06 May 2011

TRAGEDI DI HUTAN LIPUR ULU BENDUL

   Takziah buat ibu kepada 3 orang anak iaitu Puan Wan Azleela di atas tragedi yang menimpa anaknya baru baru ini. Kehilangan 3 orang anak ini begitu mengusik jiwa saya kerana anak beliau kesemuanya sebaya dengan anak saya ditambah kesemuanya perempuan seperti anak saya yang saya gelarkan 3 dara. Kehilangan anak beliau iaitu Nursyaza Alisa, 5, Nursyaza Azera, 4, Nursyaza Sakinah, 2, pasti meruntun jiwanya tambahan lagi di saat dunia bakal menyambut HARI IBU 8 Mei ini. Menurut sumber 3 kanak-kanak itu dibawa oleh bapa kandungnya yang dijaga oleh ibu kandungnya. Ibubapa kanak terbabit telahpun berpisah.  Turut bersama seorang wanita dipercayai teman wanita bapa kanak- kanak terbabit.

   Tiada perkataan yang sesuai atau paling tepat selain sabar untuk diperkatakan kepada Puan Wan Azleela. Namun begitu biarpun memang mudah untuk menuturkan sabar tetapi hanya mereka yang menghadapinya mengerti ianya tidaklah semudah pengucapan sabar.

   Moga Allah mengurniakan ketabahan, kesabaran yang bukan sedikit buat Puan Wan Azleela. Moga Allah memudahkan perjalanan Puan Wan Azleela di masa hadapan..Amin.. 

Al Fatihah buat anak Puan Wan Azleela...


No comments:

Post a Comment