Pagi ini abang takde, pagi pagi lagi abang dah kuar, ada urusan kerja. Sebelum pergi abang ada belikan nasi lemak untuk kami anak beranak.
Bila dah bangun 3 dara, macam macam aktiviti kami buat bersama, sarapanlah, sidai baju lah tapi tang nak berkemas tue agak mencabar skit. saya cuba berkemas biar sedikit kesabaran agak tergugat. Mana tak nyer, kemas depan, belakang bersepah, kemas belakang, depan plak bersepah. Macam macam kan. bila dah agak selesa skit (nampak kemas skit) saya paksa 3 dara tidur. Siap ugut lagi, saper tak tido, ummi taknak bawak dia pergi taman (taman permainan). Kebiasaan sabtu petang kalau takgie ke rumah nenek, saya akan bawa 3 dara pergi ke taman permainan.
Tapi bukan satu perkara yang mudah untuk 3 dara tidur, macam macam dialog akan keluar bila diminta tidur ,
ummi, dahagalah
ummi, laparlah
ummi, tengok kakak tue taknak tidur
Padahal masing masing baru jea mkn n minum sebelum saya paksa tidur. Akhirnya ketika masing masing sedang hampir nak tidur, saya dengar ketukan pintu. Rupa rupanya, mak abah bersama adik saya yang bongsu datang. Akibatnya meluru lah 3 dara turun meyambut atuk ngan neneknya datang. Gagal gaklah misi saya.huhuu
Bukan main gembira lagi 3 dara. Almaklumlah...kalau ada atuk ngan nenek, saya jarang memarahi 3 dara. Kakak siap tunjuk kertas peperiksaan nya kepada atuk, nenek ngan usu (pak usu nie, kesayangan 3 dara). Kakak juga bukan main teruja cerita yang dia dapat no. 4. Hai..lah kakak, jangan berbangga sangat yea sayang. Akhirnya seprti biasa, kakak dan kak adik ikut atuk n neneknya balik ke rumah nenek. Abah siap pesan lagi.
"nanti adik(panggilan tuk saya), datanglah rumah, ambik"
hahahhah...confirm lah saya kena datang, takkanlah nak biarkan 2 dara tue ngacau nenek. Nenek belum sihat sepenuhnya lagi.
Sebenarnya coretan ini saja saja jea, saya gembira sebenarnya, tengok mak sihat. Dah laju bergerak. Mesti ramai yang terkejut ngan perubahan singkat akan kesihatan mak saya kan. Di blog ini, ada saya tulis mngenai mak saya yang diserang strok (minor strok) atau lebih dikatakan angin ahmar. Alhamdulillah..selepas sebulan lebih mak diserang strok sebelah badan, mak sudah mampu berjalan sendiri, cuma tangan kanan mak tak berapa kuat lagi. Nak bersalam dah boleh, masak skit skit dah boleh, cuma tak kuat skit. Apa apa pun, mak masih berubat lagi. Insya allah dengan izin Allah mak akan sembuh. Apa jua yang berlaku sekarang nie, semuanya berlaku hanya dengan izin Allah.
Nanti di ruangan lain, saya akan cerita dengan siapa, dengan apa mak saya berubat sehingga mak sihat seperti hari ini. Insya Allah yea.
p/s : puteh tak ikut atuk ngan neneknya kerana tak cukup umur (hehehe)
No comments:
Post a Comment