16 January 2013

LNPT..jujurkah?

Assalammualaikum

Entry kali ini saya sekadar nak berkongsi dan memberi pandangan mengenainya. Moga apa yang baik boleh kita ambil sebagai panduan jua iktibar.


Penjawat awam pasti amat familiar dengan LNPT. Secara ringkasnya, saya ingin menerangkan bagi yang tidak biasa dengan perkataan ini, LNPT adalah penilaian penjawat awam berdasarkan kerjanya sepanjang tahun  dan ia dinilai oleh pegawai/ ketua nya. Dan Penilaian yang diberikan sedikit sebanyak boleh menganggu secara keseluruhan rekod penjawat awam tersebut. 

Apa yang saya lihat, dengar, kebanyakkan ketua menilai bukanlah berdasarkan prestasi seseorang anak buah tue sebaliknya lebih kepada hubungan peribadi. Buatlah kerja banyak mana sekalipun andai tiada hubungan yang baik atau dalam erti kata lain "tak reti membodek" markah anda setakat cukup makan jealah yea. Andai pandai membodek, markah nya kalau dilihat boleh senyum ke telinga bagi yang dinilai. Pelik tapi itulah realitinya. Buatlah kerja dengan bagus dan sempurna sepanjang tahun tapi andai di hujung tahun ada pendapat yang tidak seiring dengan bos, siaplah ko. Memang terkejutlah tengok markah nanti. 

Adilkah begini? Saya tidak bercakap berdasarkan sistem yang sedia ada. Saya bercakap dari sudut peribadi manusia. Mungkin hari ini kita berkuasa, tapi ingat siapa kita esok adalah apa yang kita lakukan hari ini. Doa mereka yang kita aniaya sentiasa dimakbulkan. Jangan mengeluh, andai rezeki tersepit, andai ada anak yang tidak menjadi, andai ada kesusahan yang sering berganti. Lihat ke belakang andai semua terjadi. Lihatlah semula apa yang pernah kita lakui. 

Kepada semua tak kiralah sesiapa..jujurlah dalam menilai, berilah apa yang sewajarnya diberi tanpa diganggui secalit emosi. Tak rugi berlaku baik sesama manusia, habuan nya bukan sedikit malah membukit.

No comments:

Post a Comment