13 July 2011

BAHASA CERMIN DIRI

        Saya nak tulis kisah petang semalam. Agak tragis gaklah kisahnya. (pada saya, tidak tahulah pada orang lain yea).
        Kisahnya bermula begini, petang semalam sewaktu mengambil 3 dara, cikgu kakak ada memberi sebungkus plastik. Dalamnya terdapat makanan ringan antaranya kopok meow meow.(Anak saya yang meletakkan nama tersebut kerana di plastiknya ada gambar kucing).
       Nak dijadikan cerita, keropok meow meow itu ada satu jea dan menjadi rebutan kak adik jua puteh. Kakak tak berebut, kebiasaan bila kak adik berebut dengan puteh, kakak akan mengalah. Habislah dalam kereta dorang bergaduh dan jua berebut. Puas jualah saya memujuk kak adik.
      Setelah puas puji pujian diberikan kepada kak adik (kalau nak pujuk kak adik bunga bunga pujian kena terlalu banyak) akhirnya kak adik mengalah dan sudi memberikan keropok meow meow kepada puteh dengan janji yang saya perlu membelikannya keropok meow meow yang lain.
      Perjalanan ke rumah yang memakan selama 20 minit akan menjadi seumpama 60 minit andai saya tak menuruti kehendak kak adik. Akhirnya saya pun membuat keputusan untuk singgah ke pasaraya yang berdekatan dengan tempat kerja, saya tinggalkan 3 dara dalam kereta. Saya parkingkan kereta di tempat yang teduh tanpa mematikan enjin. Saya pesan kepada kakak agar mengunci kereta dan jangan buka selagi saya belum sampai. Kakak sekadar menurut.
      Tak sampai 10 minit, saya kembali semula ke kereta. Sebelum sempat saya sampai ke kereta, terdengar satu jeritan suara.
           "kak, jangan tinggal anak kat dalam kereta bahaya"
Jeritan suara seorang lelaki melayu dalam pertengahan 40-an yang datangnya dari arah kereta yang parking di sebelah kereta saya amat mengejutkan saya.
Saya hanya tersenyum dan lantas meminta kakak membuka pintu. Semasa sedang membuka pintu, suara itu berbunyi lagi
           "lain kali, kalau nak pergi mana, bawak semua, jangan tinggalllllllllllllllllllll"
Dan suara itu pun hilang bila pemiliknya mengundurkan kereta dan berlalu. Kelihatan juga seorang perempuan (isterinya barangkali) memasamkan muka biarpun saya senyum kepadanya. Saya tanyakan kepada kakak, berapa lama agaknya lelaki itu berada di sebelah kereta kami. Menurut kakak, ada seorang perempuan berada di dalam kereta sebelah kereta saya semasa saya pergi ke pasaraya. Dan lelaki itu baru sampai ke keretanya. Kiranya perempuan itu menunggu suaminya (agaknya) dalam kereta.  Namun menurut kakak, mereka tidak berganjak pun dan hanya berganjak bila saya datang.
      Mungkin mereka tidak berganjak kerana mahu menunggu anak anak saya sehingga saya kembali namun tutur katanya yang kasar (umpama polis memarahi tawanan) mengeramkan saya. Saya tahu kesalahan saya meninggalkan anak dalam kereta itu adalah tidak wajar, namun itu tidak bererti dia boleh menengking saya sesuka hati. Yang saya pelik itu, isterinya (agak saya) hanya memasamkan muka, tak pulak tegur sikap lelakinya yang bercakap kasar. Kalau sayalah berada di tempatnya, pasti saya tak benarkan suami saya bercakap sekasar itu.
     Niat mereka yang baik itu hancur dek bahasa yang kasar, tutur kata yang saya sendiri tak tahu nak cakap apa. Saya tidak membalas apa apa hanya senyuman saya hadiahkan kepada mereka berdua. Biarlah...kakak bertanya kepada saya "ummi, kenapa orang tu marah ummi?" saya jawab "dia marah ummi sebab tinggalkan kakak, kak adik ngan puteh dalam kereta". Kakak mengomel ngomel dengan jawapan saya dan Kakak seakan tak puas hati dengan tindakan lelaki tersebut. Sedangkan si kecil itu pun tak puas hati apatah lagi saya.  Sepanjang perjalanan, terngiang ngiang saya akan bahasa lelaki itu, cubalah cakap elok elok. Sekalipun marah, jagalah bahasa jua adab pertuturan. Ingin saya nyatakan di sini, bahasa itu mencerminkan diri, peribadi. Aduhai...sedih saya melihat sikap orang kita sekarang ini.

p/s: apa pun saya ucapkan terima kasih kepada orang yang menengking saya itu kerana sudi menunggu (biarpun dia takde niat begitu, saya tetap anggap begitu) anak anak saya sehingga saya kembali.

No comments:

Post a Comment