04 July 2011

GARANGKAH SAYA...?

      Semalam sekali lagi kak adik buat perangai. Dan sekali lagi saya pukul kak adik agak melebihi batasan. Ya Allah..sesungguhnya saya benar benar hilang kesabaran. Dan yang paling memalukan, begitu tipisnya kesabaran saya. Saya hilang sabar pada seorang kanak kanak yang berusia 3 tahun 6 bulan. Begitu naifnya saya...Puncanya:-
     Kak adik nak mc'd, begitu juga dengan kakak. Kakak meminta kentang dan ais shake strawberry manakala kak adik nak kentang dan juga burger. Kakak memang tak makan burger dan dier memang suka sangat dengan kentang goreng. Manakala kak adik suka sangat burger tapi nak gak kentang sekadar mengikut kakak. Lantas saya pun order jealah. (drive thru).
    Bila saya hulurkan air kat kakak, tiba tiba kak adik menagis, mengamuk entah apa. Bila ditanya kenapa, dia terus nangis dan tendang tendang kerusi tempat saya duduk. Abang pun keluar nak gie kedai berhampiran, dan tinggallah saya anak beranak dalam kereta. Kak adik masih mengamuk dan menangis. Bila saya toleh belakang, kelihatan kak adik dah buang semua kentang gorengnya. Aduii...masa inilah kesabaran saya hilang.

   Saya turun kereta pergi ke tempat duduk belakang. Saya pukul peha kak adik bertubi tubi dan juga lempang pipi comel kak adik. Teresak esak kak adik menangis sampai kak adik cakap " tak nak buat lagi". Aduhai...masa tue baru saya sedar. Saya sudah melebihi batasan.
     Saya kembali ke tempat duduk depan kereta. Masa itu biar masih marah saya cuba mengawal. Saya sedar saya telah melebihi batasan. Apa yang saya telah lakukan kepada kak adik adalah kerana selama 2 minggu ini saya memendam rasa, memendam marah, menahan kesabaran dan kesemuanya meletus pada semalam. Punca selama 2 minggu ini adalah :-

a)   Kak adik hampir setiap pagi pergi taska menangis nangis tanpa sebab.
b)   Setiap makanan yang dibelikan, kak adik taknak dan mengamuk biarpun pada mulanya kak adik juga yang minta.
c)   Setiap kali keluar berjalan, kak adik taknak berjalan sendiri sebaliknya nak didukung kalau tak, kak adik akan mengamuk.
d)   Hampir setiap petang kak adik akan bergaduh dengan kakak dan juga puteh. Pantang kakak dan puteh buat silap, kak adik akan pukul kakak dan juga kak adik.
e)   Semua barang dan jua makanan, kak adik taknak berkongsi dengan kakak dan puteh.

      Selama 2 minggu ini kak adik buat perangai, saya cuba bersabar, saya cuba berdiplomasi, cuba menasihati, cuba bercerita, cuba menegur dan kak adik seakan faham jua seakan mendengar. Kak adik akan diam sekejap namun tak lama kemudian akan buat semula perangai. Saya seperti biasa tetap menegur, berdiplomasi, bercerita dan sebagainya tanpa memukulnya.

      Namun semalam segalanya di luar kesabaran. Tindakan kak adik membuang makanan yang masih panas benar benar menguji kesabaran saya. Saya hilang punca, tak tahu nak buat apa lagi. Kenapa kak adik buat perangai sayang...ummi tak tahu nak buat apa lagi.
     Akhirnya sampai di rumah, saya peluk kak adik..saya minta maaf padanya. Kemudian saya berikannya air penawar. Moga kak adik akan lembut hati. tak buat perangai lagi...

      Sedih saya tengok peha kak adik yang berbirat dan pipi kak adik yang merah kesan dari pukulan saya tadi. Ya Allah, apa yang telah saya lakukan. Allah..berikanlah aku kesabaran, tunjukkanlah aku jalan bagaimana caranya untukku mendidik anak anakku ini ya Allah. Bimbingilah daku...Pada mak, saya adukan apa yang telah saya lakukan kepada kak adik. Mak menasihati saya biarpun mak sedikit marah akan tindakan saya terhadap kak adik. Mak pesan, "cubalah cari jalan, ikhtiar, agar kak adik berubah perangai, pukul itu boleh tapi biarlah pukul di tempat yang selamat bukan kat muka bukan jua kat peha, pukullah kat kaki bukan tujuan tuk sakiti tapi untuk mengajar, cara adik tue macam nak lepaskan kemarahan".. hmm..apa yang mak katakan itu benar belaka...insaf saya sebentar.
     Dan hari ini saya cuba muhasabah diri, diberikan kekuatan dan cara jua jalan agar saya mampu menangani karenah kak adik..Saya juga berharap tidak lagi menyakiti kak adik...Aminnn, Kak adik...ummi sayang kak adik..maafkan ummi sayang..

No comments:

Post a Comment