01 June 2011

BELAJAR BERSYUKUR

  
    Apa khabar semua pembaca yang sudi menjengah blog saya ni. Biarpun tulisan saya sekadar suka suka dan lebih kepada luahan perasaan namun bila ada yang sudi membaca terbit juga perasaan gembira.
   Baru baru ini saya marah pada kakak dan kak puteh. Biasalah dorang time kita penat, baru balik dari kerja, masa tue lah nak buat perangai. Teringat saya dengan kata mak mertua,

"anak anak nie, bila kita penat, tengah buat sesuatu, masa itulah dia akan buat perangai, buat kita marah dan macam macam lagi. Ini kerana Allah nak uji sejauh mana kesabaran kita"

Bila fikir dan bila dah terjadi depan mata, barulah saya akui kebenaran kata mertua saya tue. Jadi bila setiap kali 3 dara buat perangai pasti saya teringat kata kata mertua saya dan cepat cepat lah saya bermuhasabah diri bila kemarahan menguasai diri.

      Terbit keinsafan disanubari saya bila saya bermuhasabah. Saya akui, sebagai ummi berkerjaya, menguruskan rumahtangga tanpa bantuan orang gaji (saya mmg taknk), menguruskan 3 dara yang kecil kecil lagi juga suami memang mengundang stress, penat. Kadang kadang tue hati menjadi marah bila segala kerja rumah tak mampu ditangani. Dengan masak lagi, pinggan mangkuk lagi, tue belum masuk kain baju untuk dilipat.

      Hari ini saya kembali menginsafi. Saya kurang berdoa, kurang bersyukur. Apa yang perlu saya lakukan..?

       Sewajarnya saya memohon kepada Allah, mohon Allah permudahkan segala urusan rumahtangga, kerana saya perlu akur
       "saya takkan boleh lakukan kerja rumah tanpa izin dari Allah"
       " Saya tak mampu menguruskan segala rutin harian tanpa dipermudahkan Allah"

       Anak, keluarga,kerjaya adalah anugerah yang terindah. Dari dialah kita mampu mencurahkan segala galanya. Namun begitu dari semua itulah, Allah datangkan ujian. Menguji sejauh mana kesabaran dan ketabahan kita.

     Tak guna saya merungut, saya berleter, saya marah dan sebagainya kerana andai itulah yang saya gunakan, sayalah insan yang paling rugi...insan yang tidak tahu bersyukur. Ruginya saya, Allah dah berikan saya segalanya namun tidak pula saya sentiasa bersyukur, bila ujian melanda tidaklah pula saya pinta dariNya. Allah itu sentiasa mendengar apa jua luahan, apa jua permintaan. Janganlah tika dilanda ujian besar baru ingin minta bantuan dariNya. Sepatutnya kita berserah kepada Allah biarpun masalah itu sebesar hama. Janganlah dah sebesar gajah baru ingin minta bantuan. Itu bukanlah hamba yang bersyukur.

     Untuk itu saya ingin menjadi insan yang tahu bersyukur dan berserah pada Allah taala. Saya akhiri dengan kalimah Alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment