11 May 2010

Selamat Hari Ibu....


Petang semalam, saya agak kepenatan. Mungkin hari semalam adalah pemulaan hari. Iyealah hari isnin selalu dikaitkan dengan "monday bad". Macam macam lah istilah. Dalam agak kepenatan, saya tetap meneruskan rutin harian mengambil kakak dan kak adik dari taska.

   Tanpa menunggu lama, kakak dan kak adik terus meluru ke arah saya setelah cikgu kakak dan kak adik nampak kelibat saya. Saya terus mengambil beg sekolah yang telah tersedia di ruangan khas.

    Kakak dan kak adik lantas merapati saya sambil menghulurkan kad. Masing masing satu kad. Mulut comel mereka berdua terus membuahkan butir..." Ummi, samat ari ibu" Saya yang agak terkedu lantas tersenyum sampai menyambut huluran kad kakak dan kak adik. "terima kasih sayang..."

    Di wajah kedua puteriku terpancar kepuasan yang sukar digambarkan. Saya membuka satu persatu kad. Mula mula kad kakak. Tercoret hasil nukilannya di mana cebisan kertas telah digamkan dan dibentuk sehingga menjadi ayat  "love mom" disamping bentuk bibir kakak memenuhi ruang kad itu. Dalam hati terdetik, nie mesti cikgu dia pakaikan gincu dan diminta dicium di segenap ruangan kad itu. Manakala kad kak adik  lebih kepada kad yang telah sedia ada, hanya bentuk bibir kak adik  yang memenuhi ruangan itu. Iyealah kak adik masih kecil untuk bermain dengan cebisan kertas serta gam kerana itu hanya bibirnya saya mengambil alih kreativiti untuk menyempurnakan kad itu. Di ruangan Sayang Ummmi....Muuuaahhhh..di situlah terdapat bentuk bibir comel kak adik. Saya tersenyum sendirian. Dan kepenatan kerja seharian terbang entah kemana setelah menatap kad serta wajah kesayangan ku itu.

    Dalam hati terdetik, pandai cikgu di sini mendidik anak anak kecil menyayangi ibu mereka. Seraya ingin diluahkan rasa terima kasih pada cikgu di sana.

    Mungkin pada anda di luar saya, berpendapat itu hanyalah kad biasa, apatah lagi hasil nukilan dari si kecil yang pasti ada cacat celanya di mana mana. Namun percayalah walau hanya sekadar kad biasa, namun pengertiaan dan perasaan yang terzahir hanya dari kad yang dikatakan 'kad biasa' tersimpan seribu satu rasa.

    Dan bila ayahnya pulang dari kerja, sibuk sungguh kakak dan kak adik menunjuk hasil karyanya dan tak abis abis meminta ayah menampal di biliknya. Ayah yang agak kepenatan tetap melayan permintaan puteriku itu. Saya hanya sekadar memandang keleteh puteriku itu memandangkan sibuk melayani karenah puteh.

    Apa yang saya pelajari hari ini, apa yang saya rasa pada hari ini. Ucapan dan penghargaan itu amat bermakna biarpun pada kita tak punya apa. Saya sendiri pada ibu saya, cuba menjadikan ucapan Hari Ibu itu sebagai satu penghargaan padanya. Mengambil mudah, saya hanya menyampaikannya melalui sMs. Kerna melalui sMs semuanya akan terluah berbanding ucapan mulut. Dan bila berjumpa dgn ibu hanya ucapan Selamat Hari Ibu saja kerna ayat seterusnya telah saya abadikan dalam sMs. Jadi di kesempatan ini, pada mereka yang masih punya ibu, ucapkanlah kata itu, biar pada kita tak punya apa tapi pada ibu yang mendengar dan menerima, kesannya amat terasa. Jauh ke sudut hati. Untuk itu, pada semua para ibu...Selamat Hari Ibu.

1 comment: