11 October 2010

Oktober Datang Lagi

Tragedi Oktober

Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tidak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

( korus )
Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Tidak Sengaja Aku
Mengasari Dirimu
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

Hanya satu ku pinta
Kujujuran darimu
Berilah peluang hidupmu

Aku rela bersama
Meranjau onak duka
Agar berkekalan hendaknya

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober


Lagu ini memang takde kena mengena dengan apa yang saya ingin tulis. Sekadar mengenang sebenarnya.

Dulu masa remaja, saya minat benar dengan lagu ini. Biar takde kena mengena pun. Janji ada perkataan oktober tu. Sebab apa. Sebab Oktober adalah bulan kelahiran saya. Jadi apa saja mengenai oktober, saya suka.heheh.. Bila mengenang kembali terasa lucu plak rasanya.

Dan hari ini, bila oktober itu datang lagi terasa satu pembaharuan dirasakan. Seolah macam dilahirkan semula. Ermmm…dan oktober ini, berdirinya saya sebagai seorang isteri dan ummi kepada 3 orang puteri. Hmm…terasa kelainan pada kali ini.

Abang membelikan kek di mana tertulis “Selamat Hari Lahir Ummi dr Ayah & 3A”. Hmmm..terharu rasanya. Biarpun tiada sambutan semeriah namun ingatan dari abang dan jua puteriku cukup menyenangkan hati ini. Tambahan pula minggu ini sakit kepalaku semakin menjadi jadi. Nak kata tak cukup tidur, dah terlebih tidur. Entahlah.

Kini sudah tiga peringkat ku lalui dalam kehidupan ini. Zaman kanak-kanak. Zaman Remaja, dan kini kumelewati Zaman Dewasa. Memang terlalu banyak cabaran. Tidak terlangkau dek fikiran sewaktu di alam kecilku dulu. Dulu terasa zaman dewasa ini best sekali tapi bila melaluinya sendiri, kesabaran yang dituntut bukan sedikit malah berbukit bukit.

Menjadi seorang anak, isteri dan ummi yang berkerjaya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Banyak hati yang perlu kujaga dan jua awasi. Dalam menjadi 3 peranan saya perlu menguasai nya dengan cekap tanpa sedikit kesilapan.

Sebagai seorang anak saya perlu bijak menjaga, mengambil berat hati emak dan jua mertua. Sebagai seorang isteri saya perlu tangkas menunaikan tanggungjawab serta memahami jua membantu si suami. Sebagai seorang ummi saya perlu bijak mencorak dan jua mengatur perkembangan 3 puteriku agar menjadi srikandi yang diimpi. Dalam tempoh yang singkat ini saya perlu bijak membahagi masa yang amatlah sedikit. Berjayakah saya? Bolehkah saya?

Kebiasaan bila melewati hari kelahiran, saya akan berazam dan untuk kali ini apa yang ini saya azamkan. Saya berazam untuk memperkemaskan amal ibadat saya, dimohonkan agar Allah SWT supaya memanjangkan umur saya agar dapat saya mendidik 3 puteriku dan jua menjalani hidup bersama suami tersayang di samping menceriakan hati mak, abah sekeluarga jua mertua sekeluarga. Saya berazam jua ingin merancang perbelanjaan yang berhemah agar tidak kering di hujung bulan. Di samping itu jua saya ingin mengajar puteriku mengaji dan pandai membaca sebelum memasuki persekolahan yang sebenar. Moga azamku ini diberkati. Aminnnn…

No comments:

Post a Comment