20 December 2012

KOS PERBELANJAAN KEMASUKAN DARJAH 1

Assalammualaikum


Lama benar tak mencoret sesuatu di sini. Kebelakangan ini agak sibuk dengan kerja dan persiapan kakak. Tahun depan kakak dah masuk darjah satu. Sekejap je masa berlalu, rasa cam baru semalam jea, kakak baru bertatih, berjalan. Cam tak dapat terima jea kakak dah besar...heheh..mula lah nak ngarut tue yea ummi.

Dengan ekonomi yang agak tinggi ini, saya dan abang membuat keputusan untuk membeli segala kelengkapan kakak mengikut kata pepatah "alah membeli, menang memakai". Sebelum membeli, kami  ada juga lah membuat sedikit servey (sebenarnya bertanya dengan mereka yang berpengalaman) mengenai tahap mutu barangan/ pakaian persekolahan. Jadi setelah bertanya serba sedikit, akhirnya barulah kami semua mula membeli belah. heheh

Bagi pakaian, kami telah membeli 6 pasang, (3 pasang sekolah rendah dan 3 pasang untuk sekolah agama)
Bagi kasut pula 4 pasang (2 pasang untuk sekolah rendah dan 2 pasang untuk sekolah agama)
Stokin dan barangan lain kami sediakan mengikut anggaran aja. Bagi ibu bapa yang berkerjaya ini amatlah perlu untuk menyediakan keperluan lebih sikit, senang tak payah basuh banyak kali. Tapi kira oklah kami hanya 6 pasang, ada sesetengah siap sedia 10 pasang agi, senang katanya. 

Dan di bawah ini saya senarai kan sedikit perbelanjaan

Baju Putih (Canggih) 2 helai    =   RM24.00 x 2  =  RM48
Baju Putih (kedai tue jahit sendiri) 4 helai   =  RM 21.00 x 4   = RM84
Kain Biru tua (canggih) 2 helai = RM27 x 2   =  RM54
Kain merah (sek.agama) 3 helai   = RM16.10  x  3   =   RM48.30
Tudung Express (Awning)   =   RM15  x  2  =  RM30
Tudung bulat 2 lapis  =  RM 12  x  1  =  RM12
Baju inner  =  RM12.90
Baju singlet   2 helai  =  RM5 x 2   = RM10
Stokin Barbie (pilihan kakak)  3 helai  =  RM13.90
Kasut B First  2 pasang  =  RM19.90 x 2   = RM39.80
Kasut B First  =  RM23.90
Kasut B First   =  RM29.90
Beg Swan beroda =   RM69.90
Peralatan Tulis + Pensel Box  = RM20

JUMLAH KESEMUANYA 
(tue semua harga diskaun yang telah ditolak 10%) 
RM 496.60

ermm...lap peluh jap...

tue belum masuk lagi buku untuk sekolah rendah dan sekolah agama, dan



lap peluh lagi...


belum lagi yuran sekolah rendah dan sekolah agama

Kesimpulannya, nak masuk sekolah rendah pun dah macam nak masuk universiti.

Memang ada baju yang jual sepasang ngan kain dengan harga RM35 dan lain lain harga lagi namun seperti yang saya jelaskan di atas tadi.. saya dan abang lebih senang membeli yang elok dan tahan lama. Kain yang saya beli juga adalah jenis yang tak turun warna, jadi kakak  boleh pakai sehingga hujung tahun. In sha Alah.

Jadi kepada para ibu bapa yang ingin membuat persiapan sekolah anak pada tahun tahun yang akan datang, eloklah merancang dari sekarang. Mana yang boleh beli dulu, beli lah agar tak terkejut di hujung hari....heheh

p/s   :   nanti saya akan update mengenai yuran plak yea. In sha allah.