11 March 2011

gigi oh gigi


  Teringat saya akan keletah kakak dan kak adik sewaktu puteh masih kecil.. baby agi. Maser tue puteh takde gigi lagi (puteh mmg lambat tumbuh gigi). Ketika itu Kakak dan kak adik begitu ralit menikmati keropok sedangkan puteh hanya sekadar memerhati dari jauh sahaja.
   Melihatkan keadaan itu, kakak dan kak adik berhenti makan lantas datang ke arah saya yang sedang membaca suratkhabar.

   "Ummi, cian puteh tak dapat makan"  adu si kakak
    "hak ar..cian dia kan" sampuk kak adik..

Saya hanya tersenyum seraya berkata, "takperlah, adik kecil lagi, kakak dan kak adik makan jealah"

   " ummi, nanti ayah balik ummi suruh ayah pergi kedailah" pinta kakak
    "aik, nak beli apa agi?" soal saya
   "beli gigilah, nanti bolehlah puteh makan" jawab kak adik pula yang lantas mengundang tawa saya..

    "sayang, mana boleh beli gigi, gigi akan tumbuh dengan sendiri, mana ada jual gigi" terang saya kepada mereka berdua.

    " hmm..adalah ummi, kat tv, kat sekolah..ada" kakak seakan tak puas hati.

Saya sekadar tersenyum, payah juga ingin diterangkan. Mesti apa yang kakak dan kak adik maksudkan adalah gigi palsu. Oleh kerana penat disebabkan baru pulang kerja, saya lebih senang mengambil pendekatan dengan mengatakan nanti malam saya akan explainkan. Seakan berpuas hati dengan jawapan saya, kakak dan kak adik terus menyambung makan yang tak terhenti tadi dan puteh tetap menjadi pemerhati yang setia sejak dari tadi.

No comments:

Post a Comment