24 May 2011

MAK SAKIT


Mak Cayang

Saya agak takde mood nak menulis sekarang ini. Isi banyak tapi mood plak takde. Sebenarnya banyak yang ingin saya luahkan. Namun tak terluah juga.
            Hari ini saya ingin meluahkan serba sedikit. Pertama..berkenaan ngan mak. Baru baru ini 12 Mei 2011 (Khamis) mak kesayangan saya diserang minor strok atau boleh juga dikatakan serangan angin ahmar. Sedih rasanya. Separuh badan mak tak boleh bergerak. Belah kanan plak tue. Mak masuk ICU 2 hari..kemudian bila keadaan mak agak stabil mak dimasukkan ke wad biasa.
            Sedih mengenangkan kerana baru jea kami adik beradik berseronok 4 hari sebelum mak jatuh sakit dengan meraikan hari ibu.

Kek Sempena Hari Ibu


            Darah mak tinggi begitu juga dengan kolesterol. Sepanjang mak di wad, saya bercuti untuk menjaga mak. Biarpun  sibuk dengan 3 dara saya tetap tidak melepaskan peluang untuk menjaga mak, begitu juga dengan adik beradik yang lain. Masing masing tak kisah untuk menjaga mak. Alhamdulillah... Biarpun saya masih boleh memilih untuk bekerja memandangkan adik beradik yang lain tak lokek menjaga mak, saya tetap ambil cuti gak kerana bila tengok mak di depan mata saya, saya lebih berpuas hati. Tak perlu asyik menelefon adik beradik yang lain untuk bertanyakan khabar mak. Terima kasih jua kepada abang yang begitu memahami keadaan saya.
            Siang saya menjaga mak, manakala malam pula adik adik mengambil alih. Penat menjaga mak di siang hari terubat bila abang tak lokek menangani karenah 3 dara sebelah malam. Sepanjang saya menjaga mak, abang lebih banyak mengambil tugas saya menjaga 3 dara. Abang juga tidak kisah berulang alik dari hospital untuk menghantar saya biarpun saya tahu abang juga tak cukup rehat.
            Hari selasa mak sudah dapat keluar hospital. Itupun sesudah dipaksa. Doktor sebenarnya tak benarkan tapi kami sekeluarga berkeras nak bawa mak keluar. Bukan apa, kami ingin mencuba perubatan islam pula.
            Dan sepanjang mak tinggal di rumah mak, saya sekeluarga berulang alik dari rumah kami ke rumah mak. Pengertiaan abang di sini amatlah saya hargai dan kagumi.
            Sepanjang menjaga mak, saya cuba mengawal perasaan saya sendiri. Tak dapat digambarkan kesedihan yang saya tanggung bila melihat tangan kanan mak tak boleh diangkat. Mulut mak yang senget sebelah. Tangan itu tak kuat lagi. Hati saya sebak. Dada saya melodak. Tangan inilah yang membesarkan saya dengan penuh kasih dan sayang. Yang memujuk saya tika sedih, tika sepi, tika duka. Ingat lagi saya tahun 2009 waktu itu saya mengandungkan puteh, saya berjangkit kutu dengan kakak yang dapatnya dari taska. Tangan mak inilah yang mencari kutu di kepala saya bila saya khabarkan saya tak boleh guna syampu kerana akan membahayakan kandungan saya. Dalam rabun  mak, tetap juga mencari kutu saya setelah melihat saya yang asyik mengaru kepala tika datang ke rumah mak.
            20 Mei yang lalu, kami telah membawa mak berubat secara perubatan islam. Alhamdulillah..keadaan mak beransur pulih. Biarpun begitu tangan mak tak boleh diangkat lagi namun jari jari mak sudah boleh bergerak. Paling membahagiakan mak sudah boleh berjalan sendiri dan mulut mak dah tak senget lagi. Terima Kasih kepada 4 orang ustaz yang telah membantu mak tempoh hari. Pertolongan ustaz amatlah saya hargai dan tak akan dapat dibayar dengan intan mahupun permata. Terima kasih ustaz.

Mak ....cepat sembuh yea...PadaMu Allah berikanlah kesembuhan kepada mak...berikanlah mak kesihatan yang sempurna...panjangkan lah jua umur mak, abah..amin ya rabbal alamin...


1 comment: