01 October 2010

Bila Hati Mula Keras

Sejak akhir akhir ini saya mula merasakan hati mula keras. Mudah marah. Moga tulisan ini sedikit sebanyak akan menyedarkan saya dan jua muslimin muslimat di luar sana. Amin…

Punca Hati Keras

Banyak punca kenapa dan mengapa hati menjadi keras. Antara punca hati menjadi keras:-

1.         Banyak melakukan dosa (x kiralah dosa kecil atau dosa besar)

2.         Makanan
Tanpa kita sedar, makanan antara penyumbang besar hati menjadi keras. Makanan merangkumi semua aspek. Penting bagi kita untuk mengetahui perkara berikut :-

3.         Sumber yang halal (makanan yang halal)
Proses yang halal (makanan memang dah halal tapi proses seperti cara sembelihan, cara pembersihan)

4.         Penyediaan (Ini sering kita terlepas pandang. Penting untuk kita mengetahui siapa yang menyediakan makanan kita. Dah sembahyangkah dia, muslim kah dia, pembersihkah dia?,)sebab itu kita digalakkan masak sendiri.

5.         Pendapatan (pastikan pendapatan kita dari sumber yang halal, penting kerana dari pendapatan itulah kita membeli makanan)


Tanda-tanda Awal Hati Mula Keras

1.         Mudah Marah

2.         Ego

3.         Tidak Sabar

4.         Merasa diri saja yang betul/benar

5.         Sukar menerima pendapat

6.         Takbur/ Bangga Diri/ Sukakan pujian

7.         Tak khusyuk dalam solat


Andai kita ada tanda di atas sama samalah kita mula berubah dari sekarang. Masih belum terlambat untuk berubah.

Dan tanda di bawah pula adalah tanda yang sememangnya hati kita memang sudah keras. Jadi nak tak nak kiter perlu berubah dari saat ini.



Tanda-tanda Hati Keras

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud,

“Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya,

“Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.

“Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?” (Surah At-Taubah, ayat 126)

Cara Untuk Ubati Hati Yang Keras

1.         Belajarlah Mengenali Allah, sifat allah
Dengan mengingati allah, hati akan mula lembut dan jiwa menjadi semakin tenang

2.         Ingat Mati/kematian/Ziarah kubur

3.         Lemahkan Nafsu
Antara caranya, berpuasa, sembahyang sunat, sujud yang panjang

4.         Baca Al-Quran, Perhati hurufnya, fahami maksudnya

5.         Banyakkan Zikir

6.         Bergaul dengan orang yang solih/alim

7.         Ingat Hari Akhirat/Kiamat

No comments:

Post a Comment