07 September 2012

Tahan Diri Dari Marah



Tersentuh hati saya tika membaca kisah ini. Jom kita kongsi baca. Moga Menjadi ikhtibar bersama.

Diriwayatkan kisah Saidina Ali A.S ketika Ali hampir membunuh musuhnya dengan pedang beliau, Ali diludah oleh musuh tersebut. Ali terhenti lalu menyarung kembali pedangnya dan melepaskannya.
Musuhnya bertanya "Mengapa kau melepaskan aku"
Ali menjawab, "Kerana jika aku bunuh kamu, aku khuatir ianya kerana marah dan bukan kerana Allah."

Kagum kan dengan peribadi Saidina Ali A.S. Bilalah saya nak jadi sekuat begitu. Baru diuji sikit, melentingnya, Ya Allah. Kalah orang yang ngh berperang. Moga saya berjaya mengawal kemarahan ini. Amin..