07 September 2010

Bila Ramadhan Beransur Pergi

    
    2 hari lagi ramadhan akan berlalu pergi. Membiarkan syawal mengambil ganti. Sepanjang ramadhan ini, segalanya berlalu begitu pantas. Semuanya menuntut kepantasan. Letih, mengantuk bagaikan sukar dihindar.
Semuanya menuntut kesabaran dan kekuatan minda sebenarnya.
     Alhamdulillah, biar kerja agak banyak saya sedikit sebanyak tetap meluangkan masa rehat saya untuk mendengar ceramah agama sempena bulan ramadhan yang diadakan sepanjang waktu rehat di tempat kerja saya ini. Sepanjang 18 ceramah yang diadakan hanya 3 hari saja saya tidak dapat menghadirkan diri. Sekurang kurangnya dapat jua melakukan perkara baik di bulan ramadhan ini. Biar letih, ngantuk saya tetap mengagahi untuk mendengar ceramah. Kalo ikutkan mata yang ngantuk, letih ini mahu saja membiarkan waktu rehat diisi dengan tidor agar dapat membalas dendam akan tidur yang tidak cukup sepanjang ramadhan ini..heheh tapi mujur semangat saya masih kuat. Dan hari ini adalah ceramah yang terakhir bagi bulan ramadhan ini dan saya berniat untuk pergi.
     Sebenarnya saya sedih bila mengenang ramadhan akan pergi. Sedih kerana amal saya tidak seberapa, sedih kerana banyak lagi yang saya belum buat dan paling sedih kerana dapatkah saya menemui ramadhan lagi?. Mengenangkan ini semua hati terasa sebak, jiwa terasa bergetar, hati mula meminta. Ya Allah berikanlah aku kesempatan untuk memperbaiki diri, amal dan taqwa dan berikanlah jua peluang buat hambamu ini untuk menemui ramadhan lagi. Amin...
     Sepanjang ramadhan ini rehat memang terasa tidak cukup tapi Maha Besar Allah, hati tidak pula merungut. Barangkali tiada si tanduk menganggu diri. Mungkin jua. Iyelah pulang dari kerja mengharungi jem yang teruk tidak seperti bulan biasa. Sampai di rumah dalam lingkungan 5.30-5.45. rehat sebentar sambil mengurusi kakak, kak adik dan puteh seperti buat susu, kencing berak dsbgnya. Pukul 6 baru nak sembahyang asar, abang sampai rumah dalam kul 6.30 dan saya terus ke dapur. Masak, buat air. Sedar sedar dah nak azan. Terus buka dan kul 8 kemas ala kadar dan solat maghrib. Biasa kul 8.40 abang akan gie terawih. Tinggallah saya anak beranak di rumah. Dan saya akan paksa anak anak tidur. Kul 10, rumah dah gelap, dan saya pun terlelap. Kebiasaan bulan ramadhan ini saya akan bangun pada pukul 4.30 pg terus sediakan makanan untuk sahur dan terus bersiap untuk kerja. Biasa gerak kul 6.30, kalo lewat, jem memang tak bagi muka.
      Jadi dengan batas waktu yang terhad ini saya cuba isi dengan amalan amalan yang sebaik mungkin. Namun akibat letih sangat, ada jua amalan yang tidak dapat saya tunaikan. Adakalanya puteh tak mahu tidor. Pernah sekali saya tidor kul 2.45 pagi dan bangun pula pada pukul 4.45 pg. Mata jangan nak katalah, kalo boleh ditongkat memang mahu ditongkat. Tapi semangat mengatasi segalanya. Hujung minggu biasa saya akan berbuka di rumah mak dan di sinilah keseronokkan. Iyealah mak kan masak sedap sedap.hehehhe
      Tahun ini saya akan menyambut syawal di rumah abang memandangkan dah dua tahun berturut turut raya kat umah saya. Tahun ini bagi peluang lah kat abang.
      Sempena ramadhan yang akan berlalu ini. saya doakan kita semua akan mendapat keberkatan dan semoga segala amalan kita akan diterima Allah. Insya allah. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Beramal dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung, muslimin dan muslimat. Moga lebaran ini membawa seribu makna dan jua keberkatan. Amin..
   

No comments:

Post a Comment