25 May 2012

TERSENTAP...

                                                                Assalammualaikum.


                             Entry kali ini lain sikit kan bunyinya...macam nak marah jea..oklah ceritanya begini.
    Saya melihat orang sekarang suka benar benar 'sentap'kan orang. Kadang kadang elok elok mood orang tue okay, si member nie leh plak sentap kan si kawan tue..Perkataan baru ini.
    Sentap atau tersentap adalah merujuk perubahan wajah, sikap seseorang apabila dirinya ditegur/dimarah dalam keadaan yang memalukan. Samaada dia khalayak ramai atau berdua duaan. Kebiasaan perkara ini terjadi di khalayak ramai. Kebiasaan orang yang suka menyentap orang ini lebih bertujuan untuk memalukan orang berkenaan, motif...hanya dia aja yang tahu.
   Saya sendiri pernah dan banyak kali disentapkan oleh mereka yang berperangai begini. Kebiasaan bila disentap saya hanya berdiam diri, malas nak layan, paling tidak pun hanya meluah rasa di kalangan sahabat baik. Nasihat seorang teman, dia minta saya cuba menyentap si penyentap sekali sekala. Buat hanya untuk mengajarnya agar tahu menghormati orang lain.
   Dan hari ini..perkara itu terjadi...naik lucu gak bila lihat muka si penyentap ini. Marah betul dia bila saya sentapkan dia. Bukan main kuat lagi suara dia membalas bila saya  menyentapnya. Aik..tahu plak emo yea..abis selama nie dok menyentap saya, tak fikir plak akan perasaan saya yang disentap. Amboi..amboi..
    Dan saya harap, si penyentap ini akan mula memikir semula setiap kali ingin menyentap orang. Kadang kadang kita tidak boleh berdiam diri sahaja setiap kali mereka mereka ini asyik menghentam kita. Kita perlu bangkit, mempertahankan diri, menunjukkan kebenaran agar si penyentap tahu kita juga ada harga diri yang perlu dihormati.

p/s  : kadang kadang pelik dengan perangai yang tak reti menjaga perasaan orang. Bercakap ikut suka, bahasa  tidak dijaga tapi bila dibagi sedas dua, melentingnya sampai tak ingat dunia.

09 May 2012

Dah Puasa Ganti?

    Assalammualaikum




    Hari ini bersamaan 17 Jamadil akhir. Ini bermakna rejab bakal memunculkan dirinya tak lama lagi. Bila dah mula nak masuk rejab ini, akan ramailah kaum muslimat kita berpuasa beramai ramai. Cari geng lah katakan. Mana yang belum ganti puasa, masa nilah mula berkira kira untuk berpuasa. Jadi post saya kali ini, hanyalah sekadar nak mengingatkan kaum muslimat di luar saya termasuk diri saya sendiri untuk melangsaikan hutang puasa tahun lepas.
    Ingat, andai kita tak mengantikannya maka tahun akan datang kita tetap kena ganti puasa seperti biasa tetapi ada penambahannya iaitu kita wajib membayar fidyah. Jadi andai puasa kita tidak diganti tahun ini, maka tahun depan kita wajib mengganti puasa dan membayar fidyah. Jangan pula kita ingat puasa itu tak payah diganti tapi hanya perlu membayar fidyah yea..salah tue.  Jadi kepada sesiapa di luar sana marilah bersama, kita melangsaikan hutang puasa kita yea.
    Mengenai niat puasa ganti pula mudah aja. Niat itu tidak menuntut kepada satu lafaz ayat yang khusus, cukup dengan pada malamnya kita berniat untuk puasa ganti pada esok hari kerana Allah S.W.T. 

contoh ayat: "sahaja aku puasa ganti yg diwajibkan atasku esok hari kerana Allah S.W.T." 

       Jadi kepada adik adik, anak anak jua kaum muslimat di luar saya, Selamat Berpuasa yea.

Alhamdulillah

    Alhamdulillah...akhirnya berjaya juga saya mendapatkan kembali blog ini. Sapa sangka blog sekecil ini pun kena hack. Rasa sedih + terkilan, iyealah saya sayang betul akan blog saya ini. Biarpun saya jarang update blog ini, namun asal dapat buka pun takpe. Ini bila terus tak dapat nak buka, rasa macam satu kehilangan pulak dah..hehehh...nak buat blog baru kena pakai nama baru sedangkan saya sayangkan tittle blog ini. Lagipun kewujudan blog ini adalah ilham dari 3 dara. Sejak lahirnya puteri, saya mula rajin menulis dan juga menjengah rakan blog yang lain. Seronok mendengar cerita perihal anak anak rakan blog yang lain.
    Insya allah, bila dah dapat semula blog ini, andai ada kelapangan pasti saya akan mencoret sesuatu di sini. Buat kenangan 3 dara. Sejak munculnya tahun 2012, saya agak sibuk sikit. Kerja pejabat menimbun, di rumah pun sama. 
    Jadi nak berenti kat sini dulu, nak sambung kerja yang menimbun nie...