30 September 2010

Tekanan Darah Rendah

    Baru-baru ini, saya mengalami pening kepala yang sukar tuk diceritakan. Terlalu pening sampaikan tak larat nak bawak kereta. Nak pergi tandas pun kawan tolong pimpinkan, ini kerana bila saya bangun jea terus rasa berpusing. Melayang rasa badan. Terpaksalah abang datang jemput kat opis. Saya ini bukanlah jenis yang suka sangat pergi klinik tapi kerana terlalu sakit sangat, saya pergi jua ke klinik tp klinik kerajaan. Apa yang buat saya terkilan, doc hanya berikan saya ubat panadol dan vitamin sahaja. Doc hanya check tekanan darah saya jea, tanpa periksa dengupan jantung dan sebagainya. Bila saya ceritakan perihal keadaan saya yang mungkin mengalami tekanan darah rendah, sedihnya sebab doctor check secara tidak terperinci. Berikut adalah dialog di antara saya dengan doctor terbabit.

saya : doc, saya rasa saya darah rendahlah doktor 
Doktor  : mana awak tahu, yang awak darah rendah?
saya   : dulu maser ngandung, saya memang darah rendah.
Doktor :Kalo darah rendah kena check darah tp sekarang dah waktu rehat, so kalo amik darah lg lambat so awak dtg lain kali jealah, so untuk ari ini saya bg awak panadol dengan ubat tambah darah, itu saja ..ok.

Doctor acuh tak acuh melayani saya. Kerana keadaan saya yang masih pening dan berpusing saya cuba nak mintak mc.

Saya  :  Doctor, boleh saya mintak mc.
Doktor  : No, No, No (tanpa memandang ke arah saya)

Apa yang saya boleh buat. Saya bangun dan berlalu dengan perasaan sebal, terkilan, sedih,tak puas hati.Bermacam macam yang saya rasa.

Secara jujurnya, jika dulu ramai berkata mengenai doctor kerajaan yang acuh tak acuh dalam kerja, saya sering mempertahankannya. Jika dulu orang kata klinik kerajaan lembap, tak mesra pelanggan, sayalah orang yang akan mempertahankannya. Tapi sekarang bila saya sendiri berhadapan situasi ini sendiri, apa yang boleh saya kata.

Pelik kan doktor itu tak mahu check darah saya, alasan dah lambat. Tapi memberikan saya ubat tambah darah. Saya ceritakan akan perihal kepala saya yang pening, siap kawan papah lagi dan minta diberikan mc, tidak juga dilayan. Ingat saya suka suka ke nak pergi klinik dalam keadaan pening macam tue. Silap ari bulan boleh pitam di tengah orang ramai. Tapi memandangkan saya perlukan ubat, khidmat nasihat (saya takut saya ada sakit lain kerana kerap pening) saya gagah kan jua pergi klinik. Jadi apa yang saya dapat. Ubat..setakat panadol, ada di rumah saya banyak. Ubat tambah darah tue sebenarnya yang saya dapat bukan ubat tambah darah tp ubat vitamin, yang nie pun saya boleh cari kat farmasi. Nasihat/saranan...langsung takde. Bila saya tanya punca saya pening, doctor itu hanya diam. Doktor ker camtue? Saya malas nak bertahan lama dalam bilik doc tue kerana keadaan saya yang tak mengizinkan. Dahlah tengah pening kepala ditambah plak ngan perangai doc yang camtue, lagilah pening kepala. Apa yang saya dapat bila jumpa doctor, takde apa apa melainkan bertambah pening kepala dan makin stress adalah.

Akhirnya, sedikit sebanyak pandangan saya terhadap doktor dan klinik kerajaan mula berubah. Saya tak kata semua, tapi apa yang berlaku di klinik kerajaan di sebuah tempat yang begitu terkemuka kerana semua pusat pentadbiran tertumpu di situ amatlah meninggalkan kesan di hati saya. Iyealah sedangkan di tempat yang terkemuka, begitu layanan nya, kalo di tempat pendalaman ermmm..tak tahulah nak kata. Imej itu penting sebenarnya.

Kesimpulannya, saya ambik cuti 2 hari kerana pening yang amat sangat. Saya mula mengamalkan ubat dan air penawar (ayat Quran). Alhamdulillah, saya beransur sihat 2 hari selepas itu. Dan tanpa membuang masa saya telah search di laman sesawang mengenai tekanan darah rendah. Dan setelah disatukan inilah hasilnya. Banyak info yang saya dapat. Dan sedikit sebanyak saya amalkan. Sekarang saya amalkan gaya hidup yang sihat. Saya nak sihat supaya saya senang beribadat, menguruskan anak, keluarga dan jua kerja dan tak lupa jua untuk diri sendiri. Kira berbahaya juga darah rendah ini. Moga info ini dapat membantu anda semua yang tertanya tanya mengenai Tekanan Darah Rendah.


TEKANAN DARAH RENDAH

Tekanan darah rendah (Hipotensi) Lebih Susah Diubati berbanding Darah tinggi. Tekanan darah rendah (hipotensi) biasanya akan diambil perhatian apabila sudah menimbulkan gejala atau gangguan kepada pengidapnya. Contohnya, pesakit merasa pitam lalu jatuh, atau boleh menyebabkan pesakit pengsan.

Berlawanan dengan hipertensi (tekanan darah tinggi), hipotensi merupakan keadaan dimana tekanan darah yang tidak normal kerana tekanan yang terlalu rendah. Walaupun kedua-duanya tidak normal, namun ia biasanya tidak diberi perhatian berbanding hipertensi.

Jauh lebih mudah menurunkan tekanan darah tinggi kerana ubatnya mudah diperolehi. Sementara untuk menaikkan tekanan darah rendah lebih sukar dan hampir tiada ubatnya.

Walaupun demikian, tekanan darah rendah tidak pernah sampai membahayakan atau menyebabkan gangguan kesihatan yg kronik. Oleh kerana itulah hipotensi tidak menyebabkan org ramai merasa bimbang mengenainya, malah ia biasanya tidak dipedulikan.


Bacaan Tekanan Darah Rendah.

Andai Bacaan Darah kita melebihi 130/85mmHg itu tandanya darah tinggi.
Andai Bacaan Darah kita kurang 130/75mmHg itu tandanya darah rendah.


Kebiasaan bacaan bagi tekanan darah rendah yang serius adalah 90/60mmHg. Namun begitu  golongan yang mempunyai bacaan darah 110/90mmhg, 100/80mmhg sekiranya tidak cukup minum, tidur dan rehat amatlah berisiko untuk mencapai 90/60mmHg. Ini kerana golongan yang mempunyai bacaan darah 110/90mmhg, 100/80mmhg ini masih kelihatan normal dan kurang mengalami tanda tanda seperti di bawah.


Tanda tanda Darah Rendah

Pening, Sakit Kepala (Kepala Rasa Melayang)

Sering Menguap

Penglihatan Kurang Jelas (rabun)

Kurang Fokus

Loya atau perut merasa tak selesa (sakit perut)

Lemah badan (rasa sejuk)

Lesu, kulit lembap

Mudah Berpeluh

Merasa cepat lelah/sesak nafas terutama bila cuaca panas

Muka pucat

Tangan dan kaki kebas

Pengsan (tahap serius)


Risiko Darah Rendah



Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock” (isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.

Penyebab (Faktor) Tekanan Darah Rendah


Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah

Antara Penyebab lain


Tidak cukup tidur

Tidak mengamalkan sarapan pagi

Berdiri terlalu lama (dalam satu masa)



Cara mengatasi

Makanlah makanan yang bergizi

Sarapan pagi adalah wajib sebelum memulakan aktiviti harian

Jangan tidur lewat (pastikan tidur secukupnya)

Ambil makanan yang cukup kandungan garam, asam asin.

Amalkan minum air putih 8-10 gelas sehari. Sesekali minum air kopi untuk meningkatkan dengupan jantung.

Lakukan Olahraga. Jogging baik untuk menstabilkan tekanan darah

Minum vitamin C sekurang kurangnya 2 kali sehari.

Bangun dari duduk dan baring perlahan2
Jgn berdiri terlalu lama

Jgn berada terlalu lama di bawah sinaran matahari (panas)



sumber: google

07 September 2010

Bila Ramadhan Beransur Pergi

    
    2 hari lagi ramadhan akan berlalu pergi. Membiarkan syawal mengambil ganti. Sepanjang ramadhan ini, segalanya berlalu begitu pantas. Semuanya menuntut kepantasan. Letih, mengantuk bagaikan sukar dihindar.
Semuanya menuntut kesabaran dan kekuatan minda sebenarnya.
     Alhamdulillah, biar kerja agak banyak saya sedikit sebanyak tetap meluangkan masa rehat saya untuk mendengar ceramah agama sempena bulan ramadhan yang diadakan sepanjang waktu rehat di tempat kerja saya ini. Sepanjang 18 ceramah yang diadakan hanya 3 hari saja saya tidak dapat menghadirkan diri. Sekurang kurangnya dapat jua melakukan perkara baik di bulan ramadhan ini. Biar letih, ngantuk saya tetap mengagahi untuk mendengar ceramah. Kalo ikutkan mata yang ngantuk, letih ini mahu saja membiarkan waktu rehat diisi dengan tidor agar dapat membalas dendam akan tidur yang tidak cukup sepanjang ramadhan ini..heheh tapi mujur semangat saya masih kuat. Dan hari ini adalah ceramah yang terakhir bagi bulan ramadhan ini dan saya berniat untuk pergi.
     Sebenarnya saya sedih bila mengenang ramadhan akan pergi. Sedih kerana amal saya tidak seberapa, sedih kerana banyak lagi yang saya belum buat dan paling sedih kerana dapatkah saya menemui ramadhan lagi?. Mengenangkan ini semua hati terasa sebak, jiwa terasa bergetar, hati mula meminta. Ya Allah berikanlah aku kesempatan untuk memperbaiki diri, amal dan taqwa dan berikanlah jua peluang buat hambamu ini untuk menemui ramadhan lagi. Amin...
     Sepanjang ramadhan ini rehat memang terasa tidak cukup tapi Maha Besar Allah, hati tidak pula merungut. Barangkali tiada si tanduk menganggu diri. Mungkin jua. Iyelah pulang dari kerja mengharungi jem yang teruk tidak seperti bulan biasa. Sampai di rumah dalam lingkungan 5.30-5.45. rehat sebentar sambil mengurusi kakak, kak adik dan puteh seperti buat susu, kencing berak dsbgnya. Pukul 6 baru nak sembahyang asar, abang sampai rumah dalam kul 6.30 dan saya terus ke dapur. Masak, buat air. Sedar sedar dah nak azan. Terus buka dan kul 8 kemas ala kadar dan solat maghrib. Biasa kul 8.40 abang akan gie terawih. Tinggallah saya anak beranak di rumah. Dan saya akan paksa anak anak tidur. Kul 10, rumah dah gelap, dan saya pun terlelap. Kebiasaan bulan ramadhan ini saya akan bangun pada pukul 4.30 pg terus sediakan makanan untuk sahur dan terus bersiap untuk kerja. Biasa gerak kul 6.30, kalo lewat, jem memang tak bagi muka.
      Jadi dengan batas waktu yang terhad ini saya cuba isi dengan amalan amalan yang sebaik mungkin. Namun akibat letih sangat, ada jua amalan yang tidak dapat saya tunaikan. Adakalanya puteh tak mahu tidor. Pernah sekali saya tidor kul 2.45 pagi dan bangun pula pada pukul 4.45 pg. Mata jangan nak katalah, kalo boleh ditongkat memang mahu ditongkat. Tapi semangat mengatasi segalanya. Hujung minggu biasa saya akan berbuka di rumah mak dan di sinilah keseronokkan. Iyealah mak kan masak sedap sedap.hehehhe
      Tahun ini saya akan menyambut syawal di rumah abang memandangkan dah dua tahun berturut turut raya kat umah saya. Tahun ini bagi peluang lah kat abang.
      Sempena ramadhan yang akan berlalu ini. saya doakan kita semua akan mendapat keberkatan dan semoga segala amalan kita akan diterima Allah. Insya allah. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Beramal dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung, muslimin dan muslimat. Moga lebaran ini membawa seribu makna dan jua keberkatan. Amin..