di mana? 5 tahun yang lalu bang, kita baru anak sorang. Kita tiada rumah sendiri. Tapi sekarang alhamdulillah, biarpun kita tidak semewah mereka di luar tapi sekurang kurangnya kita ada rumah, ada tempat berlindung. Kita ada anak anak, tempat untuk kita mencurah kasih, mencurah sayang. Kita masih ada orang tua, untuk kita jadi rujukan. Cuba abang banding dengan mereka yang lain, ada yang tidak seberuntung kita (betul ker ayat saya nie) Abang...bersyukurlah bang. dengan apa yang kita ada, abang jangalah fikirkan sangat pasal kewangan itu, tak salah untuk berusaha tapi janganlah sampai abang termenung, memikirkan nasib sebegini rupa. Bersyukur yea bang..."
Waktu ini saya lihat abang tampak sebak. Abang hanya mengangguk perlahan. Abang hanya tersenyum. Wajah abang dah mula kembali berseri seri tidak seperti mula mula tadi.
"Alhamdulillah yea sayang. Abang ada sayang" ujar abang sayu.
"ha..tau pun, jangan nak ngader cari satu agi.." saya mengusik abang sekadar berbasi. Taknak tengok abang hanyut dalam kesedihan.
"hak ar yea...kalau nak cari lagi satu kenalah cari yang kaya raya, boleh tolong abang, tolong sayang, yea tak..?"hmm..abang dah mula mengeluarkan idea yang cukup tak bernas tue.
"mengaderlah tue, tak koser nak layan" saya  lantas bangun bila abang dah mula ketawa terbahak bahak. Macam lah lawak sangat.
"Alah, janganlah marah. alah sayang...tolong amik kan abang air sejuk..?" abang masih dengan basi basi ketawa dia.
"amiklah sendiri.." saya buat buat protes padahal saya gembira bila lihat abang dah mula ketawa tidak lagi monyok seperti tadi.

         Jadi untuk peringatan kepada saya sendiri jua mereka di luar sana, biar apa pun keadaan kita, biar siapa kita, janganlah lupa bersyukur pada Allah S.W.T. Teringat saya akan kata seorang ustazah "siapa yang setiap kali dia usai solat, dia tidak berdoa, dia adalah hamba yang sombong, yang tidak tahu bersyukur" Wallahualam..moga saya dijauhi dari golongan tersebut...Amin

p/s : akibatnya abang kena bangun amik air sendiri...(isteri mithali konon)hahahh..