13 June 2012

KAHAK..BATALKAH PUASA?

Assalammualaikum,


   Hujung rejab ni, pasti ramai yang berpuasa sunat juga ganti. Bila mula nak puasa ni, macam macamlah persoalan lama timbul kembali, mulalah nak jadi empunya anak kecil, mulalah yang dah tahu jadi tak tahu, yang konpius makin konfius. Jadi saya pun tak terkecualilah juga. tapi takper...bila tak tahu, kita cari sampai tahu, jangan tak tahu tapi buat tak tahu juga. Itu sombong namanya yea.
   Kali ini saya nak mengupas perihal kahak. Saya rasa ramai di antara kita nak tahu perihal kahak ini terutamanya bila berpuasa. Bila mula puasa ini, kita pasti asyik nak telan air liur samada sengaja atau tidak yea, tapi kadang kadang tue kita rasa cam ada jea kahak yang tak lepas di lelangit kita nie yea. Mula lah hati tertanya tanya, telan kang batal tak, kalau tak telan plak, nak buang macam tak lepas kan. Jadi untuk menjawab persoalan ini, jom kita jenguk kat bawah nie.



Menelan air liur dan kahak
Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini.                (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.
     Ha...dah jelas dah yea. Pasnie jangan dah rasa was was. Bolehlah kita semua berpuasa dengan senang hati yea. Ingat, was was tue mainan syaitan.

p/s : Selamat berpuasa

05 June 2012

CEKODOK PISANG

Assalammualaikum

   Entry kali ini takde apa apa sebenarnya pun. Sekadar nak ajak menjenguk skit kuih kegemaran saya. Apa lagi kalau tak cekodok pisang.hehe..cekodok pun nak masuk blog yea..hahahha..tak kira, nak masuk gak. kan kegemaran ummi tue. Apa saja yang berkaitan pisang, semuanya saya suka. Tak kiralah lepat pisang ke, pengat pisang ke, pisang goreng ke.
   Jadi untuk entry kali ini, apa kata kita layan gambar jealah yea...heehheh

pisang yang menunggu masa untuk dilenyek. lama dah pisang ni dok kat peti.

sedang dilenyek.

sedia untuk digaul dengan tepung

Hampir sebati

Dah pun sebati. Tunggu masa untuk digoreng jea.

Dah pun berada kat kuali

Dah siap

Senang jea kan..tak payah beli kat kedai. Jimat 5 hinggit...hehhe

tue jealah yea entri kali ini.

25 May 2012

TERSENTAP...

                                                                Assalammualaikum.


                             Entry kali ini lain sikit kan bunyinya...macam nak marah jea..oklah ceritanya begini.
    Saya melihat orang sekarang suka benar benar 'sentap'kan orang. Kadang kadang elok elok mood orang tue okay, si member nie leh plak sentap kan si kawan tue..Perkataan baru ini.
    Sentap atau tersentap adalah merujuk perubahan wajah, sikap seseorang apabila dirinya ditegur/dimarah dalam keadaan yang memalukan. Samaada dia khalayak ramai atau berdua duaan. Kebiasaan perkara ini terjadi di khalayak ramai. Kebiasaan orang yang suka menyentap orang ini lebih bertujuan untuk memalukan orang berkenaan, motif...hanya dia aja yang tahu.
   Saya sendiri pernah dan banyak kali disentapkan oleh mereka yang berperangai begini. Kebiasaan bila disentap saya hanya berdiam diri, malas nak layan, paling tidak pun hanya meluah rasa di kalangan sahabat baik. Nasihat seorang teman, dia minta saya cuba menyentap si penyentap sekali sekala. Buat hanya untuk mengajarnya agar tahu menghormati orang lain.
   Dan hari ini..perkara itu terjadi...naik lucu gak bila lihat muka si penyentap ini. Marah betul dia bila saya sentapkan dia. Bukan main kuat lagi suara dia membalas bila saya  menyentapnya. Aik..tahu plak emo yea..abis selama nie dok menyentap saya, tak fikir plak akan perasaan saya yang disentap. Amboi..amboi..
    Dan saya harap, si penyentap ini akan mula memikir semula setiap kali ingin menyentap orang. Kadang kadang kita tidak boleh berdiam diri sahaja setiap kali mereka mereka ini asyik menghentam kita. Kita perlu bangkit, mempertahankan diri, menunjukkan kebenaran agar si penyentap tahu kita juga ada harga diri yang perlu dihormati.

p/s  : kadang kadang pelik dengan perangai yang tak reti menjaga perasaan orang. Bercakap ikut suka, bahasa  tidak dijaga tapi bila dibagi sedas dua, melentingnya sampai tak ingat dunia.

09 May 2012

Dah Puasa Ganti?

    Assalammualaikum




    Hari ini bersamaan 17 Jamadil akhir. Ini bermakna rejab bakal memunculkan dirinya tak lama lagi. Bila dah mula nak masuk rejab ini, akan ramailah kaum muslimat kita berpuasa beramai ramai. Cari geng lah katakan. Mana yang belum ganti puasa, masa nilah mula berkira kira untuk berpuasa. Jadi post saya kali ini, hanyalah sekadar nak mengingatkan kaum muslimat di luar saya termasuk diri saya sendiri untuk melangsaikan hutang puasa tahun lepas.
    Ingat, andai kita tak mengantikannya maka tahun akan datang kita tetap kena ganti puasa seperti biasa tetapi ada penambahannya iaitu kita wajib membayar fidyah. Jadi andai puasa kita tidak diganti tahun ini, maka tahun depan kita wajib mengganti puasa dan membayar fidyah. Jangan pula kita ingat puasa itu tak payah diganti tapi hanya perlu membayar fidyah yea..salah tue.  Jadi kepada sesiapa di luar sana marilah bersama, kita melangsaikan hutang puasa kita yea.
    Mengenai niat puasa ganti pula mudah aja. Niat itu tidak menuntut kepada satu lafaz ayat yang khusus, cukup dengan pada malamnya kita berniat untuk puasa ganti pada esok hari kerana Allah S.W.T. 

contoh ayat: "sahaja aku puasa ganti yg diwajibkan atasku esok hari kerana Allah S.W.T." 

       Jadi kepada adik adik, anak anak jua kaum muslimat di luar saya, Selamat Berpuasa yea.