23 September 2011

DIANA AMIR BERTUDUNG

Diana Amir bersama Wardina

    Siapa di sini yang mengenali pelakon yang bernama Diana Amir ini. Saya sejujurnya tidaklah jua mengenali Diana Amir ini. Namun saya mendapat tahu yang baru baru ini Diana Amir berkeputusan untuk mula dan terus bertudung. Alhamdulillah.
    Namun begitu, antara sebab saya menulis perkara ini adalah kerana saya tertarik dengan ceritanya yang mengatakan antara faktor dia ingin bertudung adalah kerana sering bermimpi mengenai Hari Kiamat. 
     Sejujurnya melihatkan keadaan duniawi jua penghuninya, saya yakin yang anda di luar sana mungkin sependapat dengan saya iaitu kita kini sudah berada di dunia akhir zaman.
      Namun apakah persiapan kita..? Apakah bekalan kita? sedangkan kita pasti yang mati itu pasti, di mana kita tidak tahu bila dan bagaimana keadaan kita ketika ajal datang menjemput. Subhanallah...mengenangkan itu semua saya jadi tidak tentu arah dibuatnya.
     Bagaimana keadaan saya di sana dan bagaimana keadaan 3 dara di sini. Sungguh...saya juga belum bersedia untuk menghadapinya. Untuk itu, saya dan jua mereka di luar sana perlu berubah. Berubah ke arah yang lebih baik.
     Untuk itu kepada anda di luar sana, yang sedang melakukan perubahan ke arah kebaikan. Tahniah saya ucapkan. Moga kita sentiasa beristiqamah dengan setiap perubahan yang kita lakukan.

16 September 2011

CUTI OH CUTI

     Hari ini cuti am bagi semua rakyat Malaysia di mana kita meraikan Hari Malaysia. Hari yang jatuh pada bln syawal. Jadi bila jatuh cuti pada hari ini ibarat bulan jatuh ke riba lah yea.
      Pagi pagi lagi dah bangun tuk kemas memandangkan ada tetamu nak datang ngan menginap di teratak kami sekeluarga. Jadi di samping mengurusi 3 dara, sambil sambil buat kerja yang lain.
      Pening juga memikirkan menu untuk tetamu, ini kerana lauk yang dirancang tiada di pasaran...hehehh
Akhirnya buat menu simple jealah iaitu Gulai kari ayam, Udang goreng tepung, Telur dadar dan sayur kangkung. Jadilah dari takde kan. Sesungguhnya meraikan tetamu itu akan mendapat keberkatan.
     Apa yang saya merepek ini. SEbenarnya ngah penat sangat nie. Oklah..ada masa saya nulis lagi.

13 September 2011

BICARA HATI


Hati Resah Jiwa Gundah
Punca Apa Sukar Dikata
Mencari Nur Kasih Di Depan Mata
Atau Jauh Nun Di sana

Hati Resah Jiwa Gundah
Di Mana Gerangan Di Mana Bayangan
Atau  Sekadar Bisikan Syaitan
Yang Suka Akan Perbalahan

Marah Tiada Bersebab
Rajuk TIada Pujukan
Hati Terperuk Kesepian
Tiada Siapa Endahkan

Langit Yang Cerah Tidak Kuendahkan
Pelangi Yang Datang Lalu Dibiarkan
Mentari Cuba berikan Sinar
Hujan Jua Yang ku Mahukan

Untuk Apa dIratap Hati Yang Nista
Amarah Yang ada dibiar Berpanjangan
Sukakah Melihat Dia derita
Menanggung Rindu Dalam Seksa

Usah Ditambah Bara yang Tiada
Sekam Pasti datang Membakar
Sejuk yang datang jangan dipanaskan
Carilah Embun penawar Bara

Marah Biarlah Berpada
Kelak Hati mErana
Elok Putih Menjadi Hitam
Elok Permata Menjadi Kaca

Ajaklah Hati Muhasabah Diri
Pujuklah Hati Ketepikan Egois
Tiada Insan Sempurna Di Fana Ini
Selagi Bergelar Manusia
Kesilapan itu Pasti terjadi

Putihkan Hati Senyum Di bibir
Jangan Dibiarkan Si Tanduk Menguasai Diri
Kelak Diri sendiri Yang Rugi
Silap Sekuman Padahnya Selautan


Untuk Itu Bersamalah Toleransi
Salah Jangan Dicari Tapi Tak salah Jika Dikaji
Agar Silap Tidak Lagi Terulang
Luka TIada Parut pasti hilang