29 April 2010

Secawan Kopi

Sekadar nak berkongsi ilimu. Saya minat sangat cerita kat bawah nie tapi dah tak ingat kat link maner. Moga kiter semua dapat manfaatnya bersama.

28 April 2010

Sakit Gigi

Hari ini agak letih dari kebiasaan. Dan saya mula belajar sesuatu. Semalam abang kena operate gusi. Cian abang. Nak makan susah nak minum pun susah apatah lagi nak bercakap. Dan semalam saya kehilangan teman untuk berkongsi cerita.

Abang kena operate gusi hampir 6 jam. Gusi abang bernanah. Menurut doktor tiada tulang menampung gigi abang. Mendengar berita itu, abang jadi sedih dan selalu memikir mikir. Selaku isteri, saya tak tahu apa perlu dibuat, hanya kata semangat mengganti ketenangan diri. Sejujurnya saya tidak begitu arif akan pemasalahan gigi. Balik kampung baru ini, abang ada mintak air tawar tapi malangnya sehingga hari operation abang tak minum pun air tue. Dan saya pula lupa pula untuk mengingatkannya. Terasa kesal dan terkilan jua kerana kurang perihatin akan keadaan abang.

Kebiasaan bila abang pulang dari kerja, saya akan mula bercoleteh dan abang setia mendengar. Tetapi semalam, bila balik kerja, abang hanya berbaring mungkin menahan sakit dan saya cuba mengasingkan diri jua anak agar kerehatan abang tidak terganggu.

Dan pagi ini agak kelam kabut sedikit kerana abang tidak membantu. Sebenarnya sengaja tak kejut abang. Biarlah..abang belum betul betul sembuh.
Segala urusan berlaku seperti biasa. Abang agak kecil ati bila mana saya seakan tidak peduli akan kesakitan yang dia alami. Sebenarnya saya sendiri tak tahu nak mula di mana. Kalo badan yang sakit, boleh gak saya picitkan. Nie gusi, saya tak tahu nak buat apa. Perasaan kesian saya pada abang sukar tuk dizahirkan tetapi batin hanya Allah yang tahu. setiap malam tak putus doa buat abang. Moga abang cepat sembuh.

Kesakitan yang abang alami seakan memberi pengajaran pada saya. Ia, abang adalah sebelah tangan saya. Andai tangan ini tidak berfungsi, tangan yang satu lagi akan terus lumpuh. kerna itu saya belajar satu perkara hari ini. Hadirnya abang dalam hidup adalah satu anugerah yang tidak perlu dan tidak patut saya persiakan.

Abang...Moga abang cepat sembuh.

22 April 2010

Bila Lambat - Anak Jadi Mangsa?


Persoalan ini selalu berlegar di fikiran saya. Secara logik akal dan fikiran, tiada satu ibubapa di dunia ini yang mahukan anaknya nakal. Dan dengan itu pelbagai cara dibuat untuk mengatasinya. Tak cukup dengan soal jawab mencari punca kenakalan, kita ikhtiar pula dengan cara ubat terapi seperti air penawar dan sebagainya. Betapa kita bertungkus lumus memastikan agar anak kita tidak nakal.

Secara tidak langsung saya terfikir pula, punca anak nakal ini bukanlah kerana anak ini kurang didikan, persekitaran atau pengaruh rakan sebaya tetapi puncanya adalah kita selaku ibubapa itu sendiri.

Sebagai contoh. Pagi itu kita bangun lewat untuk berkerja. Bila bangun lewat pelbagai kemungkinan akan berlaku. Di ruang fikiran kita sudah terbayang akan kesesakan lalu lintas, punch card yang merah dan mungkin juga ruang parking yang tiada.

Kita cepat cepat membangunkan anak anak, memandikan dan menyiapkan serta menghantar anak ke taska atau pengasuh. Di dalam tempoh itu, di dalam ruang waktu yang terdesak itu, mase itulah anak menangis, mungkin kerana kekasaran kita memakainya baju atau kekurangan maser si anak untuk berada lama dalam bilik air untuk bermain air. Di waktu itu juga ader yang merengek inginkan susu dan sebagainya. Kita yang kekejaran waktu ini semakin tension dan sasarannya anak yang tidak tahu apa apa itu lah yang menjadi sasaran kemarahan ini. Kita marah anak dengan harapan dia faham yang kita sedang mengejar masa. Tetapi fahamkah anak atau dapatkah dia faham. Adilkah kita terhadap anak kita.

Kita ambik contoh, bos datang lambat sedangkan pagi itu dia ader meeting penting, tetiba dokumen penting dia tertinggal di rumah lantas kita diarahkan mencari dokumen asal secara tergesa gesa. Dan akhirnya kiter dimarah disebabkan itu. So kiter pun mengomel..dia yang lambat, kita plak yang dimarahnya. Adilkah kiter dipelakukan sebegitu..pasti kita akan memberontak ataupun sedih. Iyealah salah dia bukan salah kita kan.

Jadi kesimpulan di sini, bila dah lambat tue, kita belajar terima yang sememangnya kita dah lambat bangun. Jadi uruskanlah dan layanlah anak seperti biasa. Sewajar dan serutin setiap pagi kita lakukan. Sediakan sarapan, kalo perlu suap..kiter suap sebagaimana rutin harian kerana anak tidak akan memahami. Kerana kiter tetap lambat, jadi jem tetap kita akan harungi. Hadapi dengan tenang, beritahu boss akan kelewatan kita, beri alas an yang munasabah, dan mohon dipermudahkan jalan.

Jadi hati kita akan tenang, anak tak akan terima kemarahan kita, kiter tak kan marah dengan kesesakan lalulintas, bos pun kita dah maklumkan, dan akhirnya hari itu akan berlalu tanpa berlaku sebarang pengeseran.

Tertekan atau Tekanan


Saya baru saja abis kursus. Kursus yang diadakan selama 3 hari. Kursus yang agak menyeronokkkan namun penghujungnya agak menyakitkan. Maksud saya kesudahannya masih ada unsur bodek membodek. Dan saya akhiri kursus ari itu dengan perasaan yang agak kurang puas hati. Kenapa dengan kursus pun tetap ada unsur bodek dalam pemarkahan. Kenapa tidak diadili dengan sejujurnya. Huarggg tension rasanya.

Petang itu saya mengambil 2 puteri dalam keadaan yang agak tertekan. Mungkin terlalu memikirkan perkara tersebut. Kakak dan Kak adik yang rancak bercoleteh tidak saya endahkan. Malah terasa semakin amarah pula yang datang. Sepanjang perjalanan saya hanya membisu dan 2 puteri mengambil alih kebisuan saya.

Sesampai di taska puteh, tanpa bercoleteh yang panjang, saya terus membawa puteh ke kereta. Tingkah kakak dan kak adik yang turun kereta walaupun sudah ditegah, jangan ikut, mengundang kemarahan saya.

Sampai jea di rumah kakak dan kak adik mula bergaduh, berebutkan coklat yang malam tadi, dia buat endah tak endah, takde pulak nak makan.

Tingkah mereka mengundang lagi kemarahan saya. Saya dengan pantas masuk ke bilik. Hajat di hati hendak mengunci diri dalam bilik.Kakak sambil menangis lantas mengikut. Saya cuba menarik kakak supaya tidak mengikut. Genggaman kakak begitu kuat pada hujung bajuku. Dalam hati berdetik jua ‘kuat juga kakak nie’ Namun saya tetap nekad, akhirnya Berjaya mengunci diri dalam bilik. Kakak dan Kak adik menangis sambil mengetuk pintu bilik. Oleh kerana bilik itu bersambung dengan bilik air bilik sebelah, kakak dengan bijaknya memanggil kak adik agar menurutinya menuju bilik sebelah untuk memasuki bilik air dan lantas cuba membuka pintu.

Kerana amarah yang masih ada, saya keluar bilik dan masuk semula ke bilik master bersama puteh. Kakak yang perasan terus mengikut namun saya Berjaya juga mengunci pintu bilik. Setelah hampir 5 minit, perasaan tak sampai hati mula timbul dan saya membuka pintu kembali dan terus mendapatkan kakak dan kak adik. Lama kemudian baru tangisan mereka reda.

Saya terus membuat susu dan mereka minum dalam keadaan tersedu sedu.

Bila keadaan semakin tenang. Saya mula terpikir. Aapa yang saya dah buat.
Memang saya nak mengajar mereka kerana tidak mendengar kata dan asyik bergaduh tapi puncanya di mana.

Punca sebenarnya adalah pada saya. Sejujurnya saya yang berasa tertekan dengan peristiwa yang berlaku di kursus tadi. Hasilnya saya terbawa bawa ke rumah dan tingkah anak yang meragam telah menimbulkan tekanan pada saya.

Sejujurnya, anak tak bersalah, tapi yang bersalahnya saya. Saya yang telah membawa anak ke dalam situasi saya. Dan di sinilah timbul perasaan bersalah. Anak tak tahu apa apa. Dah memang perangai budak suka berebut biarpun benda kecil.

Peristiwa petang ini mengajar saya agar lebih berhati hati dalam menangani anak kecil. Mujur tindakan saya bukan di luar batasan. Mujur jua saya tidak memukul atau mengherdik. Alhamdulillah, walaupun demikian, saya tetap sesal dengan apa yang telah saya lakukan kepada puteriku itu.

Kakak, Kak adik…maaf kan ummi yea.