29 July 2010

Demam - Ada hikmahnya...hmmmm

 
     Nampaknya bulan julai semakin menemui penghujungnya. Jadi sebelum julai melabuhkan tirainya ingin saya mencoret sesuatu di sini. Bulan julai ini saya dan anak anak mengalami demam dan muntah muntah dan bila dihitung kembali, ada hikmah di sebalik sakit ini.
     Selasa lepas berakhirlah nisfu sya'ban. Kebiasaan umat islam akan berpuasa sunat pada siang nisfu sya'ban setelah pada malamnya membuat amalan sunat seperti zikir dan mengaji. Saya tidak berkesempatan kerana badan yang tidak sihat. Pagi isnin tu, saya mengalami muntah muntah di ikuti demam. Memang mengigil badan dibuatnya. Kakak dan kak adik turut sama mengalami kecuali puteh dan abang. Sampai lembik badan kakak dan kak adik disebabkan muntah muntah yang agak berterusan. Disebabkan kat pejabat saya ini tak boleh el, digagahi jua masuk pejabat. Kakak dan kak adik serta puteh, saya hantar ke taska seperti biasa. Namun saya peringatkan kepada cikgu agar memberitahu kepada saya andai keadaan kakak dan kak adik lemah.
     Dalam tengahari saya muntah di pejabat, mujur sempat masuk tandas , kalau tak, tak tahulah nak cakap camaner lagi. Abang nak datang ambil di pejabat tapi saya malas nak nyusahkan dia lagipun selepas muntah tadi badan terasa segar sikit cuma kepala masih berdenyut.
     Banyak kali juga saya menghubungi taska untuk mengetahui perkembangan kakak dan kak adik namun saya dimaklumkan keadaan mereka stabil. Jadi biarpun kepala masih berdenyut namun saya masih mampu menarik nafas lega mendengar keadaan kakak dan kak adik yang stabil.
    Namun apabila mengambil kakak dan kak adik dari taska, darah terasa naik mendengar pengakuan kakak.

    "ummi, tadi kakak muntah, kakak tak sempat pergi tandas, kakak muntah kat tilam,
     cikgu pukul kakak kuat kuat kat badan, kakak nangis" adu kakak
  
    " abis saper pujuk kakak" soal saya
     "kak adik yang pujuk, cikgu tak pujuk" jawab kakak.
     "saper nama cikgu"
     "cikgu tak kenal nama" jawab kakak.

    Memang dalam 2 minggu nie ada beberapa cikgu baru di taska kakak. Panas benar hati. Saya memang tak kisah kalau cikgu nak pukul untuk mengajar tapi tengoklah keadaan. Mana saya tak marah, kakak dipukul hanya kerana termuntah, cepat tangan betul cikgu kakak nie. Dan petang itu saya pulang ke rumah dalam keadaan marah+geram+kesal ...semua bercampur baur. ditambah lagi dengan kepala yang masih berdenyut ini. Emosi saya memang tidak stabil. Saya tak dapat bayangkan betapa tergamaknya seorang guru sanggup memukul anak kecil yang tidak berdaya gara gara kerana termuntah di tilam. isk geram saya, sedangkan tadi dah banyak kali saya telefon bertanyakan keadaan kakak dan kak adik. Turut juga saya maklumkan kalau kak adik dan kakak muntah tolong beritahu saya. Dan saya sanggup waima datang ke taska semata mata untuk membersihkan tilam kakak yang muntah, tapi saya tak dimaklumkan apa apa. Disinilah saya benar benar amat kesal.

     Keesokkan ari nya saya cuti, dan lusanya saya mula bekerja setelah semuanya kembali sihat. Namun begitu aduan kakak buat mood yang mula nak ok kembali kecamuk.

       "ummi, getah kakak nak putus (getah rambut), ummi amik yang baru yea nanti cikgu cubit" adu kakak
       "aik, getah putus pun cikgu nak cubit, cikgu yang mana nie kakak" soal saya
       "cikgu yang pukul kakak muntah" jawab kakak.

     Berdesing jugaklah telinga. Terasa melampau pulak cikgu nie. Kalau dah tak minat profession sebagai seorang guru, lebih baiklah jangan mohon. Nanti makin teruk anak orang dibuatnya. Bila saya tanya pendapat beberapa orang teman, semua minta saya mengadu kepada penyelia terbabit agar tindakan dapat di ambil.  Dalam 2, 3 hari ini memang saya agak serabut juga memikirkan masalah ini. Saya bukannya apa, saya taknak nanti apa yang berlaku akan menimbulkan kurang minat kakak untuk ke sekolah.

     Akhirnya saya ambil keputusan, buat masa ini saya masih boleh bersabar dan cuba bertolak ansur tapi andai berlaku lagi selepas ini, saya tidak akan teragak agak untuk melaporkan perkara ini kepada penyelia. Saya turut berharap dan berdoa agar perkara ini tida akan berulang lagi. Kesimpulan di sini, demam dan muntah muntah yang dialami oleh anak anak saya itu mungkin satu petunjuk, iyealah kalau tidak kerana sakit yang dialaminya itu, tidaklah saya tahu apa yang berlaku sebenarnya di taska. Sekadar terima aja. Sekurang kurang kali ini saya akan lebih berhati hati dan prihatin terhadap anak anak dan jua cikgu kepada anak anak saya. Tidaklah sekadar hantar pagi dan ambil pada petangnya pula kan.

      Namun begitu di sini saya ingin menyatakan pendapat kepada insan di luar sana terutama kepada mereka yang berkerja di taska taska, amanahlah pada apa yang anda pegang, anda minta. Kita yang minta kerja ini jadi berusahalah melakukan yang terbaik. Kalau anda rasa anda tak mampu untuk bekerja dengan baik, adalah wajar anda berundur dari terus menyakiti si kecil yang tidak tahu apa apa. Ingat..mungkin ibu bapa si kecil tak nampak apa yang anda buat/ lakukan dan jua si kecil tak mampu berbuat apa apa tapi Allah maha mengetahui, maha melihat setiap perbuatan anda. Jadi saya mohon, amanahlah pada apa yang anda pegang dan anda minta. Cukuplah untuk kali ini. 

21 July 2010

Selamat Hari Lahir Sayang...

  

   Agak sibuk bulan ini sampai kekurangan masa untuk menulis. Sejak putih makin lasak, saya merasa begitu amat letih. Rasa macam tak cukup waktu untuk rehat. Jadi sebelum Julai menemui penghujungnya ingin saya mencoret sesuatu di sini. Bulan julai begitu istimewa bagi saya kerana bulan ini merupakan bulan kelahiran suami. Ermm..agak sedih gak sebab tiada apa apa yang boleh diberikan untuk suami. Nak cari hadiah pun tak punya masa, nak masak yang special pun tak sempat maklumlah tarikh nya jatuh pada waktu bekerja.

   Sebagai ibu yang berkerjaya agak payah untuk saya mencuri masa. Emm..saya tahu ini cuma alasan, tapi itulah kenyataannya. Hanya ucapan yang mampu diberikan. Walaupun abang nampak tak kisah tapi tetap terasa ralat di hati ini. Tahun lepas walau tak sempat beli hadiah sempat jua beli kek untuk diraikan tapi tahun ini satu benda pun tak ada. Maaf yea sayang.

  Namun begitu selepas mengambil kakak, kak adik dan puteh dari taska. saya telah mengajar kakak dan kak adik untuk wish abang. Agak payah gak mungkin sebab masing masing kepenatan. Namun dalam tempoh sejam saya tetap melatih dorang sehingga mahir.

  Akhirnya setibanya ayah mereka sampai, kakak dan kak adik terus berlari meluru menyambut ayah sambil mengucapkan selamat hari jadi. Wajah abang tampak girang namun begitu abang memperbetulkan ucapan kakak dan kak adik. Bukan selamat hari jadi tapi selamat hari lahir. opsss...saya tersilap di sini.hehehe

  Apa pun saya harap abang bergembira. Terima kasih kakak dan kak adik kerana bantu ummi. Diharapkan jua abang panjang umur, murah rezeki dan sentiasa membimbing saya dan anak anak ke jalan yang diredhai. Insya allah. love u hubby.

* p/s : puteh tak amik bahagian kerana tak cukup umur lagi.heheh

19 July 2010

Puding Pelangi


Sebenarnya nak kongsi bersama resepi ini. Selalu buat bila nak puasa. Tak lama lagi kan bulan puasa jadi marilah sesama kita kongsi. Tak payah dah beli kat luar, almaklumlah gula pun dah naik kan, jadi buat sendiri dapat jimat kos. Nama puding nie sajer jea letak pelangi sebab tak tahu nak letak nama apa. Sebab kebetulan warna warni so terus letak sebagai puding pelangi.

Jom kita cuba resepi ini

Bahan-bahan:-

1 peket agar agar (biasa buat agar agar yang ada gambar burung layang layang)
6 cawan air
2 cawan gula (kalau taknak manis boleh letak 1 1/2 cawan jea)
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
6 biji telur (kalau tak suka rasa telur, boleh letak 3 biji jea)
2 sudu planta
2 sudu gula
pewarna (ikut suka)
esen vanila (kalau suka)

Cara Membuatnya:-

1. Rendam 1 peket agar agar sehingga lembut
2. Masak 6 cawan air atas dapur dengan api yang sederhana
3. Setelah air mendidih, masukkan 1 peket agar agar
4. Dalam bekas yang berlainan, pukul kesemua telur bersama 2 cawan gula sehingga sebati (pukul dengan garpu jea)
5. Masukkan tepung kastard, pukul hingga tiada ketulan.
6. Setelah agar agar tadi sebati (tiada ketulan), masukkan telur, gula dan tepung kastard yang telah dipukul tadi. Pastikan api perlahan.
7.Masukkan susu cair
8. Masukkan esen vanilla (kalau suka, tak masukkan pun takper, biasa saya tak masukkan)
9. Masukkan 2 sudu gula dan 2 sudu planta, Kacau hingga sebati. Tutup api.
10. Bahagikan kepada 3 bahagian (terserah kalau nak buat banyak warna, lagi banyak bahagian kena bahagi)
11. Letakkan warna pada setiap bahagian. Setiap bahagian satu warna.
12. Dah siap, letakkan ke dalam loyang, letak secara silih ganti, agar warna tadi berselang seli. Letak secara tindan menindan.
13. Dah siap sejukkan di luar peti, setelah agak sejuk, baru masukkan ke dalam peti ais. Sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba

28 June 2010

Akhirnya terjawab sudah persoalan itu "Sanggul Tinggi"

Assalammualaikum.

Sejak akhir akhir ini ramai yang tertanya tanya dengan tajuk ini. Tak kurang juga memperdebatkannya. Semuanya berlaku sejak pemakaian tudung Indonesia mula mendapat tempat di hati kita. ada juga yang menngelarkan tudung mudah sarung.

Disini saya sertakan hadis serta aktikel berkenaan.

Assalamualaikum Warahmatullah.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan.
(Riwayat Muslim).

Saya kira inilah hadis (di atas) yang dimaksudkan itu. Sepertimana yang telah dijelaskan oleh beberapa ahli iLuvislam dalam thread ini, maksud hadis seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga. Mereka yang tidak menutup aurat ini selalunya bersanggul tinggi untuk manarik perhatian lelaki dengan keadaan sanggul mereka itu.

Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya dan juga tidak manafikan maksudnya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya serta keadaan sanggul tersebut yang tidak tinggi dan keterlaluan sehingga menarik perhatian lelaki.


Wallahualam.

artikel ini saya perolehi dari laman web iluvislam.com. Semoga dengan huraian ini maka sedikit sebanyak persoalan mengenai "Sanggul Tinggi"  ini sudah terjawab. Amin.