29 July 2011

MERAH, BIRU, KUNING?

      Hari ini pasti ada yang terbayang bayang lagi akan aksi pasukan Harimau Malaya. Akhirnya Malaysia tewas 6-4 dengan Singapura. Apa pun biarpun tidak meminati sukan ini, pada saya kemampuan pasukan harimau malaya jangan dipandang sebelah mata. Bakat yang ada pada Safee Sali juga Khairul Fahmi perlu diberi perhatian. Jangan dipersiakan...
    Semalam kami menemani abang menonton bola. Baru perasan, abang sorang jea jejaka di rumah yea. Cian abang. Takde geng. Semalam Harimau Malaya memakai jersi bewarna biru manakala pasukan singapura berbaju merah. Saya bertanya kepada 3 dara akan pasukan mana yang mereka sokong. hahaha...macamlah dorang tahu pasal sukan bola sepak ini yea.

Saya        : Kak adik sokong warna apa?
Kak adik : Warna Merah (Kak adik memang fanatik warna merah) hehehh
Saya        : Kakak sokong warna apa?
kakak terus tanya abang akan warna apa yang abang sokong. abang menjawab "Ayah sokong biru"
kakak pun menjawab.
Kakak     : Kakak biru (tiru ayahlah tue)
Saya        :  ha...puteh sokong apa yea?
Puteh       : uning (kuning)
Kami berempat serentak menoleh ke arah televisyen. Mencari warna kuning yang dimaksudkan oleh puteh. Rupanyer...
Saya        : isk...itu pengadil lah puteh, pengadil mana ada main...isk ..isk...
kami semua ketawa besar malam tu. Puteh hanya terpinga, tak tahu kenapa dia digelakkan. hahahahha
lepas itu kakak dan kak adik bertanya kepada saya pula.
Kakak dan kak adik : Ummi warna apa plak..?
ermm...nak sokong biru, dah 2 orang sokong biru, nak sokong merah...memang jangan haraplah saya nak sokong singapura tue..nak sokong saper yea... kalau sokong biru jugak mesti kak adik nangis sebab kakak dan ayah dah sokong biru. Mesti kak adik fikir yang abang dan saya sokong kakak. Alah bukan dorang tahu apa pun pasal bola. Akhirnya...
saya       : haaa..ummi sokong hijau.
Kedua mata kakak dan kak adik menoleh ke televisyen.
kakak    : ummi, hijau tangkap bola, mana ada main. (merujuk kepada keeper malaysia)
saya      :  isk...dia pandai main tau...
Akhirnya bila kakak dan kak adik lihat keeper malaysia cekap menangkap bola, kakak terus nak tukar sokong, dari biru ke hijau. Manakala kak adik tetap tegar dengan merah. Fanatik colour merah tul lah kak adik nie.
Habislah rumah kami malam tadi dengan keriuhan jeritan " Merah...Hijau...Biru" hahahahha..lawak.
Kak adik plak tak banyak  menjerit tapi banyak mengomel. Dia kata
"ummi, merah nie malas lah, asyik tidur, asyik baring, asyik duduk jea"
hahahhah...masa ini saya gelak. Si kecil pun tahu yang pemain singapura banyak mengelat. Kot yea pun nak menang, janganlah guna taktik begitu. Anak saya yang tak tahu apa apa pasal bola pun tahu cakap. Apatah lagi mereka yang pengkritik bola. Apa nak kata, sudah suratan bukan rezeki Malaysia.

Apa pun tahniah pada Pasukan Malaysia terutamanya kepada Safee Sali dan Khairul Fahmi! (si Hijau) heheh



28 July 2011

Bahasa Anak..Fahamkah kita?

Saya tertarik dengan artikel ini yang saya dapati di http://saifulislam.com/?p=5386 , jadi saya ambil isi yang penting yang saya rasa dapat dijadikan renungan dan pengkongsian bersama. Semoga kita dapat manfaatnya.

FAHAMI JIWA ANAK

Semasa anak-anak masih kecil dan bercakap dengan bahasa-bahasa yang pelik itu, kita sentiasa tahu dan faham apakah maksud yang cuba disampaikan. Terasa begitu istimewa hubungan kita dengan anak-anak apabila kita sebagai ibu dan bapa menjadi satu-satunya manusia yang faham bahasa anak kita. Istimewa.
Namun mengapa semakin anak kita bercakap betul dengan perkataan-perkataan yang semakin bertambah, pelbagai dan serupa dengan dialek ibu bapa, kita menjadi semakin susah untuk memahami apa sebenarnya isi hati anak-anak kita. Kita sentiasa memberikan reaksi yang menunjukkan kepada anak-anak bahawa kita tidak faham, malah semakin tidak faham dengan anak-anak kita sendiri.
“Alaa, Abang Amin sudah balik. Lie tak naklah makan. Tak selera!” Hazli merungut, menolak hidangan makan tengah hari yang sudah sedia untuk dijamah.
“Kamu ni kenapa? Orang dah masak susah-susah, mengada-ngada pula buat perangai. Kalau tak kerana kamu, mak tak masak ayam ini, tahu. Makan!” bentak emak yang kepenatan selepas berjam-jam memasak di dapur.
“Tak nak!” Hazli berpeluk tubuh. Marah bunyinya.
“Abang Amin sudah tinggal seminggu di rumah kita dengan kamu, tak cukupkah lagi? Kalau kamu nak sangat, hah pergi kemas beg. Pergi rumah Pak Long kamu tu. Duduk sana. Tak payah balik sini!” tambah si bapa pula.
Hazli bangun dan berjalan menghentak-hentak kaki masuk ke biliknya. Pintu dihempas. Panas!
Si anak itu semasa kecilnya, dengan hanya menyebut huwaa huwaa pun emak dan bapanya tahu anak itu mahu dipeluk. Tetapi semakin petah anak bercakap sesuai dengan pertambahan usia, beliau semakin tidak difahami. Hazli merungut bukanlah kerana enggan makan. Malah perutnya memang kelaparan. Hazli hanya menyatakan kesedihannya kerana cuti sekolah sudah berakhir dan abang sepupunya yang pulang ke rumah selepas seminggu berkampung berkhemah di rumahnya.
Apa yang diperlukan, hanyalah beberapa bilah perkataan daripada mulut ibu dan bapanya yang menunjukkan mereka simpati dan memahami perasaan hatinya. Bukannya syarahan panjang lebar tentang kesusahan si ibu dan bapa bekerja mencari duit untuk membeli makan dan minum si anak. Segala fakta dan statistik yang diheret oleh ibu bapa ke medan telagah bersama anak-anak-anak, hanya membuktikan satu perkara sahaja.

Mereka tidak faham anak-anak mereka sendiri.

b00201

ANDAI KATA

“Kasihan ayah dengan Lie. Tak apa, cuti sekolah nanti, Lie pula tidur rumah Pak Long dengan Abang Amin, boleh?” tanya si bapa dengan nada memujuk.
Hazli memeluk bapanya.
Pasti sahaja mereka akan makan tengah hari dengan aman dan damai biar pun hati Hazli masih ada rasa sedih melihat satu bangku kosong yang sebelum ini diisi oleh Abang Amin, sepupu kegemarannya.
Bayangkan, betapa banyak perkataan yang berjaya dijimatkan. Fikirkan betapa banyak perasaan yang berjaya diselamatkan. Renungkan betapa indahnya kasih sayang yang berjaya diterbitkan. Semuanya dengan kesudian ibu dan bapa untuk memahami anak-anak mereka, sebagaimana yang pernah dibuat ketika mereka masih kecil.

TIDAK SENGAJA, TETAPI SENGAJA

“Hari ini, rasanya aku nak berleter, menjerit, memaki, mengherdik dan menyindir anak aku,” kata si bapa.
“Mudah-mudahan sampai di rumah nanti aku berpeluang untuk mengamuk, membalas soalan anak-anakku dengan tengking dan tinggi suara,” azam ibunya pula.
Tidak mungkin…
Mustahil ada ibu bapa yang azamnya begitu. Bercita-cita untuk memporak perandakan hidup anak-anaknya sendiri atau dengan sengaja mencederakan emosi mereka yang masih bertatih mengenal kehidupan. Semua orang mengimpikan satu hari yang aman damai, tenang, penuh kasih sayang.
Tetapi saban hari, sebaliknya jugalah yang terjadi.
Apa yang kita tidak mahu, itulah yang berlaku.
Kalau boleh kita mahu percaya bahawa hanya ibu bapa yang rendah pendidikan, jahil, atau datang dari latar belakang kehidupan yang huru hara sahaja yang berbahasa dengan bahasa yang menghancurkan kebahagiaan hidup anak-anak dan keluarga. Tetapi kita terpaksa akur. Ia bukan kesilapan-kesilapan yang boleh dikaitkan dengan kemiskinan atau rendah pendidikan.
Ibu bapa yang baik-baik juga menyalahkan, menghina, mengaibkan, menuduh, memperlekeh, mengugut, merasuah, melabel, menghukum, meleter dan menjatuhkan moral anak-anak.
Mereka tidak perlu kepada setereka panas, tali pinggang, putung rokok malah tidak juga rotan.

KUASA KATA

Apa yang digunakan hanyalah PERKATAAN.
Kita sering alpa betapa kuatnya kuasa PERKATAAN dalam membinasakan diri anak-anak. Memang benar action speaks louder than words. Tetapi perkataan juga mempunyai bisa yang sama dengan perbuatan dalam mencederakan jati diri anak-anak.
Semua ibu dan bapa mahu anak-anaknya membesar menjadi orang yang ceria, gembira, bahagian, berkeyakinan diri, bermotivasi dan bercita-cita tinggi. Tetapi impian itu kita juga yang musnahkan. Kita musnahkan ia dengan lisan kita yang sepatutnya bertaraf penutur doa untuk kejayaan mereka.
Alangkah kecewanya anak-anak jika mereka mendapat tahu bahawa semakin fasih mereka berkata, semakin mereka tidak difahami oleh ibu bapa. Semakin mereka cuba bersuara, apa yang dibalas hanyalah kata-kata yang mengundang binasa. Akhirnya makin anak-anak meningkat remaja, mereka makin berahsia dengan ibu bapa. Ceria di luar, diam membatu di rumah sendiri.
Kasih sayang bukanlah pinggan Corelle yang hanya dikeluar dan ditunjukkan pada majlis-majlis tertentu.
Biarlah kasih sayang itu jadi kegunaan harian. Walaupun ia sekadar pinggan ayan, cawan plastik dan sudu bengkok yang digunakan untuk melapik rezeki anak-anak. Rezeki mendapat doa dan kata-kata yang penuh rangsangan, dari ibu bapa sendiri.

21 July 2011

SYAABAN INI

  
   20 syaaban. Tarikh hari ini. 10 hari lagi insya'allah seluruh umat islam akan berpuasa. Namun apa pengisian yang telah kita lakukan menjelang ramadhan.
   Setiap kali menjelang syawal, pelbagai persiapan kita lakukan. Kuih raya, baju raya, duit raya, langsir raya dan pelbagai lagi kita aturkan. Semuanya akan disiapkan sebelum menjelangnya 1 Syawal. Namun menjelang 1 Ramadhan. Apakah pengisian? Apakah persiapan?
    Untuk itu, saya menyeru diri saya sendiri juga mereka di luar sana agar tidak lupa akan persiapan menjelang ramadhan nanti. Marilah kita bersama bertaubat, bertasbih, berzikir, bersolat, memperbanyakkan doa, memperbanyakkan puasa sunat agar bila tiba ramadhan nanti jiwa kita makin kental. Tak lokek dengan bersedekah, tak rakus dengan makanan, tak ralat dengan terawih, tak ngelat dengan tazkirah dan jua tak culas dengan sahurnya.

p/s : ADAKAH INI RAMADHAN TERAKHIRKU.........................
   


TERPERANGKAP DALAM KERETA

      Sejak akhir akhir ini, banyak cerita mengenai anak anak kecil yang terperangkap dalam kereta. Ada yang sempat diselamatkan, ada juga yang tidak dapat diselamatkan. Sedih mendengarnya. Saya tidak kecuali dari mengalami situasi ini. Jadi saya nak berkongsi cerita ini sebagai renungan juga peringatan untuk saya dan juga mereka di luar sana.
      Ahad lepas ketika sedang bersiap untuk pulang ke rumah (saya sekeluarga tidur di rumah mak), saya letak puteh di bahagian depan tempat penumpang di dalam kereta. Waktu ini enjin kereta sedang dipanaskan. Manakala abang sibuk meletak barang barang di bahagian bonet. Pada tika ini juga kakak, kak adik dan anak saudara lelaki saya iaitu umar turut berada dalam kereta. Biasa lah budak budak, kita sibuk, dorang lagi sibuk. Kakak, kak adik, umar berada di tempat duduk belakang. Waktu ini juga, mak, abang saya juga kak ipar masing masing mengeliling kereta kami. Sedang kami leka berbual, kakak dan kak adik keluar dari kereta. Yang tinggal dalam kereta hanya puteh dan anak sedara saya umar yang berumur 3 tahun. Dan tanpa di duga, puteh tekan lock kereta di bahagian pemandu (puteh memang suka lock kereta dari dalam). Habis terkunci. Kami semua terpana. Kunci kereta ada di dalam.
      Lantas kami semua panik, saya dan kak ipar terus mengetuk tingkap meminta anak sedara membuka pintu. Puteh masih kecil untuk meminta bantuannya. Manakala abang cuba membuka pintu kereta dengan pelbagai alat. Saya pada mulanya tidaklah panik sangat tapi bila melihat puteh dan anak sedara berpeluh, membuatkan saya cemas. Agak mengejutkan saya apabila mendapati yang kereta belum dibuka air-cond. Waktu ini semua perasaan bercampur baur. Sedih+sebak+cemas. Saya hilang punca. Ketukan di tingkap makin kuat. Anak sedara saya masih tak mampu untuk membuka pintu kereta (umar tak biasa ngan kereta saya). Waktu ini juga jiran jiran mula menghampiri bila melihat kekecohan yang berlaku kepada keluarga kami. Ada yang menolong, ada yang melihat saja, bila suami masih tidak boleh membuka pintu kereta, Lantas abang saya menuju ke keretanya untuk meminta bantuan bengkel. Mak saya pula asyik keluar masuk rumah mencari cari alat yang sepatutnya. Kami semua panik. Apatah lagi, melihat puteh yang mula menangis dan kelihatan tak berdaya. Ya Allah...selamatkan anakku dan anak sedaraku.
     Waktu ini pelbagai gambaran muncul. Satu persatu cerita anak anak kecil yang lemas muncul di kotak fikiranku. Hati makin sebak, jiwa makin meronta. Dalam kekalutan itu, saya dan suami hampir bertekak. Suami yang dari malam tadi pening kepala nampak semakin tertekan dengan keadaan ini. Suami dalam panik tiba tiba berhenti dari cuba membuka pintu kereta. Tika ini perasaan marah membuak buak dalam hati saya tanpa sedar saya memarahi abang.

"kenapa abang berhenti?"
"abang dah cuba, tapi tak boleh..kita tunggu along aja (abang saya)"
"abis..takkan nak biar jea...usaha lah jugak..." Waktu ini saya meluru ke arah abang dan merampas alat dari tangannya lantas cuba membuka pintu. Saya sebak..tak sanggup lihat keadaan puteh dan anak sedara yang mula menangis kepanasan+kelemasan. Saya tak nak kehilangan mereka...!!!!

    Dalam keadaan yang cemas itu, tiba tiba..

........TAP.....

Punat pintu kereta terangkat. Kami saling terpana. Saling berpandangan.

Serentak kami bersuara

"Siapa buka?"
Lantas adik saya menjawab
"abang" merujuk kepada suami saya.

Lantas saya membuka pintu mengambil puteh yang bajunya basah lencun manakala kak ipar saya mengambil anaknya.

"Basuh kepala, muka..pastue bagi puteh dan umar minum air, dorang terkejut tue" Sayup sayup suara mak kedengaran.

Saya peluk puteh, saya cium umar. Ya Allah terima kasih, kau memberi kesempatan untukku mencurah kasih pada 2 anak kecil ini. Amin..amin..

      Peristiwa ini memberi pengajaran yang besar buat saya. Lihatlah keaadaan kami. Tak sangka peristiwa ini terjadi. Ini kerana, kami semua berada dekat pada kereta. Bukannya kami meninggalkan mereka. Ya Allah...terima kasih Ya Allah atas peringatan yang telah kau berikan.
      Akan kujaga amanah mu ini Ya Allah. Takkan sesekali kumempersiakannya. Amin..amin ya rabalalamin..


p/s : abang minta maaf yea, termarah abang..tak sengaja
        Mak, mekacih yea mak, dalam tak sihat, mak sanggup terkejar kejar mencari alat dan meminta bantuan. Sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang mak...

16 July 2011

SAJER SAJER....

    Pagi ini abang takde, pagi pagi lagi abang dah kuar, ada urusan kerja. Sebelum pergi abang ada belikan nasi lemak untuk kami anak beranak.
   Bila dah bangun 3 dara,  macam macam aktiviti kami buat bersama, sarapanlah, sidai baju lah tapi tang nak berkemas tue agak mencabar skit. saya cuba berkemas biar sedikit kesabaran agak tergugat. Mana tak nyer, kemas depan, belakang bersepah, kemas belakang, depan plak bersepah. Macam macam kan. bila dah agak selesa skit (nampak kemas skit) saya paksa 3 dara tidur. Siap ugut lagi, saper tak tido, ummi taknak bawak dia pergi taman (taman permainan). Kebiasaan sabtu petang kalau takgie ke rumah nenek, saya akan bawa 3 dara pergi ke taman permainan.
    Tapi bukan satu perkara yang mudah untuk 3 dara tidur, macam macam dialog akan keluar bila diminta tidur ,
ummi, dahagalah
ummi, laparlah
ummi, tengok kakak tue taknak tidur
    Padahal masing masing baru jea mkn n minum sebelum saya paksa tidur. Akhirnya ketika masing masing sedang hampir nak tidur, saya dengar ketukan pintu. Rupa rupanya, mak abah bersama adik saya yang bongsu datang. Akibatnya meluru lah 3 dara turun meyambut atuk ngan neneknya datang. Gagal gaklah misi saya.huhuu
     Bukan main gembira lagi 3 dara. Almaklumlah...kalau ada atuk ngan nenek, saya jarang memarahi 3 dara. Kakak siap tunjuk kertas peperiksaan nya kepada atuk, nenek ngan usu (pak usu nie, kesayangan 3 dara). Kakak juga bukan main teruja cerita yang dia dapat no. 4. Hai..lah kakak, jangan berbangga sangat yea sayang. Akhirnya seprti biasa, kakak dan kak adik ikut atuk n neneknya balik ke rumah nenek. Abah siap pesan lagi.
"nanti adik(panggilan tuk saya), datanglah rumah, ambik"
hahahhah...confirm lah saya kena datang, takkanlah nak biarkan 2 dara tue ngacau nenek. Nenek belum sihat sepenuhnya lagi.
   Sebenarnya coretan ini saja saja jea, saya gembira sebenarnya, tengok mak sihat. Dah laju bergerak. Mesti ramai yang terkejut ngan perubahan singkat akan kesihatan mak saya kan. Di blog ini, ada saya tulis mngenai mak saya yang diserang strok (minor strok) atau lebih dikatakan angin ahmar. Alhamdulillah..selepas sebulan lebih mak diserang strok sebelah badan, mak sudah mampu berjalan sendiri, cuma tangan kanan mak tak berapa kuat lagi. Nak bersalam dah boleh, masak skit skit dah boleh, cuma tak kuat skit. Apa apa pun, mak masih berubat lagi. Insya allah dengan izin Allah mak akan sembuh. Apa jua yang berlaku sekarang nie, semuanya berlaku hanya dengan izin Allah.
    Nanti di ruangan lain, saya akan cerita dengan siapa, dengan apa mak saya berubat sehingga mak sihat seperti hari ini. Insya Allah yea.

p/s : puteh tak ikut atuk ngan neneknya kerana tak cukup umur (hehehe)

14 July 2011

Botol oh botol...

   Petang itu sewaktu saya mengambil kakak dari tadika, mulut kakak bukan main muncung lagi, saya buat buat tak nampak jea.
   Bila masuk dalam kereta, kakak bising bising.

"tak sukalah ummi.."
saya sengaja buat tak tahu. Tapi dalam hati tertanya gak kenapa kakak marah marah nie. Biasa tak macam nie.
"ummi nie kenapa.., tak suka tahu tak?" kakak bersuara bila lihat saya buat tak tahu.
saya tetap diam sambil buat tak tahu. Masa nie ngah panaskan enjin kereta.
"ummi..kenapa ummi letak botol kakak dalam beg kakak..?" akhirnya kakak mengaku kalah memberitahu puncanya. ooo..ini puncanya kakak muncung, ini puncanya kakak nak marah...heheheh. Masa ni saya memang nak gelak tapi saya tahan. Rupanya kakak malu bila saya letak botol susunya dalam beg tadikanya. Kebiasaan saya akan simpan dalam beg saya tapi pagi itu saya memang sengaja letak kat dalam beg kakak. Nak tahu reaksinya. Kakak memang exstrem ngan botol susunya sedangkan kak adik sudah lama  berenti minum susu botol.

"kenapa kakak nak marah plak?"
"malulah kakak, kawan kakak nampak"
"aik..nak malu buat apa, kan kakak memang minum botol susu" sajer nak usik kakak
"ummi nie, taknak lah buat macam tu, kakak malu, nanti kawan nampak, cikgu kakak nampak..ummi nie"
masa nie cian plak saya tengok muka kakak. Muka sedih + malu. Tahu pun malu yea anak ummi.
"kawan kakak kata apa?"
"dia cakap, eii..tak malu minum susu" kakak jawab dengan penuh emosi. Siap ngan gaya gayanya sekali.
Saya tahan gelak.
"yealah ummi minta maaf yea, ummi lupa tadi, nanti besok kakak ingatkan ummi yea.." Saya buat buat terlupa. Iyealah nama pun strategi. Tak bolehlah nampak sangat kan akan perancangannya.
"hmm..yealah ummi jangan lupa tau" Mood kakak dah kembali ok.

Bukan apa, saya geram sebenarnya..kakak dah 5 tahun tapi masih dengan botol susunya, puas minta minum dalam cawan, dia tetap taknak. Agaknya takde feel kot..hahahaha
Apa apa pun saya tetap akan memikirkan strategi agar kakak tak minum botol susu sebelum usianya menjangkau 6 tahun.

p/s  : apa plak strategi saya lepas nie yea...

KECIK HATI DENGAN IBU DAN AYAH?

     
    Tajuk di atas takde kena mengena dengan saya tapi terpanggil untuk saya mencoret sesuatu di sini.
Sebelum itu mari kita baca beberapa contoh dialog di bawah;

"aku kecik hati ngan mak dan ayah aku, suka benar lebihkan abang @ kakak aku berbanding ngan aku, kadang kadang rasa cam dorang tak pedulikan aku, macam aku nie anak angkat jea"

"ko bayangkan, adik beradik aku semua sekolah tinggi, aku jealah terpaksa berkorban, sekang boleh plak mak bapak aku kata aku nie tak pandai, tak ingat ke dorang akan pengorbanan aku, sedih tau tak"

"mak ngan ayah aku dulu suka pukul aku sedangkan adik adik lain tak pernah pun camtu, aku tak pernah dapat rasakan kasih sayang seorang mak ngan ayah"

"kadang aku jeolous tengok orang lain boleh bertepuk tampar, gurau gurau ngan mak bapak dorang. Mak bapak aku jangan haraplah nak buat camtu"

"Aku tak pernah rasa pelukan seorang ibu, pelukan seorang bapa...sob..sob..sob"

     Pernahkah anda mendengar keluhan seperti di atas atau membaca dialog di atas (selain dialog saya yea). Dulu memang saya ada dengar keluhan sebegini rupa. Tapi takdelah banyak sangat tapi sejak dua menjak ini semakin banyak dan semakin banyak dan banyak dan banyak. Daripada mana saya dapat sumber ini semua? tak lain dan tak bukan... FACEBOOK...
     Hari demi hari ada saja anak sebesar saya yang telah pun mempunyai anak, mengeluh sebegini rupa. Saya tak kisah keluhan ini datangnya dari remaja seusia 15 tahun atau sekalipun 20 tahun. Yang saya kesalkan ianya datang dari kebanyakan mereka yang berusia 30 an. Yang rata rata sudahpun mempunyai anak sendiri serta keluarga sendiri. Paling saya sukar nak terima bila yang berkata/menulis itu seorang anak yang telah bergelar ibu dan pastinya sudah memiliki anak sendiri.
     Di ruangan ini, saya mohon dan mohon dan mohon sangat sangat...hentikanlah keluhan anda semua. Sebenarnya saya sedih dan sedih yang teramat sedih. Saya berkata begini bukan kerana saya datang dari keluarga yang bahagia. Saya tidak mahu menafikannya dan tidak mahu juga mengiyakannya. Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis artikel ini adalah kerana saya adalah seorang ummi/ibu/mama/mak.
      Saya tahu dan saya mengerti kita semua ada sejarah silam sewaktu kecil. Kita juga ada rasa, kita juga ada hati namun janganlah sampai kita semua mengata, mengeluh akan insan yang bergelar ayah apatah lagi ibu.
      Biar sekejam mana pun mereka, biar sezalim mana pun mereka, mereka adalah insan yang cukup istimewa, insan yang sepatutnya kita sanjung, hormati. Kerana apa..tanpa mereka kita takkan dapat melihat dunia ini, takkan dapat berjumpa dengan manusia lain lain di dunia ini, takkan mengenal itu facebook, takkan dapat berjumpa dengan pasangan kita sendiri yang kita sayangi yang kita cintai. Tanpa mereka juga kita takkan dapat menikmati rasa menjadi seorang ibu, seorang ayah.
      Tolonglah berhenti dari berkata kata perihal kecil kita yang negatif. Tolonglah...mungkin saya emosi, mungkin saya keterlaluan. Namun tolonglah...
      Siapa pun ibu bapa kita, ingatlah mereka juga manusia yang takkan terlepas dari melakukan kekhilafan. Maafkan lah mereka akan setiap kekhilafan diri mereka. Tak usah tanya mengapa kedua ibu bapa kita bersikap sedemikian, cukuplah sekadar bertanya kepada diri kita sendiri andai kita telah bernikah dan mempunyai anak sendiri, adakah pernah terniat di hati kita untuk kita benci pada anak sendiri, untuk kita bersikap tidak adil terhadap anak sendiri, untuk kita memukul anak kita tanpa sebab yang tertentu. Adakah? Pernahkah? Terlintaskah?
      Kita selaku ibu selaku anak, pasti ingin anak kita menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Kita akan cuba melakukan apa saja untuk cahaya mata kita. Namun kita hanya manusia, hanya mampu merancang, berusaha selebihnya ketentuan Allah. Untuk itu andai kita tidak menjadi seperti apa yang kita inginkan, tolonglah dan tolonglah ....jangan ibu dan ayah yang menjadi pesalahan dalam hal ini.
      Tolonglah sayangi dan hormati jua menghargai mereka yang telah mengendong, melahirkan, membesarkan kita. Jangan dilupa jasa ayah yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk seorang anaknya. Jangan dibandingkan sikap ayah kita sekarang dengan sikap kita sekarang selaku ayah.  
       Pandanglah diri kita sekarang, biarpun kita berdiri di atas usaha kita sendiri namun perlu ingat berdirinya kita di sini adalah di atas jasa ibu dan ayah kita biarpun zaman kecil kita tak seindah yang disangka. Janganlah bila kita sudah temui pasangan kita masing masing, kita pinggirkan mereka iaitu ibu dan ayah. Janganlah berdendam dengan mereka.
       Andai kita tak rasa pelukan ibu dan ayah, curahkanlah rasa itu dengan memeluk anak kita sendiri. Dan curahkanlah juga kepada ibu dan ayah kita. Bersangka baiklah dengan ibu dan ayah kita. Mungkin mereka tak pandai tunjukkan kasih dan sayang. Jangan difikirkan kenapa dan mengapa dengan orang lain boleh dan kenapa dan kenapa dengan kita tidak...bersangka baik lah duhai anak.
      Sejujurnya saya tidak akan bercerita perihal kedua ibu bapa saya, sekalipun kalau saya ingin sangat nak cerita, hanya hal yang baik dan terbaik akan saya ceritakan. Soal saya ada atau tidak sejarah hitam,silam hanya saya saja yang tahu. Kerana apa...saya tidak mahu dan sebetulnya saya tidak sanggup menjaja cerita insan yang paling bermakna dalam hidup saya. Untuk apa yea kita membuka aib seorang insan yang bertarung nyawa melahirkan kita, untuk apa yea tujuan itu, untuk menagih simpati kah atau sekadar meluah rasa. Terluah kah kepuasan hati kita bila aib seorang insan yang pernah menitiskan airmata tika kesakitan melahirkan kita diceritakan. Seronokah mendapat komen dari kawan facebook yang back up kita akan cerita kita yang dipukul oleh ayah insan yang melagukan azan tika kita mengenal dunia. Tergamak, sanggupkah, tegakah??....
      Untuk itu, di ruangan ini saya rayu dan merayu...tak salah, tak rugi andai kita menghargai kedua insan ini. Andai pekerti mereka tak elok...tak rugi andai kita menghulurkan bingkasan doa buat mereka berdua untuk berubah. Semoga dengan keikhlasan doa kita, mereka akan berubah dan insya'allah di akhirat sana kita sekeluarga akan bersatu di syurga. Satu pertanyaan yang ingin saya utarakan "tak inginkah kita bersatu dengan kedua ibu bapa kita di syurga sana?"
     
p/s   : jangan tulis lagi yea perihal negatif ibu dan ayah kita di facebook..

13 July 2011

BAHASA CERMIN DIRI

        Saya nak tulis kisah petang semalam. Agak tragis gaklah kisahnya. (pada saya, tidak tahulah pada orang lain yea).
        Kisahnya bermula begini, petang semalam sewaktu mengambil 3 dara, cikgu kakak ada memberi sebungkus plastik. Dalamnya terdapat makanan ringan antaranya kopok meow meow.(Anak saya yang meletakkan nama tersebut kerana di plastiknya ada gambar kucing).
       Nak dijadikan cerita, keropok meow meow itu ada satu jea dan menjadi rebutan kak adik jua puteh. Kakak tak berebut, kebiasaan bila kak adik berebut dengan puteh, kakak akan mengalah. Habislah dalam kereta dorang bergaduh dan jua berebut. Puas jualah saya memujuk kak adik.
      Setelah puas puji pujian diberikan kepada kak adik (kalau nak pujuk kak adik bunga bunga pujian kena terlalu banyak) akhirnya kak adik mengalah dan sudi memberikan keropok meow meow kepada puteh dengan janji yang saya perlu membelikannya keropok meow meow yang lain.
      Perjalanan ke rumah yang memakan selama 20 minit akan menjadi seumpama 60 minit andai saya tak menuruti kehendak kak adik. Akhirnya saya pun membuat keputusan untuk singgah ke pasaraya yang berdekatan dengan tempat kerja, saya tinggalkan 3 dara dalam kereta. Saya parkingkan kereta di tempat yang teduh tanpa mematikan enjin. Saya pesan kepada kakak agar mengunci kereta dan jangan buka selagi saya belum sampai. Kakak sekadar menurut.
      Tak sampai 10 minit, saya kembali semula ke kereta. Sebelum sempat saya sampai ke kereta, terdengar satu jeritan suara.
           "kak, jangan tinggal anak kat dalam kereta bahaya"
Jeritan suara seorang lelaki melayu dalam pertengahan 40-an yang datangnya dari arah kereta yang parking di sebelah kereta saya amat mengejutkan saya.
Saya hanya tersenyum dan lantas meminta kakak membuka pintu. Semasa sedang membuka pintu, suara itu berbunyi lagi
           "lain kali, kalau nak pergi mana, bawak semua, jangan tinggalllllllllllllllllllll"
Dan suara itu pun hilang bila pemiliknya mengundurkan kereta dan berlalu. Kelihatan juga seorang perempuan (isterinya barangkali) memasamkan muka biarpun saya senyum kepadanya. Saya tanyakan kepada kakak, berapa lama agaknya lelaki itu berada di sebelah kereta kami. Menurut kakak, ada seorang perempuan berada di dalam kereta sebelah kereta saya semasa saya pergi ke pasaraya. Dan lelaki itu baru sampai ke keretanya. Kiranya perempuan itu menunggu suaminya (agaknya) dalam kereta.  Namun menurut kakak, mereka tidak berganjak pun dan hanya berganjak bila saya datang.
      Mungkin mereka tidak berganjak kerana mahu menunggu anak anak saya sehingga saya kembali namun tutur katanya yang kasar (umpama polis memarahi tawanan) mengeramkan saya. Saya tahu kesalahan saya meninggalkan anak dalam kereta itu adalah tidak wajar, namun itu tidak bererti dia boleh menengking saya sesuka hati. Yang saya pelik itu, isterinya (agak saya) hanya memasamkan muka, tak pulak tegur sikap lelakinya yang bercakap kasar. Kalau sayalah berada di tempatnya, pasti saya tak benarkan suami saya bercakap sekasar itu.
     Niat mereka yang baik itu hancur dek bahasa yang kasar, tutur kata yang saya sendiri tak tahu nak cakap apa. Saya tidak membalas apa apa hanya senyuman saya hadiahkan kepada mereka berdua. Biarlah...kakak bertanya kepada saya "ummi, kenapa orang tu marah ummi?" saya jawab "dia marah ummi sebab tinggalkan kakak, kak adik ngan puteh dalam kereta". Kakak mengomel ngomel dengan jawapan saya dan Kakak seakan tak puas hati dengan tindakan lelaki tersebut. Sedangkan si kecil itu pun tak puas hati apatah lagi saya.  Sepanjang perjalanan, terngiang ngiang saya akan bahasa lelaki itu, cubalah cakap elok elok. Sekalipun marah, jagalah bahasa jua adab pertuturan. Ingin saya nyatakan di sini, bahasa itu mencerminkan diri, peribadi. Aduhai...sedih saya melihat sikap orang kita sekarang ini.

p/s: apa pun saya ucapkan terima kasih kepada orang yang menengking saya itu kerana sudi menunggu (biarpun dia takde niat begitu, saya tetap anggap begitu) anak anak saya sehingga saya kembali.

BILA BERSYUKUR

       
      Saya nak berkongsi akan satu kisah kehidupan. Kisah kehidupan saya. Barangkali boleh dijadikan pedoman mahupun  panduan buat mereka di luar sana. Tak salah kan, kita saling ingat mengingati antara satu sama lain, kan. Hmmm...ceritanya begini, Saya dan suami bukanlah dari kalangan mereka yang hidup mewah. Adakalanya ter'sesak' jua tambah tambah lagi bila hujung bulan.
       Hidup di bandar, dengan anak anak yang semakin membesar, wang ringgit menjadi keutamaan. Silap perhitungan,silap perkiraan, duit akan putus di tengah jalan. Pernah suatu ketika kami keputusan wang. Sedih memang sedih.
       Suatu hari saya lihat abang termenung. Ntah apa yang dimenungkannya. Saya lantas mendekatinya dan duduk bersebelahan dengannya.

"Abang kenapa, apa yang abang fikirkan"
"Takde apa apa sayang" Abang hanya senyum sambil memandang saya sekilas. kemudian kembali menonton TV. Saya tahu bukan cerita di tv yang menarik, abang seolah memikirkan sesuatu.
"Mesti ada sesuatu, kalau tidak abang tak macam nie, apa yang abang fikir? Apa yang ada di fikiran abang sekarang nie" saya tetap tak putus asa. tetap nak mengorek cerita biarpun abang tampak malas nak bercerita.
Abang sekadar mengeluh. Saya pantas mencuit lengan abang sambil membuat muka keterujaan untuk mendengar cerita darinya. Abang hanya tersenyum dan tersenyum.
"Tak nak citer sudah" saya pura pura merajuk dan buat buat nak bangun. Abang lantas menarik tangan saya.
"duduklah sini.." ajaknya.
"nak cerita ker tak..?" saya seolah mengugut...hmm apalah saya nie kan, kata nak jadi isteri mithali.
"abang memikirkan keluarga kita..?" akhirnya abang mula bercerita.
"Keluarga kita..?" saya menyampuk tapi tak faham dengan maksud abang..hai cik ummi, cuba kalau cik abang nak bercerita tue, jangan menyampuk. Duduk dan dengar. isk isk isk..
"kewangan kita sebenarnya.." abang kembali menyambung
"kenapa dengan kewangan kita.." hmm..menyampuk lagi ko ummmi yea..
"sayang perasan tak, kewangan kita macam cukup cukup jea, abang terfikir lah macam mana nak cari duit lebih, macam macam yang abang fikirkan"
ooooohhhh..rupanya mengenai kewangan yang menjadikan mata abang menembusi kaca televisyen tadi. Abang oh abang..saya hanya diam dan hanya tv yang mengambil alih kebisuan antara kami berdua. Tika ini 3 dara sudah tidur.
Saya memikirkan sesuatu ayat untuk saya meredakan kembali ketegangan hati abang. Tidak saya nafikan, sejak kelahiran puteh kewangan kami agak terbatas. Namun itu bukan alasannya dan bukan jua puncanya tapi hanyalah andaian saya dan mungkin jua abang semata mata. Dalam mencari cari jawapan akhirnya saya temui jawapannnya, sebelum bersuara, saya menarik nafas panjang panjang.
"Abang nak tak kalau saya nak cakap sesuatu"
Abang lantas merenung saya, suara televisyen abang perlahankan. Satu perangai abang yang saya suka, setiap kali bila saya ingin bercakap abang akan cuba memberikan perhatian.
"Abang, kalau nak ikutkan akan pendapatan memanglah kita tidak semewah mereka di luar.  Namun saya cuma nak bawa abang renungkan diri kita, diri abang dan jua diri saya. Siapa kita 10 tahun nan lalu? Di manakah kita 10 tahun yang lalu?" Alamak..saya macam nak mula berceramah pulak...heheh
"tak payah ambil jauh bang, kita ambil yang paling dekat, 5 tahun yang lalu. Abang di mana dan saya di mana? 5 tahun yang lalu bang, kita baru anak sorang. Kita tiada rumah sendiri. Tapi sekarang alhamdulillah, biarpun kita tidak semewah mereka di luar tapi sekurang kurangnya kita ada rumah, ada tempat berlindung. Kita ada anak anak, tempat untuk kita mencurah kasih, mencurah sayang. Kita masih ada orang tua, untuk kita jadi rujukan. Cuba abang banding dengan mereka yang lain, ada yang tidak seberuntung kita (betul ker ayat saya nie) Abang...bersyukurlah bang. dengan apa yang kita ada, abang jangalah fikirkan sangat pasal kewangan itu, tak salah untuk berusaha tapi janganlah sampai abang termenung, memikirkan nasib sebegini rupa. Bersyukur yea bang..."
Waktu ini saya lihat abang tampak sebak. Abang hanya mengangguk perlahan. Abang hanya tersenyum. Wajah abang dah mula kembali berseri seri tidak seperti mula mula tadi.
"Alhamdulillah yea sayang. Abang ada sayang" ujar abang sayu.
"ha..tau pun, jangan nak ngader cari satu agi.." saya mengusik abang sekadar berbasi. Taknak tengok abang hanyut dalam kesedihan.
"hak ar yea...kalau nak cari lagi satu kenalah cari yang kaya raya, boleh tolong abang, tolong sayang, yea tak..?"hmm..abang dah mula mengeluarkan idea yang cukup tak bernas tue.
"mengaderlah tue, tak koser nak layan" saya  lantas bangun bila abang dah mula ketawa terbahak bahak. Macam lah lawak sangat.
"Alah, janganlah marah. alah sayang...tolong amik kan abang air sejuk..?" abang masih dengan basi basi ketawa dia.
"amiklah sendiri.." saya buat buat protes padahal saya gembira bila lihat abang dah mula ketawa tidak lagi monyok seperti tadi.

         Jadi untuk peringatan kepada saya sendiri jua mereka di luar sana, biar apa pun keadaan kita, biar siapa kita, janganlah lupa bersyukur pada Allah S.W.T. Teringat saya akan kata seorang ustazah "siapa yang setiap kali dia usai solat, dia tidak berdoa, dia adalah hamba yang sombong, yang tidak tahu bersyukur" Wallahualam..moga saya dijauhi dari golongan tersebut...Amin

p/s : akibatnya abang kena bangun amik air sendiri...(isteri mithali konon)hahahh..


12 July 2011

KaKaK BerJaya...

   Petang semalam ketika hendak menjemput kakak, cikgu kakak datang menemui saya. Beliau menunjukkan kertas matematik kakak. Hmmm..semuanya betul..alhamdulillah
    Cikgu kakak juga memaklumkan kepada saya yang dalam ujian baru baru ini, kakak menduduki tempat yang ke-4 dalam kelas. Serasa gembiranya saya waktu itu. Perasaan saya tika itu sukar digambar, serasa macam ader pelangi jea kat atas kepala nie...hmmm berangan jea kan. Agaknya inilah perasaan seorang ummi bila mendengar kejayaan anaknya. Memang seronok. Biarpun hanyalah ujian biasa dan di peringkat tadika sahaja namun itu satu petanda yang baik pada saya.

     Ini kerana, kakak adalah seorang yang sangat pendiam di sekolah, kakak tidak seperti pelajar yang lain yang rajin bertanya dan juga sebagainya. Kakak tidak aktif macam kanak kanak yang lain atau dalam erti kata yang lain kakak tidak nakal (tapi perangai ini berbeza bila di rumah yea..heheh). Kakak lebih suka diam dan mendengar arahan cikgu saja.
     Menurut cikgu kakak, pencapaian kakak amat memberangsangkan. Kiranya menurut cikgu, kakak memahami apa yang diajar oleh cikgu. Alhamdulillah. Gembira saya melihat perubahan kakak.
     Masih terbayang bayang lagi enam bulan yang lepas, kakak menangis nangis taknak pergi tadika, hampir dua minggu kakak berkelakuan sedemikian sampai mati kutu saya dibuatnya.
     Masih terngiang ngiang lagi suara cikgu 4 bulan lepas yang mengatakan kakak tak seperti pelajar yang lain, yang aktif bertanya, pandai bergaul. Kakak hanya jawab bila di soal, kalau ditanya secara rambang jangan harap kakak nak ambil bahagian. Waktu ini monyok gaklah saya memikirkannya. Macam macam saya buat kat rumah selain berbincang dengan abang agar kakak menunjukkan perubahan. 
    Saya tak minta kakak menjadi yang terbaik tapi cukuplah kalau kakak sekadar boleh menyesuaikan diri. Saya cuba belajar terima yang setiap anak itu tahap pencapaian adalah berbeza selain berdoa dan terus berdoa.
    Alhamdulillah...usaha saya diterima Allah... Gembira saya dan kini saya yakin kakak boleh menjadi terbaik dengan usaha, doa dan keyakinan serta tawakal kepada Allah.
    Moga kakak menjadi contoh yang terbaik buat adik adik  mu yea sayang... 

11 July 2011

Kakak Mithali...?

    Hari ini saya nak coret sesuatu berkenaan dengan puteri sulung saya, kakak. Kakak memang suka bercakap, agak petah. Kak Adik pula agak pendiam atau mungkin belum menunjukkan skill nya lagi.
   Sabtu lepas saya pergi ke rumah mak, ayah saya begitu rajin melayan 3 dara. Dalam melayan 3 dara, ayah saya berbual dengan kakak dan saya tertarik dengan dialog kakak nan satu ni.

Atuk    :  Bila hari jadi kakak?
Kakak :  Tak tahulah atuk...
Atuk    :  Nanti bila hari jadi kakak, atuk beli hadiah nak tak..?
Kakak :  Nak nak..(sambil buat muka malu)
Atuk    :  Kakak nak hadiah apa..?
Kakak :  Kakak nak hadiah besar...kakak nak dua.
Atuk    :  ha...nak dua (atuk buat buat muka terperanjat)
Kakak :   isk bukan...kakak nak 3 lah (sambil mengayakan 3 jari)
Atuk    :  Amboi..lagi banyak, kakak nak buat apa sampai 3 tue..
Kakak :   kakak nak bagi kat adik adik kakaklah.

   Masa nie, semua orang senyap dengan jawapan spontan kakak dan baru ketawa kemudian akhirnya. Begitu juga dengan saya. Suka saya bila dalam apa jua keadaan kakak tetap ingat akan kak adik n puteh. Harapan ummi, moga kakak menjadi kakak yang mithali jua contoh untuk adik adik yea sayang.

08 July 2011

Roti oh Roti

   
    Saya nak bercerita alkisah roti pula. Sejak hampir dua minggu ini, 3 dara suka benar bawa bekal roti bakar. Hampir setiap pagi saya akan bekalkan 3 dara ngan roti bakar. Kalau saya tak sempat, abang akan buatkan.
    Pagi tadi seperti biasa, saya buat roti untuk 3 dara. Tapi kali ini agak kelam kabut skit. Saya tidaklah lambat cuma tak mahu lambat. Saya akan buang kulit roti kerana 3 dara tidak sukakanya. Dan kebiasaan saya akan tinggalkan begitu (kaya, cebisan kulit roti, alas menyiang) di atas meja dan abang yang akan mengemaskannya.
    Dan selepas menghantar kakak, kak adik, puteh, saya dapat panggilan daripada abang.

suami : sayang, dorang makan ker roti tue?
saya   : makanlah kot, naper?
suami : mana tahu dorang makan..?
saya   : tak tahulah...masa tinggal tadi memanglah dorang tak makan lagi roti tue, tapi biasa mesti makan, sebab kalo tak makan, cikgu dorang letak balik kat beg

suami : sayang letak apa kat roti tadi?
saya   : letak apa..?"
suami : yea, sayang sapu apa kat roti tadi?
saya   : ler, letak kaya lah, letak apalagi.. (pelik plak pertanyaan abang kali nie)

kaya kat umah

suami : sayang bukan letak kaya
saya   : abis tue..?
(pelik plak saya, sememangnya saya pasti yang saya letak kaya, naper plak nie)

suami :  sayang letak asam jawa..
saya   :  ha.....



asam jawa...alahai

    Kali ini saya memang terkejut tapi yang selebihnya saya gelak. Alahai...macam manalah saya tak perasan kan hal nie. Patutlah masa saya sapu tadi, pekat semacam jea. Rupanya asam jawa. isk isk isk...alahai anak ummi.
    Terus saya  tepon cikgu dorang, maklumkan hal nie...kang tak pasal pasal, sakit perut plak 3 dara tue..huhuhu..haru haru haru...
    Nampak gayanya pasnie kena lebih berhati hati lah yea...

06 July 2011

PENAWAR KELETIHAN..

     
     Pernah tak kita berasa letih. Letih sehingga rasa nak menangis. Letih sehingga mengundang stress. Letih sehingga tak terucap dek kata kata. Hmmm...memang hampir semua orang pernah mengalaminya kan termasuklah saya. Perkataan letih ini seringkali terucap oleh saya. Memang seringkali. malah berkali kali. Yealah manalah nak kata tak letih, tak penat, seawal pagi menguruskan 3 dara, kemudian kerja, balik kerja uruskan 3 dara, masak, kemas umah, memang letihkan. Sehinggalah saya temui penawarnya. Namun sebelum saya bagitahu penawarnya, bacalah dulu kisah di bawah ini kerana di kisah inilah terselit penawarnya.

INI KISAHNYA
       Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, “Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu.” Dalam nada sayu Fatimah berkata, “Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?” Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.
      Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, “Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat.” Jelas Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, “Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?” “Tentu sekali ya Rasulullah,” jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, “Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca ‘Subhanallah’ sepuluh kali, Alhamdulillah’ sepuluh kali dan ‘Allahu Akbar’ sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahu Akbar’ ini sebanyak tiga puluh tiga kali.”
     Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya
     Hmmm....dah bacakan, jadi dah temuilah penawarnyakan. Alhamdulillah. Semoga menjadi amalah kita semua. Aminnn...

TERIMA KASIH UMMI..!

    Pagi ini saya menghantar kakak ke tadika dalam keadaan tergesa gesa. Saya agak lambat disebabkan kak adik menangis taknak lepaskan saya selepas menghantarnya ke taska. Terpaksa saya buat 'hati kering' bila kak adik menangis. Kebiasaannya saya akan berpatah balik tapi pagi ini saya terus pergi meninggalkan kak adik menangis di samping cikgunya. Sempat saya bertanya pada cikgu kak adik
 "cikgu, kalau saya tinggalkan dia, dia nangis lama tak.?."
"taklah kak, biasa bila akak pergi, dia nangis sekejap jea, pastue dia ok lah"
    Mendengarkan jawapan cikgu saya terus pergi meninggalkan kak adik tanpa menoleh ke belakang. Bimbang kalau saya toleh, saya jadi tak sampai hati lantas pujuk dan pujuk kak adik sampai punch card saya nanti merah. ooo...tidak...saya kena berhati kering.
     Dalam kereta semasa nak menghantar kakak ke tadika pula, saya bercerita kepada kakak yang saya dah lambat, saya bercerita juga perihal kak adik yang menangis dan saya berpesan kepada kakak supaya terus mendukung beg kerana sebaik saja sampai di parking saya minta dia bergegas turun memandangkan masa dah makin suntuk.    
    Sampai kat parking tadika kakak, saya minta kakak berlari anak bersama saya kerana masa yang begitu suntuk. Kecian kakak berlari lari mengejar saya yang begitu laju berjalan. Bila sampai di tadika seperti biasa, kakak akan cium pipi saya kiri kanan serta dahi saya kemudian memeluk saya. Saya akan membalas dengan mencium kakak sambil memeluknya.
    Sambil memberikan bekal kepada kakak saya pesan macam macam.
"kakak belajar rajin-rajin, dengar cakap cikgu. Nanti dah abis makan, plastik nie buang kat tong sampah yea, Kakak tinggal kak sekolah jangan nakal nakal tau, nanti petang ummi datang ambil" agak laju saya bercakap memandangkan masa yang makin suntuk. Kebiasaannya kakak hanya mengangguk tapi kali ini kakak merenung saya sambil berkata;
"terima kasih ummi"
saya terpana, terdiam..lantas saya senyum sambil memeluknya kembali.
"yea, sama sama sayang, ummi pergi dulu yea"
saya pergi sambil melambai ke arahnya.

Terasa sejuk hati mendengar ucapan kakak. Hilang rasa tekanan akibat perangai kak adik tadi. Hilang juga rasa bersalah kerana meninggalkan kak adik dalam keadaan masih menangis (kebiasaan saya takkan tinggalkan anak anak saya di taska or tadika dalam keadaan menangis, saya akan pastikan mereka dalam keadaan elok biarpun kurang ceria). Mungkin kakak kecian melihat saya yang terkejar kejar akan masa. Alahai anak ummi, mekacih yea kerana mengerti akan masalah ummi.

Benarlah ucapan adakalanya mendatangkan kegembiraan kerana dari situ lahirnya satu penghargaan.

04 July 2011

GARANGKAH SAYA...?

      Semalam sekali lagi kak adik buat perangai. Dan sekali lagi saya pukul kak adik agak melebihi batasan. Ya Allah..sesungguhnya saya benar benar hilang kesabaran. Dan yang paling memalukan, begitu tipisnya kesabaran saya. Saya hilang sabar pada seorang kanak kanak yang berusia 3 tahun 6 bulan. Begitu naifnya saya...Puncanya:-
     Kak adik nak mc'd, begitu juga dengan kakak. Kakak meminta kentang dan ais shake strawberry manakala kak adik nak kentang dan juga burger. Kakak memang tak makan burger dan dier memang suka sangat dengan kentang goreng. Manakala kak adik suka sangat burger tapi nak gak kentang sekadar mengikut kakak. Lantas saya pun order jealah. (drive thru).
    Bila saya hulurkan air kat kakak, tiba tiba kak adik menagis, mengamuk entah apa. Bila ditanya kenapa, dia terus nangis dan tendang tendang kerusi tempat saya duduk. Abang pun keluar nak gie kedai berhampiran, dan tinggallah saya anak beranak dalam kereta. Kak adik masih mengamuk dan menangis. Bila saya toleh belakang, kelihatan kak adik dah buang semua kentang gorengnya. Aduii...masa inilah kesabaran saya hilang.

   Saya turun kereta pergi ke tempat duduk belakang. Saya pukul peha kak adik bertubi tubi dan juga lempang pipi comel kak adik. Teresak esak kak adik menangis sampai kak adik cakap " tak nak buat lagi". Aduhai...masa tue baru saya sedar. Saya sudah melebihi batasan.
     Saya kembali ke tempat duduk depan kereta. Masa itu biar masih marah saya cuba mengawal. Saya sedar saya telah melebihi batasan. Apa yang saya telah lakukan kepada kak adik adalah kerana selama 2 minggu ini saya memendam rasa, memendam marah, menahan kesabaran dan kesemuanya meletus pada semalam. Punca selama 2 minggu ini adalah :-

a)   Kak adik hampir setiap pagi pergi taska menangis nangis tanpa sebab.
b)   Setiap makanan yang dibelikan, kak adik taknak dan mengamuk biarpun pada mulanya kak adik juga yang minta.
c)   Setiap kali keluar berjalan, kak adik taknak berjalan sendiri sebaliknya nak didukung kalau tak, kak adik akan mengamuk.
d)   Hampir setiap petang kak adik akan bergaduh dengan kakak dan juga puteh. Pantang kakak dan puteh buat silap, kak adik akan pukul kakak dan juga kak adik.
e)   Semua barang dan jua makanan, kak adik taknak berkongsi dengan kakak dan puteh.

      Selama 2 minggu ini kak adik buat perangai, saya cuba bersabar, saya cuba berdiplomasi, cuba menasihati, cuba bercerita, cuba menegur dan kak adik seakan faham jua seakan mendengar. Kak adik akan diam sekejap namun tak lama kemudian akan buat semula perangai. Saya seperti biasa tetap menegur, berdiplomasi, bercerita dan sebagainya tanpa memukulnya.

      Namun semalam segalanya di luar kesabaran. Tindakan kak adik membuang makanan yang masih panas benar benar menguji kesabaran saya. Saya hilang punca, tak tahu nak buat apa lagi. Kenapa kak adik buat perangai sayang...ummi tak tahu nak buat apa lagi.
     Akhirnya sampai di rumah, saya peluk kak adik..saya minta maaf padanya. Kemudian saya berikannya air penawar. Moga kak adik akan lembut hati. tak buat perangai lagi...

      Sedih saya tengok peha kak adik yang berbirat dan pipi kak adik yang merah kesan dari pukulan saya tadi. Ya Allah, apa yang telah saya lakukan. Allah..berikanlah aku kesabaran, tunjukkanlah aku jalan bagaimana caranya untukku mendidik anak anakku ini ya Allah. Bimbingilah daku...Pada mak, saya adukan apa yang telah saya lakukan kepada kak adik. Mak menasihati saya biarpun mak sedikit marah akan tindakan saya terhadap kak adik. Mak pesan, "cubalah cari jalan, ikhtiar, agar kak adik berubah perangai, pukul itu boleh tapi biarlah pukul di tempat yang selamat bukan kat muka bukan jua kat peha, pukullah kat kaki bukan tujuan tuk sakiti tapi untuk mengajar, cara adik tue macam nak lepaskan kemarahan".. hmm..apa yang mak katakan itu benar belaka...insaf saya sebentar.
     Dan hari ini saya cuba muhasabah diri, diberikan kekuatan dan cara jua jalan agar saya mampu menangani karenah kak adik..Saya juga berharap tidak lagi menyakiti kak adik...Aminnn, Kak adik...ummi sayang kak adik..maafkan ummi sayang..

PAGI YANG SURAM....

    
    Pagi ini, mood saya tak berapa baik. Mungkin terbawa oleh peristiwa semalam. Pagi ini dan semalam memang banyak perkara yang tak sepatutnya berlaku, telah berlaku.
     Semalam saya ada beli almari untuk 3 dara. Memandangkan baju 3 dara dah makin bertambah, almari yang sedia ada dah tak mampu untuk menampung lagi baju 3 dara. Akhirnya setelah pergi ke beberapa buah kedai perabot, saya berkenan dengan satu almari ini. Cukuplah untuk menampung baju 3 dara.
     Kebetulan almari sampai waktu saya sedang solat maghrib. Dan usai solat, lori pun dah pergi, saya pun jenguk almari. Time tue memang tengah semangat nak kemas baju 3dara. Pergi jea ke bilik 3 dara betapa frust nya saya, lain yang di 'order', lain plak yang sampai. Abang plak leh tak perasan orang tue salah hantar. Kebetulan saya yang memilih almari itu jadi abang memang tak perasan sangat almari yang jadi pilihan saya itu.
     Akhirnya abang call lah empunya kedai bagitau akan kesilapan hantar almari itu, Empunya kedai akan hantar almari yang betul pada malam ini. Aduhai..risau tol saya, dahlah dah bayar abis, malam ini harap harap dia hantar lah almari yang betul. Janganlah almari yang lain plak yang dia hantar. Frust lah camnie.
     Pagi ini plak, taska Kak adik ngan Puteh bukak lambat, lambat lah saya masuk opis. Yang geram kat cikgu kak adik ngan puteh nie, dah tahu datang lambat, ambiklah budak budak, nie tak, masing masing buat sibuk, ke hulu dan ke hilir, mak bapak budak masing masing terpinga. Tak tahu nak serah anak masing masing kat siapa. Aduhai...tensionnnya saya pagi ini....tak sukalah perasaan camnie. Harap apa yang berlaku pada saya, semalam dan pagi ini tak akan berulang di masa lain. Amin...Senyum yea ummi..