16 March 2011

Moga Selamat Pergi dan Kembali...

  
    Pagi ini saya, anak anak dan abang bergerak sekali namun haluan masing masing berbeza. Saya dan anak anak pergi kerja n taska tapi abang pergi bercuti. Abang pergi bercuti ke destinasi impiannya yang sekian lama dia idamkan. Nak tegah rasa kecian, kalau tak ditegah, risau datang bertandang. Setelah difikir masak masak, abang saya lepaskan pergi. Biarlah..kecian kat abang, dah lama benar mengidam nak pergi sana. habis dicanang sedara mara akan destinasi menarik itu termasuklah rakan opis. Kalau ikutkan ramai gaklah yang nak ikut tapi buat masa ini, abang senang pergi dulu ngan adiknya.
    Mengapa saya tak turut serta, tempat itu tak serasi ngan saya dan anak anak. Biarlah abang. Tempat itu hanya sesuai tuk abang dan kawan kawannya. Biarlah saya disini mendoakan keselamatan abang. Moga perjalanan abang diredhai jua dilindungi oleh Allah SWT.
    Abang sebenarnya nak pergi memancing di kawasan pendalaman di jerantut, pahang. Kebetulan adik abang mengajar di sana. Dan sering mengikuti aktiviti orang di kampung sana termasuklah aktiviti memancing ini, Selama ini abang hanya mendengar saja cerita dan jua pengalaman adiknya di sana. Bila adiknya mengajak join aktiviti tambahan pula cuti sekolah sekang ini, abang begitu teruja. Macam macam persiapan dibuatnya. Melihatkan keterujaan abang, tak sampai hati pula saya untuk menghalangnya. Biarlah abang merasai pengalaman itu. Lagipun sepanjang hidupnya, belum sekali abang melibatkan aktiviti seperti ini. Sekali sekala memberi peluang, tak salahkan.
    Dan hasilnya, semalam rumah kami telah menghasilkan bunyi yang baru. Yang tiada di bandar ini. Bunyi Cengkerik. Abis satu umah berbunyi. Semuanya gara gara abang yang membeli cengkerik sebagai umpan katanya. Terfikir gak, macam manalah abang bawak keter ari nie, ngan bunyi cengkerik bersahut sahutan tue. Ermm.. macam macam lah abang nie.
     Saya pula masih memikir untuk menginap di mana. Sama ada nak tinggal kat umah sendiri atau pulang ke rumah mak yang tak sampai 30 minit dari rumah saya. Sampai termenung gaklah dibuatnya. 3 dara dah sibuk mengajak pergi rumah nenek. Saya pula agak keberatan nak tinggalkan rumah. Bukannya apa, rumah agak terumbang ambing. Ngan baju yang belum dilipat, ngan seleraknya lagi. Agak ralat pula nak tinggalkan rumah dalam keadaan sebegitu. Tengoklah keadaan, cadangnya malam nie nak duduk rumah dulu ngan anak anak, esok lusa barulah pikir camner.
     Apa apa pun, kudoakan perjalanan abang selamat sampai ke destinasi dan selamat sampai jua kembali. Moga abang sentiasa berhati hati tika memancing di sungai nanti. Amin...

No comments:

Post a Comment