29 June 2011

SAHABAT

   
    Pagi ini saya ingin menyentuh berkenaan dengan insan yang bernama SAHABAT.
    Di dunia ini selain ibu bapa, suami, isteri, adik beradik, kita pasti memerlukan insan yang bernama sahabat. DEngan bersahabat kita dapat menerokai dunia ini dengan lebih menarik lagi. Dengan siapa kita bersahabat sedikit sebanyak akan mempengaruhi sifat kita.
    Saya...saya memang mempunyai ramai kawan, teman, kenalan, namun saya tidak mempunyai ramai sahabat. Sehingga kini saya sentiasa mencari sahabat. Teringin mempunyai seorang sahabat yang tinggi ilmu agamanya, lembut tutur katanya, tidak angkuh, sahabat yang sentiasa menyokong, memberi nasihat, memberi teguran bukannya bercakap di belakang bila tidak puas hati. Itu bukan sahabat namanya. Sahabat tidak semestinya sentiasa berada di samping kita tetapi cukuplah sentiasa menegakkan kebenaran bagi pihak kita, bukannya bersama sama dengan yang lain menghentam kita.
     Dalam usia 30 an ini, saya tidak memerlukan sahabat yang sering berada di sisi tapi saya perlukan seorang sahabat yang sentiasa memberi sokongan, memberi teguran, menasihati saya. Paling tidak pun seorang sahabat yang saling ingat mengingati bukannya hanya saya saja yang perlu menegur dan terus menegur.
    Seorang sahabat  itu sedia menerima teguran, sentiasa berterus terang akan ketidakpuasan hati terhadap kita, jujur, amanah dan tidak menceritakan keaiban kita pada pihak lain.

    Dalam usia ini, saya masih mencari sahabat yang baik dan berharap agar dipertemukannya.  Namun begitu saya mempunyai 2 orang sahabat. Terlalu sedikit bukan. Sahabat saya yang pertama, muda setahun dari saya namun kami telah lama bersahabat. Kami bagaikan adik beradik. Hubby pun tak kisah begitu juga dengan hubby dia. Setiap kali dia buat silap saya akan tegur begitu juga sebaliknya. Tak puas hati cakap depan depan namun kami gunakan ayat yang sebaiknya.
    Yang kedua adalah seorang kakak, tua 2 tahun dari saya. Saya senang sekali dengan dia. Kakak ini juga saling memberi teguran. Pada pihak saya,saya anggap kakak ini sahabat saya tetapi tidak tahulah bagi pihak dia.
    Padamu Allah, aku bermohon agar dikurniakan lagi sahabat yang amat aku impikan dan kekalkan juga serta peliharalah persahabatan ku ini dengan sahabatku ini. Aminnnn..

27 June 2011

HUJUNG MINGGU YANG PADAT....

         Assalammualaikum,
   Hujung minggu ini cukup padat sehingggakan nak pergi kerja pun rasa malas. Tetapi bila mengenangkan yang kakak ada ujian pagi ini, saya kena kuatkan semangat. Kesian jugak dengan 3 dara, dorang pasti lebih penat banding ngan saya, iyealah sepanjang dua hari cuti ini, 3 dara saya usung ke sana dan ke sini.
   Hujung minggu ini saya isikan dengan membeli pakaian untuk 3 dara terutamanya kakak yang kebanyakan seluarnya semua dah senteng. Boleh tahan jugak harga pakaian budak budak sekarang. Mengalahkan pakaian kita orang dewasa. Sambil sambil itu saya beli juga pakaian anak untuk dipakai di syawal nanti (moga umur kami semua panjang). Kebiasaan orang yang tak banyak duit macam kami ini, saya suka merancang agar bila tiba syawal nanti tidaklah kami kering poket. Lega rasanya pakaian 3dara dah dibeli. Cuma nak tambah 2 pasang sorang jea lagi. Tue kena tunggu gaji yang akan datang lah plak. Kalau tidak, mau terkebil kebil hujung bulan nanti.
   Balik jea dari membeli belah terus kami sekeluarga bergegas ke rumah mak. Risau jugak bila mak bagitahu yang tekanan darah mak melebihi 200, namun sebelum kami nak keluar membeli belah, saya dah telefon mak dan mak memberitahu yang tekanan darah mak dah menurun iaitu 130 lebih...lega rasanya, kalau tidak terpaksalah saya menunda lagi rancangan kami untuk membeli pakaian 3dara.
   Sampai rumah mak pun dah hampir senja. Jadi keadaan kami tika itu memang letih. Cian tengok 3dara tidur. Nampak benar keletihannya. Besok pagi, kami ke rumah baru along. Cantik rumah dia, tapi lom renovate lagi. Kata along dia nak extend dapur ngan bilik. Nampak gayanya mungkin dalam sebulan setengah barulah along leh duduk umah baru. Seronoknyer dapat duk rumah baru. Saya plak yang terlebih excited..
ermmm..cukuplah takat ini dulu...

22 June 2011

PEDOMAN

   
Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu.. Lantas kutadah, berdoa

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Cahaya rahmatmu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namamu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Oooooooooooo……

Biarkan pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan …

   Tersentuh hati tak dengan lirik di atas. Lirik di atas adalah lagu Pedoman yang didendangkan oleh penyanyi, Nora yang telah berubah penampilannya sekarang. Pertama kali mendengar lirik dan lagu itu yang ditayangkan di tv Al-hijrah, hati lantas berbisik, masih ada lagi rupanya karyawan di Malaysia yang mampu mencipta lirik yang sebegini rupa. Kebiasaan lagu yang bercorak ketuhanan, dikuasai oleh negara seberang sehinggakan saya terfikir memang tiada orang malaysia yang mampu untuk menghasilkan lirik ketuhanan yang mampu menyentuh sanubari. Sangkaan saya ternyata meleset.
    Rupanya masih ada yang berbakat. Tapi sayangnya lagu sedemikian itu tidak mendapat liputan yang meluas berbanding dengan lagu irama yang lain. Sayangkan.. Seandainya di Malaysia dipenuhi lagu lagu yang sedemikian pasti sedikit sebanyak corak kehidupan kita akan berubah.
    Akan berkuranganlah kes kes ragut, rogol, bunuh, culik, maksiat, zina, fitnah memfitnah, adu domba dan berbagai lagi. Alangkah bahagianya hidup andai kes seperti di atas tiada di muka bumi. Kita saling hidup melengkapi antara satu sama lain, tiada cemburu di hati, tiada dendam di sanubari.
    Sayangnya semuanya takkan terjadi. Andai terjadi pun pasti di Syurga. Indahnya syurga kan...tak terbayang dek akal fikiran. Dan Azabnya neraka hinggakan tak tergambarkan dek akal manusia.
    Sesamalah kita menghayati lirik lagu ini yea. Moga menjadi pedoman di saat kita hampir melupakanNya.

   

21 June 2011

ALHAMDULILLAH.......

     Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...hanya itu aja ayat yang mampu aku tuturkan tanpa putus. Mulut kumat kamit menuturkannya, mata berkaca, hati sebak.

      Pagi ini setelah semalaman memikir sampai termimpi mimpi...akhirnya bangun pagi, pergi kerja dan sampai tempat kerja terus terlerai segala kekusutan semalaman.
    Alhamdulillah...Ya Allah..Terima Kasih Ya Allah...kau sudi membantu hambaMu ini. Biarpun aku bukanlah hambaMu yang baik namun kau  tetap tak melupakan aku di saat adakalanya aku melupakanmu.
    Sungguh Ya Allah..sukarnya tuk ku mempercayai, rupanya masih ada ruang untuk ku. Benarlah jika kita yakin, kita percaya, Allah pasti dekat dengan kita. Amin..amin..
     Terima kasih Ya Allah....Terima kasih..terima kasih...syukur padamu. Dengan apa yang telah kau berikan, aku bersyukur Ya Allah. Bersyukur atas segalanya....
      Ingin kuluahkan segalanya namun sukarnya tuk kuluahkan. Hanya kalimat itu yang mampu kuucapkan... kuluahkan...Untuk itu Ya Allah..izinkan aku bersyukur....



20 June 2011

SELAMAT HARI BAPA....

 
   Semalam adalah hari bapa. Hari Bapa jatuh pada hari minggu ke-3 bulan Jun. Ada yang kata tak elok raikannya. Pada saya terserah pada niat yang penting janganlah hanya pada hari itu jea kita ingat bapa kita, kita kena ingat setiap hari bapa kita, mak kita. Dua orang yang cukup penting menjadikan kita seperti kita hari ini.
    Untuk itu Selamat Hari Bapa buat Abah Tersayang. Cayaaaaannnnngggg abah. Mekacih abah kerana telah mendidik adik menjadi insan yang berguna, menjadi insan yang sepatutnya, menjadi insan yang tahu mengunakan akalnya(yerker..huhu)...sesungguhnya tanpa didikan abah, tidaklah adik menjadi seperti sekarang. Sayang abah..
     Tapi sayangnya tiada sambutan yang kami, adik beradik lakukan. Memandangkan mak pun tak berapa sihat, jadi tiadalah sambutan seperti biasa. Namun kami adik beradik tetap berkumpul di rumah mak abah.
     Teringat masa kecil ngan abah, biarpun abah agak garang namun sifat penyayang abah tetap saya ingati. Abahlah yang mengajar kami adik beradik mengaji juga anak anak jiran yang lain. Kalau taknak kena marah ngan abah, kami adik beradik akan ready dulu, mengaji sehingga lancar. Selepas maghrib masing masing dah mengadap abah. Satu kepantangan abah, waktu maghrib di larang membuka tv. Jadi segala kartun atau drama dalam tempoh itu akan kami ketinggalan. Dengar jealah cerita kawan kawan, besok kat sekolah.
     Namun begitu, satu perangai abah..abah kuat bekerja, abah juga akan cuba memenuhi kehendak anak anak. Apa saja yang kami mahukan pasti abah akan cuba ikhtiarkan. Dan hasilnya kesemua adik beradikku berjaya ke menara gading kecuali saya. Bukan tiada peluang, cuma waktu itu manalah ada PTPTN. Tapi saya tak kisah, sekurang kurangnya saya ada kerja dan boleh berbangga dengan diri sendiri.

     Selamat hari bapa buat abah. Tak lupa jua buat MyHubby...selamat hari bapa kepada 3 daraku ini. Terima kasih kerana mengasihi 3 dara, menyayangi mereka dan sentiasa cuba menjadi Ayah yang terbaik. Jua speacial buat Abangku, Along.....Selamat Hari Bapa...Terima kasih buat along, selain abah, alonglah yang sentiasa menjaga, menasihati adik yang degil ini. Sesungguhnya Alonglah abang yang terbaik di dunia ini. Sayang Along....
     Terasa diri cukup bertuah dikeliling oleh 3 Lelaki Terbaik Di Dunia Ini. Abah..MyHubby...Along.. Love u Olllllllllllllsss..

NI ADIK SAYA...

   Pagi nak citer skit pasal kak adik. Semalam sedang saya sibuk mengemas rumah (kebetulan ada orang nak datang). Kak adik sibuk juga membantu mengemas. Bila dia dah penat mengemas, Kak adik pun mula mengeluarkan mainan dia. Dan mulalah kak adik bermonolog sendiri. Dalam banyak banyak monolog kak adik, saya tertarik ngan satu dialog nya...hahahha..jom baca..

"ini adik kita, mana adik awak"
"oo...awak takde adik"
"awak suruhlah ayah awak beli adik"
"ha...nah, amik duit ini, suruh ayah awak pergi kedai, beli adik, nanti boleh kita main sama sama"

hahahha...anak ummi cayang....ingat adik tue boleh beli kat kedai ker..?..alahai anak ummi. Apapun, keletah kak adik menghilangkan penat mengemas seharian...Kak adik oh Kak adik...

RESEPI OH RESIPI

     Pagi ini ada mood skit nak menulis. Sepanjang 3 bulan ini, kerja tak banyak sngat memandangkan pejabat tengah buat ubahsuai. Jadi kerja pun agak berkuranganlah. Daripada melepak tempat member atau termenung sana sini, baik saya update blog saya nie. Nampak gayanyer bulan june nie paling banyak saya menulis. Nie mau sampai bulan ogos saya boleh bersenang lenang...hehehh...takdelah, kerja tetap kerja, bila ada masa terluang ajalah dapat saya menjengah kan.
    Nak cerita nie, tak lama lagi kan kita nak menyambut puasa. Sekarang pun dah 18 Rejab. Sekejap jea kan. Tak lama lagi syaaban plak. rasa macam baru jea puasa kan. Jadi kepada mereka mereka yang lom abis ganti puasa tue, lekas lekas lah yea. Ada masa tak sampai 2 bulan lagi nie.
    Teringat saya bulan puasa masa bujang dulu, sayalah orang paling rajin dan paling sibuk buat kuih raya. Habis adik adik saya kerah tuk membantu saya. Tapi sejak dah jadi ummi ini, aktiviti itu terpaksa saya lupakan. Masa yang ada pun cukup cukup tuk masak tuk juadah berbuka puasa. Skill tuk buat kuih raya pun, ntah ada lagi ker tak...aduhai..bila lihat rakan lain yang mempunyai kesempatan, teruja gak tuk ikut tapi bila masa yang agak mengekang, impian hanya tinggal impian.
    Pernah tahun lepas, bukan main banyak bahan saya beli namun bahan hanya tinggal bahan jea. Buatnyer idak. 
    Tajuk pagi ini resepi oh resipi..haa...nie satu tabiat saya, saya memang suka membaca resepi, beli buku resepi tapi bila time nak membuatnya, tak tahulah.
    Kadang MyHubby suka mengusik,
"buku bukan main, salin resepi sampai tak hingat, buatnyer idak, buat orang meleleh air liur jea" 
saya suka lak membalas.
"sekurang kurangnya saya ada niat...oklah tue..." hahhahaha..alasan..

    Tapi serius, saya sebenarnya memang ada keinginan tuk membuat, mencuba malangnya masa yang ada digunakan untuk yang lain. Banyak yang perlu saya uruskan. Myhubby, My3Dara, MyFamily, MyCareer,... 4 My tue dah cukup buat saya tak cukup tidur untuk menyelesaikannya. Bilalah yea agaknya saya dapat merealisasikan impian saya itu..
    Dan sekarang saya sedang mengatur masa, mengatur diri dan mengatur segalanya agar saya menjadi ummi yang serba boleh...chewahh...aminnnnnnnn

17 June 2011

MADU ASLI DAN KHASIATNYA

    Di rumah saya memang saya sentiasa ada stok madu. Ini penting kerana sejak mengamalkan madu, anak saya kak adik tidak lagi batuk. Sejak dulu kak adik sering aja batuk. Makan ubat pun sekejap jea..pastue batuk semula. Apa yang membimbangkan saya, setiap kali kak adik tidur, mesti bunyi nafas yang agak kasar. Dan kak adik sering terjaga dari tidur akibat batuk. Risaunya saya.
    Abang mencadangkan saya memberi kak adik madu. Ini kerana telah banyak ubat klinik yang kami cuba namun biarpun elok batuk kak adik tapi lambat laun akan kembali jua batuk itu. Tambahan pula kak adik tinggal di taska yang ber'icon' (hawa dingin)
    Kerisauan saya berada di kemuncak apabila Along menyatakan yang jika keadaan kak adik dibiarkan, bimbang akan mendapat lelah/asma kerana ada anak rakannya yang sedemikian.
    Akhirnya saya mencuba madu, agak sukar juga nak mencari madu yang asli. Dan berita gembiranya bila saya akhirnya menjumpai madu asli ini. Madu ini dari Jerantut, pahang. Ulu Tembeling. Madu ini Madu Tualang. Sejak menggunakan madu ini, Kak adik dah tak batuk batuk lagi. Apa apa pun, madu ini hanyalah penawarnya, yang menyihatkan kak adik tetap Allah S.W.T.
     Alhamdulillah...di sini saya nak berkongsi bersama teman teman di alam maya ini seandainya mempunyai masalah yang sama macam yang saya hadapi. Bolehlah contact no. di bawah seandainya mahu. Madu ini sebesar botol kecil kicap cap kipas udang (Habhal). Sejak mak sakit darah tinggi dan kolesterol, memang madu inilah yang mak makan. Alhamdulillah...Sakit mak dah beransur pulih. Saya tak pandai nak jadi orang tengah. Jadi bolehlah anda semua menghubungi sendiri. Setahu saya, penghantaran hanyalah sekita area kuala lumpur dan selangor. Namun jika jauh, cubalah tanya, manalah tahu dia boleh hantar kan. Kita berusaha, selebihnya terserahlah yea.
    
Harganya hanya RM65 termasuk kos penghantaran. Nie gambarnya...

Hubungi :- 013-2218277 (RM65)


Antara Khasiat Madu :-

Mengamalkan madu dapat menyembuhkan dan juga mengurangkan sakit sakit seperti di bawah:-

1. Melegakan Sakit Kepala
    Ambil 2 sudu madu asli + 2 sudu limau nipis = minum

2. Meredakan Sakit gigi
    1 sudu teh kayu madu + 5 sudu madu = minum

3. Melegakan Kembung Perut dan batuk

4. Mengurangkan kolesterol
   (yang ini saya dah cuba pada mak...memang ternyata berkesan, sejak mak makan madu memang makin   kurang kolesterol mak.)

5. Menurunkan darah tinggi

6. Mengurangkan nafas berbau

7. Lelah

8. Kanser, Sakit jantung

9. Keletihan dan banyak lagi..

    Apa pun di sini saya ingatkan, segala penyembuhan hanyalah dari Allah S.W.T, kita di sini hanyalah mampu berusaha dan jua bertawakal. Janganlah ubat dijadikan sebagai pengantungan pula yea.

Antara hadis/ayat al-quran berhubung dengan kebaikan madu.



Menurut Rasulullah setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda : 
Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, yaitu tua"  ( Hadis riwayat Abu Daud)




Firman Allah dalam surah an-Nahl: (Surah An-NAhl: 69). 
Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." 





Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)


 "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

BILA HAL SENDIRI, ORANG LAIN YANG SIBUK...

Termenung dibuatnyer yea...

     Pagi ini pagi jumaat...pagi yang penuh keberkatan. Semalam dan kelmarin sudahpun berlalu dan tak mungkin kembali lagi.
     Minggu ini atau mungkin bulan ini, banyak mengajar saya erti persahabatan. Siapa kawan..siapa lawan. Kebelakangan ini banyak benda yang tak kena pada mata saya.
     Saya peliklah kenapa yea, orang perlu sibuk hal kita sedangkan kita tak pernah nak sibuk hal orang lain. Seperti yang telah saya lalui minggu ini, begitu sibuk betul orang tue tentang saya. Kalau lebih kepada kebaikan, boleh lah saya terima... nie tidak..lebih kepada keburukan sehinggakan saya tak tahu apa motif dia yang sebenarnya.
    Untuk apa dia terlalu sibuk dengan urusan saya, Adakah  kerana dia memang terlalu perihatin..biarpun saya tak nampak unsur itu? Apa yang saya nampak, apa yang saya diberitahu..itu semua lebih kepada unsur kedengkian.. Ya Allah dalam hidup yang serba moden ini masih banyak unsur kedengkian dalam hati manusia. Kalau dari insan yang jarang bertegur sapa tue, takperlah jugak kan, nie tidak..datang dari insan yang sering minta bantuan dari saya. Aduhai...terasa macam melepaskan anjing yang tersepit plak yea..Lepas saya lepaskan dia, dia gigit plak saya. Bukan nak berterima kasih malah dibahamnya kaki saya. Boleh ker saya pakai perumpamaan itu..?
    Dengki...untuk apa yea...kalau saya nie kaya raya, cantik macam bidadari, bergaya tahap artis.. bolehlah si polan A ker si polan B ker bersikap dengki. Ini tidak. Kesemua kategori itu tiada dalam diri saya. Saya bukanlah orang yang kaya, tidak jua secantik mana, gayapun terlalu simple, pendek kata kalau pergi kerja itu boleh pakai selipar jepun dah lama saya sarungkannya. Kesimplelan saya, itu kah yang membuatkan dia dengki. Memang tak logik.
    Hari ini saya kembali bermuhasabah setelah semalaman memikirkannya. Penat memikirkan hal rakan rakan ni. Dari saya penat, sakit kepala memikirkannya, baik saya tenangkan diri.
   
 Saya kembali mengingati kata kata mak saya:-

  "Kita nie, kalau dok fikir pasal hal orang lain, kenapa orang tue macam nie, kenapa orang tue tak macam nie, sampai kesudahlah, kita tak akan dapat buat apa apa.. Biarkan jealah orang itu terjun ngan labu labunya. Tak payah fikir, bila dia susah nanti, tahulah dia cari kita"

     Bila fikir balik...betul gak...biarlah dia..baik saya fikirkan dan tumpukan diri pada keluarga dan jua kerjaya.
     Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah hambamu ini dari mereka yang hasad dengki...Amin...

14 June 2011

GEMPA BUMI

   Pagi ini terasa sedikit gegaran di pejabat saya ini. Ingatkan kepala yang pening rupanya tidak. Setelah diselidiki ada berlaku gegaran di sumatera. Moga semuanya berada dalam keadaan selamat.. Aminnn...

KENYATAAN AKHBAR
( Dikeluarkan Pada 14 Jun 2011, 12.15 tengahari )
Gempa Bumi Sederhana di Sumatera Utara
Pada 14 Jun 2011, 11.01 pagi
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud
telah berlaku di Sumatera Utara pada 11.01 pagi. Pusat gempa bumi
terletak di 1.7º Utara dan 98.4º Timur, 367km baratdaya Pulau
Pangkor, Perak.
Gegaran dirasai di beberapa tempat di Pantai Barat Semenanjung
Malaysia terutama di sekitar negeri Perak, Selangor, W.P. Kuala
Lumpur, W.P. Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.
Tiada ancaman Tsunami.
5.7 pada skala Richter
Pegawai bertugas : Pn. Khazainani Bt. Salleh
Bahagian Geofizik & Tsunami
No. Telefon: 03-79678066

10 June 2011

MASA YANG CEMBURU......

   
    Cepatnya masa berlalu. Tak terkejar rasanya. Dulu zaman sekolah, masa dirasakan terlalu siput. Nak menunggu waktu rehat pun, puas membelek jam. Tapi sekarang...masa yang dulu ingin kubiarkan berlalu pantas, kini kalau boleh ingin diminta agar terhenti sebentar. Untuk apa....
   
Untuk diri sendiri,    3 dara,   Suami,  Keluarga,   Kerjaya

      Tak tahulah andai saya seorang yang merasa. Melihat perkembangan 3 dara, rasa sayu di hati. Banyak perkara yang saya terlepas pandang, banyak ilmu yang belum saya curahkan, banyak bekalan yang belum saya sediakan.
      Iyealah...saya pulang ke rumah waktu dah hampir senja. Waktu yang menuntut saya untuk segera melunasi tugas di rumah, masak, mengemas. Sedangkan waktu itulah 3 dara menuntut sepenuh perhatian dari saya. Masa saya lebih banyak dihabiskan di pejabat banding di rumah.
      Cemburunya masa pada saya sehinggakan begitu cepat dia berlalu. Tak peduli langsung pada saya yang terhegeh hegeh mengejarnya. Sayakah yang tak pandai mengurus waktu atau masakah yang terlalu mencemburui saya.
      Ya Allah pemudahkanlah segalanya...Berikanlah hambamu ini peluang untuk ku mendidik 3 dara secukupnya dan sewajarnya...Aminn...

09 June 2011

KASIH IBU, KASIH AYAH...!!!!

Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!

Petikan kata di atas saya ambil daripada blog http://saifulislam.com/. Saya tertarik kerana ada kebenaran di situ.

   Seorang ibu, seorang bapa meyayangi anaknya di waktu si anak belum lagi wujud di dunia. Dari alam rahim mereka mengasihi. Akhirnya bila lahirnya ke dunia, anak itu dikasihi, diberi segalanya..kasih sayang, wang ringgit. Banyak yang dikorbankan. Bukan hanya masa, tenaga, wang ringgit malah airmata turut mengisi pengorbanan itu.
   Namun seorang anak kebiasaannya hanya mengasihi kedua ibubapanya itu seandainya dia menjadi insan yang berguna, pendek kata berjaya melanjutkan pelajaran. Rata rata ramai anak yang menyalahkan orang tua nya kerana tidak mampu melanjutkan pelajaran. Memang bukan semua ibubapa itu baik namun mereka telah cuba menjadi yang terbaik.
    Saya menulis di sini kerana saya amat sedih dengan sikap segelintir anak tak kira lelaki atau perempuan yang bila sudah menemui pasangannya akan melupakan kedua orang tuanya. Memang seorang anak perempuan perlu taat pada suami namun itu tidak bermakna perlu bersikap kurang ajar terhadap kedua ibubapanya.
     Ingatlah di sini, seandainya suami kita menyayangi kita melebihi 200% sekalipun janganlah kita melupakan 1%  jasa kedua ibubapa kita. Sedih saya bila mendengar orang bercerita yang di zaman kecilnya kurang mendapat kasih sayang kedua ibubapanya dan kini berdendam dengan ibu bapanya. Janganlah begitu...sentiasalah bersangka baik dengan kedua ibubapa kita.
      Tak rugi memberi kasih sayang pada mereka yang pernah melahirkan kita. Tanpa mereka kita takkan merasa nikmat dunia ini. Kerana itulah Allah taala sendiri meletakkan antara keutamaan di syurga adalah apabila kita tidak menderhaka kepada orang tua. Betapa besarnya jasa insan ini.
    
Untuk itu tak rugi, tak salah seandainya kita memberi kasih sayang pada kedua ibubapa kita. Dan betapa hinanya kita bila membenci orang yang telah membawa kita selama 9 bulan di alam janin.

08 June 2011

MINGGU YANG PENAT.......

    Minggu ini cukup mencabar fizikal dan mental saya. Penat badan, Penat Fikiran!
Sejak Mak sakit saya dan suami juga 3 dara akan berulang ke rumah mak setiap hujung minggu. Kemas rumah mak dan masak untuk mak...manakala urusan rumah saya, saya cuba selesaikan pada hari bekerja.
    Penat kan...tapi berbaloi rasernya bila dapat berbakti untuk mak, abah, adik adik jua keluarga tercinta. Saya nie nak sumbang dari segi kewangan memanglah tak berapa nak mampu, jadi hanya tenaga dan perhatian lah yang mampu saya sumbangkan. Bab kewangan ini biasa nya Alonglah penyumbang terbesar...hehehh..
    Buat masa sekarang mak menjalani terapi di hospital dan jua di PUSAS. Setakat ini mak menunjukkan perkembangan yang baik dan meningkat dari hari ke hari. Alhamdulillah.
    Di waktu ini kalaulah ada insan yang pandai mengurut..alangkah bestnya...dan andai di waktu ini saya boleh bercuti merehatkan diri...alangkah nikmatnya....tapi nak cuti rasa sayang plak mengenangkan baki cuti tinggal baper hari jea...
    Ya allah...berikanlah hambamu ini kekuatan dan jua kesihatan yang sempurna agar dapat berbakti kepada kedua orang tua dan jua keluarga...aminnnn..

07 June 2011

DIKUTUK TANPA SEBAB....!!!!

   Apa yea tindakan anda semua bila menghadapi situasi sedemikian. Marah, Sedih, Terkilan, Sebak, Geram, Terluka or sebagainya. Dan apa tindakan anda bila yang berbuat sedemikian adalan teman sekerja anda yang duduk di sebelah anda. hmmm....sukarnya untuk menghadapi kan.
     Sebelum ini, di sebelah tempat duduk saya bekerja, ada seorang kakak yang usianya lebih kurang 2 tahun tua dari saya. Dia baru di tempat saya. Banyak jugalah tunjuk ajar yang telah saya berikan memandangkan dia baru jea dinaikkan pangkat di tempat saya. Boss minta saya memberi tunjuk ajar kepadanya. Hubungan kami biarpun tidaklah terlalu rapat tapi bolehlah dikatakan mesra juga. Ini kerana kakak ini rajin bercerita perihal dirinnya. Sayangnya tidak sampai setahun jodoh kakak ini tidak lama di opis ini. Dia akhirnya ditukarkan ke tempat yang lain.
     Kisahnya bermula di sini. Baru tadi saya mendapat tahu dia mempunyai blog seperti kita semua ini. Saya pun menjenguk ruangan blog nya. Maklumlah bila dah jauh nie, dapat tengok blog boleh juga tahu cerita serba sedikit. Malangnya sedih yang saya dapat.
     Dalam blog kakak ini, dia mengutuk saya kerana kononnya selama dia bekerja di tempat saya, dia asyik kena buat kerja sorang sorang. Menurutnya lagi dia amat suka dapat tukar kerana tak suka dengan kerja di tempat lama memandangkan hanya dia seorang yang buat kerja dan saya menurutnya hanya memberi alasan tidak mahu tolong dia.
     Apa yang saya sedihkan, hakikatnya kerja kakak ini yang saya selalu kena buat.  Kakak ini ada membuat kerja sambilan. Tanpa pengetahuan boss, dia akan keluar begitu saja bila client dia datang untuk membeli barang. Kesudahannya saya yang menjadi mangsa. Kakak ini akan keluar pada pukul 12.30 tengahari dan masuk semula pejabat dalam pukul 3.00 petang. sedangkan waktu rehat hanyalah dari 1.00 - 2.00 petang. Selebihnya saya tak mahu mengambil tahu. Sepanjang ketiadaan kakak ini, sayalah yang menjadi mangsa untuk membuat kerjanya.
      Setiap kali kakak ini tiada di pejabat, sayalah terpaksa melindungi kakak ini bila boss bertanya. Macam macam alasan yang saya berikan. Akhirnya segalanya terbongkar. Iyalah, dah setiap hari macam tue, mestilah boss dapat agak kan. Bagilah seribu alasan, boss mesti takkan percaya. Boss ada menasihati namun cukup seminggu berubah, kakak ini kembali ke perangai lamanya.
      Bila kakak ini ditukarkan, saya agak terkejut gaklah...biarpun disiplin nya kurang bagus, saya tetap anggap dia sebagai seorang kawan. Malas lah nak campur hal peribadi ngan kerja. Biarpun adakalanya tension gak bila hampir semua kerjanya saya kena buat.
      Tetapi bila baca blognya tadi. Sedih rasanya....bukannya dia nak berterima kasih atas semua bantuan yang saya hulurkan, malah tergamak dia kutuk saya dan yang tak boleh saya terima...semua yang dia tulis itu adalah bohong. geramnyaaa...
      Apa yang boleh saya katakan, hampir terduduk saya dengan apa yang dia tuliskan. Sukarnya untuk saya membaca hati orang. Kakak ini begitu baik didepan saya, tak sangka banyak rupanya yang dia tak puas hati  pada saya. Sejujurnya saya tak kisah dikutuk dengan apa yang telah saya buat. Sebab sebagai manusia saya mengaku, saya bukannya sempurna tapi apa yang buat sukar tuk saya terima, apa yang dikutuk oleh kakak itu terhadap saya adalah perkara yang tidak benar atau dalam erti kata lain semua itu fitnah....
      Sedihnya diri ini bila insan yang selama ini disangka baik sanggup menabur fitnah. sedangkan selama ini hubungan kami tidak nampak akan kepincangannya pun. Dan di waktu ini, sukar tuk saya tafsirkan perasaan saya yang sebenarnya. Cuma buat masa ini saya bersyukur kerana Allah berikan saya petunjuk, selebihnya mujur jua kakak itu tidak ada lagi di tempat kerja saya, kalau lah kakak itu ada sukarnya untuk saya berhadapan dengan insan seperti itu. Serasa tiada lagi senyuman untuk kakak itu lagi. Terasa dah tak mahu berkawan lagi dengan orang seperti itu lagi dan macam macam lagilah yang berlegar dalam kepala saya ini. Untuk itu sebelum saya mengambil keputusan yang tidak sewajarnya biarlah saya bertenang dahulu.
      Ya Allah...berilah hamba mu ini kekuatan dan jauhilah daku dari tipu daya muslihat manusia...aminnnn

TEKANAN DARAH TINGGI

Apa itu Darah Tinggi

Suatu keadaan di mana seseorang mengalami peningkatan tekanan darah di atas normal yang ditunjukkan oleh angka systolic (bahagian atas) dan angka bawah (diastolic) pada pemeriksaan tensi darah menggunakan alat pengukur tekanan darah baik yang berupa cuff air raksa (sphygmomanometer) ataupun alat digital lainnya.

                         Bacaan Tekanan Darah

KATEGORI TEKANAN DARAH
BACAAN ATAS
BACAAN BAWAH
Darah Rendah (HIPOTENSI)
<90
<60
Normal
90-120
60-80
Pra-Hipertensi
120-140
80-90
Darah Tinggi (Peringkat 1)
140-160
90-100
Darah Tinggi (Peringkat 2)
>160
>100


Faktor Darah Tinggi

Banyak faktor terjadinya darah tinggi dan antaranya:

1.   Keturunan
2.   Ahli Keluarga Terdekat
3.   Pengambilan Garam yang berlebihan



Punca Darah Tinggi:-

1.   Usia  
2.   Garam
3.   Kolesterol
4.   Obesiti / Kegemukan
5.   Stress
6.   Merokok
7.   Kafein (kopi, teh)
8.   Alkohol
9.   Kurang bersenam.

Tanda tanda Tekanan Darah Tinggi
Adakalanya ianya tiada tanda tanda tertentu namun perlu berhati hati bila anda didatangi tanda sebegini:-

Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari.Tercungap-cungap.
Pandangan yang kabur.
Pendarahan di hidung yang sering berulang.
Sakit kepala yang berterusan.
Pening
Pitam

       Komplikasi:
  • Serangan penyakit jantung
  • Angin ahmar
  • Hilang penglihatan
  • Penyakit buah pinggang
Antara pemakanan sihat yang sesuai bagi penghidap Darah Tinggi 
 JENIS MAKANAN

SESUAI/ AMALKAN
ELAKKAN/ HINDARKAN
1
Buah-buahan (Epal hijau, Pisang)
Garam
2
Sayuran (bayam,kacang buncis, Tomato, daun pegaga)
Daging proses(burger, hotdog, bebola daging)
3
Ayam tanpa kulit
Sayur dalam tin
4
Kekacang, soya, dal
Lemak tersembunyi (santan dalam kari, nasi lemak, roti canai)
5
Kunyah Daun Saderi
Hadkan pengambilan kofi, kafein
6
Banyakkan Bawang Putih
Jauhi pengawet, pewarna, perasa
7
Rebus, Kukus dan Panggang semua masakan
Makanan bergoreng
8
Biji Bunga Matahari (kuaci) tanpa garam (boleh mengurangkan kolesterol)
Jauhi Alkohol/Rokok/Air Gas/Air Sejuk
9
Kentang, ubi
Daging Merah
10
Air Zam Zam
Kurangkan Pengambilan Kuning Telur
11
Banyakkan makan ikan terutama ikan Salmon
Makanan segera


Jua Berdoalah...Sambil berikhtiar. Hanya Allah yang mampu menyembuhkan.

Doa elak Angin Ahmar

03 June 2011

HATI YANG SEDIHHHHHHHH...

    TEtiba hati rasa sedih...sebak...sakit hati pun ada. Tadi boss panggil, berkenaan sistem yang ada di tempat saya bekerja ini. Boss A dengan pandai pandai jea minta saya ubah sistem itu, bila saya beri penjelasan dia tetap taknak terima, Jangankan kata nak terima, saya nak bercakap pun dia sekat. Terpaksalah saya panggil boss B yang lain untuk terangkan keadaan (boss B lebih tahu berkenaan dengan sistem ini).
    Akhirnya barulah boss A terima namun masih ada tak puas hati. Pelik saya, naper saya dipersalahkan akan kekurangan sistem itu, saya hanya pengguna sistem itu bukanlah yang mencipta sistem itu. Marahlah pada orang yang mencipta sistem itu. Saya dah dewasa, tak perlu nak nak tinggi kan suara di atas bukan kesilapan saya.  
    Sebenarnya dah lama saya bertahan di tempat kerja saya ini. Ikutkan hati nak jea angkat kaki. Sekarang saya dah tak peduli lagi...balik jea abang nanti saya nak bincangkan perkara ini. Saya nak minta tukar. BUkan sekali maruah saya dipijak...dah berkali kali...saya dimarah, dimaki sesuka hati. Biarpun boss A orangnya kuat agama, dah pernah menunaikan umrah namun tetap memilih makian dari bertanya elok elok kepada saya. Bukan penghormatan yang saya minta cukuplah sekadar melayan saya sebagai seorang manusia.
    Ya Allah...berikanlah hambamu ini petunjuk...dan permudahkanlah segala urusan hambamu. Tunjukanlah aku jalan agak tidak terpesong darimu Ya Allah...aminnnnnn...

Udang Goreng Tepung...

     Hari ini saya nak kongsi satu resepi kegemaran saya dan suami. 3 dara tak berapa menyukainya.. .sob..sob..sob...sedih nie..Yang buat saya suka akan masakan ini..ianya tak menyerap minyak,sedap dan rangup, lagipun saya peminat tegar udang..alahai,,...bahaya tue...banyak kolesterolnya..hmmm.. Selain udang, boleh juga dipratikkan pada sotong jua ayam. Hasilnya sama...sedap...Mari kita sama sama mencuba...

Bahan-bahannya:-
Udang  (ikut suka banyak mana)
Telur 1 biji (kalau banyak udang tambahlah telur lagi)
Tepung gandum secukupnya untuk menyalut udang
Garam 1/2 sudu teh
Serbuk penaik (takde pun takper)
Sedikit minyak untuk mengoreng.

Cara membuatnya

1.   Udang digaul dengan garam sehingga sebati.
      (kalau menggunakan sotong pastikan sotong itu ditoskan
      terlebih dahulu)
2.   Pukul telur seadanya. tidak terlalu kembang
3.   Masukkan udang kedalam telur yang telah dipukul tadi.
4.   Kemudian salutkan udang ke dalam tepung. Pastikan semua
      bahagian udang bersalut tepung.
5.   Goreng dalam minyak yang panas.
6.   Bila agak kekuningan sila angkat. Bagi sotong, bila dah meletup tue,
      cepat cepat angkat. kalau tak nanti sotong liat.

sumber gambar dari google tapi bila dah masak sebiji cam gambar ni.

ULANG TAHUN PERKAHWINAN


Wajah Kesayanganku

   Hari ini genaplah 6 tahun usia perkahwinan saya. Masih terlalu muda, masih terlalu mentah lagi usia perkahwinan saya. Kalau budak tue, baru di tadika, baru nak pandai membaca, baru nak belajar berdikari dan sebagainya. Pendek kata masih terlalu muda, masih perlu dipimpin, dibantu, ditunjuk ajar kerana masih banyak menda yang tak tahu.
   Bila nak sentuh dengan pengalaman berumahtangga nie, rasanya saya bukanlah orang yang sesuai untuk bicara soal ini. Usia perkahwinan kami masih terlalu muda untuk diminta mengupas akan pengalamannya. Masih banyak garam yang belum kami rasa, masih banyak gula yang belum kami jumpa. Jadi yang saya mampu katakan...banyakkanlah berdoa, jangan lokek berdoa kerana hanya dengan doa lah kita akan temui ketenangan di samping sentiasa bersangka baik dengan Allah.
   Namun begitu, syukur alhamdulillah...Allah panjangkan usia perkahwinan kami. Allah berikan kami peluang untuk hidup bersama lagi. Dan kumohon pada mu Ya Allah agar diberikan peluang ini selamanya. Saya ingin perkahwinan ini diberkati selamanya dan kami bersatu di akhirat sana.
    Dalam usia 6 tahun ini, kami dianugerah 3 cahaya mata. Kesemuanya dara. Alhamdulillah. Moga andai diberi kesempatan di lain kali, kami berharap dikurniakan teruna pula. Terasa masa berlalu dengan pantas. Dalam mengharungi alam rumahtangga, tak dinafikan ada jua pasang surutnya. Namun ketabahan abang, kesabaran abang mengatasi segalanya. Kagum saya dengan keperibadian abang. Memang tak dapat dinafikan, saya bukanlah seorang yang sabar malah bila marah tue ada jea ayat yang menyakiti hati keluar tapi bila hati kembali sejuk menyesal plak rasanya.huhuhu...teruk kan...
    Semoga hari ini ditambah plak dengan 1 rejab ni bakal membawa keberkatan dalam kehidupan berumahtangga kami. Aminn...

01 June 2011

BELAJAR BERSYUKUR

  
    Apa khabar semua pembaca yang sudi menjengah blog saya ni. Biarpun tulisan saya sekadar suka suka dan lebih kepada luahan perasaan namun bila ada yang sudi membaca terbit juga perasaan gembira.
   Baru baru ini saya marah pada kakak dan kak puteh. Biasalah dorang time kita penat, baru balik dari kerja, masa tue lah nak buat perangai. Teringat saya dengan kata mak mertua,

"anak anak nie, bila kita penat, tengah buat sesuatu, masa itulah dia akan buat perangai, buat kita marah dan macam macam lagi. Ini kerana Allah nak uji sejauh mana kesabaran kita"

Bila fikir dan bila dah terjadi depan mata, barulah saya akui kebenaran kata mertua saya tue. Jadi bila setiap kali 3 dara buat perangai pasti saya teringat kata kata mertua saya dan cepat cepat lah saya bermuhasabah diri bila kemarahan menguasai diri.

      Terbit keinsafan disanubari saya bila saya bermuhasabah. Saya akui, sebagai ummi berkerjaya, menguruskan rumahtangga tanpa bantuan orang gaji (saya mmg taknk), menguruskan 3 dara yang kecil kecil lagi juga suami memang mengundang stress, penat. Kadang kadang tue hati menjadi marah bila segala kerja rumah tak mampu ditangani. Dengan masak lagi, pinggan mangkuk lagi, tue belum masuk kain baju untuk dilipat.

      Hari ini saya kembali menginsafi. Saya kurang berdoa, kurang bersyukur. Apa yang perlu saya lakukan..?

       Sewajarnya saya memohon kepada Allah, mohon Allah permudahkan segala urusan rumahtangga, kerana saya perlu akur
       "saya takkan boleh lakukan kerja rumah tanpa izin dari Allah"
       " Saya tak mampu menguruskan segala rutin harian tanpa dipermudahkan Allah"

       Anak, keluarga,kerjaya adalah anugerah yang terindah. Dari dialah kita mampu mencurahkan segala galanya. Namun begitu dari semua itulah, Allah datangkan ujian. Menguji sejauh mana kesabaran dan ketabahan kita.

     Tak guna saya merungut, saya berleter, saya marah dan sebagainya kerana andai itulah yang saya gunakan, sayalah insan yang paling rugi...insan yang tidak tahu bersyukur. Ruginya saya, Allah dah berikan saya segalanya namun tidak pula saya sentiasa bersyukur, bila ujian melanda tidaklah pula saya pinta dariNya. Allah itu sentiasa mendengar apa jua luahan, apa jua permintaan. Janganlah tika dilanda ujian besar baru ingin minta bantuan dariNya. Sepatutnya kita berserah kepada Allah biarpun masalah itu sebesar hama. Janganlah dah sebesar gajah baru ingin minta bantuan. Itu bukanlah hamba yang bersyukur.

     Untuk itu saya ingin menjadi insan yang tahu bersyukur dan berserah pada Allah taala. Saya akhiri dengan kalimah Alhamdulillah....