07 June 2011

DIKUTUK TANPA SEBAB....!!!!

   Apa yea tindakan anda semua bila menghadapi situasi sedemikian. Marah, Sedih, Terkilan, Sebak, Geram, Terluka or sebagainya. Dan apa tindakan anda bila yang berbuat sedemikian adalan teman sekerja anda yang duduk di sebelah anda. hmmm....sukarnya untuk menghadapi kan.
     Sebelum ini, di sebelah tempat duduk saya bekerja, ada seorang kakak yang usianya lebih kurang 2 tahun tua dari saya. Dia baru di tempat saya. Banyak jugalah tunjuk ajar yang telah saya berikan memandangkan dia baru jea dinaikkan pangkat di tempat saya. Boss minta saya memberi tunjuk ajar kepadanya. Hubungan kami biarpun tidaklah terlalu rapat tapi bolehlah dikatakan mesra juga. Ini kerana kakak ini rajin bercerita perihal dirinnya. Sayangnya tidak sampai setahun jodoh kakak ini tidak lama di opis ini. Dia akhirnya ditukarkan ke tempat yang lain.
     Kisahnya bermula di sini. Baru tadi saya mendapat tahu dia mempunyai blog seperti kita semua ini. Saya pun menjenguk ruangan blog nya. Maklumlah bila dah jauh nie, dapat tengok blog boleh juga tahu cerita serba sedikit. Malangnya sedih yang saya dapat.
     Dalam blog kakak ini, dia mengutuk saya kerana kononnya selama dia bekerja di tempat saya, dia asyik kena buat kerja sorang sorang. Menurutnya lagi dia amat suka dapat tukar kerana tak suka dengan kerja di tempat lama memandangkan hanya dia seorang yang buat kerja dan saya menurutnya hanya memberi alasan tidak mahu tolong dia.
     Apa yang saya sedihkan, hakikatnya kerja kakak ini yang saya selalu kena buat.  Kakak ini ada membuat kerja sambilan. Tanpa pengetahuan boss, dia akan keluar begitu saja bila client dia datang untuk membeli barang. Kesudahannya saya yang menjadi mangsa. Kakak ini akan keluar pada pukul 12.30 tengahari dan masuk semula pejabat dalam pukul 3.00 petang. sedangkan waktu rehat hanyalah dari 1.00 - 2.00 petang. Selebihnya saya tak mahu mengambil tahu. Sepanjang ketiadaan kakak ini, sayalah yang menjadi mangsa untuk membuat kerjanya.
      Setiap kali kakak ini tiada di pejabat, sayalah terpaksa melindungi kakak ini bila boss bertanya. Macam macam alasan yang saya berikan. Akhirnya segalanya terbongkar. Iyalah, dah setiap hari macam tue, mestilah boss dapat agak kan. Bagilah seribu alasan, boss mesti takkan percaya. Boss ada menasihati namun cukup seminggu berubah, kakak ini kembali ke perangai lamanya.
      Bila kakak ini ditukarkan, saya agak terkejut gaklah...biarpun disiplin nya kurang bagus, saya tetap anggap dia sebagai seorang kawan. Malas lah nak campur hal peribadi ngan kerja. Biarpun adakalanya tension gak bila hampir semua kerjanya saya kena buat.
      Tetapi bila baca blognya tadi. Sedih rasanya....bukannya dia nak berterima kasih atas semua bantuan yang saya hulurkan, malah tergamak dia kutuk saya dan yang tak boleh saya terima...semua yang dia tulis itu adalah bohong. geramnyaaa...
      Apa yang boleh saya katakan, hampir terduduk saya dengan apa yang dia tuliskan. Sukarnya untuk saya membaca hati orang. Kakak ini begitu baik didepan saya, tak sangka banyak rupanya yang dia tak puas hati  pada saya. Sejujurnya saya tak kisah dikutuk dengan apa yang telah saya buat. Sebab sebagai manusia saya mengaku, saya bukannya sempurna tapi apa yang buat sukar tuk saya terima, apa yang dikutuk oleh kakak itu terhadap saya adalah perkara yang tidak benar atau dalam erti kata lain semua itu fitnah....
      Sedihnya diri ini bila insan yang selama ini disangka baik sanggup menabur fitnah. sedangkan selama ini hubungan kami tidak nampak akan kepincangannya pun. Dan di waktu ini, sukar tuk saya tafsirkan perasaan saya yang sebenarnya. Cuma buat masa ini saya bersyukur kerana Allah berikan saya petunjuk, selebihnya mujur jua kakak itu tidak ada lagi di tempat kerja saya, kalau lah kakak itu ada sukarnya untuk saya berhadapan dengan insan seperti itu. Serasa tiada lagi senyuman untuk kakak itu lagi. Terasa dah tak mahu berkawan lagi dengan orang seperti itu lagi dan macam macam lagilah yang berlegar dalam kepala saya ini. Untuk itu sebelum saya mengambil keputusan yang tidak sewajarnya biarlah saya bertenang dahulu.
      Ya Allah...berilah hamba mu ini kekuatan dan jauhilah daku dari tipu daya muslihat manusia...aminnnn

No comments:

Post a Comment