02 November 2011

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG

      Lama tak update blog nie. Kerja yang menimbun..adoii...tak menang tangan dibuatnya. Baru baru ini Kak Adik menyambut ulang tahun kelahiran nya yang ke 4 tahun. Kali ini agak meriah skit sambutan untuk kak adik. Hadiah pun boleh tahan.
     Saya dan suami sekadar menyambut ala kadar dan kali ini rumah mak menjadi pilihan. Saya dan suami membeli kek idaman kak adik, iaitu Kek Upin dan Ipin. Jenuh gak mencarinya, ini kerana kami tak sempat menempah. Jadi cari jealah yang sedia ada. Mujur Ada.
     Suami menghadiahkan skuter Ben 10 kepada Kak adik, manakala saya sekadar menghadiahinya peralatan mewarna juga buku mewarna. Kak Adik sekarang cenderung ke arah mewarna. Jadi pelbagai buku warna saya belikan. Punyalah seronok kak adik.
     Atuk pula menghadiahkan kak adik sehelai baju. Seronok betul kak adik. Tapi yang kelakar tue, Kakak plak merajuk. Iyalah semua orang sibuk dok wish kak adik, maka kakak rasa dipinggirkan. Puas juga dipujuk kakak, muncung jua yang jadi pilihannya. Lama gaklah Kakak muncung. Setengah jam tue confirm arrr...isk isk..sabar yea sayang. ...Nanti bila tiba ulangtahun kelahiran kakak, ummi belikan yea..
     Dan hari ini jatuh ulangtahun kelahiran kakak yang ke 5. Saya pulak tak berapa sihat. SElsema + Demam, jadi tak tahulah nak buat ker idak..
     Cadangnya nak buat hari sabtu ini di rumah mak. Kakak awal awal lagi nak kek barbie pastue nak skuter barbie..Alahai sayang..kopaklah ummi camnie.
     Apapun ummi nak ucapkan Selamat Ulangtahun KElahiran Buat Kakak jua Kak Adik. Ummi berharap sangat anak ummi menjadi insan yang berguna, bukan untuk ummi saja malah untuk masyarakat umumnya. Ummi berdoa kakak dan kak Adik akan beroleh kejayaan di dunia dan jua di Akhirat Sana. Ummi sentiasa mendoakan anak ummi ini sentiasa dipanjangkan  umur dan dijauhkan dari bala bencana. Aminnnnnn..
Kek Kak Adik

ha...mengenai Skuter Ben 10, kalau ada yang berminat, boleh lihat di http://mainancollection3d.blogspot.com/ harga nya dalam RM68 jea sekali ngan penghantaran.

14 October 2011

LELAKI YANG DITARIK WANITA MASUK KE DALAM NERAKA

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(Teringat kat abah...huhuhu)



2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(Teringat kat abang...isk..isk..)

3. Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Teringat kat Along...ermmm...)

4. Anak-anak lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(Takde agi...hehheheh)


Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Jadi marilah kita iaitu kaum wanita bersama menjaga diri agar 4 insan yang kita sayangi ini tidak dihisab ke neraka dan tidak terhumban ke neraka gara gara kerana kita yang tidak pandai memelihara diri.
Macam nie kan bagus...

DOA PENDINDING

    Assalammualaikum..

     Pagi Jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi satu doa di mana Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kita umatnya mengamalkannya. Doa ini andai dibaca 3 kali waktu pagi dan 3 kali waktu petang akan terhindarlah kita dari kemudharatan sepanjang hari tersebut. Insya allah...

Bersamalah kita mengamalkannya. Aminn...

11 October 2011

SUPRISESSSSSSSSSSS...........!!!

  
   Hujung Minggu baru baru ini saya mengunjungi rumah mak. Lagipun dah lama tak pergi umah mak. dah lama gak tak jumpa ngan abah.  Kami sekeluarga sampai di rumah mak dalam pukul 9.30 pagi. Sarapan di rumah mak. makan makan, borak borak, sedar sedar dah tengahari. Saya pun siapkan makanan tengahari. Buat simple jea. Ayam goreng berempah dengan Sotong tepung dan mak menambah buat ikan merah masak asam pedas....Nyummy..
    erm..lupa plak nak cakap..abah takde kat umah. Pergi mana ntah. Dah siap makan tengahari itu, abah pun sampai. Abah pun ucapkan selamat hari lahir untuk saya. Memang hari itu adalah hari kelahiran saya. Sedih campur seronok sebab abah ingat gak akan hari lahir saya. Saya pun bersalam ngan abah. Abah keluar semula, tiba tiba si kakak bawak masuk sekotak kek dan abah menghulurkan satu beg plastik untuk saya. Katanya hadiah. Terkejut + terkelu..tak sangka kan dalam tua tua begini ada gak kejutan yea..
    Alahai...so sweeet + terharu.....Dalam usia 32 tahun ini, abah masih membelikan hadiah untuk saya...terharunya..saya buka beg plastik. Rupanya sepasang baju kurung pesak...cantiknya..pandai abah pilih. Saya terus masuk bilik dan mencuba. Memang muat. rasa nak nanes nie...abah masih tahu saiz saya...uwawawawawaw...nak nanes..sedihnya..
    Mekacih abah..kek yang abah belikan pun sebab..3 dara tak putus putus makan..asyik menambah jea..Apa yang buat saya sedih + terharu ini, abah kan dah tua..SAya masih berharap masih dapat bertemu abah di tahun hadapan. Bukan hadiah yang saya mahukan cukuplah sekadar ucapan. Saya tak mahu ini menjadi hadiah terakhir dari abah.. Ya Allah panjangkanlah umur abahku, mak ku..keluargaku jua muslimin dan muslimat.

p/s : hadiah dari abang tak dapat lagi...postpone katanyer..isk..isk..isk..