30 September 2010

Tekanan Darah Rendah

    Baru-baru ini, saya mengalami pening kepala yang sukar tuk diceritakan. Terlalu pening sampaikan tak larat nak bawak kereta. Nak pergi tandas pun kawan tolong pimpinkan, ini kerana bila saya bangun jea terus rasa berpusing. Melayang rasa badan. Terpaksalah abang datang jemput kat opis. Saya ini bukanlah jenis yang suka sangat pergi klinik tapi kerana terlalu sakit sangat, saya pergi jua ke klinik tp klinik kerajaan. Apa yang buat saya terkilan, doc hanya berikan saya ubat panadol dan vitamin sahaja. Doc hanya check tekanan darah saya jea, tanpa periksa dengupan jantung dan sebagainya. Bila saya ceritakan perihal keadaan saya yang mungkin mengalami tekanan darah rendah, sedihnya sebab doctor check secara tidak terperinci. Berikut adalah dialog di antara saya dengan doctor terbabit.

saya : doc, saya rasa saya darah rendahlah doktor 
Doktor  : mana awak tahu, yang awak darah rendah?
saya   : dulu maser ngandung, saya memang darah rendah.
Doktor :Kalo darah rendah kena check darah tp sekarang dah waktu rehat, so kalo amik darah lg lambat so awak dtg lain kali jealah, so untuk ari ini saya bg awak panadol dengan ubat tambah darah, itu saja ..ok.

Doctor acuh tak acuh melayani saya. Kerana keadaan saya yang masih pening dan berpusing saya cuba nak mintak mc.

Saya  :  Doctor, boleh saya mintak mc.
Doktor  : No, No, No (tanpa memandang ke arah saya)

Apa yang saya boleh buat. Saya bangun dan berlalu dengan perasaan sebal, terkilan, sedih,tak puas hati.Bermacam macam yang saya rasa.

Secara jujurnya, jika dulu ramai berkata mengenai doctor kerajaan yang acuh tak acuh dalam kerja, saya sering mempertahankannya. Jika dulu orang kata klinik kerajaan lembap, tak mesra pelanggan, sayalah orang yang akan mempertahankannya. Tapi sekarang bila saya sendiri berhadapan situasi ini sendiri, apa yang boleh saya kata.

Pelik kan doktor itu tak mahu check darah saya, alasan dah lambat. Tapi memberikan saya ubat tambah darah. Saya ceritakan akan perihal kepala saya yang pening, siap kawan papah lagi dan minta diberikan mc, tidak juga dilayan. Ingat saya suka suka ke nak pergi klinik dalam keadaan pening macam tue. Silap ari bulan boleh pitam di tengah orang ramai. Tapi memandangkan saya perlukan ubat, khidmat nasihat (saya takut saya ada sakit lain kerana kerap pening) saya gagah kan jua pergi klinik. Jadi apa yang saya dapat. Ubat..setakat panadol, ada di rumah saya banyak. Ubat tambah darah tue sebenarnya yang saya dapat bukan ubat tambah darah tp ubat vitamin, yang nie pun saya boleh cari kat farmasi. Nasihat/saranan...langsung takde. Bila saya tanya punca saya pening, doctor itu hanya diam. Doktor ker camtue? Saya malas nak bertahan lama dalam bilik doc tue kerana keadaan saya yang tak mengizinkan. Dahlah tengah pening kepala ditambah plak ngan perangai doc yang camtue, lagilah pening kepala. Apa yang saya dapat bila jumpa doctor, takde apa apa melainkan bertambah pening kepala dan makin stress adalah.

Akhirnya, sedikit sebanyak pandangan saya terhadap doktor dan klinik kerajaan mula berubah. Saya tak kata semua, tapi apa yang berlaku di klinik kerajaan di sebuah tempat yang begitu terkemuka kerana semua pusat pentadbiran tertumpu di situ amatlah meninggalkan kesan di hati saya. Iyealah sedangkan di tempat yang terkemuka, begitu layanan nya, kalo di tempat pendalaman ermmm..tak tahulah nak kata. Imej itu penting sebenarnya.

Kesimpulannya, saya ambik cuti 2 hari kerana pening yang amat sangat. Saya mula mengamalkan ubat dan air penawar (ayat Quran). Alhamdulillah, saya beransur sihat 2 hari selepas itu. Dan tanpa membuang masa saya telah search di laman sesawang mengenai tekanan darah rendah. Dan setelah disatukan inilah hasilnya. Banyak info yang saya dapat. Dan sedikit sebanyak saya amalkan. Sekarang saya amalkan gaya hidup yang sihat. Saya nak sihat supaya saya senang beribadat, menguruskan anak, keluarga dan jua kerja dan tak lupa jua untuk diri sendiri. Kira berbahaya juga darah rendah ini. Moga info ini dapat membantu anda semua yang tertanya tanya mengenai Tekanan Darah Rendah.


TEKANAN DARAH RENDAH

Tekanan darah rendah (Hipotensi) Lebih Susah Diubati berbanding Darah tinggi. Tekanan darah rendah (hipotensi) biasanya akan diambil perhatian apabila sudah menimbulkan gejala atau gangguan kepada pengidapnya. Contohnya, pesakit merasa pitam lalu jatuh, atau boleh menyebabkan pesakit pengsan.

Berlawanan dengan hipertensi (tekanan darah tinggi), hipotensi merupakan keadaan dimana tekanan darah yang tidak normal kerana tekanan yang terlalu rendah. Walaupun kedua-duanya tidak normal, namun ia biasanya tidak diberi perhatian berbanding hipertensi.

Jauh lebih mudah menurunkan tekanan darah tinggi kerana ubatnya mudah diperolehi. Sementara untuk menaikkan tekanan darah rendah lebih sukar dan hampir tiada ubatnya.

Walaupun demikian, tekanan darah rendah tidak pernah sampai membahayakan atau menyebabkan gangguan kesihatan yg kronik. Oleh kerana itulah hipotensi tidak menyebabkan org ramai merasa bimbang mengenainya, malah ia biasanya tidak dipedulikan.


Bacaan Tekanan Darah Rendah.

Andai Bacaan Darah kita melebihi 130/85mmHg itu tandanya darah tinggi.
Andai Bacaan Darah kita kurang 130/75mmHg itu tandanya darah rendah.


Kebiasaan bacaan bagi tekanan darah rendah yang serius adalah 90/60mmHg. Namun begitu  golongan yang mempunyai bacaan darah 110/90mmhg, 100/80mmhg sekiranya tidak cukup minum, tidur dan rehat amatlah berisiko untuk mencapai 90/60mmHg. Ini kerana golongan yang mempunyai bacaan darah 110/90mmhg, 100/80mmhg ini masih kelihatan normal dan kurang mengalami tanda tanda seperti di bawah.


Tanda tanda Darah Rendah

Pening, Sakit Kepala (Kepala Rasa Melayang)

Sering Menguap

Penglihatan Kurang Jelas (rabun)

Kurang Fokus

Loya atau perut merasa tak selesa (sakit perut)

Lemah badan (rasa sejuk)

Lesu, kulit lembap

Mudah Berpeluh

Merasa cepat lelah/sesak nafas terutama bila cuaca panas

Muka pucat

Tangan dan kaki kebas

Pengsan (tahap serius)


Risiko Darah Rendah



Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock” (isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.

Penyebab (Faktor) Tekanan Darah Rendah


Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah

Antara Penyebab lain


Tidak cukup tidur

Tidak mengamalkan sarapan pagi

Berdiri terlalu lama (dalam satu masa)



Cara mengatasi

Makanlah makanan yang bergizi

Sarapan pagi adalah wajib sebelum memulakan aktiviti harian

Jangan tidur lewat (pastikan tidur secukupnya)

Ambil makanan yang cukup kandungan garam, asam asin.

Amalkan minum air putih 8-10 gelas sehari. Sesekali minum air kopi untuk meningkatkan dengupan jantung.

Lakukan Olahraga. Jogging baik untuk menstabilkan tekanan darah

Minum vitamin C sekurang kurangnya 2 kali sehari.

Bangun dari duduk dan baring perlahan2
Jgn berdiri terlalu lama

Jgn berada terlalu lama di bawah sinaran matahari (panas)



sumber: google

28 comments:

  1. terima kasih atas info yang diberikan..saya juga mengalami tekanan darah rendah..baru kejap check..90/57..

    ReplyDelete
  2. ooo..yer ker..mudah mudahan semuanya dalam keadaan yang baik..amin..

    ReplyDelete
  3. thanks utk info tu...baru ni sy ada g klinik. Sy alami simptom yg sama mcm awk. Sy xsakit kepala cuma mata rasa berpinar2 dan bdn xstabil dan tgk semua benda berpusing2.. Doktor check bp..dia kata 130/60 tp dia kata tekanan darah sy normal. Then dia kata sy cuma menghidap vertigo dan keadaan tu normal mgkn sbb penat atau stress.. Vertigo tu akn sembuh dgn sendiri...so sy xkisah la cuma sy pelik apa kena mgena ubat yg dia bg sy ubat selesema dan tahan sakit... Xphm sy...

    ReplyDelete
  4. T.kasih bg info ug bermanfaat ini :-)

    ReplyDelete
  5. Sblm ni tekanan darah sy normal je..td pegi chek kt farmasi.99/67...tu kira tekanan darah rendah ke??perlu ke jmpa doctor??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendah la tu.. Saya 98/65.. doktor suggest suh minum air isotonik mcm 100 plus.makan kerang,sayur bayam n banyak lagi la.nk tau google la.memang xde ubat khas pun.ubatnya tdo je la.

      Delete
  6. Tekanana darah saya 103/60 adakah itu rendah. Saya kerap2 kepala mabuk. Kadang2 tak semena2 angkat barang pun..berdiri mabuk. Perlu kah saya bertemu doktor. Selalu jugak tangan kebas

    ReplyDelete
  7. Terima kasih..informasi yg sgt membantu...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. thanks untuk info yg sangat berguna nie :)

    ReplyDelete
  10. Kalau 70/100 ianya normal atau x? sy mngalami simptom2 di atas tu...

    ReplyDelete
  11. jazakillah ats info..smlm g klinik doc kate tekanan darah rendah...bgun tdo ase cam da ok..tp tgah ary ni ase denyutan jantung lemah ...tangan pun ase kebas...trus google ,,bnyk gak bce blog ..tp blog ni senang nk fhm..

    ReplyDelete
  12. Tekanan darah saya 38/68 tp doktor hanya bagi vitamin je.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih ummi untuk info ni..saya sebernarnya dah lama rasa pening2 dan hari makin hari saya rasa bertambah teruk..info ni sgt2 membantu, terima kasih yaa :) boleh saya tahu, air penawar tu macam air anugerah tu ke?

    ReplyDelete
  14. Saya nak tanya , sjak kbalakangan ni sya selalu pening . Tapi tak kritikal. Kadang2 tgh baring tibe2 kpala rasa berpusing . Kerap jugak jd mcm tu . Tak smpai tahap pitam lagi lah . Baru2 ni saya ada join derma darah . Bila cek tekanan darah , darah saya 118 per brape saya tak ingat . Bila selesai derma darah , saya takde rasa nk pitam . Adakah saya mnghidap penyakit darah rendah ?

    ReplyDelete
  15. thank you ummi untuk info tekanan darah saya 85/55 .. ummi sangat membantu ��

    ReplyDelete
  16. Salam umur saya 20 tahun. Saya selalu mengalami tiba tiba pandangan saya gelap selepas buat sesuatu kerja yg lama. Sy baru sahaja check mengunakan omron, tekanan darah sy 70/47. Adakah ye sy darah rendah dgn umur sy baru 20 tahun (2016) bantu saya apa perlu saya buat

    ReplyDelete
  17. Salam , thank u sis info yang berguna.. secara jujurnya saya pun sokong dengan apa yang sis cerita tentang klinik kerajaan.. saya banyak kali kena.. majoritynya tak ambik serious dengan kita.. bagi ubat pun kadang2 yang takde kaitan dengan sakit kita masa tu.. and a few days ago saya ada check bp saya , bacaan saya 85/65.. tu sangat rendah ke? Saya kerap rasa sesak nafas , bila berdiri rasa macam gelap mata..

    ReplyDelete
  18. Salam, sis. Saya baru buat ujian tekanan darah sbb mmg ada alat tu di rumah. Tapi saya kurang pasti dgn bacaannya mcm mana. Tekanan yg saya dpt 90/20 degupan jantung 72. Normal ke?

    ReplyDelete
  19. Salam sis,sy baru wt ujian tekanan dtg bg peringkat umur sy da sampai tahap minimum..111/77 puncanya sy selalu pening bhgn blkg kepala terus ke tengkuk..Klu p klinik doc akn bg Ubt tmbh drh ke??

    ReplyDelete
  20. Hello sis..tekanan darah sy 112/67.dan sy selalu pening kepala..penglihatnan pun kabur..adakah sy perlu mkn ubat tambah darah?

    ReplyDelete