04 May 2010

Bila Hati Tidak Tenteram....

 
    Malam ni abang akan berangkat pulang ke kampung dengan menaiki bas. Dan hati ini mula tidak tenteram. Dan sepanjang usia perkahwinan 5 tahun ini, inilah yang pertama kali saya akan mengurusi rumah sendirian. Sebelum ini asal abang outstation ker, balik kampung ker pasti saya akan sama sama sibuk packing baju...abang ke destinasi abang, saya dan anak anak, abang akan hantar ke rumah mak yang perjalanan nya hanya memakan masa dalam 30 minit sahaja. Tetapi untuk kali ini saya seakan tekad ingin mengurusi semuanya secara sendirian. Taknaklah mengharap pada mak lagi. Kesian jugak kat mak melayan cucu yang semakin nakal tue. Lagipun mak sekarang mmg mengasuh anak abang. Makin letihlah mak kalo dicampur ngan anak saya tue.
  Abang balik kampung selama 5 hari ini. Menguruskan kenduri arwah tuk abah. Selaku anak lelaki sulung, kehadiran abang memang amat diperlukan, kalo tidak teruk jugak mek nak uruskan. Saya pulak tak dapat pulang bersama kerana cuti tahunan semakin berkurangan. Cuti yang sedia ada perlu dimanfaatkan, kebetulan tahun ini ramai plak saudara dan adik yang nak naik pelamin. Tue belum lagi masuk sakit pening, jadi untuk kali ini terpaksalah berkorban.
  Mak plak tak tahu yang abang akan pulang kampung dan saya akan tinggal di rumah bersama anak anak. Kalo mak tahu, memang mak tak bagi. Mak saya tue seorang yang amat perisau. Kita tak nak nyusahkan dia sebenarnya tapi biasalah mak memang seorang yang perisau. Tue belum masuk abah ngan along lagi.
   Sebenarnya saya memang takut juga tinggal seorang diri bersama anak. Iyealah zaman sekarang macam macam hal boleh berlaku. Ngan perompak nya lah dan macam macam lagi. Harap harap saya dijauhilah dari berlaku perkara sedemikian. Namun begitu saya juga tidak terlepas dari memikirkan mengenai abang yang akan pulang menaiki bas. Sejak kebelakangan ini banyak pula kemalangan berkaitan denga bas. Perasaan khuatir itu muncul juga biarpun saya memang cuba tak mahu tuk memikirkannya.
   Pemergiaan Achik Spin dalam usia yang muda serta meninggalkan anak yang masih kecil sering berlegar legar dalam fikiran saya. Meskipun kita tak tahu bila ajal dan maut akan menjemput kita, selagi boleh saya berdoa agar Allah memberi peluang saya dan abang untuk melihat dan membesar anak anak bersama sama. Moga Allah memanjangkan umur kami sekeluarga dan jauhkanlah dari sebarang perkara yang tak elok. Moga Allah memberi peluang untuk kami berdua menghabiskan hari tua bersama sama nanti.
   Isk...saya sudah semakin mengarut. Sebelum pena ini semakin panjang berjela dan menurut kata hati yang sudah tidak menentu ini biarlah saya berhenti setakat ini dahulu.

Semoga perjalanan abang dilindungi Ilahi. Amin..

  

No comments:

Post a Comment