11 March 2011

Penyakit Gusi

     Minggu lepas abang telah menjalani pembedahan kecil yang kedua sejak doctor mendapati gusi abang bernanah. Memandangkan gusi abang dah bernanah tiada rawatan lain yang boleh dilakukan kecuali pembedahan. Nak tak nak, abang terpaksa akur. Sedih melihat keadaan abang. Cuba untuk memahami dan mengawal keadaan rumah yang sentiasa riuh dengan keletah 3 dara tapi apakan daya dengan tittle ummi berkerjaya ini, payah untuk menguruskan sseegalanya sendirian. Tak menang tangan dibuatnya. Nak tak nak khidmat abang terpaksa jugaklah digunakan.
     Hari kedua selepas abang operate, abang terpaksa menjaga kak adik yang tiba tiba jea muntah, dugaan sungguh kan. Dan sehingga kini, sakit itu masih terasa, bukan setakat sakit gigi jea, abang turut pening kepala. Kesian nya kat abang, apalah yang mampu saya lakukan. Hanya doa agar abang kembali sembuh. 
     Bila cakap pasal gusi bernanah nie payah juga nak ceritakan. Di sini ingin saya berkongsi 2 info fakta mengenai penyakit gusi bernanah yang saya dapati dari sumber google.


 
INFO 1

Penyakit periodontal atau lebih dikenali sebagai penyakit gusi sering dialami pada semua peringkat umur. Kebiasaannya ramai yang tidak mengetahui masalah penyakit itu sebelum mendapatkan rawatan. Ini menyebabkan ramai yang kehilangan gigi walaupun mereka masih muda.

Sisa makanan yang lembut akan berkumpul dan melekat di celahan permukaan gigi. Sisa makanan atau plak yang terbiar tanpa dibersihkan akan menjadi keras dan dipanggil kalkulus.

Air liur yang mengandungi kalsium akan menyebabkan plak menjadi keras. Pada tahap ini plak tidak boleh dibersihkan dengan berus dan anda terpaksa mendapatkan bantuan doktor gigi.

Tanda-tanda awal seeorang menyidap penyakit gusi ialah
i.   Mulut akan berbau busuk
ii.  Gusi menjadi merah dan mudah berdarah apabila diberus atau mengunyah makanan yang keras
iii. Gusi akan membengkak dan kadang-kadang bernanah
iv. Gigi akan menjadi longgar dan akhirnya terpaksa dicabut


Kalkulus yang terbiar lama akan menjejaskan kesihatan mulut dengan menyebabkan gusi membengkak dan akhirnya menghakiskan tulang alveolar yang menyokong akar gigi dalam tulang rahang.
Proses penghakisan tulang alveolar itu akan memakan masa yang lama.Tulang alveolar akan menyurut menyebabkan gigi menjadi longgar kerana ketiadaan tulang penyokong. Walaupun tidak mempunyai karies atau berlubang,fungsi gigi boleh terjejas dengan penyakit gusi. Rawatan segera perlu untuk memulihkannya.

Rawatan yang diberi ialah scaling iaitu mencuci gigi dan membuang kalkulus. Alat yang digunakan untuk mencuci dipanggil ultrasonic scaler. Rawatan itu akan menyebabkan gusi anda berdarah kerana gusi yang bengkak mudah berdarah.

Jika penyakit gusi pada tahap yang lebih serius,kaedah biasa tidak mencukupi untuk merawatnya. Gusi yang bengkak atau bernanah perlu dikeluarkan atau dipotong dengan melakukan satu pembedahan kecil. Penyakit itu selalu melibatkan lebih dari satu bahagian rahang, dan pembedahan kecil akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Gigi yang longgar kadangkala boleh menjadi kukuh semula tetapi ia akan mengambil masa yang agak lama. Bagi gigi yang terlalu longgar, rawatan splinting perlu dilakukan untuk mengukuhkan gigi dalam rahang. Kadangkala gigi yang longgar terpaksa dicabut dan digantikan dengan gigi palsu.

Bagaimanapun,kejayaan rawatan periodontik bergantung kepada kerjasama pesakit kerana tanpa penjagaan kebersihan mulut ia tidak akan berhasil. Penyakit gusi sering kali mudah berbalik semula.


 
INFO 2
Definisi
Abses gigi merupakan pengumpulan bahan-bahan yang dijangkiti (nanah) berpunca dari jangkitan bakteria di bahagian tengah (pulpa) gigi.

Penyebab, Kejadian dan Faktor Risiko
Abses gigi atau gigi bernanah sebenarnya adalah komplikasi kepada karies gigi. Ia juga boleh berlaku akibat trauma terhadap gigi (misalnya apabila gigi patah atau hancur). Enamel yang terbuka (berlubang) membenarkan kemasukan bakteria yang akan menjangkiti bahagian tengah (pulpa) gigi.

Jangkitan boleh merebak dan akar gigi hingga ke tulang yang menyokong gigi.Jangkitan menyebabkan berlakunya pengumpulan nanah (terdiri daripada tisu yang mati, bakteria yang telah mati atau masih hidup dan sel darah putih) dan pembengkakan tisu dalam gigi. Ini menyebabkan sakit gigi. Jika struktur akar gigi mati, sakit gigi mungkin hilang, tetapi jangkitan kekal aktif dan terus merebak dan memusnahkan tisu.

Gejala-gejala gigi bernanah
  • Sakit gigi.
  • Sakit gigi yang teruk dan berterusan
  • Sakit yang berdenyut-denyut.
  • Sakit ketika mengunyah.
  • Gigi terasa sensitif kepada air sejuk atau panas.
  • Rasa pahit di dalam mulut.
  • Nafas berbau busuk.
  • Mungkin demam.
  • Kelenjar leher bengkak.
  • Rasa tidak selesa, tidak sihat atau tidak tenang.
  • Bahagian rahang bengkak (sangat serius).
Komplikasi gigi bernanah
  • Gigi tercabut.
  • Jangkitan merebak hingga ke tisu lembut (selulitis fasial, angina Ludwig).
  • Jangkitan merebak ke tulang rahang (osteomielitis mandibel atau maksila).
  • Jangkitan merebak ke bahagian badan yang lain menyebabkan abses serebrum, endokarditis, pneumonia atau gangguan gangguan lain.
Langkah penjagaan sendiri
  • Untuk meredakan kesakitan, ambil ubat penahan sakit.
  • Jangan meletakkan serbuk aspirin di atas gigi. Aspirin akan melecurkan gusi dan memusnahkan enamel gigi.
  • Jangan minum minuman yang terlalu panas atau sejuk.
  • Jangan mengunyah gula-gula getah.
  • Elakkan makanan yang manis, pedas dan berempah. Diet dalam bentuk cecair mungkin perlu untuk 1 atau 2 hari sehingga kesakitan mulai hilang.
  • Berkumur dengan air garam suam setiap satu jam.
  • Berjumpalah doktor gigi walaupun sakit telah beransur-ansur reda.
Rawatan
Tujuan utama rawatan adalah untuk menyingkirkan jangkitan, mengekalkan gigi dan mencegah komplikasi. Antibiotik boleh diberi untuk melawan jangkitan.
Berkumur dengan air garam suam dapat melegakan kesakitan. Ubat analgesik yang diperolehi dari kedai mungkin dapat meredakan sakit gigi dan demam. Jangan meletakkan aspirin betul-betul di atas gigi atau gusi kerana ia akan menambahkan kerengsaan pada tisu dan boleh mengakibatkan ulser mulut.
Pembedahan akar gigi mungkin disyor untuk mengekalkan gigi. Bahagian gigi yang rosak akan ditanggalkan bersama-sama bahagian tengah gigi termasuklah tisu saraf dan vaskular. Manakala bahagian akar dan permukaan gigi dikekalkan. Rongga yang terbentuk di dalam teras akan diisikan dan dibaiki. Bahagian atas gigi kemudiannya akan disalutkan dengan bahan penampal. Eksisi (penyaliran melalui pembedahan) bahagian yang bernanah atau mencabut gigi yang rosak mungkin perlu dilakukan.

Berjumpalah doktor sekiranya....
Anda menghadapi satu atau lebih masalah berkaitan sakit gigi seperti yang disenaraikan di bawah ini:
  • Sakit yang berdenyut-denyut atau berterusan.
  • Demam.
  • Sakit telinga.
  • Leher atau rahang yang sakit bila disentuh atau kelenjar yang bengkak di bahagian gigi yang sakit.
  • Merasa tidak sihat.
  • Nafas berbau dan/atau rasa pahit di dalam mulut. 

Dan di sini saya kepilkan jua doa sakit gigi dan juga gusi. Moga dengan izin dariNya sembuhlah sakit ini. Amin....

13 comments:

  1. Ηeу theгe! I know thiѕ is somewhat off tοpic but I was wondering whiсh blog ρlаtform arе you
    usіng for thiѕ site? ӏ'm getting tired of Wordpress because I've had issuеs
    with haсkеrѕ and I'm looking at alternatives for another platform. I would be great if you could point me in the direction of a good platform.

    http://www.series7examprep.com/know-how-to-pass-the-certified-internal-auditor-exam/
    My website :: series 63 license

    ReplyDelete
  2. Неllo, I enjoy reаding thгough your аrticle post.
    I like to write a little cοmment to suppοrt yοu.


    httρ://theusedbucket.insаneјournаl.

    com/491.html
    Here is my web-site : altec bucket trcuks

    ReplyDelete
  3. Нello, I enјoу rеading through уour article post.
    I like to wгite a little сommеnt to support you.


    http://theusedbucket.insanеjоuгnаl.
    cοm/491.html
    my web page - altec bucket trcuks

    ReplyDelete
  4. Nice blog here! Also youг website loаds up vегy fast!
    What ωeb host аre yοu using? Сan I get youг аffiliate link tо уour host?

    I wish my ωebѕite loaded up as quіckly as youгs lοl

    Also vіsit my blog poѕt :: how to use the automatic temperature controller on the big green egg
    My web page ... how to put together the big green egg

    ReplyDelete
  5. Nice blog here! Also youг wеbѕite loads up vегy fast!
    What web hoѕt аrе уou using? Can І get your affiliate link to уour host?
    I wish my website loaded up as quіcκlу aѕ yours
    lоl

    Vіsіt my ωebpagе ... how to use the automatic temperature controller on the big green egg
    my web site - how to put together the big green egg

    ReplyDelete
  6. Thanks for the ausρiсiouѕ writeuρ. Іt
    in fact uѕed to be а lеisure аccount
    іt. Glancе advаncеd to far dеlivereԁ agreeable frοm yоu!
    Hoωevеr, hοω can ωе keep up a correspondencе?


    Alsο vіsіt my website :: www.bucket--truck.com
    Here is my page used bucket trucks for sale

    ReplyDelete
  7. What's Taking place i'm nеw to thіs,
    I stumbled upоn thіs ӏ hаѵе fοund It abѕolutely useful and
    it hаs helped mе out loads. Ι аm hoping to gіve
    a contributiоn & аѕѕist ԁiffеrеnt customers like its helρed me.
    Good jоb.

    Here іs mу webpаge :: tens

    ReplyDelete
  8. What's Taking place i'm nеw to thiѕ, I
    stumbled upоn thіs I have found It absοlutely usеful аnd іt has helped mе out loаds.
    I am hoрing to giѵe a contгіbutіon &
    assist different customеrs lіke its helpeԁ me.

    Gooԁ job.

    My site tens
    my webpage: tens therapy

    ReplyDelete
  9. You coulԁ defіnitely see yοur еxpеrtisе wіthin the article yоu writе.
    The sector hopeѕ for morе pаssionаtе writeгs
    ѕuch аs you ωho аren't afraid to say how they believe. All the time go after your heart.

    Feel free to visit my web page - grapevine tx taxi

    ReplyDelete
  10. Оutѕtanԁіng pоst hоwevеr , I
    waѕ wanting tο know if yοu could
    writе a litte moгe on thiѕ toрic?
    I'd be very thankful if you could elaborate a little bit further. Thank you!

    Feel free to surf to my web-site - irving tx taxi

    ReplyDelete
  11. What's up to every single one, it's reallу
    a nice for me to vіsit this site, it
    includеs precіous Informatiоn.

    My homepage :: tens units

    ReplyDelete

  12. Info yang menarik mengenai petua rawatan sakit gigi dengan menggunakan doa yang pernah diamalkan oleh Rasulullah. Namun bagi mereka yang mempunyai kerosakan gigi yang teruk, eloklah pergi mendapat nasihat daripada doktor gigi yang berpengalaman.

    ReplyDelete