11 March 2011

gigi oh gigi


  Teringat saya akan keletah kakak dan kak adik sewaktu puteh masih kecil.. baby agi. Maser tue puteh takde gigi lagi (puteh mmg lambat tumbuh gigi). Ketika itu Kakak dan kak adik begitu ralit menikmati keropok sedangkan puteh hanya sekadar memerhati dari jauh sahaja.
   Melihatkan keadaan itu, kakak dan kak adik berhenti makan lantas datang ke arah saya yang sedang membaca suratkhabar.

   "Ummi, cian puteh tak dapat makan"  adu si kakak
    "hak ar..cian dia kan" sampuk kak adik..

Saya hanya tersenyum seraya berkata, "takperlah, adik kecil lagi, kakak dan kak adik makan jealah"

   " ummi, nanti ayah balik ummi suruh ayah pergi kedailah" pinta kakak
    "aik, nak beli apa agi?" soal saya
   "beli gigilah, nanti bolehlah puteh makan" jawab kak adik pula yang lantas mengundang tawa saya..

    "sayang, mana boleh beli gigi, gigi akan tumbuh dengan sendiri, mana ada jual gigi" terang saya kepada mereka berdua.

    " hmm..adalah ummi, kat tv, kat sekolah..ada" kakak seakan tak puas hati.

Saya sekadar tersenyum, payah juga ingin diterangkan. Mesti apa yang kakak dan kak adik maksudkan adalah gigi palsu. Oleh kerana penat disebabkan baru pulang kerja, saya lebih senang mengambil pendekatan dengan mengatakan nanti malam saya akan explainkan. Seakan berpuas hati dengan jawapan saya, kakak dan kak adik terus menyambung makan yang tak terhenti tadi dan puteh tetap menjadi pemerhati yang setia sejak dari tadi.

09 March 2011

Tidur salah salah jer..


   Pagi ini saya tersenyum sendiri teringatkan kisah petang semalam. Mungkin bagi orang lain tak lucu tapi bagi saya kisah semalam cukup mencuit hati.
   Petang semalam dalam perjalanan pulang ke rumah seperti biasa, kakak n kak adik akan berceloteh panjang manakala puteh lebih senang melayan perasaan ataupun makan.hehehe
   Petang semalam bila tiba giliran kak adik berceloteh, saya bertanya..


    'Tadi siapa kejut kak adik mase kak adik tidur pagi tadi' soal saya


    'kak adik tak tidur pun, kak adik tidur salah salah jea' jawab kak adik


    'Aik..kak adik takleh tidur, naper..' saya bertanya kembali


    'taklah ummi..kak adik tidur tapi tidur salah salah jea..' sekali lagi kak   adik menjawab.aik..pelik aku...tak faham ayat kak adik..


    "apa tidur salah salah tue," soal saya kembali


     kak adik pun menjawab
     "kak adik tak tidur betul-betul, kak adik tidur salah salah jea"


    dan disampuk oleh kakak
     "tidur tipu tipu lah ummi"


  Dan pecahlah ketawa saya petang itu..macam macam rupanya. Rupanya tidur tipu tipu itu dipanggil tidur salah salah oleh kak adik. Kak adik, kak adik...

04 March 2011

Bila Teguran Disalah Ertikan...


   Semalam hati saya sedikit terguris, terkilan...ermmm semuanya bersatu..Tak tahu nak luah kat mana. Mujur ada blog nie, boleh juga meluah apa yang terpendam.
   Kadang orang sering salah tafsir apa yang kita kata, kita luah, kita tegur. Teguran yang ikhlas sering saja disalah tafsir. Apa yang paling mengecewakan bila yang menyalahtafsirkan itu datangnya dari keluarga sendiri, antara mereka yang rapat dengan kita.
   Sebagai seorang kakak, saya merasa perlu tegur jika perangai adik terlihat melebihi batasan. Mungkin saya tidak sebijak mereka yang belajar tinggi, tapi saya pernah melalui zaman mereka. Zaman remaja, penuh dengan tipu daya, rekaan dunia yang cukup melalaikan. saya seboleh mungkin taknak tengok mereka ini lalai. Mati tak kira usia dan tak salah rasanya pada usia sebegini, kita peruntukkan sedikit untuk bekalan akhirat.
    Teguran saya disalah ertikan. Kononnya saya cuba memalukannya. Disokong pula oleh saudara saya yang paling tua jadi apalah daya saya untuk membantah apatah agi mempertahankan diri. Agak terkejut saya bila mereka menghantar sms mempertikaikan teguran saya. Tindakan saya...Saya memilih untuk berdiam. Jauh di sudut hati, saya benar benar terkilan, kerana tak sangka feed back mereka sampai camtue sekali, teguran saya secara hormat dan kalau dilihat tiada langsung unsur memalukan. Lebih kepada nasihat seorang kakak terhadap adiknya.
    Pagi ini saya cuba bermuhasabah diri, kembali kepada diri sendiri, cuba berfikir secara tenang. Dan ntah mengapa ketika sedang melayari alam maya berkumandang lagu ini, bila saya terdengar lagu ini, hati merasa tenang...lirik dia begitu menyentuh hati.

Afgan-Pada Mu Kubersujud

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

esok ataukah nanti

ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

   
   Saya kembali insaf, ini sebahagian ujian dari Allah. Memang bukan mudah bila kita cuba membawa orang ke arah kebaikan. Kebiasaannya kita pasti disalah tafsir. Memang kita bukan terbaik tapi tidak salah kiranya kita cuba menjadi antara terbaik. Teguran akan mendapat 2 feed back, positif n negatif. Seandainya positif pasti tiada apa yang buruk berlaku tapi bila dianggap negatif akan terjadilah seperti apa yang berlaku pada saya semalam. Saya sebenarnya terlalu sayang akan mereka, saya taknak mereka hanyut, saya nak mereka sentiasa bermuhasabah diri, biarpun sering diulit duniawi. Saya cuma tak mahu mereka lupa pada siapa yang mencipta kita. Kerana itu saya sedih bila keikhlasan saya disalahtafsirkan..
   Dan saya perlu akui siapalah saya untuk merubah mereka semua, sedangkan Allah SAW sendiri pernah berfirman dalam surah Ar-Ra'du "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
   Untuk itu saya memilih supaya Allah sentiasa melindungi saya dari segala buruk sangka manusia jua fitnah di dunia ini. Ya Allah, ampunilah hambamu ini..Redhailah hambamu ini. Tenangkan hati hambamu ini. Dan berikanlah aku kekuatan dalam menempuh duniawi ini.Amin...


01 March 2011

Aduhai Kak Adik...

   Hampir seminggu kak adik buat perangai. Kak Adik bukannya menangis sebaliknya meraung taknak pergi sekolah. Yang geram tue kat umah, ayah dah pesan banyak kali n kak adik dah janji tak nak nangis. Dalam perjalanan pun kak adik nampak gembira, siap nyanyi nyanyi agi. Sampai kat sekolah pun okay, senyum jea. Tapi bila saya nak gerak jea, terus kak adik meraung, siap baring baring agi. Tak sampai hati rasanya. Tapi mengenangkan masa yang perlu dikejar, saya tinggalkan jua kak adik dengan gurunya.
   Sampai kat opis, saya tepon guru kak adik, tanyakan keadaan kak adik. Guru kak adik cakap keadaan kak adik tetap sama cam tadi. Still nangis, hati saya rasa tak sedap nak mula kerja. Saya pergi semula taska kak adik. Sampai kat taska, saya hanya perhatikan kak adik dari jauh. Saya nampak kak adik dalam keadaan yang monyok, sedikit tak terurus (rambut yang diikat pagi tadi dah hampir terlerai, mungkin sebab kak adik menangis smbl guling2, jadi rambut pun serabai). Saya nampak seluar kak adik telah pun bertukar, bila saya tanya kepada guru, guru kak adik kata kak adik muntah..tue yang guru kak adik tukarkan seluar. Kak adik, Kak adik..menangis sampai muntah.. Saya hanya perhati dari jauh, taknak kak adik nampak, nanti kalau nampak bimbang kak adik menangis agi.
    Hati kecil saya tersentuh, apa lagi yang perlu saya buat.. sejak kak adik terpisah dengan kakak, begitulah keadaan kak adik. Kebiasaan yang sering berdua membuatkan kak adik tak betah bila berjauhan dari kakak. Nak buat camner kak adik, kakak dah besar...kenalah masuk sekolah, kak adik kecil lagi, tak boleh pergi sekolah kakak.
    Malam nie, saya nak cuba amalkan surah insyirah kepada kak adik. Mudah mudahan kak adik lembut hati. Surah insyirah ini sesuai diamalkan bagi mengubati anak yang tak dengar kata, nak lembutkan hati. Moga dengan izin Allah SAW segala keresahan hati saya jua kesulitan kak adik akan terlerai jua akhirnya. Moga mendapat keredhaan Nya. Amin