06 July 2011

TERIMA KASIH UMMI..!

    Pagi ini saya menghantar kakak ke tadika dalam keadaan tergesa gesa. Saya agak lambat disebabkan kak adik menangis taknak lepaskan saya selepas menghantarnya ke taska. Terpaksa saya buat 'hati kering' bila kak adik menangis. Kebiasaannya saya akan berpatah balik tapi pagi ini saya terus pergi meninggalkan kak adik menangis di samping cikgunya. Sempat saya bertanya pada cikgu kak adik
 "cikgu, kalau saya tinggalkan dia, dia nangis lama tak.?."
"taklah kak, biasa bila akak pergi, dia nangis sekejap jea, pastue dia ok lah"
    Mendengarkan jawapan cikgu saya terus pergi meninggalkan kak adik tanpa menoleh ke belakang. Bimbang kalau saya toleh, saya jadi tak sampai hati lantas pujuk dan pujuk kak adik sampai punch card saya nanti merah. ooo...tidak...saya kena berhati kering.
     Dalam kereta semasa nak menghantar kakak ke tadika pula, saya bercerita kepada kakak yang saya dah lambat, saya bercerita juga perihal kak adik yang menangis dan saya berpesan kepada kakak supaya terus mendukung beg kerana sebaik saja sampai di parking saya minta dia bergegas turun memandangkan masa dah makin suntuk.    
    Sampai kat parking tadika kakak, saya minta kakak berlari anak bersama saya kerana masa yang begitu suntuk. Kecian kakak berlari lari mengejar saya yang begitu laju berjalan. Bila sampai di tadika seperti biasa, kakak akan cium pipi saya kiri kanan serta dahi saya kemudian memeluk saya. Saya akan membalas dengan mencium kakak sambil memeluknya.
    Sambil memberikan bekal kepada kakak saya pesan macam macam.
"kakak belajar rajin-rajin, dengar cakap cikgu. Nanti dah abis makan, plastik nie buang kat tong sampah yea, Kakak tinggal kak sekolah jangan nakal nakal tau, nanti petang ummi datang ambil" agak laju saya bercakap memandangkan masa yang makin suntuk. Kebiasaannya kakak hanya mengangguk tapi kali ini kakak merenung saya sambil berkata;
"terima kasih ummi"
saya terpana, terdiam..lantas saya senyum sambil memeluknya kembali.
"yea, sama sama sayang, ummi pergi dulu yea"
saya pergi sambil melambai ke arahnya.

Terasa sejuk hati mendengar ucapan kakak. Hilang rasa tekanan akibat perangai kak adik tadi. Hilang juga rasa bersalah kerana meninggalkan kak adik dalam keadaan masih menangis (kebiasaan saya takkan tinggalkan anak anak saya di taska or tadika dalam keadaan menangis, saya akan pastikan mereka dalam keadaan elok biarpun kurang ceria). Mungkin kakak kecian melihat saya yang terkejar kejar akan masa. Alahai anak ummi, mekacih yea kerana mengerti akan masalah ummi.

Benarlah ucapan adakalanya mendatangkan kegembiraan kerana dari situ lahirnya satu penghargaan.

No comments:

Post a Comment