29 July 2010

Demam - Ada hikmahnya...hmmmm

 
     Nampaknya bulan julai semakin menemui penghujungnya. Jadi sebelum julai melabuhkan tirainya ingin saya mencoret sesuatu di sini. Bulan julai ini saya dan anak anak mengalami demam dan muntah muntah dan bila dihitung kembali, ada hikmah di sebalik sakit ini.
     Selasa lepas berakhirlah nisfu sya'ban. Kebiasaan umat islam akan berpuasa sunat pada siang nisfu sya'ban setelah pada malamnya membuat amalan sunat seperti zikir dan mengaji. Saya tidak berkesempatan kerana badan yang tidak sihat. Pagi isnin tu, saya mengalami muntah muntah di ikuti demam. Memang mengigil badan dibuatnya. Kakak dan kak adik turut sama mengalami kecuali puteh dan abang. Sampai lembik badan kakak dan kak adik disebabkan muntah muntah yang agak berterusan. Disebabkan kat pejabat saya ini tak boleh el, digagahi jua masuk pejabat. Kakak dan kak adik serta puteh, saya hantar ke taska seperti biasa. Namun saya peringatkan kepada cikgu agar memberitahu kepada saya andai keadaan kakak dan kak adik lemah.
     Dalam tengahari saya muntah di pejabat, mujur sempat masuk tandas , kalau tak, tak tahulah nak cakap camaner lagi. Abang nak datang ambil di pejabat tapi saya malas nak nyusahkan dia lagipun selepas muntah tadi badan terasa segar sikit cuma kepala masih berdenyut.
     Banyak kali juga saya menghubungi taska untuk mengetahui perkembangan kakak dan kak adik namun saya dimaklumkan keadaan mereka stabil. Jadi biarpun kepala masih berdenyut namun saya masih mampu menarik nafas lega mendengar keadaan kakak dan kak adik yang stabil.
    Namun apabila mengambil kakak dan kak adik dari taska, darah terasa naik mendengar pengakuan kakak.

    "ummi, tadi kakak muntah, kakak tak sempat pergi tandas, kakak muntah kat tilam,
     cikgu pukul kakak kuat kuat kat badan, kakak nangis" adu kakak
  
    " abis saper pujuk kakak" soal saya
     "kak adik yang pujuk, cikgu tak pujuk" jawab kakak.
     "saper nama cikgu"
     "cikgu tak kenal nama" jawab kakak.

    Memang dalam 2 minggu nie ada beberapa cikgu baru di taska kakak. Panas benar hati. Saya memang tak kisah kalau cikgu nak pukul untuk mengajar tapi tengoklah keadaan. Mana saya tak marah, kakak dipukul hanya kerana termuntah, cepat tangan betul cikgu kakak nie. Dan petang itu saya pulang ke rumah dalam keadaan marah+geram+kesal ...semua bercampur baur. ditambah lagi dengan kepala yang masih berdenyut ini. Emosi saya memang tidak stabil. Saya tak dapat bayangkan betapa tergamaknya seorang guru sanggup memukul anak kecil yang tidak berdaya gara gara kerana termuntah di tilam. isk geram saya, sedangkan tadi dah banyak kali saya telefon bertanyakan keadaan kakak dan kak adik. Turut juga saya maklumkan kalau kak adik dan kakak muntah tolong beritahu saya. Dan saya sanggup waima datang ke taska semata mata untuk membersihkan tilam kakak yang muntah, tapi saya tak dimaklumkan apa apa. Disinilah saya benar benar amat kesal.

     Keesokkan ari nya saya cuti, dan lusanya saya mula bekerja setelah semuanya kembali sihat. Namun begitu aduan kakak buat mood yang mula nak ok kembali kecamuk.

       "ummi, getah kakak nak putus (getah rambut), ummi amik yang baru yea nanti cikgu cubit" adu kakak
       "aik, getah putus pun cikgu nak cubit, cikgu yang mana nie kakak" soal saya
       "cikgu yang pukul kakak muntah" jawab kakak.

     Berdesing jugaklah telinga. Terasa melampau pulak cikgu nie. Kalau dah tak minat profession sebagai seorang guru, lebih baiklah jangan mohon. Nanti makin teruk anak orang dibuatnya. Bila saya tanya pendapat beberapa orang teman, semua minta saya mengadu kepada penyelia terbabit agar tindakan dapat di ambil.  Dalam 2, 3 hari ini memang saya agak serabut juga memikirkan masalah ini. Saya bukannya apa, saya taknak nanti apa yang berlaku akan menimbulkan kurang minat kakak untuk ke sekolah.

     Akhirnya saya ambil keputusan, buat masa ini saya masih boleh bersabar dan cuba bertolak ansur tapi andai berlaku lagi selepas ini, saya tidak akan teragak agak untuk melaporkan perkara ini kepada penyelia. Saya turut berharap dan berdoa agar perkara ini tida akan berulang lagi. Kesimpulan di sini, demam dan muntah muntah yang dialami oleh anak anak saya itu mungkin satu petunjuk, iyealah kalau tidak kerana sakit yang dialaminya itu, tidaklah saya tahu apa yang berlaku sebenarnya di taska. Sekadar terima aja. Sekurang kurang kali ini saya akan lebih berhati hati dan prihatin terhadap anak anak dan jua cikgu kepada anak anak saya. Tidaklah sekadar hantar pagi dan ambil pada petangnya pula kan.

      Namun begitu di sini saya ingin menyatakan pendapat kepada insan di luar sana terutama kepada mereka yang berkerja di taska taska, amanahlah pada apa yang anda pegang, anda minta. Kita yang minta kerja ini jadi berusahalah melakukan yang terbaik. Kalau anda rasa anda tak mampu untuk bekerja dengan baik, adalah wajar anda berundur dari terus menyakiti si kecil yang tidak tahu apa apa. Ingat..mungkin ibu bapa si kecil tak nampak apa yang anda buat/ lakukan dan jua si kecil tak mampu berbuat apa apa tapi Allah maha mengetahui, maha melihat setiap perbuatan anda. Jadi saya mohon, amanahlah pada apa yang anda pegang dan anda minta. Cukuplah untuk kali ini. 

No comments:

Post a Comment