11 May 2010

Tak yah gie lah ummi, jauh......



Mengingati bait di atas, aku tersenyum sendiri. Gelagat kakak yang semakin meningkat dewasa seringkali mencuit hati dan tak kurang juga menguji kesabaran ini.

Sebagai seorang ibu, saya cuba juga terapkan sedikit sebanyak ilmu agama ke dasar hati puteriku walaupun saya bukanlah dari kalangan insan yang arif dalam bab ini. Apa yang saya pelajari akan saya pratik pada puteriku ini.

Seawal usia, saya mengajar puteriku itu mengenal apa itu dosa, apa itu pahala dengan harapan puteriku tidak akan tersilap langkah. Namun dalam mendidik, kiter perlukan ilmu, dan jua persediaan agar dapat menepis sebarang persoalan yang mendatang.
Baru baru ini tingkah kakak yang suka menyakat kak adik dan puteh menimbulkan sedikit kemarahan di hatiku. Bila ditegur, senyap sekejap namun tak sempat nak berkalih, disakatnya balik adik dia. Nak dipukul, bukannya dia tahu apa apa. Nak dibiarkan, makin teruk plak nanti tingkah lakunya.

Saya lantas menegur kakak;

“Kak, jangan buat adik, tak baik dosa. Kan ummi dah kata, saper buat jahat nanti berdosa, bila berdosa nanti masuk neraka, Kakak nak masuk neraka?” Sengaja kusoal balik kakak untuk melihat reaksinya.

“Ummi, neraka tue kat mana” kakak mula bertanya. Saya yang sibuk melipat kain cuba berfikir sejenak untuk mencari jawapan yang sesuai untuk kanak seusia dengannya. Iyealah kakak baru 4 tahun. Agar sukar tuk memahami kalo saya menjelaskan secara detail.

Dan saya tidak ketemu jawapan yang sesuai sedangkan kakak asyik bertanya soalan yang sama berulang kali. Menagih jawapan saya barangkali.

“Neraka tue jauh” pendek jea jawapan saya. Sekadar nak mematikan soalan dia.
Kakak diam sebentar seolah berfikir. Lama kemudian baru dia menjawab.

“ermmm… ummi..tak yah gielah ummi, jauh…” jawapan spontan kakak membuatkan saya terhenti dari melipat kain. Mata ku tajam merenung kakak. Kakak terus menyusun lego, permainan kegemaran dia.

Nak marah ada, nak gelak pun ada mendengarkan jawapan kakak. Iyealah sedari dulu saya sering mengingatkan kakak bila bermain jangan pergi jauh jauh dan tak sangka ayat itu melekat dalam fikirannya. Ingin ku bantah kata dia tadi tapi memandangkan tiada ayat yang sesuai, saya mengambil sikap berdiam diri. Nanti bila saya ketemu jawapan yang sesuai akan saya perjelaskan padanya nanti.

Sekurang kurang nya didikan saya ada melekat di sanubarinya. Dan untuk sementara ini biarlah dia memahami perkataan ‘jauh’ berdasarkan pemahamannya sendiri. Saya tidak mahu mengelirukan dia. Dia masih kecil lagi. Dan saya perlu perkemaskan ilmu untuk mendatangi kedewasaan puteriku ini.
Dan kata kata kakak tadi membuatkan saya tersenyum sendirian lantas menerusi lipatan kain yang terhenti sebentar tadi. Dan kakak, rupanya sudah tertidur di samping kak adik yang asyik menonton televisyen. Sementara puteh sedang ralik minum susu.

No comments:

Post a Comment