30 July 2010

HIJAB CINTAMU HANA HUMAIRA




Hujan turun mencurah-curah. Tidak terlalu lebat tidak juga terlalu renyai, menjadikan cuaca pagi ini amat sejuk sekali. Kata orang tua, hujan di pagi hari nie pembawa rezeki. Suasana yang dingin mengamit aku membawa aku kembali menginggati diriku 14 tahun nan lalu.



*****************************************************



Tujuan aku datang ke sini adalah untuk menuntut ilmu di samping mengubah nasib keluarga. Namun apalah dayaku. Aku hanya seorang Manusia. Hati ini cuba untuk lari dari cuba mencintai seorang wanita tapi semakin kucuba semakin ingatan ini menjadi jadi.



Aku bukanlah dari kalangan orang mewah. Aku hanyalah seorang anak kampung yang datangnya dari keluarga yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, namun aku bersyukur walaupun sedemikian aku masih mampu menjejaki menara gading biarpun hanya berbekalkan duit pinjaman mara. Namun begitu aku tetap bekerja sebelah petang bila tiada kelas (kebiasaannya sebelah petang memang jarang ada kelas). Aku bekerja di sebuah stesen minyak. Di sini kerja aku pelbagai, kejap jadi cashier, kejap lap cermin keter, kejap cuci kedai serbaneka dan bermacam macam lagi. Duit gaji yang aku perolehi aku gunakan untuk menampung perbelanjaan ku di kota ini di samping lebihannya aku hantar ke kampung untuk menampung perbelanjaan keluarga di sana pula.



Perjalanan harian aku terlalu sibuk, masa yang ada aku gunakan sebaiknya untuk menelaah pelajaran. Aku tak mahu gagal, biarpun tumpuanku terhadap pelajaran agak terganggu gara gara keletihan di kampus dan jua di tempat kerja.



Pagi jumaat yang dingin, gara gara hujan lebat semalaman, sahabat ku ikmal memintaku menemaninya menemui kawan. Aku yang kebetulan takde kelas terus bersetuju. Walau badan agak penat, aku tak mahu menghampakan teman baikku.



Ermmm…rupanya ajak pergi pejabat makwe dia. Sabar jealah. Namun begitu aku cukup tertarik pada wajah lembut rakan seopis makwe ikmal nie. Lama juga aku merenungnya namun aku pasti gadis yang begitu tekun menaip sesuatu tue tak perasan langsung kerana matanya begitu ralit menatap skrin komputer di hadapannya itu.



************************************************************



“hai…ralit aku nengok ko pandang member si as tadi”



tak sangka tingkah aku diperhati ikmal. Terasa sebahagian darah menyerbu ke muka.



“selalu kau tak macam nie, awek langsung ko taknak pandang, nie apa citer nie. Kalau ko berminat aku boleh mintak tolong as”



Aku hanya tersenyum. Akhirnya tanpa sempat aku memberi kata persetujuan, ikmal terus mendail nombor as dan akhirnya tanpa ragu telefon pun bertukar tangan.



***************************************************



Namanya amat indah. Hana Humaira. Suaranya lembut keanak anakkan sesuai benar dengan seraut wajahnya. Namun begitu panggilan ku tadi tidaklah seperti yang aku harapkan. Maira bagaikan acuh tak acuh menjawab panggilan dariku. Mungkin aku begitu asing padanya. Namun entah mengapa, kedinginan maira seakan memanggil aku untuk lebih mendekati dan mengenali gadis itu.



**********************************************************



Hampir setahun aku cuba mendekati maira namun tingkahnya tetap seperti dulu. Dingin dan beku. Namun begitu melalui temannya ika, aku cuba mencari dan menyelidiki sikap dan perangai maira yang sebenarnya. Dan tanpa pengetahuan maira dalam diam tingkahnya aku perhatikan tanpa disedarinya. Bagiku itu sudah cukp untuk mengubati kerinduanku yang semakin sukar kurasakan untuk mendekatinya. Melalui ika, dan pemerhatianku, maira seorang gadis yang periang, namun seperti yang kuduga dia amat sukar untuk didekati. Apa yang pasti maira seorang gadis yang terlalu berterus terang. Dan itulah yang dinyatakan kepadaku bilamana aku tidak berhenti menganggunya (katanya). Tanpa memperdulikan hati dan perasaanku, maira menjelaskan dia taknak ada sebarang komitmen antara aku ngan dia. Maira meminta aku melupakan dia dan meneruskan hidup selaku pelajar.



“kita harap awak faham dan hormati keputusan kita”



“Adakah kerana saya bukanlah lelaki idaman maira dan bukan yang maira impikan”



aku cuba memujuk.



“Tolonglah….takde sebab apa apa, yang pasti kita taknak ada sebarang komitmen, yang lain kalau awak nak kata, terserahlah. Kita terima”



Suara maira yang mendatar semakin menghiris hatiku.



“maira, bagilah peluang kepada saya, biarpun sebagai seorang rakan”



lemahnya kurasakan sewaktu itu.



“Mir, kita minta maaf, bukan kita taknak kawan ngan awak, tapi kita taknak bagi harapan, kita taknak bila dah lama berkawan nanti, last last awak kan cakap menda ni lagi, kita taknak. Adalah lebih baik kita tak payah kawan langsung, kita taknak bagi harapan dan tak nak awak menaruh harapan, kalau awak ikhlas ngan kita, tolonglah hormati keputusan kita”



“Maira, saya janji..saya pegang kata saya, ok kalau itu yang maira nak, saya ikut, kita kawan ek..”



Aku seakan mendesak



“Mir, cukuplah mir, cukuplah mir, kita dah bosan…dahlah…” dan prakk…



tut…tut..tut..



Aku hanya merenung telefon, sampai hati maira. Hati lelakiku seakan disayat sayat. Barulah kini aku cuba nak merasa dan mengenali cinta namun tanpa sempat kumerasa kemanisannya, ianya hilang. Hilang tanpa jejak.





*****************************************************



Sudah hampir setahun hubungan aku dan maira terputus, ramai rakan menasihatiku, lupakan saja maira tapi bukan aku takpernah cuba, aku dah cuba tapi aku tak mampu. Walaupun begitu segala hal berkenaan maira tetap aku ambil tahu. Semuanya melalui ika, teman maira. Sekurang-kurangnya terubat rinduku. Bodoh aku kan, namun itulah aku.



Mungkin ada hikmah disebaliknya. Melalui ika, sekali lagi aku cuba mengenali gadis ini. Dalam diam tanpa pengetahuan sahabat sahabatku. Aku tak mahu sahabatku mempersoalkan tingkahku. Kerna aku sudah rasa yang sudah tiba masanya aku mencari diriku yang sebenarnya.



*************************************************



Jika dulu agak sukar untukku mencukupi solat 5 waktuku. Biarpun aku datang dari keluarga yang agak miskin namun keluargaku kurang menitikberatkan ajaran agama. Melalui ika, maira menurutnya seorang gadis yang begitu kuat pegangan agamanya. Kerna itu maira tidak pernah melayan mana mana lelaki yang cuba mendekatinya termasuk aku. Maira yang kukenali tidaklah bertudung labuh tapi cukup sifat sebagai seorang muslimah yang begitu menjaga pekerti dan auratnya. Maira tinggal di ibukota yang terdedah dengan pelbagai cabaran dunia namun biarpun begitu maira tidak pernah meninggalkan dan melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang muslimah dan hamba Allah yang pastinya.



Aku semakin mengagumi gadis ini. Berbanding dengan aku, jauhnya beza. Jangankan harta, iman apatah lagi. Dan di waktu itu, terasa kecillnya aku dibandingkan maira apatah lagi di sisi Allah. Dan dengan perlahan lahan, masa yang ada, aku isikan dengan penuh pengisian. Belajar di kampus, kerja, belajar mengaji dan juga fardhu ain. Dan bila pulang di kampung, semuanya aku praktikkan kepada adik adikku. Dan kini ketenangan semakin menghampiriku. Dan aku amat gembira dengan situasi ini. Aku merasa sungguh gembira dan tenang, hanya dengan mengenali gadis hana humaira, Allah berikan ruang ini untukku. Alhamdullilah, mungkin inilah hikmahnya. Dan perubahanku ini turut disedari teman temanku.





***************************************************



kini aku sudah bekerja dan memperolehi pendapatan yang bolehlah menampung hidupku di kota dan keluarga di kampung. Kehidupan aku pun semakin stabil. Iman dan amal tetap seiring. Itu yang aku pegang. Namun Hana Humaira tetap di hati. Entahlah…tidak pernah sekelumit benci dihatiku untuk gadis ini sebaliknya bila menginggati gadis ini seakan pendorong untuk aku melangkah dan melangkah. Istimewanya gadis ini hanya aku yang tahu.



Minggu depan aku nak balik kampung jadi ari nie aku nak luangkan masa skit tuk beli sedikit keperluan dapur tuk dibawa pulang ke kampung. Kat kampung aku tue nama jea kampung tapi harga barang runcitnya mengalahkan harga di kota metropolitan. Sedang ralit memilih barang, mataku seakan dapat menangkap satu lintasan bayangan insan yang selama ini menjadi sebahagian sumber inspirasiku, lantas ringan sajer kaki ini diatur menemui insan itu.



“Maira…”



Hampir terkejut kulihat gadis kesayanganku itu. Dan seperti biasa dia buat tak tahu jea.



“Maira tak kenal saya, saya mir, amirulhisham” aku cuba mengembalikan memorinya terhadapku. Mungkin maira dah tak begitu mengenaliku, Iyealah dulu pun kami jarang bersua muka, amat payah nak mengajak gadis ini keluar, kalau keluar pun bukan main ramai hamba rakyat nya turut serta. Lagipun aku tak salah kan maira, kami sudah lama tak berjumpa, sudah hampir 5 tahun dan fizikalku turut berubah, agak berisi berbanding dulu.



“oooo…awak, mahaplah, tak perasan” sambil mengambil barang keperluan, maira menjawab soalanku. Lega kurasakan, sekurang-kurangnya maira masih mengenaliku.



“Maira, duduk di sini ker..?” sengaja kucuba mencari ruang perbualan agar maira tak lari jauh dariku.



“Tak, kite kije kat sini”



“oooo…selalu juga mir datang sini, tapi tak pernah plak nampak maira”?”



Maira hanya senyum tanpa menjawab persoalan ku. Agak payah untukku membina ayat seterusnya. Sikap maira yang tidak bereaksi menyukarkan aku. Dahlah aku memang tak reti nak mengayat perempuan ini, apatah lagi yang dingin dan beku seperti maira.



“mahap yea, kite pergi dulu”



“ermm…maira, nanti”



Langkah yang baru diatur terhenti lantas si gadis berpaling sambil mengerutkan sebahagian kecil dahinya.



“Maira, kalau tidak keberatan, boleh tak kite minum di luar sana, lagipun ramai orang di sana” aku tahu sikapnya yang tidak suka berdua duaan.



“oooo..mahap yea mir, kebetulan saya nak cepat, saya pergi dulu”



Tanpa menunggu jawapan dariku, gadis itu terus berlalu meninggalkan aku mengigit jari. Hana, sukarnya untukku mendekatimu.



Ya Allah berilah aku peluang untuk mengenali gadis ini, ya Allah.




*******************************************************


Bunyi hon yang bertali arus membuatkan aku tertanya tanya. Apa sebenarnya berlaku dihadapan sana. Desakan hati yang ingin tahu memaksa aku mecari ruang untuk meloloskan kereta lantas memarkir di sebelah bahu jalan. Kaki diatur menuju kereta comel di depan yang telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang bukan sedikit.



“Nie mesti pompuan nie” desis hati kecilku.

Ketukan kecil di cermin dan lantas gadis itu berpaling.



“Maira….”



Agak terkejut aku, lantas maira keluar dari kereta comelnya.



“Mir, maira cuba start keter nie tapi tak mahu jalan, tetiba jea masa ngah jalan tadi dia terhenti tiba tiba, maira tak tahu nak buat apa, tolong maira mir”



Dan buat pertama kalinya, maira menuturkan ayat yang sebegini panjang buatku tanpa aku perlu menyoalnya bertubi tubi.



Aku sebenarnya nak tergelak melihat wajah panik maira namun kusembunyikan lantas cuba menyelesaikan masalah maira. Bukan masalah maira jea tapi masalah jem giler nie.



“Maira, tunggu kat tepi, nanti mir tolong”



Tanpa menanti persetujuan, aku memasuki kereta maira dan maira mula melangkah ke bahu jalan.



Gear satu kumasukkan, lantas kereta comel nie kutolak menuju bahu jalan. Dan kereta yang mula bersesak tadi mula meninggalkan jalan beransur ansur sambil ader pemandu yang mengangkat tangan mengucapkan terima kasih dan tak kurang juga menarik muka masam. Ermm…macam macam.



Enjin kereta kuperiksa, rupanya plak keretanya sudah haus. Mungkin dah lama tak tukar.



“Maira, rasanya plak keter nie dah lama tak tukar, bila kali terakhir maira service”



“ermm..maira tak ingatlah, selalunya along yang buat” Muka maira merah menahan malu, mungkin merujuk sikapnya yang langsung tak ambil tahu perihal kereta comelnya.



“abis macam maner nie…” tanpa sempat kujawab, maira menanya soalan. Satu perkembangan yang baik.



Aku tersenyum memerhati tingkah nya.



“Kiter kena tukar plak dialah, tak pun bawak ke bengkel”



“Tapi maira tak tahu nak gantikan plak..”



Hampir nak tersembur gelakku mendengar tutur kata maira. Maira…maira..takkanlah aku nak suruh ko yang gantikan plak nie.. Ingat senang ker..? Maira, maira…nampak sangatlah dia tak tahu. Kalau bawak ke bengkel nie, sah sah kena tipu.



“Takper maira, nanti mir panggil kawan mir, Mir ader kawan yang kijer kat bengkel, jangan risau ekk..”



Aku lantas menghubungi sahabatku, sobri dan selepas berbual serba sedikit dan menunggu hampir setengah jam, sobri akhirnya muncul jua. Selepas meneliti kereta comel maira, sobri mengesyorkan untuk terus dibawa ke bengkelnya dan maira pun setuju, Akhirnya kunci bertukar tangan.



Selepas sobri berlalu dengan kereta comel maira, Wajah maira yang kemerahan akibat dipanah matahari mula berkerut semula, tanpa menunggu maira bersuara aku terus bertanya



“Naper maira, tak percaya kat sobri ker..?”



“ Eh…bukan, sebenarnya maira tak biasa jalan kat sini, ermm…kat mana yea hentian teksi atau hentian bas yang terdekat ek.?.”



Ler…itu yang dirisaukannyer..ingatkan apalah tadi. Maira, maira, takkanlah aku nak biarkan ko kepanasan kat sini.



“Takper, maira…maira nak pergi mana, biar mir hantarkan”



“eh…takpe, susahkan mir jea.., mir bagitau jea kat mana..”



“Takpe maira, jom…mir hantar tapi sebelum itu kita minum dulu yea, tekak mir dah kering betul nie…”



Aku nampak wajah maira yang serba salah tapi aku buat tak tahu jea. Aku baru perasan, maira sudah menukarkan kata ganti namanya, sebelum ini dia membahasakan dirinya ‘kita’ tapi kali ini ‘maira’. Ada dua perubahan. Maira mengangguk, mungkin terpaksa kerana mungkin dia rasakan aku telah berjasa padanya ari ini.



Erm..tak kisahlah, sekurang kurang aku akan menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin.



Langkah diatur dan dengan berhati hati aku meneruskan pemanduanku. Maira di sebelahku diam membeku. Maira..maira..



************************************************************

Accident kecil itu seakan punyai hikmah yang tersembunyi. Bermula peristiwa itu, hubungan kami semakin akrab, biarpun tidak seperti pasangan lain namun sekurang kurangnya maira sudah mula boleh bertolak ansur denganku. Cuma bila masuk bab keluar nie yang agak payah skit. Seperti biasa maira akan hadir bersama rakan rakannya dan aku pula seakan lali dengan keadaan itu. Sekurang kurangnya maira sudah mula menunjukkan sedikit perhatiannya untukku. Dan kini hubungan kami sudah menjangkau hampir setahun. Alhamdulillah.



*****************************************************



Hari itu aku pergi ke pejabat maira, sengaja aku membiarkan dia terkejut dengan kehadiranku. Aku minta dia menemaniku minum di kafe pejabatnya. Agak mendesak skit tingkahku kali ini. Dalam serba salah, maira menurutiku.



“Maira, Mir ader perkara penting nak cakap, mungkin tempat ini tak sesuai, sebenarnya mir baru balik dari kampung dan kebetulan ramai pula keluarga yang bertandang, jadi tanpa ragu mir ada bercerita mengenai hal kita”

Maira hanya tunduk membisu

“Maira, izinkan mir mengisi ruang di hati maira secara sah dan mengikut hukum syarak, Mir berharap untuk kali ini biarlah maira yang menjadi teman dalam hidup mir. Teman susah dan senang, teman solat dan jua teman di dunia jua akhirat, insya allah, Mir tahu mir tak pernah bincangkan hal ini dan mir tak tahu apa penerimaan maira terhadap mir, namun mir berserah maira, hujung bulan ini rombongan pihak mir akan bertandang ke rumah maira, maira …sayang, kedatangan rombongan mir sekadar bertanya, seandainya maira terima, mir tak akan mintak apa apa lagi di dunia ini tapi andai sebaliknya, mir pasrah maira…tak perlu rasa bersalah kerana sebagai seorang hamba, mir redha dan percaya jodoh itu aturan Allah maira. Mir datang supaya maira tahu cerita yang sebenarnya. Mir taknak maira salah sangka, apa apa pun mir minta maaf kerana semua ini berlaku tanpa sebarang perbincangan dari kita, Mahapkan mir, maira”



begitu panjang aku menjelaskan kepada maira, maira hanya tunduk sambil sekali sekala jemarinya mengacau straw minuman dihadapannya. keadaan terusan menyepi dan aku sekadar diam membiarkan maira melayani fikirannya.



“Takpelah mir, maira pun mohon maaf, kebetulan maira ada meeting pas lunch nie, maira pergi dulu” Akhirnya maira bersuara.



Dan maira berlalu tanpa sebarang petunjuk buatku. Dan aku semakin pasrah.



**************************************************



Jam di tangan sudah puas dibelek, rombongan keluargaku ke rumah maira masih jua belum tiba, telefon pun tak diangkat oleh pihakku. Jawapan dari maira amatlah kutunggu. Biarpun aku seakan tahu jawapannya namun aku masih menaruh harapan yang positif.



Deruman enjin membuatkan aku hampir terlompat, belum sempat mak, abah serombongan masuk ke rumah, aku sudah tersengih sengih dimuka pintu.

Tangan mak abah dan rombongan kusalam satu persatu. Walau riak wajah mak tampak lesu mengundang gelisah didadaku namun aku cuba berlagak biasa. Maira…ko benar benar buatku gundah.



“yang ko nie mir dari tadi gelisah semacam kenapa, ko salah makan ker?”

Teguran mak yang berbunyi sindiran tue buat aku malu seketika, yer ker nampak gelisah, rasanya aku dah habis control dah dari tadi.



“Yang sebenarnya mir, dari mana ko kenal si maira nie?”



Pertanyaan abah buatku terduduk, tercekik. Aik..kenapa nie, lain jea suara abah, apa keluarga maira dah buat. Aduih, diaorang malukan keluarga aku ker..? Serentak aku bagaikan tersedar, teruknyer aku, kerana turutkan kata hati sampai sanggup desakkan mak abah sekampung tuk minang si maira tanpa memikirkan risikonya. Iya aku tahu, biarpun keluargaku tidak sesusah dulu lagi namun aku harus akur,kami datang dari kampung tidak seperti maira sekeluarga yang telah lama hidup dan membesar di kota metropolitan ini. Sedikit sebanyak jurang tue tetap ada.



“naper bah, apa yang dah berlaku..?’ agak mendatar suaraku. Begitu lirih sekali. Terasa ingin kusujud kedua kaki mak dan abah, Mohon mahap atas keterlanjuranku. Ya Allah apa yang telah aku lakukan ini.



“yang ko nie kenapa, tetiba sentimental, kita tanya elok elok, yang bergenang air mata tue kenapa, amir amir..macam macamlah ko nie”



Aik…macam bunyi happy plak suara mak aku nie. Aik semakin konfius nampaknya. Nie yang buat tak sabar nie.



“suka mak nengok kelaku budak maira tue, sejuk mata memandang, keluarga dia pun, tinggi pekertinya, pandai ko cari mir, mak ingat ntah mana mana lah budak kl yang ko pilih, takut jugak dapat yang jenis pakai tak cukup kain, tak berkenan mak”



dan aku semakin suspen. Bunyi macam khabar gembira jea. Tetiba…



“Nah, ko simpan kotak cincin nie, takkan mak pulak nak simpan, mak nak rehat jap. Letih, jauh gak umah budak maira tue”



hampir nak gugur airmata bila melihat kotak cincin itu dikembalikan kepadaku. Ya Allah, rupanya aku yang terlalu kuat berfantasi. Kenapalah aku boleh perasan sangat. Perasan sangat yang maira akan terima aku. Ya Allah tak tahu kat mana aku nak letak mukaku ini. Tanpa memandang wajah mak abah dan rombongan aku pantas bangun menuju ke bilik kecilku. Biarlah. Aku taknak ader yang nampak airmataku tumpah saat ini.



Dibilik, kubiarkan diri melayan perasaan sendiri. Airmata biar tak laju tetap menitis. Seakan sukar tuk kuterima kenyataan ini. Takpelah sekurang kurangnya aku telah berusaha.



Keperhatikan kotak cincin ini. Dalam sedih aku senyum sendirian, beriya kutanya ika saiz jari maira dan beriya juga aku memilih yang terbaik agar maira menyukainya namun akhirnya cincin ini kembali ke tanganku jua. Apalah aku nak buat ngan cincin ini. Terasa sayat untukku terus menyimpannya. Rasanya biarlah mak yang menyimpannya atau aku serahkan kepada adik perempuanku. Pasti dioarg gembira. Perlahan kubuka kotak cincin itu untuk melihat buat kali yang terakhir sebelum cincin ini bertukar milik, tapi..



“Mak…mak…” berkali kali aku mengetuk pintu bilik. Akhirnya wajah mak tersembul keluar, nampak benar keletihan.



“mak, mak..mana cincinnya.” Sambil ku unjuk kotak cincin kepada mak.



“Ko nie kenapa mir, tadi ko suruh mak pinangkan si maira tue, Abis tue takkan mak nak ambik pula cincin tue semula”



Ish..aku semakin pening..



“abis …kotak nie..” aku mengaru keapalaku yang tak gatal..



“abis apanyer..takkan mak nak bagi ngan kotak kotak nie.. Dah mak sarung..cincin jealah..tak elok benar lah kalo pas sarung pastue hulur kotak…ko nie kenapa, mir”



“abis tue, maira terima lah yea..mak..”



Terasa aku bagai sedang melayang.



“ader mak kata tak terima ke tadi..”



“mak, alhamdulillah mak, terima kasih mak…” tanpa sengaja, pipi mak menjadi sasaran ciumanku.



“isk..nape ko nie mir, mak dah letih benar nie, tadi monyok, sekarang suka, aiiihh..mak betul betul tak fahamlah ngan perangai ko nie mir, dah lah malas mak nak layan”



Mak terus jea membebel. Dan aku bagaikan terawang awang. Maira..Ya Allah terima kasih kerna ko kabulkan permintaanku.



***************************************************************

Pagi itu aku bersama sahabatku ikmal mengunjungi rumah keluarga maira. Sesampai di sana aku disambut mesra oleh kedua orang tua maira.



Tak sampai 5 minit, maira muncul membawa sedulang hidangan. Mataku tak lepas memandang jemari maira yang seakan menyerlah dengan cincin di jari manisnya. Perasaanku mula bercampur baur. Maira …maira..Payahnya nak menduga hati kecilmu. Maira berlalu tanpa sepatah kata selepas menghidangkan makanan dan kedua ibubapanya mengambil alih ruang nan sepi itu dengan perbualan yang begitu rancak. Dan aku sudah mula merasai dapat menyesuaikan diri menjadi sebahagian keluarga ini.



***************************************************************



Bunyi guruh yang berdentum mengejutkan aku dari lamunan. Seraya beristigfar aku mengurut dada.



Tanganku ditarik lembut.



“Ayah, ummi anggil atan. Atak apar, adik pun apar” dalam pelat si kecil bersuara. Aku tergelak kecil.



“oooo..kakak lapar yea, ummi masak apa..?”



“asak asi..auk ayam..”



Si kakak yang petah terus bersuara. Suka benar kalo umminya masakkan lauk kegemarannya.

“Adik mana..?”



“adik tat ummi..”



lantas si kecil kupimpin menuju ke ruang makan. Aroma nasi lemak menusuk hidung membuatkan perutku sudah tak sabar untuk diisi.



“Termenung jauh abang, kakak jenuh panggil, tak elok tau termenung di pagi ari”



kucuit hidung isteri tersayang.



“Ermmm…sedapnya, patutlah kakak lapar, ader ayam goreng rupanya, Ermm….maira, maira…tak payahlah susah susah masak berat pagi pagi nie. Abang minum air pun takper…”



“takper…lagipun kakak yang nak sangat makan nasi.”



“abang bukannya aper..nanti maira letih..”



“alah, kalau maira letih, abang kan ader…lepas nie maira rehat, abang lak buat kijer rumah, ok…”



“elehh..boleh plak macam tue…”



“aik..tadi kata taknak maira letih..”



sekali lagi hidung mira menjadi sasaranku.



“ayah, anan uwat ummi, oserr ..tak aik..” suara si adik mengundang gelak kami sekeluarga di pagi ari. Wajah 2 puteriku kebingungan bila tawa ayah dan umminya meletus.



Alhamdulillah…akhirnya aku kini bahagia. Menjadi suami kepada maira dan ayah kepada 2 puteriku. Keletah 2 puteriku menjadi penyeri keluarga ini. Dan maira tidak lagi dingin serta beku seperti dulu. Banyak mulut juga si maira nie. Sebenarnya hidup ini terlalu indah untuk dipersia. Cinta, jodoh aturan dari Nya, kita sebagai hamba haruslah berusaha di samping tidak melupakannya kerana andai telah tertulis jodoh kita, takkan lari gunung dikejar. Namun begitu jangan kerana cinta kita lupa pada Allah, lupa pada keluarga yang pernah membesar dan berjasa pada kita sebaliknya menjadi semakin kuat dalam menempuh hidup yang penuh pancaroba ini.

Cinta itu suci andai kita pandai menjaganya. Sebagaimana maira yang begitu menjaga cintanya, membuatkan aku kagum dengan kebesaran Allah. Sesungguhnya cinta yang berlandaskan syariatlah cinta yang paling diberkati, Hijab cinta maira akhirnya diserahkan hanya pada yang hak iaitu aku suaminya dan begitu jua hijab cintaku hanyalah buat isteriku Hana Humaira. Selama ini bukan maira jual mahal atau ego sebaliknya maira takutkan dosa, takutkan azab andai hubungan yang terjalin di luar batasan syariat, kerna maira sedar selaku manusia kite tidak kan dapat lari dari godaan syaitan. Untuk itu menghindari adalah perkara yang sering diamalkannya. Dan aku semakin mendekatkan diri kepadaNya kerna disitulah aku beroleh ketenangan di samping memandu arah keluarga ku ini. Doaku dipanjatkan moga kebahagian ini akan terus berkekalan, di dunia jua akhirat. Amin.

TAMAT


p/s : hasil nukilan sendiri. Sekadar suka suka.

No comments:

Post a Comment