12 July 2011

KaKaK BerJaya...

   Petang semalam ketika hendak menjemput kakak, cikgu kakak datang menemui saya. Beliau menunjukkan kertas matematik kakak. Hmmm..semuanya betul..alhamdulillah
    Cikgu kakak juga memaklumkan kepada saya yang dalam ujian baru baru ini, kakak menduduki tempat yang ke-4 dalam kelas. Serasa gembiranya saya waktu itu. Perasaan saya tika itu sukar digambar, serasa macam ader pelangi jea kat atas kepala nie...hmmm berangan jea kan. Agaknya inilah perasaan seorang ummi bila mendengar kejayaan anaknya. Memang seronok. Biarpun hanyalah ujian biasa dan di peringkat tadika sahaja namun itu satu petanda yang baik pada saya.

     Ini kerana, kakak adalah seorang yang sangat pendiam di sekolah, kakak tidak seperti pelajar yang lain yang rajin bertanya dan juga sebagainya. Kakak tidak aktif macam kanak kanak yang lain atau dalam erti kata yang lain kakak tidak nakal (tapi perangai ini berbeza bila di rumah yea..heheh). Kakak lebih suka diam dan mendengar arahan cikgu saja.
     Menurut cikgu kakak, pencapaian kakak amat memberangsangkan. Kiranya menurut cikgu, kakak memahami apa yang diajar oleh cikgu. Alhamdulillah. Gembira saya melihat perubahan kakak.
     Masih terbayang bayang lagi enam bulan yang lepas, kakak menangis nangis taknak pergi tadika, hampir dua minggu kakak berkelakuan sedemikian sampai mati kutu saya dibuatnya.
     Masih terngiang ngiang lagi suara cikgu 4 bulan lepas yang mengatakan kakak tak seperti pelajar yang lain, yang aktif bertanya, pandai bergaul. Kakak hanya jawab bila di soal, kalau ditanya secara rambang jangan harap kakak nak ambil bahagian. Waktu ini monyok gaklah saya memikirkannya. Macam macam saya buat kat rumah selain berbincang dengan abang agar kakak menunjukkan perubahan. 
    Saya tak minta kakak menjadi yang terbaik tapi cukuplah kalau kakak sekadar boleh menyesuaikan diri. Saya cuba belajar terima yang setiap anak itu tahap pencapaian adalah berbeza selain berdoa dan terus berdoa.
    Alhamdulillah...usaha saya diterima Allah... Gembira saya dan kini saya yakin kakak boleh menjadi terbaik dengan usaha, doa dan keyakinan serta tawakal kepada Allah.
    Moga kakak menjadi contoh yang terbaik buat adik adik  mu yea sayang... 

No comments:

Post a Comment