28 April 2010

Sakit Gigi

Hari ini agak letih dari kebiasaan. Dan saya mula belajar sesuatu. Semalam abang kena operate gusi. Cian abang. Nak makan susah nak minum pun susah apatah lagi nak bercakap. Dan semalam saya kehilangan teman untuk berkongsi cerita.

Abang kena operate gusi hampir 6 jam. Gusi abang bernanah. Menurut doktor tiada tulang menampung gigi abang. Mendengar berita itu, abang jadi sedih dan selalu memikir mikir. Selaku isteri, saya tak tahu apa perlu dibuat, hanya kata semangat mengganti ketenangan diri. Sejujurnya saya tidak begitu arif akan pemasalahan gigi. Balik kampung baru ini, abang ada mintak air tawar tapi malangnya sehingga hari operation abang tak minum pun air tue. Dan saya pula lupa pula untuk mengingatkannya. Terasa kesal dan terkilan jua kerana kurang perihatin akan keadaan abang.

Kebiasaan bila abang pulang dari kerja, saya akan mula bercoleteh dan abang setia mendengar. Tetapi semalam, bila balik kerja, abang hanya berbaring mungkin menahan sakit dan saya cuba mengasingkan diri jua anak agar kerehatan abang tidak terganggu.

Dan pagi ini agak kelam kabut sedikit kerana abang tidak membantu. Sebenarnya sengaja tak kejut abang. Biarlah..abang belum betul betul sembuh.
Segala urusan berlaku seperti biasa. Abang agak kecil ati bila mana saya seakan tidak peduli akan kesakitan yang dia alami. Sebenarnya saya sendiri tak tahu nak mula di mana. Kalo badan yang sakit, boleh gak saya picitkan. Nie gusi, saya tak tahu nak buat apa. Perasaan kesian saya pada abang sukar tuk dizahirkan tetapi batin hanya Allah yang tahu. setiap malam tak putus doa buat abang. Moga abang cepat sembuh.

Kesakitan yang abang alami seakan memberi pengajaran pada saya. Ia, abang adalah sebelah tangan saya. Andai tangan ini tidak berfungsi, tangan yang satu lagi akan terus lumpuh. kerna itu saya belajar satu perkara hari ini. Hadirnya abang dalam hidup adalah satu anugerah yang tidak perlu dan tidak patut saya persiakan.

Abang...Moga abang cepat sembuh.

No comments:

Post a Comment