04 March 2011

Bila Teguran Disalah Ertikan...


   Semalam hati saya sedikit terguris, terkilan...ermmm semuanya bersatu..Tak tahu nak luah kat mana. Mujur ada blog nie, boleh juga meluah apa yang terpendam.
   Kadang orang sering salah tafsir apa yang kita kata, kita luah, kita tegur. Teguran yang ikhlas sering saja disalah tafsir. Apa yang paling mengecewakan bila yang menyalahtafsirkan itu datangnya dari keluarga sendiri, antara mereka yang rapat dengan kita.
   Sebagai seorang kakak, saya merasa perlu tegur jika perangai adik terlihat melebihi batasan. Mungkin saya tidak sebijak mereka yang belajar tinggi, tapi saya pernah melalui zaman mereka. Zaman remaja, penuh dengan tipu daya, rekaan dunia yang cukup melalaikan. saya seboleh mungkin taknak tengok mereka ini lalai. Mati tak kira usia dan tak salah rasanya pada usia sebegini, kita peruntukkan sedikit untuk bekalan akhirat.
    Teguran saya disalah ertikan. Kononnya saya cuba memalukannya. Disokong pula oleh saudara saya yang paling tua jadi apalah daya saya untuk membantah apatah agi mempertahankan diri. Agak terkejut saya bila mereka menghantar sms mempertikaikan teguran saya. Tindakan saya...Saya memilih untuk berdiam. Jauh di sudut hati, saya benar benar terkilan, kerana tak sangka feed back mereka sampai camtue sekali, teguran saya secara hormat dan kalau dilihat tiada langsung unsur memalukan. Lebih kepada nasihat seorang kakak terhadap adiknya.
    Pagi ini saya cuba bermuhasabah diri, kembali kepada diri sendiri, cuba berfikir secara tenang. Dan ntah mengapa ketika sedang melayari alam maya berkumandang lagu ini, bila saya terdengar lagu ini, hati merasa tenang...lirik dia begitu menyentuh hati.

Afgan-Pada Mu Kubersujud

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

esok ataukah nanti

ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

   
   Saya kembali insaf, ini sebahagian ujian dari Allah. Memang bukan mudah bila kita cuba membawa orang ke arah kebaikan. Kebiasaannya kita pasti disalah tafsir. Memang kita bukan terbaik tapi tidak salah kiranya kita cuba menjadi antara terbaik. Teguran akan mendapat 2 feed back, positif n negatif. Seandainya positif pasti tiada apa yang buruk berlaku tapi bila dianggap negatif akan terjadilah seperti apa yang berlaku pada saya semalam. Saya sebenarnya terlalu sayang akan mereka, saya taknak mereka hanyut, saya nak mereka sentiasa bermuhasabah diri, biarpun sering diulit duniawi. Saya cuma tak mahu mereka lupa pada siapa yang mencipta kita. Kerana itu saya sedih bila keikhlasan saya disalahtafsirkan..
   Dan saya perlu akui siapalah saya untuk merubah mereka semua, sedangkan Allah SAW sendiri pernah berfirman dalam surah Ar-Ra'du "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
   Untuk itu saya memilih supaya Allah sentiasa melindungi saya dari segala buruk sangka manusia jua fitnah di dunia ini. Ya Allah, ampunilah hambamu ini..Redhailah hambamu ini. Tenangkan hati hambamu ini. Dan berikanlah aku kekuatan dalam menempuh duniawi ini.Amin...


No comments:

Post a Comment