22 April 2010

Tertekan atau Tekanan


Saya baru saja abis kursus. Kursus yang diadakan selama 3 hari. Kursus yang agak menyeronokkkan namun penghujungnya agak menyakitkan. Maksud saya kesudahannya masih ada unsur bodek membodek. Dan saya akhiri kursus ari itu dengan perasaan yang agak kurang puas hati. Kenapa dengan kursus pun tetap ada unsur bodek dalam pemarkahan. Kenapa tidak diadili dengan sejujurnya. Huarggg tension rasanya.

Petang itu saya mengambil 2 puteri dalam keadaan yang agak tertekan. Mungkin terlalu memikirkan perkara tersebut. Kakak dan Kak adik yang rancak bercoleteh tidak saya endahkan. Malah terasa semakin amarah pula yang datang. Sepanjang perjalanan saya hanya membisu dan 2 puteri mengambil alih kebisuan saya.

Sesampai di taska puteh, tanpa bercoleteh yang panjang, saya terus membawa puteh ke kereta. Tingkah kakak dan kak adik yang turun kereta walaupun sudah ditegah, jangan ikut, mengundang kemarahan saya.

Sampai jea di rumah kakak dan kak adik mula bergaduh, berebutkan coklat yang malam tadi, dia buat endah tak endah, takde pulak nak makan.

Tingkah mereka mengundang lagi kemarahan saya. Saya dengan pantas masuk ke bilik. Hajat di hati hendak mengunci diri dalam bilik.Kakak sambil menangis lantas mengikut. Saya cuba menarik kakak supaya tidak mengikut. Genggaman kakak begitu kuat pada hujung bajuku. Dalam hati berdetik jua ‘kuat juga kakak nie’ Namun saya tetap nekad, akhirnya Berjaya mengunci diri dalam bilik. Kakak dan Kak adik menangis sambil mengetuk pintu bilik. Oleh kerana bilik itu bersambung dengan bilik air bilik sebelah, kakak dengan bijaknya memanggil kak adik agar menurutinya menuju bilik sebelah untuk memasuki bilik air dan lantas cuba membuka pintu.

Kerana amarah yang masih ada, saya keluar bilik dan masuk semula ke bilik master bersama puteh. Kakak yang perasan terus mengikut namun saya Berjaya juga mengunci pintu bilik. Setelah hampir 5 minit, perasaan tak sampai hati mula timbul dan saya membuka pintu kembali dan terus mendapatkan kakak dan kak adik. Lama kemudian baru tangisan mereka reda.

Saya terus membuat susu dan mereka minum dalam keadaan tersedu sedu.

Bila keadaan semakin tenang. Saya mula terpikir. Aapa yang saya dah buat.
Memang saya nak mengajar mereka kerana tidak mendengar kata dan asyik bergaduh tapi puncanya di mana.

Punca sebenarnya adalah pada saya. Sejujurnya saya yang berasa tertekan dengan peristiwa yang berlaku di kursus tadi. Hasilnya saya terbawa bawa ke rumah dan tingkah anak yang meragam telah menimbulkan tekanan pada saya.

Sejujurnya, anak tak bersalah, tapi yang bersalahnya saya. Saya yang telah membawa anak ke dalam situasi saya. Dan di sinilah timbul perasaan bersalah. Anak tak tahu apa apa. Dah memang perangai budak suka berebut biarpun benda kecil.

Peristiwa petang ini mengajar saya agar lebih berhati hati dalam menangani anak kecil. Mujur tindakan saya bukan di luar batasan. Mujur jua saya tidak memukul atau mengherdik. Alhamdulillah, walaupun demikian, saya tetap sesal dengan apa yang telah saya lakukan kepada puteriku itu.

Kakak, Kak adik…maaf kan ummi yea.

No comments:

Post a Comment