21 July 2011

TERPERANGKAP DALAM KERETA

      Sejak akhir akhir ini, banyak cerita mengenai anak anak kecil yang terperangkap dalam kereta. Ada yang sempat diselamatkan, ada juga yang tidak dapat diselamatkan. Sedih mendengarnya. Saya tidak kecuali dari mengalami situasi ini. Jadi saya nak berkongsi cerita ini sebagai renungan juga peringatan untuk saya dan juga mereka di luar sana.
      Ahad lepas ketika sedang bersiap untuk pulang ke rumah (saya sekeluarga tidur di rumah mak), saya letak puteh di bahagian depan tempat penumpang di dalam kereta. Waktu ini enjin kereta sedang dipanaskan. Manakala abang sibuk meletak barang barang di bahagian bonet. Pada tika ini juga kakak, kak adik dan anak saudara lelaki saya iaitu umar turut berada dalam kereta. Biasa lah budak budak, kita sibuk, dorang lagi sibuk. Kakak, kak adik, umar berada di tempat duduk belakang. Waktu ini juga, mak, abang saya juga kak ipar masing masing mengeliling kereta kami. Sedang kami leka berbual, kakak dan kak adik keluar dari kereta. Yang tinggal dalam kereta hanya puteh dan anak sedara saya umar yang berumur 3 tahun. Dan tanpa di duga, puteh tekan lock kereta di bahagian pemandu (puteh memang suka lock kereta dari dalam). Habis terkunci. Kami semua terpana. Kunci kereta ada di dalam.
      Lantas kami semua panik, saya dan kak ipar terus mengetuk tingkap meminta anak sedara membuka pintu. Puteh masih kecil untuk meminta bantuannya. Manakala abang cuba membuka pintu kereta dengan pelbagai alat. Saya pada mulanya tidaklah panik sangat tapi bila melihat puteh dan anak sedara berpeluh, membuatkan saya cemas. Agak mengejutkan saya apabila mendapati yang kereta belum dibuka air-cond. Waktu ini semua perasaan bercampur baur. Sedih+sebak+cemas. Saya hilang punca. Ketukan di tingkap makin kuat. Anak sedara saya masih tak mampu untuk membuka pintu kereta (umar tak biasa ngan kereta saya). Waktu ini juga jiran jiran mula menghampiri bila melihat kekecohan yang berlaku kepada keluarga kami. Ada yang menolong, ada yang melihat saja, bila suami masih tidak boleh membuka pintu kereta, Lantas abang saya menuju ke keretanya untuk meminta bantuan bengkel. Mak saya pula asyik keluar masuk rumah mencari cari alat yang sepatutnya. Kami semua panik. Apatah lagi, melihat puteh yang mula menangis dan kelihatan tak berdaya. Ya Allah...selamatkan anakku dan anak sedaraku.
     Waktu ini pelbagai gambaran muncul. Satu persatu cerita anak anak kecil yang lemas muncul di kotak fikiranku. Hati makin sebak, jiwa makin meronta. Dalam kekalutan itu, saya dan suami hampir bertekak. Suami yang dari malam tadi pening kepala nampak semakin tertekan dengan keadaan ini. Suami dalam panik tiba tiba berhenti dari cuba membuka pintu kereta. Tika ini perasaan marah membuak buak dalam hati saya tanpa sedar saya memarahi abang.

"kenapa abang berhenti?"
"abang dah cuba, tapi tak boleh..kita tunggu along aja (abang saya)"
"abis..takkan nak biar jea...usaha lah jugak..." Waktu ini saya meluru ke arah abang dan merampas alat dari tangannya lantas cuba membuka pintu. Saya sebak..tak sanggup lihat keadaan puteh dan anak sedara yang mula menangis kepanasan+kelemasan. Saya tak nak kehilangan mereka...!!!!

    Dalam keadaan yang cemas itu, tiba tiba..

........TAP.....

Punat pintu kereta terangkat. Kami saling terpana. Saling berpandangan.

Serentak kami bersuara

"Siapa buka?"
Lantas adik saya menjawab
"abang" merujuk kepada suami saya.

Lantas saya membuka pintu mengambil puteh yang bajunya basah lencun manakala kak ipar saya mengambil anaknya.

"Basuh kepala, muka..pastue bagi puteh dan umar minum air, dorang terkejut tue" Sayup sayup suara mak kedengaran.

Saya peluk puteh, saya cium umar. Ya Allah terima kasih, kau memberi kesempatan untukku mencurah kasih pada 2 anak kecil ini. Amin..amin..

      Peristiwa ini memberi pengajaran yang besar buat saya. Lihatlah keaadaan kami. Tak sangka peristiwa ini terjadi. Ini kerana, kami semua berada dekat pada kereta. Bukannya kami meninggalkan mereka. Ya Allah...terima kasih Ya Allah atas peringatan yang telah kau berikan.
      Akan kujaga amanah mu ini Ya Allah. Takkan sesekali kumempersiakannya. Amin..amin ya rabalalamin..


p/s : abang minta maaf yea, termarah abang..tak sengaja
        Mak, mekacih yea mak, dalam tak sihat, mak sanggup terkejar kejar mencari alat dan meminta bantuan. Sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang mak...

No comments:

Post a Comment